SEKOLAH - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

Seperti hari kebiasaannya aku bersiap memakai seragam putih dipadankan kain berwarna hitam. Buat sentuhan terakhir, tudung dikemaskan pada bahagian yg berlipat. Aku menilik diri sendiri di cermin bersaiz separuh dari ketinggianku.

Dek kerana ia berada di bawah, terpaksa jua aku bongkokkan sedikit ke paras bawah. Lama aku merenung cermin yg telah retak dua itu sebelum mencapai beg lalu keluar ke dapur.

Terintai intai aku mencari kelibat ibu tetapi tiada di situ kemudian aku mengorak langkah ke biliknya diiringi bunyi papan kayu yg kami diami. Entah bila agaknya mampu bertahan...

Puan Salmah yg menyedari kehadiran anaknya segera memalingkan wajah.

Jelas tertangkap dek mataku sejumlah wang yg dia sorokkan. Namun aku memilih untuk berdiam diri.

"Hmm apa kau nak?"

"Qila dah buat sarapan. Marilah makan bu. Kejap lagi Qila nk berangkat ke sekolah. Takut terlambat pula"

Puan Salmah bangun bersama rengusan.

"Makan je lah. Tak perlu nk tunggu aku bagai. Ni haa....kuih kuih semua tu kau dah bungkus belum? Aku ni nk semua dah siap. Faham?"

Aku mencedok nasi ke dalam pinggan buatnya.

"Sudah bu. Jam 3 pagi lagi Qila dah buat semua. Cuma nasi lemak je Qila tak sempat buat" takut takut ku berkata. Serta merta wajah ibu yg tadi keruh berubah merah.

Nasi di dalam pinggan dia tonyoh ke mukaku.

"Kau ni kan memang sial! Dari kecil sampai besar kerja kau menyusahkan aku saja. Kenapa lah kau ni tak mati masa kecil dulu hah? Sekarang bila dah besar asyik menyusahkan aku pulak. Kau dengan bapak kau sama. Menyusahkan!" herdik Puan Salmah terus terusan.

Tak aku nafikan setiap kata tohmahan sudah sebati, tapi ianya tak pernah tidak melukakan hati aku yg rapuh. Siapa yg mahu dibenci oleh ibu sendiri? Tiada dan aku tidak terkecuali. Tidak pernah aku pinta dilahirkan. Tidak pernah juga aku pinta untuk menjadi beban buat ibuku. Semuanya suratan yg Maha Esa. Jadi mengapa aku dipersalahkan?

Tanpa menghiraukan aku, dia berjalan masuk ke biliknya.

Terhinjut kedua bahuku menahan esak tangis. Sebutir demi sebutir nasi jatuh ke lantai kerana basahnya air mataku.

Nasi yg bertaburan di lantai serta ayam aku perhatikan pilu. Sayang jika dibuang...Lantas aku kutip nasi yg tumpah lalu dimasukkan ke dalam bekas buat bekalan di sekolah nanti.

Seketul ayam yg masih terletak elok aku tutup dengan saji manakala seketul ayam tadi aku masukkan ke dalam plastik.

Tidak sesekali aku mengeluh. Ini sudah takdir hidupku. Tiada apa yg mampu ku keluhkan. Ini sekadar ujian Tuhan buat hambaNya.

Ketika aku melintasi pagar sekolah, kaki melencong arah kiri pagar jauh disebalik semak yg tersorok pada pandangan pelajar yg lain.

Ayam yg kubawa, aku letak di depan seekor kucing kelabu yg montel. Badannya terdapat sedikit luka. Besar kemungkinan ia dipukul.

Sejak beberapa hari yg lepas aku merawatnya di sini. Hendak dibawa pulang bimbang dimarahi sang ibu.

Tak sedar kelewatanku, bunyi loceng menandakan waktu perhimpunan pagi bermula menyentakkan aku dari terus berlamaan di situ.

Laju aku berlari ke medan perhimpunan. Saat tiba suara Cikgu Saifudin jelas bergema yg bercakap tentang hal disiplin.

"Saya harap tiada lagi berlaku kes sebegini. Di sekolah tempat kamu belajar. Bukannya bermain main. Kalau sekadar ingin membuat masalah, datang pejabat ambil surat berhenti. Jangan tahu menghabiskan duit mak bapak!" ucapnya tegas. Aku terkedu di situ. Panahan matanya ibarat helang ingin menyambar mangsa.

Aku sedar kata katanya khas ditujukan buat aku. Walau dia sebenarnya salah dan tidak tahu menahu apa yg ku tanggung, hati aku terguris dengan sikapnya yg suka ambil mudah. Tidak bertanya tapi terus menuduh. Acap kali ku fikir di mana silapku. Pengakhirannya aku jadi buntu.

ok here sy nk ckp this novel just short story yg diilihamkan dari kisah yg sy tahu. Insyaallah tak sampai 20 bab pun. Happy reading and love u guys..❤❤❤

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience