LUAHAN - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

Aku tarik nafas panjang sebaik melangkahkan kaki ke dalam pagar sekolah. Harini amat mendebarkan aku.

Result peperiksaan minggu lepas diumumkan hari ini sekaligus melayakkan murid murid mendapat biasiswa. Harapnya keputusan aku layak. Jadi tak perlulah aku bekerja terlampau keras untuk menampung yuran sekolah.

Berdebar punya pasal, kaki sudah menapak masuk ke dalam dewan utama. Setelah beberapa minit diberi taklimat oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, berpusu pusu murid berlari ke bahagian belakang dewan yg tertampal keputusan exam. Aku juga tak ketinggalan.

Bersyukur tak terkira aku kalungkan sebaik melihat keputusanku yg cemerlang. Berkat ulang kaji semasa kerja part time di kedai serba aneka. Alhamdulillah berjaya juga.

Gerombolan yg tadi saling menghimpit tidak lagi terasa lantas aku berpaling.

Cikgu Saifudin berdiri tepat dibelakang aku dengan pandangan yg sukar ditafsir.

"Masuk bilik saya sekarang" tegas sekali suaranya. Air liur ku teguk berkali kali. Langkah Cikgu Saifudin dibontoti dari belakang.

Dalam kalangan orang ramai, Mia menghantar pemergian Qila dengan curiga.

10 minit berlalu tanpa bicara dari Cikgu Saifudin buatkan aku kegelisahan.

"Kau tahu sebab kau berdiri di sini?"

Perlahan lahan aku geleng.

Saifudin tersenyum sinis.

"Kau menirukan?"

Laju aku menggeleng.

"Ahh! Aku tak percaya keputusan kau cemerlang. Baik kau mengaku sebelum aku war warkan hal ni"

"Tak Cikgu. Saya tak meniru" aku menafi keras. Sakit hati bila sewenangnya dituduh tanpa sebarang bukti.

"Aku tak percaya. Kau meniru Dian kan? Dia budak top yg duduk depan kau. Mesti kau senyap senyap tiru dia. Betul kan?"

"Saya tak meniru Cikgu"

"Jujur dengan aku sekarang!" kasar Cikgu Saifudin menjerkah.

"Tak! Saya tak meniru" entah datang darimana keberanian itu, aku menempiknya lantang. Serentak frame gambar yg ada dimejanya dibaling tepat ke dahiku.

Tanpa sempat ku elak kerana hal itu berlaku mendadak, aku jatuh terduduk di lantai bersama cairan panas di dahi.

"Keluar sekarang! Kau tunggu! Aku akan cari bukti yg kau meniru" balas Saifudin menahan amarah berlalu keluar.

Frame gambar aku letak kembali atas meja kerjanya. Longlai langkah aku atur ke belakang bangunan sekolah.

Terlepas tangisan hiba yg ditahan sejak tadi. Mendayu aku meratap sendiri. Darah pekat masih lagi mengalir serta denyutan menggila dikepalaku. Sesekali aku terbatuk kerana tekak kering meraung tangis kepiluan.

Tiada tempat luahan. Tiada tempat bergantung. Tiada bahu untuk disandar. Tiada sesiapa di sisi.

Hanya Tuhan menyaksikan kesakitan ini. Hanya Tuhan satu satunya yg aku berharap. Darah makin membasahi baju sekolah putih yg tersarung pada tubuhku. Pedih mencengkam seluruh urat saraf sehingga seluruh badan mula menggigil kesakitan.

Mia menekup mulut dari mengeluarkan sebarang bunyi. Sejak tadi dia menghendap perbualan Qila dengan Cikgu Saifudin. Tak sangka tega Cikgu menuduh Qila begitu. Dia saksi kegigihan Qila belajar untuk peperiksaan kali ini kerana tempat kerja Qila terletak bersebelahan rumahnya.

Sungguh tak dia percaya. Tega seorang guru memperlakukan murid sebegitu. Meluap luap amarahnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience