FITNAH - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13855

Kesan lebam masih berbekas pada tubuhku. Luka pada dahi juga tampak agak teruk. Darah akan keluar setiap hari bersama cairan busuk. Aku buntu berbuat apa. Setiap hari tubuh aku mengalami kesakitan yg tak terperi. Tuhan saja tahu betapa peritnya aku melalui detik itu. Sampai satu tahap, aku terpaksa menggigit tuala kerana tak tahan dengan sakit.

Tudung sekolah dipakai. Baiklah. Aku sedia ke sekolah.

Makanan ditutup dengan saji namun terhenti apabila kelibat ibu mendekati.

Berkerut kening Puan Salmah. "Eh kau tak makan ke? Asal? Kau letak racun ke?"

"Tak bu. Qila dah kenyang"

"Kau makan apa? Angin?" sinis sekali suara itu bertanya.

Aku diam tak menjawab. Tiada daya untuk membalas. Sejak semalam sakit pada bahagian tekak kian terasa. Batuk pula tak berhenti henti. Mungkin demam kerana suhu badanku juga agak tinggi.

"Qila pergi dulu bu. Assalamualaikum" tangan tua itu aku salam namun belum sempat bersentuhan, ibu terlebih dahulu menarik tangan.

Dalam perit aku senyum. Cuba untuk tidak mengambil hati akan perlakuan dingin ibu.

"Eh budak sial, Pengetua panggil kau" serentak itu seluruh kelas memandang aku. Walau bingung tetap aku bangun. Pandangan seisi kelas tak ku hiraukan. Bukan tidak biasa dipandang hina begitu. Setiap masa!

Entah kenapa jantung aku gugup sebaik terpandang Cikgu Saifudin yg turut ada di situ. Debaran makin rancak apabila Dian, budak pandai turut ada.

Ketiga tiga mata itu memandang ke arahku yg menapak masuk ke dalam. Suasana hening dan janggal jelas terasa.

"Kamu tahu kenapa saya panggil kamu kemari Aqilah?" soal Pengetua memulakan bicara.

Aku pandang Cikgu Saifudin serta Dian sebelum menggeleng perlahan lahan. Aku tak tahu kenapa aku dipanggil. Adakah aku ada berbuat kesalahan?

"Baiklah begini, biasiswa yg sepatutnya diberikan kepada kamu sudah saya tarik"

Nafasku terhenti. Mata mula berkaca. Kenapa? Aku berusaha keras untuk biasiswa itu sampai tidur malam pun tidak hanya untuk menghafal serta menjawab latihan.

"Boleh saya tahu kenapa?" perlahan aku bersuara. Dari ekor mata jelas terlihat wajah sinis Cikgu Saifudin.

"Sebab kamu tak layak Aqilah. Saya tak boleh beri duit biasiswa pada budak yg tak sepatutnya"

"Tapi saya dapat keputusan cemerlang dalam exam"

"Betul! Saya tahu. Tapi kamu meniru Dian!"

Terkedu! Bulat mataku pandang Dian tak percaya. Kenapa? Sanggup dia buat begini?

"Tak. Saya tak meniru Cikgu"

"Sudahlah Aqilah. Dian sendiri yg cerita pada saya, kamu terus terusan desak dia bagi jawapan pada kamu. Hebat betul kamu yer. Sampai macam tu sekali nk duit biasiswa sampai gunakan Dian. Saya tak sangka" keluh Cikgu Saifudin kecewa. Tapi aku tahu dia berpura pura.

"Tak Cikgu. Saya tak meniru. Dian saya tak meniru awak. Kenapa awak fitnah saya?"

"Cukup Aqilah. Jangan pura pura lagi. Saya tak sanggup terus terusan menipu Cikgu. Biasiswa ni bukan boleh buat main. Perlu bagi pada orang yg memerlukan dan berkemampuan dalam pelajaran" tenang bicara Dian buatkan aku kelu lidah.

"Cikgu tolong percaya saya. Saya tak meniru Cikgu" tak dapat ditahan lagi, air mataku menitis jua.

"Saya tak meniru Dian. Malah sepanjang bersekolah di sini saya tak pernah bercakap dengan Dian Cikgu...Tolonglah percaya saya"

"Aqilah! Sampai hati awak. Kita kawan baik sejak dulu. Kenapa nk tipu Cikgu? Awak selalu minta pertolongan saya. Kalau awak tak sempat siapkan kerja sekolah, saya yg selalu buat untuk awak"

Kata kata Dian buatkan aku terhempap. Benar benar tersempit. Allah... Ini fitnah...

Berjuraian air mata jatuh kian lebat.

"Cikgu...saya tak buat"

"Aqilah stop! Awak paksa saya bagi jawapan sampai awak mintak tukar paper exam. Jangan menipu depan Pengetua"

Aku memandangnya kebengangan.

"Siapa yg menipu?"

"Berhenti! Awak, Aqilah biasiswa awak saya tarik dan awak juga digantung sekolah selama 2 minggu. And Dian, saya ucapkan terima kasih kerana berlaku jujur"

Cikgu Saifudin tersenyum begitu juga Dian. Kedua duanya kemudian beriring keluar dari ruangan Pengetua. Dan kemudian diikuti aku.

Sebaik keluar, Cikgu Saifudin mengeluarkan sampul kertas yg agak tebal lalu diserahkan pada Dian. Mereka berdua memberikan senyuman sinis padaku.

Sungguh sakit dada aku melihat. Kejamnya mereka Ya Allah. Apa salahku lahir di dunia ini?

Tak betah. Aku ke kelas mengambil beg dengan tangisan tak henti lalu berlalu keluar. Aku sakit! Sakit sangat! Kenapa Tuhan tak tarik saja nyawa aku?

Serentak bunyi hon kuat kedengaran. Aku berpaling ke tepi. Ada sebuah kereta memecut laju ke arahku. Tak mampu ku berganjak lagi. Mata ku pejam seeratnya. Aku redha Ya Allah. Ayah, Qila ikut ayah ye....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience