TENGKU AMIR NUFAIQ - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

Aku jeling homestay di depan silih berganti dengannya. Bingung. Kenapa dia tak masuk lagi.

"Awak memang taknak masuk ke? Nak tercegat kat sini? Jadi pak guard?"soalku geram. Panas oi. Lagi lagi rumah aku sebelah sana je. Kalau nampak dek ibu mati aku nanti nk berjawab.

Dia diam. Tiada tanda mahu berbicara.

Aku mengorak langkah pergi. Persetankan mumia tu. Dalam mulut penuh emas tak. Tu yg berat semacam nk bukak.

Dia memerhati kelibat gadis genit itu yg kian menjauh. "Terima kasih" perlahan sekali suaranya bertutur. Tahu Aqilah tak mendengar. Tapi nk cakap jugak!

"Yang kamu menempel sini kenapa? Nak nikah dengan abang ke duduk dekat dekat ni?"

Aku jeling Bang Mat. "Ish ke situ pulak dia. Tak hingin la Qila kahwin dengan Bang Mat yg perangai macam budak tak matang ni. Baik kahwin dengan kambing" memang taklah aku nk dekat Bang Mat. Walau Bang Mat itu hitam manis, perangai dia ya ampun...benci yg amat deh!

"Bang Mat, pak cik yg tadi tu siapa?"

"Pak cik mana?" soal Bang Mat kembali. Melilau matanya mencari kelibat pakcik yg ku maksudkan.

"Alaaa pak cik yang hensem tu lah...Siapa?"

Dia berfikir sejenak sebelum ditangkap siapa gerangan yg ku bicarakan.

"Oh, itu kawan abang. Dari KL. Kenapa? Berkenan?"

"Mana ada" pantas aku nafi. Gila nak mengaku.

"Kamu jangan berangan. Dia tu anak orang kaya. Tak layanlah kamu budak kampung yg umur pun tak matang lagi. Baik kamu pilih abang je. Hensem kaya pulak tu"

"Hensem tu boleh la. Kaya tu tang mana? Berhabuk je dekat kampung ni. Masih jugak pakai kereta kura kura second hand tu" aku mencebik arah kereta kuning di garaj tepi bengkel.

Bang Mat menjegil mata.

"Ada jugak kereta. Kau ada?"

"Memang la takde. Qila belum habis sekolah lagi lah. Ish Bang Mat ni. Bencilah. Bye, Qila nk pergi kerja part time. Muak tengok muka abang kat bengkel ni. Hari hari muka sama je"

"Apa kamu ingat muka abang ni hari hari boleh bertukar ke? Kalau boleh harini abang jadi lee min ho, esok jadi park hyung sik, lusa jadi jeon jungkook bts tau tak?"

Aku pekakkan telinga sambil berjalan pergi. Malas sudah mahu dengar rapuan Bang Mat namun seketika aku tekan brek mengejut. Brek kaki ekk. Aku jalan kaki jaa...

"Bang Mat...nama pakcik hensem tu apa?!"

"Tanya sendiri lah!" jawab Bang Mat. Laju dia menonong masuk ke dalam bengkel.

Haih putus harapan nk tahu nama mumia tu.

Earphone ku sumbat kembali de telinga.

"Hailah mumia, apalah nama kau?" bicaraku sendiri. Belum sempat lagu dipasang satu suara mencelah.

"Tengku Amir Nufaiq" terasa hangat hembusan nafas itu menyapa gegendang telinga lalu mengakukan seluruh tubuh badanku.

Laju jantung berdetak menghasilkan aluan kompang yg aku sendiri tidak pasti. Debaran itu amat mencurigakan namun dalam kebahagiaan.

Perlahan lahan aku berpusing. Terlihat segaris senyuman di bibirnya menampakkan kedua lesung pipit di pipi gebu itu. Lahai ni anak teruna ke anak dara?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience