BAB 16

Romance Completed 29066

Nadzmie jadi serba salah. Kalau tanya dia, memang dia terus tarik Encik Wahidi dan lafazkan ijab kabul sekarang juga! Tapi.. Nadzmie pandang Puan Aida. Apa pula perasaan mamanya? Dilihatnya Encik Saiful berbisik sesuatu ke Puan Aida. Nadzmie jadi cuak. Bila Puan Aida berjalan ke arahnya, perasaan Nadzmie bergelodak.

“Amie.. I’m sorry. I know I shouldn’t interfere in your love matter. Tapi mama sayangkan Amie. Papa Saiful kata, Syiqin sorang je yang boleh bahagiakan Amie. Jadi.. Mama harap.. Amie jaga Syiqin baik-baik. Okay?” Sehabis ayatnya, Nadzmie terus mendakap Puan Aida. Matanya pula tertancap pada Encik Saiful.

Bibirnya bergerak, mengucap ‘Terima kasih Papa.’ Sebaris ayat yang menyentuh hati seorang bapa, kerana akhirnya Nadzmie menerima kewujudannya.

Pelukan dilerai dan Nadzmie berjalan mendekati Encik Wahidi. “Pakcik.. Maafkan saya. Saya takde niat nak mainkan sesiapa tapi saya cuma nak pakcik tahu.. Saya ikhlas cinta dan sayangkan Syiqin. Tolong bagi restu kat kami.”

Encik Wahidi menepuk bahu Nadzmie sambil mengangguk-angguk. Ya, dia merestui Nadzmie dan Syiqin. Dengan dada yang lapang dan penuh keyakinan, Nadzmie mendekati Syiqin. Gadis itu tunduk, mungkin malu menjadi perhatian pada hari ini.

“Awak.. Pandang saya.” Panggil Nadzmie lembut. Syiqin akur, perlahan-lahan dia mendongak. “Demi Allah.. Saya sayangkan awak. Saya nak nikah dengan awak. Tak kisahlah awak panggil saya Encik UK ke, serbuk Horlicks jatuh dalam air Milo ke.. Saya tetap nak kahwin dengan awak. Dan saya harap awak terima saya.”

Syiqin tergelak sendiri mendengar lamaran Nadzmie itu. Mungkin kedengaran tak serius tapi hanya mereka berdua yang tahu, itulah yang membibitkan rasa cinta di antara mereka. Syiqin menyeka air matanya.

“Tapi.. Awak tak kisah ke ? Kalau saya terima awak hari ni, pelamin kita bukannya warna biru macam yang awak suka.”

“Takpe. Tema kita warna merah. Kan saya dah cakap, merah untuk cinta. Saya cintakan awak.. Dan saya nak kahwin dengan awak je.” Jawab Nadzmie yang mengandungi maksud tersirat. Syiqin tersenyum simpul. Ya, dia juga tak kisah berkahwin dengan menggunakan tema merah. Merah itu cinta. Dan hari ini, semuanya akan menjadi tanda cinta dia dan Nadzmie.

“Saya pun.. Cintakan awak.. Dan.. Saya pun nak kahwin dengan awak je..” Merah pipi Syiqin sewaktu mengucapkan itu. Suasana di sekeliling mereka mulai riuh. Tak sia-sia mereka datang ke majlis perkahwinan ini, dapat tonton drama cinta percuma!

Puan Farida mendekati anak bongsunya. Bukan main lagi dah berbalas kata-kata cinta! “Dah dah. Jom tukar baju. Bakal pengantin takkanlah nak pakai baju kurung biasa je!” Puan Aida juga cepat-cepat mendekati Syiqin. Sementara dia menarik Syiqin naik ke tingkat atas, Puan Farida pula menarik anak sulungnya.

Nadzmie tersenyum senang. Dia mendekati Encik Saiful, lalu mencium tangan orang tua itu. “Terima kasih, Pa.. Amie nak mintak maaf jugak, sebab biadap dengan Papa selama ni..” Tanpa kata, Encik Saiful memeluk Nadzmie. Untuk seketika Nadzmie terkedu tapi lama-lama bibirnya mengukir senyum.

“Hm, mintak maaflah ye.. Tak sangka jadi macam ni pulak. Tunggu pengantin perempuan bersiap, barulah kita langsungkan. Oh, apa kata kita makan dulu.” Kedengaran Encik Wahidi cuba memberi idea kepada tetamunya. Namun mereka tidak berganjak sama sekali. Mulut masing-masing becok bertanya itu dan ini. Agaknya semua penasaran dan ingin tahu dengan lebih lanjut.

Entah untuk kali keberapa, Nadzmie senyum sendiri. Encik Saiful juga mula menghampiri tetamu dan sekadar melayan mereka apa adanya. Hati Nadzmie berdebar tiba-tiba. Sekejap lagi dia akan dinikahkan dengan gadis yang dia cinta. Tak sangka perasaan itu berbeza.

Bila Nadzmie terasa gegaran di badannya, cepat-cepat Nadzmie menyeluk poket baju Melayunya untuk mengambil telefon bimbitnya. Satu SMS diterima. Dari Syiqin. Bertambah laju degupan jantungnya.

‘Saya sayang awak, Encik UK! Tunggu saya.Sekejap je lagi..’

Nadzmie pantas membalas SMS itu.

‘Saya pun sayangkan awak. Insya Allah, can’t wait to be yours. I love you, honey!’
Apa lagi tersengih bukan main Nadzmie bila dengar tiga kalimah keramat tu dari cinta hatinya.
Oh ini rupanyan kebahagiaan yang dicari. Ini rasanya bila kau mencari seseorang dan bertemu dengan yang mengena tepat di hati kau. Kuasa Tuhan itu magik, berjuta wanita di dunia, Syiqin yang berjaya menambat hatinya dan memegang kunci hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience