Bab 1

Romance Completed 29066

‘’Aku cinta kau, aku benci kau, aku rindu kau, eh aku menyampah pula tengok muka kau, nak dengar suara kau, ishh geli pula nak dengar suara kau. Leave me alone! Eh wait, we cool right? Can we make up? I love you!
You know what? Aku dah nampak, kegilaan yang jadi antara kita ni bermula dari pertemuan pertama kita lagi! Aku pasti!’’
****

NADZMIE berlari keluar dari balai ketibaan. Penat dia mengucap maaf kepada orang yang dilanggarnya. Kalau tak kerana Mama, belum tentu Nadzmie akan pulang ke Malaysia. Silap hari bulan, dia akan terus menginap di United Kingdom bersama bapanya.

Tercungap-cungap Nadzmie seketika. Dia bongkok memegang lutut, seraya menarik nafas berkali-kali. Puan Aida cakap ada orang akan jemput dia, tapi mana ?
“Nadzmie!” Besar telinga Nadzmie apabila dia dengar namanya dipanggil. “Nadzmie!” Ya, memang namanya dipanggil seseorang. Nadzmie berdiri tegak, matanya terus mencari gerangan si pemanggil.

“Dah lama sampai?” tanya Encik Saiful. Melihat wajah Encik Saiful langsung tidak memberi kelegaan padanya. Nadzmie memberi jelingan tajam. Huluran tangan Encik Saiful tidak disambut.

Faham dengan perangai Nadzmie yang tak pernah menerima kewujudannya dalam hidup mereka, Encik Saiful menjatuhkan tangannya. “Sorry, pakcik lambat. Nadzmie bawak satu beg je? Tak bawak beg lain?” Mata Encik Saiful jatuh pada beg galas Nadzmie. Selepas bertahun lamanya tak pulang ke Malaysia, pulangnya hanya dengan satu beg?

“Tak. Cepatlah. Orang nak jumpa Mama ni.” kata Nadzmie kasar. Dia menonong berjalan, kononnya malas mahu berjalan seiring Encik Saiful.

“Nadzmie!”

“Apa lagi?” Bengang betul Nadzmie dengan Encik Saiful. Tahulah namanya sedap, tak payahlah Encik Saiful panggil namanya berkali-kali.

Encik Saiful memanjangkan tangannya lalu jarinya menunjuk ke satu arah. “Err.. Kereta kat sana.” kata Encik Saiful. Kalau dia tak panggil Nadzmie tadi, mesti Nadzmie dah jalan ke arah yang bertentangan.

Nadzmie mempamer muka seposennya. Oh, salah jalan ke? Dia berpatah balik lalu berdiri di sebelah Encik Saiful. “Tahulah. Saja je nak tinjau kedai apa yang ada kat situ.” katanya bagi menutup rasa malu.

Encik Saiful menahan dirinya dari tersenyum. Dari dulu sampai sekarang, sikap bersahaja Nadzmie masih ada. Di matanya, Nadzmie comel dengan sikap itu. Hanya salah faham yang membuatkan Nadzmie enggan menonjolkan sikapnya di hadapan Encik Saiful.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience