TOLONG - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

"Sekarang saya mahu kamu semua keluarkan kerja rumah yg telah diberi dan letakkan atas meja" arah cikgu Saifudin pada anak anak murid kelas 6 Khaldun.

"Yang mana tak buat sila bangun"

SRTTTT....

Bunyi kerusi terseret tak langsung menarik perhatian pelajar pelajar lain.

Mereka sedia tahu siapakah gerangan tersebut.

Dengan agak gementar aku bangun. Mata dipejamkan erat untuk mencari punca kekuatan. Buku latihan Math aku letak di atas meja. Sambil menatapnya dadaku menahan debar tatkala derapan kaki Cikgu Saifudin semakin mendekati.

'Allah.....'

Tangan tua Saifudin mencapai buku latihan pelajarnya. Tersungging satu senyuman sinis di bibir itu.

"Arif, ambilkan rotan dalam bilik saya!" ujarnya pada Arif selaku ketua kelas. Namun lelaki itu teragak agak untuk berganjak dari tempatnya.

Arif memandang ku dengan pandangan meminta maaf sebelum berlari keluar mendapatkan rotan.

Seluruh tubuhku dibasahi peluh.

Semakin galak cikgu Saifudin merenung aku lantas buku latihan yg tadi berada di tangannya mendarat atas lantai kelas.

"Sampah...." dencit Cikgu Saifudin.

"Ini buku atau sampah? Satu habuk pun tak ada tulisan dalam tu. Kau ni datang sekolah nak menggatal atau belajar?" sekali lagi mataku terpejam mendengar herdikan demi herdikan darinya.

Murid yg lain terlihat..ada yg tersenyum sinis. Ada yg ketawa mengejek. Ada yg berbisik dan ada juga yg bersimpati.

Sejujurnya aku tak perlukan simpati mereka biarpun perlu dipandang hina. Itu lebih baik.

"Kenapa tidak kau kahwin saja Nurul Aqilah Riani? Kebulur sangat dengan jantan kan? Kalau kamu kahwin takdelah menyemak di sekolah ni dan aku tak perlu nk cemarkan nama baik sendiri hanya sebab ada pelajar macam kamu ni"

Aku diam. Diam dalam terluka.

Tiba tiba Arif masuk bersama rotan lalu diserahkan pada Cikgu Saifudin.

Aku sedar....sampai bila bila takkan pernah ada yg mampu selami perasaanku. Mereka bertanya tapi tidak mengendahkannya....

Aku mengurut permukaan betis yg dirotan Cikgu Saifudin.

Saat kain diselak, jelas terpapar warna kebiru biruan yg meninggalkan kesan.

Dalam tak sedar, satu keluhan terlepas.

"Allah....Allah....Allah...Allah....Allah" kalimat itu kedengaran.

Itulah cara aku menenangkan diri tatkala ujian datang bertimpa. Tuhanlah tempat aku mengadu rasa.

Sejak kecil aku disisih ibu tanpa aku sendiri tahu asbabnya. Malah ayah telah pergi meninggalkan kami sejak aku masih berumur 1 tahun. Wajahnya tak dapat ku ingati.

Tapi acap kali aku sabarkan hati. Mengatakan ujian ini biasa. Masih banyak lagi manusia diluar sana yg diuji lebih hebat.

Baru sahaja aku ingin beredar, kilauan terang tepat menyuluh kedua mataku.

"Ahh siapa pula yg menyuluh di siang hari ni?" rungutku sebal.

"Maaf cik. Boleh saya bertanya?"

Aku pandang pelik pak cik itu. Dengan lengkap bersut hitam. Perghh macam yg dalam drama korea tu. Driver kelas atasan gitueww.

"Ada apa ye pakcik?"

"Begini cik, kami tersesat. Bolah tidak cik tolong tunjukkan arah buat kami. Ini dia alamat yg kami nak tuju"

Sehelai kertas dihulur lalu aku sambut.

"Ouh. Saya tahu alamat ni. Dekat saja dengan rumah saya. Tapi pakcik nk buat apa kat sana?"

Lelaki itu tampak serba salah saat soalan itu diajukan.

Aku garu kepala tak gatal dengan ketawa sumbang.

"Erk...maaf lah. Saya menyibuk pula. Mari lah saya tunjukkan"

Aku mula berjalan pergi. Yg peliknya tidak pula rasa diikuti. Segera aku berpusing.

Pakcik tadi kini berdiri di samping kereta idamanku. Wah jadi inilah benda yg silaukan mata aku tadi? Wow...untung aku tak buta!

"Masuklah...." pelawa pakcik itu. Tanpa segan silu aku memboloskan diri ke dalam. Dah orang bagi greenlight kan....?

Terkejut bukan kepalang aku menyedari kewujudan makhluk asing di dalam kereta tersebut.

Tajam matanya memanahku yg terkebil kebil.

Oh My Mumia!?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience