GILA - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

"Nak mati berdiri atas jalan raya ni? Otak letak dekat mana entah" sinis suara garau itu menyentakkan aku.

Debaran menggila. Kata katanya tak dapat ku hadam dengan baik. Sebaliknya terdetik kejadian hitam beberapa tahun lalu yg telah meragut nyawa insan tersayang. Bagai baru semalam sahaja perkara itu terjadi depan mata aku.

"Kau pekak ke? Aku tanya kan?" bengang Tengku Amir Nufaiq.

Pelukan yg terjadi cuba dilerai namun tak berjaya apabila gadis itu memeluknya kuat. Ini bukan cubaan nk menggoda tapi cubaan nk bunuh dia. Sungguh erat!

"Woi! Lepaslah! Rimas gila!"

Aku masih tak berganjak. Aku takut. Takut seandainya perkara tak diingini itu berlaku lagi dan lagi. Menggigil hebat seluruh tubuhku.

Tengku Amir Nufaiq tergamam saat menyedari keadaan gadis dalam pelukannya di luar kewarasan. Dengan sendirinya dia membelai kepala itu lemah lembut. Sebelah lagi tangan mengusap belakang tubuh Aqilah.

Dapat dirasa getaran kencang tubuh genit Aqilah di dalam pelukan Tengku Amir Nufaiq.

Jiwanya ranap. Hatinya hancur dimamah kenangan silam. Tak tahan lagi melawan sakit bercampur trauma, jatuh jua tubuh itu ke tanah.

"Qila! Ya Allah!"

Meluru laju Mia ke arah sahabat yg lemah di bawah. Tengku Amir Nufaiq ditolak ke tepi dengan senang lalu dia merangkul tubuh Aqilah. Air mata Mia turut sama menitis laju.

Dia tahu apa yg Aqilah rasakan saat itu. Jiwanya pasti kembali di saat Luke, satu satunya kawan baik Aqilah suatu ketika dahulu yg telah pergi menghadap ilahi akibat kemalangan jalan raya yg berlaku depan mata Aqilah. Oleh itu Aqilah sering mengelak berjalan di kawan lebuh raya besar. Dan memilih untuk menggunakan jalan kampung yg ditumbuhi semak disekeliling.

"Luke tenang di sana Qila. Luke dah tenang....", pujuk Mia cuba menyedarkan Aqilah dari terus menyalahkan diri sendiri menjadi punca kematian Luke.

"Kau ni siapa? Apa kaitan kau dengan kawan aku?"

Tengku Amir Nufaiq memandang Mia dengan jelek. Biadap sungguh budak ni!

"Kau ni muda lagi. Tapi takde hormat kat orang tua".

"Tak kesah la. Aku nk tahu, kau ni siapa?", tinggi nada Mia. Kurang senang dengan jejaka kacak sombong di depannya ini. Muka macam bagus sangat! Tapi nampak annoying!

"Aku nampak budak ni nk kena langgar aku selamatkan lah. Takkan nk tengok je?"

"Itu je?"

Berkerut kening Tengku Amir Nufaiq.

"Pergi balik lah!", herdik Mia. Kecil besar dia pandang Tengku Amir Nufaiq yg tak berganjak melihat Aqilah di bangku. Tenung macam nk makan pun ada. Kang dia jolok mata baru tahu!

Tengku Amir Nufaiq tak mahu membahas perkara tersebut lebih panjang mula melangkah pergi tanpa kata atau pamitan.

Dalam diam dia memegang dadanya ekoran debaran menggila sebentar tadi ketika memeluk Aqilah.

"Aku dah gila ke?"

Hari itu aku menyarung t-shirt putih longgar melepasi punggung berserta jeans. Bentuk tudung bawal putih yang agak menyerong ke tepi ku perbetulkan sedikit. Dalam sukar aku cuba tersenyum menahan kesakitan di dahi yang makin menjadi jadi.

Seperti biasa aku menuju ke bengkel untuk bekerja demi sesuap nasi untuk merempuh ranjau kehidupan yang terus terusan berjalan sehingga hayat terputus.

Bagiku hidup aku terlalu sempurna. Sempurna tanpa cela. Kian hari aku tak mampu lagi berkata apa tentang pandangan orang terhadapku kerana aku menganggap aku sempurna apa adanya. Dan aku gembira. Mereka layak menghakimiku tapi mereka tak layak menjalani kehidupanku seperti aku jalani sekarang. Mereka mampu bercakap besar tapi mereka tak lalui apa yang aku rasakan.

"Qila...Kamu okey? Abang dengar kamu kena gantung sekolah? Ibu tahu?", Bang Mat menyoalku bersama wajah sayu. Aku membalas dengan senyuman.

"Haah...Qila okey je. Harini Bang Mat nak Qila buat kerja apa? Semua Qila sapu tau."

Bang Mat menggeleng kepala. 'Kenapa kau tak berterus terang Qila?', keluh hatinya sendiri.

"Qila, abang nak ke pekan sekejap. Kamu jaga bengkel yer..." seutas jam tangan dicapai lalu tanpa berlengah Bang Mat berlalu pergi.

Sebaik Bang Mat tidak kelihatan, tubuh ku yang berat jatuh ke kerusi. Pandangan yang seakan berpinar menerpa. Berkali kali kepalaku geleng.

"Woi, aku nak duit!", sergah satu suara. Dalam kesamaran aku dapat agak itu adalah Ibu.

"Lembaplah kau ni! Bodoh macam bapak kau!" tanganku yang meraba poket ditepis kuat lalu beberapa helai duit berwarna merah dirampas kasar.

"Bu jangan ambik semua. Nanti kita nak makan apa Bu? Bagi lah Bu..."

"Alah kau kerjalah. Apa guna ada anak kalau tak berbakti dengan mak. Buat penat aku kandung kau berbulan bulan. Nak balas jasa sara aku pun tak boleh! Dasar anak tak guna!" dengan kasar Ibu menampar kedua dua pipiku sehingga pandangan yang tadi kabur mulai gelap kemalapan.

"Aku minta duit je. Bukan mintak kau kandungkan aku! Bodoh punya anak! Tahu menyusahkan je! Bila agaknya kau nak mampus!"

"Bu bagi balik duit tu. Sikit pun jadilah Bu...", aku masih tak berputus asa. Tergagau gagau tangan cuba mengambil duit biar pun bila bila masa aku bisa tumbang.

"Sial punya anak!", sekali sahaja tangan Ibu menolak tubuhku akhirnya tumbang menyembah bumi. Tak cukup itu kakiku dijadikan mangsa lampias kemarahannya. Berkali kali ditendang hingga aku tak lagi merasakan apa apa di kedua kakiku.

Tanpa hiraukan aku Ibu pergi tanpa menoleh lagi. Dapat aku rasakan cairan hangat menitis membasahi pipi sebelum kedengaran suara suara menyeru namaku...

ok so sini sy publish balik novel ni.. seperti yg sedia tahu novel ni just short story dan memang nk tamat dah. sekitar 2/3 bab lagi tamatlah CHA. Happy reading ♥

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience