DUIT - CINTA HATI AQILAH

Short Story Completed 13850

Bunyi sahaja loceng menandakan waktu sekolah tamat , semua murid berpusu pusu lari keluar pulang, seolah rumah lari. Padahal tak!

Dari satu sudut aku memastikan semua murid blok kelas sudah tiada, dengan langkah lemah aku masuk ke dalam kelas, bersiap untuk pulang.

Darah yg memenuhi tudung sudah ku buang. Tudung hitam ku ambil dari beg. Sudah terbiasa andai tudung kotor ulah pelajar lain. Namun darah yg melekat di baju tak dapat aku tanggalkan.

Bekas luka juga sudah aku basuh. Terdapat koyakkan luas di dahi. Keluhan demi keluhan terhela. Aku penat!

Mia memerhati gerak geri Aqilah sehingga ke pagar belakang. Berkerut keningnya melihat Aqilah mula memanjat pagar belakang sekolah. Jatuh kesian melihat wajah pucat sahabatnya itu.

"Kalau kamu penat, berhenti dulu Qila. Rehat kemudian baru sambung" tegur Bang Mat apabila melihat wajah pucatku berserta dahi yg bertampal kapas.

"Qila kuat lagi ni bang. Nanti dah penat Qila rest kejap"

"Dahi kamu kenapa?" belum sempat aku elak, Bang Mat datang mendekat.

"Ni....jatuh. Jatuh tangga masa nak turun rumah" alasan ku padanya. Bang Mat merenung curiga. Something fishy here!

"Betul Bang Mat" ucapku cuba meyakinkan dia lagi.

"Kamu ni cuai betul! Jalan tu mata letak mana? Lutut? Hah?! Yang boleh jatuh kenapa? Itu lah asyik sangat termenung. Lee Min Ho lalu depan mata pun tak perasaan ye tak?"

"Merepek lah Bang Mat ni. Lee Min Ho mana masuk kawasan kampung kita ni. Kalau dia datang jawabnya terbalik satu dunia" seloroh aku juga. Layankan saja. Tak rugi malah membantu aku hilangkan tekanan yg semakin hari semakin menghimpit aku ke bawah. Tersepit tanpa ada sesiapa yg sedar.

"Lupa pula abang, boleh tak kamu tolong belikan mee goreng dekat simpang depan sana. Mengidam pula abang nk makan" Bang Mat meminta bersama wajah comel. Cukup buat aku meluat.

"Taknak lah Qila. Nanti gaji tak masuk"

"Aipp! Abang gandakan kalau Qila pergi beli Mee goreng tu untuk abang"ujarnya bersungguh sungguh.

"Betul ni? Tak tipu?"

"Betul! Cepat lah pergi beli. Abang lapar nk makan ni. Dekat sini ada apa je. Tayar dengan tiub berlambak. Skru pun banyak. Kamu nk abang makan benda alah tu ke?"

"Boleh jugak. Sedap tu bang. Rasa macam spagetti oglio olio tu" selorohku tak mahu kalah.

"Banyaklah kamu punya spagetti oglio olio. Sudah. Pergi sana. Kang mati kebulur abang di sini"

"Yelah yelah..Nak pergi dah ni"

Semasa berjalan aku bertembung dengan sekumpulan budak budak yg diketuai oleh adik Shamira, iaitu pembuli utama ku di sekolah.

Lihat sahaja Aqilah berada di situ mereka bertindak menolaknya jatuh di atas jalan berbatu.

Terasa mencucuk pinggang serta bahagian punggung. Budak budak itu kemudiannya ketawa mengejek sambil berlalu pergi.

Aku tahan air mata dari jatuh menitis. Dengan susah payah aku bangkit menuju ke gerai Mak Milah. Mee goreng dipesan. Dikesempatan yg ada aku duduk di atas kerusi dengan wajah berkerut menahan sakit.

"Berapa semua Mak Milah?"

"3 ringgit"

Tangan aku seluk ke dalam poket. Sesaat baru aku tersedar. Aku pamit tanpa mengambil wang! Ahh. Dahi aku tepuk. Kemudian aku terjerit. Lupa dahi aku terluka. Malang sungguh nasibku harini.

"Ermm Mak Milah, kalau saya balik dulu kejap ambil duit boleh tak? Duit tertinggal"

"Ah tak boleh. Kau ni kan dasar perempuan tak tahu malu betul. Mak kau pun tak suka kau. Sekarang ni kau nk mencuri pulak yer?" sinis Mak Milah. Pelanggan lain mula memandang pada kami.

"Tak Mak Milah. Maksud saya...." belum sempat aku menjawab satu tangan muncul dari tepi.

"Nah, saya bayarkan untuk dia"

Dengan senang hati Mak Milah sambut.

"Kalau dah tahu diri tu miskin tak payah berlagak kaya. Makan aje apa yg ada dekat rumah tu. Tak perlu berlagak macam kaya nak datang makan luar lepas tu pura pura duit tertinggal. Licik betul manusia zaman sekarang" komen Tengku Amir Nufaiq.

Aku tersenyum kelat. Kata kata itu menusuk tepat ke dalam hatiku yg rapuh. Pelanggan yg lain mula tertawa dan berbisik sinis. Lihatlah Tuhan, betapa hinanya diri ini.

Dalam kesakitan aku tersenyum lalu berlalu pergi. Dari jauh aku mampu mendengar suara sumbang masih giat dilempar padaku.

Sabarlah wahai hati....Tuhan disisi.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience