PESANAN - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13803

TIADA PELANGI ANDAI TIADA HUJAN,
TIADA LAUT ANDAI TIADA AIR,
TIADA KEGEMBIRAAN ANDAI BELUM DILANDA BADAI,

ITULAH AKU...

MENGELUH TIDAK, BERGEMBIRA TIDAK,

TAPI AKU BERSYUKUR MASIH DIBERI PELUANG MENATAP INSAN INSAN TERSAYANG...SETIAP DETIK SETIAP SAAT MASA BERJALAN TAK AKU LUPAKAN SEGALA YANG AKU LALUI BERSAMA. BIAR PAHIT MAHUPUN DUKA, KENANGAN BERSAMA TETAP MEMBERI SECEBIS RASA BAHAGIA. AKU SEDAR SIAPA DIRI INI. DEMI MENAGIH SECEBIS KASIH SAYANG AKU RELAKAN SEGALA GALANYA BERLAKU.

IBU,
INSAN PERTAMA DIHATI. AKU TAK MENGHARAPKAN KEMEWAHAN, TAPI CUKUP KASIH SAYANGMU. NAMUN ANDAI KEMEWAHAN MAMPU MENJAMIN BAHAGIAMU, AKU SANGGUP MENCARI DUIT DEMI KESENANGANMU IBU. KERANA TANPAMU IBU, SIAPALAH AKU. TIDAK AKAN TERLAHIR AKU JIKA TIADA INSAN BERGELAR IBU. MAAF KAN ANDAI SAAT BERSAMAKU MEMBERI KESULITAN BUATMU. DAN INGATLAH, WALAU DIMANA KEBERADAANMU, KASIH SAYANGKU TAKKAN PERNAH BERKURANG.

BUATMU TEMAN, BUATMU YANG TERSAYANG, TERIMA KASIH SUDI BERSAMA DIRI INI. NAMUN TIBA SAATNYA AKU PERGI.

BAYANG BAYANGKU JANGAN DIRENUNGI,
PERGIKU JANGAN DICARI,
HILANGKU JANGAN DISESALI,
MATIKU JANGAN DITANGISI,
SUSUK KU JANGAN DIINGATI,
LANGKAHKU JANGAN DIHALANGI,

AKU PERGI...MENINGGALKAN INSAN BERTAKHTA DI HATI, CINTA HATI AQILAH BUAT SELAMA LAMANYA...

Mia menangis semahu mahunya di bahu Chou Mian dan Sarivani. Kedua mereka turut merasai kehilangan Aqilah tapi tidak seperti Mia yang lebih rapat, impak kehilangan sahabat mereka itu seakan batu menghempap Mia berkali kali tanpa henti.

Puan Salmah pula telah dihantar ke hospital mental selepas wanita itu melihat dengan mata kepalanya sendiri kematian satu satunya anak tunggalnya. Keadaan Puan Salmah menjadi teruk selepas membaca pesana terakhir yang dititip Aqilah sebelum ajal menjemput.

Dari jauh Tengku Amir Nufaiq memerhati segala yang berlaku bersama air mata bercucuran jatuh ke pipi.

"Kau tak perlu membazirkan air mata kau untuk dia. Dia tak layak. Dia miskin, air mata kau terlalu mahal untuk dia rasai. Kau dan dia tak setaraf, jadi berhentilah bazirkan air mata mahal kau untuk adik aku! Pulanglah kau dari terus ada di sini. Kau bukan sesiapa...",ujarnya lemah. Bang Mat berlalu pergi dengan jiwa yang hiba.

'Kau pergi tanpa Bang Mat sempat ucapkan selamat tinggal. Kau kejam Qila. Kau adik yang kejam...'

Sungguh dia terkilan tak terkata, insan yang dianggap sebagai adik kandung selama ini pergi tanpa sempat dia berbuat apa. Malah keadilan untuk Aqilah juga tidak dapat ditegakkan...

Inilah kali terakhir dia menangis, dikesat air mata sebelum dia bersama yang lain mengusung jenazah Aqilah keluar dari van jenazah untuk dikuburkan.

Sepanjang detik itu, dia menahan segala rasa yang terbuku di dada. Inilah saat terakhir dia mampu melihat jenazah Aqilah sebelum dikebumikan.

'Tenang lah dik. Tenanglah di sana. Tunggu kami menyusuli...'

Cikgu Saifudin turut ada di situ melihat jenazah anak muridnya buat kali terakhir. Muka yang selama ini tampak garang kini berubah mendung. Dia tekad untuk meletak jawatan kerana menyesali perbuatannya menghakimi Aqilah selama ini serta memberi penyeksaan pada gadis muda itu. Dia benar benar berada di lembah penyesalan tanpa penghujung. Dia tidak sempat mengucapkan kata maaf kepada Aqilah. Mungkin ini balasan di atas perbuatannya, dia sentiasa dihurung rasa sesal sehingga satu saat dia berasa seperti ingin mati.

Keadaan pengebumian Aqilah berjalan lancar dikala cuaca mendung, dia dikebumikan bersebelahan dengan kubur ayahnya sendiri. Itulah permintaan terakhir Aqilah yang disampaikan kepada Mia andai berlaku sesuatu ke atas dirinya.

Siapa sangka wajah ceria yang selama ini dipapar mengandungi sejuta rasa, Aqilah telah lama disahkan menghidap barah otak. Mengingati perkara itu buatkan ramai orang kampung merasa pilu. Sebegitu sakitnya Aqilah memendam kesakitannya sendirian. Perkara itu diketahui setelah Mia membongkarkannya ketika kejadian Aqilah pengsan dikerjakan ibunya sendiri. Segala galanya terdedah apabila keluarga Mia menghantar Aqilah ke hospital.

Pengebumian Aqilah merupakan ucapan selamat tinggal terakhir mereka. Maka tamatlah perjuangan Aqilah. Berakhirlah episod duka lara seorang Aqilah...

AKHIRNYA BERLABUH TIRAI JUA CHA. TAMAT SUDAH PERJALANAN BERSAMA. ♥♥♥

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience