CINTA - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

Seminggu telah berlalu sejak kejadian memalukan aku. Begitu pantas masa bergerak. Sepanjang seminggu itu juga aku rasa cinta buat seorang Tengku Amir Nufaiq semakin menggebu.

Boleh dikatakan setiap hari Tengku Amir Nufaiq akan datang ke bengkel untuk melepak bersama Bang Mat. Ya! Aku sedar dia tak langsung menyedari kehadiran aku di sini.

Kejadian minggu lepas juga berlaku sebab aku tercicirkan duit ketika hantar mamat tu.

"Qila kesini kejap!" laung Bang Mat dari depan. Aku yg tersentak segera menyahut.

"Ada apa Bang Mat. 100 batu Qila dengar Bang Mat melaung"

"Buatkan air sejuk buat Amir ni. Kesian dia dahaga"

Mulut aku ternganga. Lah! Itu je! Laung bukan main nak keluar anak tekak sebab tu saja. Ermm okay. Demi pujaan hati...

Dalam sebal aku bancuh teh yg kemudian ditambah ais batu lalu kubawa ke depan.

Berkerut kening Bang Mat.

"Aikk,kenapa satu je? Yg Abang punya mana?"

"Tadi tak cakap nak. Jadi Qila buat untuk kawan abang aje lah"

Tepuk dahi Bang Mat dengan karenah aku. Haha! Itulah. Lain kali bagi arahan biar benar dan terperinci. Kan dah melepas air tangan berharga aku ni...

"Takpe. Aku minum separuh, kau minum separuh" ujar Tengku Amir Nufaiq tiba tiba.

Wah merdunya suara!

"Kau okay ke? Tadi kata dahaga sangat. Risau pulak kempunan kau nanti" seloroh Bang Mat bersama ketawa kecil.

Aku yg ketiga serasa tersisih pula. Jalan mudah aku pergi dari situ sambil mencuri curi pandang Tengku Amir Nufaiq.

Tak boleh jadi. Makin aku menidakkan perasaan ni makin kuat pula dia tumbuh mekar dalam hati aku.

Tak dapat lagi aku terus terusan menafikan rasa yg satu ini. Aku kena luah! Tapi macam mana?Aduhh pening betul la. Hati oh hati. Kenapa la kau perlu wujudkan rasa ni? Menyeksa jiwa dan raga betul lah....

"Kau sukakan Qila ke?"

Tersedak Amir Nufaiq dengan soalan maut sahabatnya.

"Haha! Tersedak pulak kau. Baru tanya sikit dah tersedak bagai nak rak" Bang Mat memerli kemudian ketawa.

"Ish, apa punya soalan lah kau ni Mat. Memang taklah aku suka dekat budak tu. Bawah umur lagi tuh. Lagi pula kampung girl ni bukan taste aku lah. Tak sesuai"

Sekejap sahaja riak wajah Bang Mat bertukar tegang.

"Kau nak cakap budak kampung ni jijik lah yer? Tak layak dengan anak orang kaya bandar macam kau?"

Amir Nufaiq angguk tanpa sedar wajah keruh Bang Mat.

"Jaga percakapan kau Amir. Aku sabar sebab kau ni kawan aku je. Kalau tak dah lama penumbuk aku singgah kat muka kau"

Amir Nufaiq memandang tak percaya.

"Orang kampung tak jijik. Tapi sebaliknya orang yg kata lah yg jijik. Kau tak fikir macam tu?" sindirnya lagi hingga wajah Amir Nufaiq terjejas.

"Kalau kau rasa dah habis minum, blahh. Aku banyak kerja nk buat dari layan kau yg KAYA ni. Maaf la tapi taraf kita tak sama Mir. Aku budak miskin tak layak bergandingan dengan kau. Mulai esok, tak perlu dah kut kau lepak sini. Carilah restoran restoran mewah di pekan sana. Berkawan dengan owner dorang. Itu yg kau nak kan?"

Tanpa mendengar alasan dari mulut Amir Nufaiq, dia berlalu. Sungguh tika ini hatinya terlalu membara sebaik Qila dihina.

Telah dia anggap Qila sebagai adiknya. Siapa saja yg tahan jika orang yg sudah kita anggap adik dihina. Sekali pun sahabat sendiri, dia tak kesah. Siapa mereka untuk diberi hak menghina orang sesuka hati.

Qila gadis yg baik. Sangat baik dan banyak menderita. Dia tahu itu. Bukan dia tak tahu gadis itu terkadang dipukul ibu kandungnya sendiri. Tapi pernahkah dia membuka cerita itu? Tak. Sehingga kini Qila menyimpan kesakitannya sendiri.

Dia juga tak akan tahu jika hari itu dia tak terdetik untuk menjemput Qila ke sekolah. Terkejut bukan kepalang dia menyaksikan detik Qila disepak terajang oleh ibunya dari tangga rumah jatuh tertiarap ke tanah.

Masih segar diingatan esak tangisan Qila yg tak siapa tahu. Disebalik kepolosan wajah Qila membawa berjuta kesedihan yg ditutupi sikap ceria gadis itu.

Panjang dia mengeluh. Abang harap satu hari nanti Qila menjumpai kebahagiaan Qila sendiri....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience