SEDAR DIRI - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

Dari kejauhan aku lihat Tengku Amir Nufaiq tersenyum bahagia menyapa beberapa orang lelaki yang kuyakini sahabatnya dari bandar. Niat untuk menegur aku hentikan. Lupa pula, sejak kes hampir dilanggar layanan Tengku Amir Nufaiq berlainan terhadapku. Kami juga mula rapat antara satu sama lain. Entah mengapa hubungan itu terasa selesa bagiku sendiri.

Saat kaki mula melangkah menuju rumah, terdengar beberapa siulan nakal dilempar. Aku berpaling menayangkan senyuman janggal terhadap kawan Amir Nufaiq.

"Mari lah sini cik rumah sebelah. Kami nak berkenal kenalan..."

Aku lemparkan senyuman manis mendekati mereka. Sekadar menjaga hati...tanpa ku sedar Tengku Amir Nufaiq berubah riak.

"Cik adik manis ni nama apa?"

"Aqilah", balasku sepatah. Ingin sahaja angkat kaki kerana bimbang Ibu melihat tapi tidak juga mahu dicop angkuh. Jadi aku sekadar menadah wajah di sini.

"Cantik betul cik adik manis ni...Patut lah ada orang tu sampai tak nak balik asal usul dia", ucap salah seorang dari mereka sambil ketawa disambut gelak dari yang lain.

Wajah Tengku Amir Nufaiq berubah seiring usikkan kawan kawannya. Tanpa memandangku dia menjemput kawan kawannya pergi.

Terkilan? Ya! Lagaknya seperti tidak mengenaliku langsung.

Telefon Oppo milik Bang Mat aku keluarkan. Entah mengapa laju jari jemari menari nari di atas papan kekunci. 3 mesej dihantar pada Ibuku sendiri dan kepada Mia serta Tengku Amir Nufaiq. Usai itu aku mula bergerak menuju bengkel.

"Qila, Ya Allah!", lantang suara Bang Mat kedengaran.

"Kenapa Bang?"

"Dahi kamu Qila. Mari sini abang tengokkan..."

Beberapa kepulan tisu bertompokan darah merah pekat dibuang ke lantai. Aku masih berdiam diri sebelum perlahan lahan rasa sakit menjalar ke segenap tubuh. Satu rasa seakan tersekat dikerongkong akhirnya terletus. Cairan merah membasahi tapak tanganku sekelip mata membuatkan Bang Mat panik.

Bertambah panik bila cairan darah masih meledak keluar melalui mulut serta hidungku. Badan serasa kian tak terdaya. Tanganku paut erat pada palang besi yang berada dekat, dengan kudrat tersisa aku cuba bangun menolak badan Bang Mat menjauh, bimbang darah akan terpercik ke arahnya juga.

"Qila!", lenganku disambar kuat hingga akhirnya tubuhku masuk dan melekap hangat ke tubuhnya. Tak berkutik, entah sejak bila aku tidak sedarkan diri dalam kehangatan pelukan Bang Mat.

Tepat jam 9.30 malam aku tersedar berada di dalam bilik yang yang sepatutnya didiami Bang Mat di bengkel ketika ada waktu lapang. Dalam keadaan terhuyung hayang aku bangkit keluar hendak pulang.

Ingin saja kaki hendak melangkah, dapat aku lihat kelibat Ibu serta Tengku Amir Nufaiq dan rakannya di seberang lebuh raya besar memandang ke arahku. Aku cuba tersenyum. Agaknya sudahkah mereka baca pesanan dariku? Atau mungkin diabaikan. Tidak mengapa aku sedar siapa aku dalam hidup mereka.

Dalam kesamaran malam tiba tiba cahaya lampu menerangi batang tubuhnya sebelum aku melambung ke udara dah terdampar di atas jalan. Kesakitan yang menyengat menjalar tubuhku seakan hilang bila dapat ku lihat bayangan ayah dari jauh.

'Ayah mahu jemput Qila? Dah lama Qila tunggu ayah. Qila rindu nak main sama sama dengan ayah...Qila ikut ayah yer?'

Dan akhirnya aku memejamkan mata dan tersenyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience