Bab 3

Fantasy Series 3187

Sebulan selepas Tok Ma pergi, Tuanku masih buntu lagi dgn amanah dan wasiat Tok Ma. Raja Muda Di Hilir, Putera Aslam telah di hantar ke England. Tuanku tidak mahu Putera Aslam tahu tentang wasiat Tok Ma. Tuanku tidak mahu fikiran Aslam terganggu kerana bakal dijodohkan dengan puteri yang tidak wujud. Pagi itu Tuanku berangkat bersama Bendahara Maharaja Hilir Negeri dan 5 panglima terkuat baginda ke Istana Pulau Laut.


Kapal Tuanku berlabuh di Pulau Laut. Mereka berkumpul di bawah pokok di pinggir Pulau Laut.


"Tuanku, kita tidak banyak masa lagi untuk Istana Pulau Laut ini. Kawasan Pulau Laut ini tidak berpenghuni.... dayang dan hulubalang istana tidak mahu tinggal di sini" rungut Bendahara Maharaja Hilir Negeri.


"Beta juga buntu, Datuk Bendahara. Tok Ma tinggalkan wasiat dan amanah yg berat. Di mana lagi beta hendak mencari Puteri Buih?.... tiada manusia tinggal di Pulau Laut ini kecuali binatang liar" Jawab Tuanku menghela nafas.

"Pulau ini agak keras, tuanku. Ia seperti tidak berpenghuni di siang hari, tetapi apabila malam hari banyak benar kompang dipalu" Datuk Bendahara Maharaja memberitahu tuanku. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Tiba tiba salah seorang panglima bergegas menghampiri mereka dibawah pokok itu.

"Ada sesuatu di situ, tuanku" panglima itu menunjukkan gerakan pada rumput lalang yang tinggi di pinggir Pulau Laut itu.


"Makhluk apakah itu? " Tuanku terkejut. Tuanku dan Datuk Maharaja Bendahara mengundurkan diri.

Tiba tiba 2 ekor ular naga berdiri di hadapan mereka. Seekor berwarna biru, dan seekor berwarna putih. Mata mereka merenung rombongan tuanku. Tuanku dan rombongannya terketar ketar mengundurkan diri sehingga jatuh terduduk di atas tanah.

"Bertenang wahai Raja Berdaulat! " Sapa ular naga biru itu. Tuanku terkejut kerana ular naga itu pandai berkata kata.

"Janganlah engkau takut akan kami.." Kata ular naga putih itu pula.

"Jangan makan kami. Beta seorang Raja. Jika engkau memakan kami, tiada beraja negeri ini" balas tuanku.

"Siapa engkau wahai ular naga? Pandai pula engkau berkata kata seperti manusia" Bendahara Maharaja berasa hairan.

"Aku adalah ular naga putih. Namaku Saktimula. Aku mampu mencecah tinggi awan jika aku mahu terbang di udara" jawab Saktimula. Matanya berwarna hijau.

"Aku adalah ular naga biru. Namaku Nagasari. Aku mampu berenang ke tengah lautan memukul gelombang jika aku mahu" jawab Nagasari.

"Mengapa kalian berada di sini? " tuanku bertanya.

"Kami menantikan seorang puteri. Sudah berdekad kami menjaga pulau ini, sehingga tempat ini menjadi lopak laut kerana penantian kami. Kami ingin sekali bertemu puteri itu" balas Saktimula menegakkan kepalanya yang lebih tinggi dari pohon kelapa.


"Di manakah puteri yang kalian maksudkan ini? " Soal tuanku. Baginda juga sedang menunggu seorang puteri.

"Kami pun tidak tahu di manakah puteri itu. Perkhabaran ini adalah dari alam kayangan dan dari alam lautan. Waris terakhir puteri kayangan yang lahir sebagai manusia biasa"Terang Saktimula.

"Beta juga menantikan seorang puteri. Waris kerabat tertua negeri" kata Tuanku pula.

"Andai puteri itu waris kerabat tertua. mengapa mencari di sini? Sudah pastinya puteri itu di istana kerabat tertua negeri" Tawa Saktimula sambil mengejek.

"Benar. Tetapi bukan di istana Tok Ma.Puteri itu berada di istana Pulau Laut" Balas tuanku. Saktimula dan Nagasari saling berpandangan.

"Mungkin engkau mencari puteri yang sama dengan kami" Ujar Nagasari.

"Tapi puteri yang beta cari, puteri manusia bukanlah puteri seekor naga" Balas tuanku tersenyum.


"Kami berdua juga mencari puteri manusia, bukan puteri Naga" Balas Saktimula.

"Bagaimanakah rupa puteri yang kalian cari? " soal tuanku.

"Kami juga tidak tahu. Tetapi puteri itu mempunyai seekor serigala besar dan ganas yang sentiasa mengikutinya kemana sahaja dia pergi" Ujar saktimula. kemudian ia menyambung lagi.

"Puteri itu tidak pernah berambut pendek selepas cukup umurnya. Kami perlu mencari puteri itu untuk upacara adat istiadat hilir negeri. Puteri itu perlu menapak kaki ke tanah hilir sebelum usia 7 tahun. Jika tidak, badannya akan ditumbuhi seperti sisik ular" terang Nagasari.


"Bagaimana jika puteri itu tidak di temui? " Datuk Bendahara Maharaja kehairanann.

"Jika kami gagal menemui puteri itu, kami akan dighaibkan. Maka kami tidak dapat dilihat oleh manusia lagi selama lamanya" Balas Nagasari.

"Terpisahlah saktimula dan nagasari. Satu di bumi dan satu di lautan... " Ujar Saktimula.

Sejak pertemuan dengan Saktimula dan Nagasari, tuanku berkeras meminta rombobgan itu merahsiakan kejadian itu dari orang lain. Baginda tidak mahu ada sesiapa tahu berkenaan dua ekor ular itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience