KAWAN - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

Sebaik masuk ke dalam rumah, aku segera melempar beg ketepi. Melalui celahan lubang rumah kayu yg sudah pecah aku memerhati mereka berdua memunggahkan beg beg ke dalam homestay yg berukuran 1 buah rumah dari rumahku.

Lah ni mesti orang bandar yg datang nk buat pembinaan dekat sini. Aku syak mamat yg hensem tu orang kaya. Dari segi pemakaian dia memang tak dinafikan, up to date. Dari luaran dapat aku teka jenama bukan calang calang cap ayam. Mesti cecah ratus ratus atau lebih parah ribuan ringgit.

GULP! Membazir. Kalau akulah ada duit banyak akan aku gunakan secara jimat cermat.

Selepas membersihkan diri, baju t shirt lengan panjang serta tudung hitam dipakai bersama jeans hitam. Aku menilik penampilan ku lagi.

Setelah berpuas hati, sweater di ambil kemudian aku bertolak ke bengkel membaiki.

"Bang Ma....." mati terus niatku ingin memanggil Bang Mat apabila melihat lelaki itu rancak berbual sambil bergelak ketawa bersama putera idaman bandar.

Maksud aku lelaki tadi. Lelaki kaya tu.

Ahh kalau dilihat dari jauh pun sudah mahu meletup jantung ni. Apatah lagi dekat. Boleh pengsan tau.

Tak dapat dinafi wajah lelaki itu begitu kacak. Tampak seperti mix tapi entah lah. Aku tebak saja. Rambut keperangannya dibelah tepi seperti kpop idols. Auwww.. Mengancam...Aurmmm!

"Qila!"

Tertoleh wajahku ke depan apabila nama dilaung. Malu malu ku dekati Bang Mat dan jejaka hensem tersebut.

Oh kenapa manis sangat muka hang ni? Lagu ni memang tergugat iman di dada. Esok jugak cik pi pinang hampa...huhu gatai kau Aqilah!

"Dengar tak ni Qila apa abang cakap?"

Aku yg baru masuk alam nyata tersentak. Adui buat malu je berangan depan si dia.

"Hah? Apa dia bang?"

"Ni haa, abang cakap nanti kamu tolong hantarkan dia pulang. Dia tak tahu jalan nak balik"

"Hah?" aku terpinga pinga. "Dah tu macam mana datang tadi?"

"Abang yg ambilkan" balas Bang Mat.

"Habistu kenapa tak Bang Mat aje yg hantar dia balik?"

"Kau nampak tukul ni Qila?"

Aku angguk.

"Sebelum aku ketuk kepala kau berkecai baik kau ikut cakap aku. Banyak tanya pulak dia" bebel Bang Mat namun langsung tak kalis pada pendengaran ku. Asyik pula menatap anak teruna orang ni.

"Oi oi...Anak teruna orang tu. Jangan nk gatal jeling jeling" tegur Bang Mat menyedari tatapan ku terhadap lelaki itu.

Membahang seluruh wajahku dengan teguran itu. Ish buat malu lagi!

"Eleh. Bang Mat jugak suruh Qila hantar"balasku tak mahu kalah.

"Aku suruh hantar Qila oi. Bukan tenung dia macam nak telan. Kamu tu budak sekolah lagi"

"Yelah yelah" aku menyerah kalah jua.

Perjalanan yg ku sangka akan indah rupanya disebaliknya yg terjadi. Aku 1 meter di depan dan dia 1 meter di belakang.

Panas panas ni ada jugak aku lari tinggalkan dia sorang sorang. Dasar mamat hensem sombong! Mumia hidup!

Apalah hubungan dia dengan Bang Mat. Kawan agaknya. Tapi dia nampak jauh lebih matang berbeza dengan Bang Mat. Perangai kalah budak 3 tahun walhal umur 23 tahun.

Bila masuk bab hensem of course mamat kat belakang ni win. Aiyokk jatuh cinta kah aku? Berjuta kali dah memuji si dia yg sombong ni...

Love at first sight bak kata omputeh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience