MAKNA - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

"Bang Mat, tu kat depan ada motor. Bang Mat handle ehh. Qila cau dulu!" dari kejauhan aku melaung ke arah lelaki hitam manis yg berada di pangkin bersebelahan bengkel yg elok terletak bawah pohon rendang.

Dapat ku lihat dia menggeleng sambil tersenyum nipis. Mungkin sudah lali dengan sikapku yg satu ini. Sekejap ada sekejap tak ada. Busy lah katakan.

Agak lama aku berjalan menelusuri pelosok kampung untuk ke sekolah. Katanya ada study group. Mahu saja aku tolak mentah mentah tapi memikirkan exam yg kian dekat ditambah pula dengan kekurangan masa untuk belajar buatkan aku berfikir dua kali sebelum setuju menyertai mereka.

Dari pondok pengawal aku melihat Sarivani, Chou Mian dan Mia di wakaf perantaraan bangunan blok pelajar dan kantin.

Lambaian tangan mereka aku balas sambil menayangkan senyuman kerang busuk. Sedar yg diri sendiri lambat.

"Hai...sorry. Aku ada ker..."

"Takpe kami faham. Lagi pun kami baru juga nk mula study. Duduklah" balas Mia yg kemudian membetulkan kaca mata yg melorot ke batang hidung naik ke atas dengan senyuman manis.

Agak janggal aku duduk bersila bersebelahan Mia dan Chou Mian. Sarivani pula sedia memegang buku. Segala kelengkapan turut dia sediakan sedari tadi. Steady orangnya walau jarang bertegur sapa.

Setiap kali Chou Mian dan Mia mengajakku keluar join mereka pasti Sarivani ada juga. Semestinyalah. Mereka itu sahabat sejati.Aku saja yg menyibuk.

"Er...." kepala tak gatal aku garu perlahan.

"Kenapa Qila? Aik...mana buku kau? Alatan menulis....?" serentak mereka bertiga memandangku hairan.

Ya baru ku ingat. Aku kemari membawa diri tanpa apa apa langsung. Terlupa barangkali kerana sibuk sangat.

"Kau nk belajar macam mana ni?" soal Sarivani pula. Buat pertama kali dalam sejarah perkenalanku dengannya. Selama 10 tahun sekolah bersama. Hari ini baru aku dengar suara emas yg dipendam selama ini. Aku jadi mati kata. Buntu juga.

Tiba tiba sepasang tangan menghulur buku padaku. Mendadak aku angkat pandangan pada dia.

"Apa?" bingung aku dibuatnya.

"Ambil lah. Balik karang tiru. Aku dah highlight isi yg penting. Soalan ramalan pun ada. Kalau kau nk ulang kaji lah" ucap Sarivani lembut namun matanya tertunak arah lain.

"Habis tu kau macam mana? Aku taknak susahkan kau. Kau sendiri tahu aku bukannya bijak. Jauh sekali rajin. Ada baiknya kau simpan saja buat diri sendiri"

"Ambil kalau kau rasa mahukan masa depan yg cerah. Aku dengar cikgu ada cakap soal biasiswa untuk pelajar tak mampu 2 minggu hadapan. Katanya nak pilih dalam kalangan pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 je. Cuba kau try. Mana tahu dapat. Taklah kau perlu kerja keras sangat" ucapnya lagi panjang lebar.

Aku senyum penuh makna. Makna yg tiada siapa pun tahu maksud disebaliknya. Hanya aku dan Dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience