BAB 14

Romance Completed 29066

ANGGUN. Satu pujian dari seorang adik untuk kakaknya. Syiqin memberi senyuman kepada Laila yang sedang duduk bersimpuh di atas kusyen berwarna putih dan berenda merah. Inilah harinya. Hari di mana dia perlu melepaskan Nadzmie dari hatinya. Syiqin tahu, dia perlu kuat. Bila-bila masa dari sekarang, ijab kabul akan dilafazkan dan sekelip mata, bertambah lagi satu batas antara dia dan Nadzmie.

“Semua dah sedia?” Suara Encik Wahidi menampar gegendang telinga Syiqin. Semerta dia mengangkat muka dan serentak, matanya bersatu dengan mata Nadzmie.

Ada sesuatu di mata Nadzmie, yang tidak dapat dibaca oleh Syiqin. Mungkinkah Nadzmie juga sama sepertinya? Hisy, tak mungkin.. Syiqin pandang Laila semula dan dalam diam, dia mula menilai Laila.

Laila yang anggun dalam busana pengantin, memandang Nadzmie. Semalam dia dan Nadzmie ada berbincang tentang sesuatu yang melibatkan Syiqin. Laila pandang Syiqin pula, dan dia dapat membaca kesedihan di wajah itu. Senyuman yang Syiqin pamerkan tak berjaya menipu mata seorang kakak. Laila menarik nafasnya panjang.

“Ayah.. Nanti dulu.”

Nadzmie yang baru mengangkat tangannya untuk berjabat tangan dengan Encik Wahidi, segera teralih pandangannya. Dia memandang Laila dengan penuh soalan. Permainan apa yang Laila cipta ini?

“Hari ni hari penting untuk Laila.” Semua mata mula tertancap pada Laila, sementara mata Laila pula jatuh pada adiknya. “Kenapa akak tengok Syiqin macam tak happy untuk akak ?” Bulat mata Syiqin dibuatnya. Dalam paksa, Syiqin cuba mengukir senyumannya meski dia sendiri sedar senyuman itu jelek lagi hodoh.

“Apa yang akak cakap ni.. Syiqin happy je. Kan akak Syiqin yang nak kahwin..” kata Syiqin dalam nada hambar. Dia tidak betah menoleh ke kiri kerana Puan Aida duduk di sebelah kirinya. Entah apa pula kata Puan Aida.

“Syiqin.. Untuk hari ni, akak akan ikut cakap Syiqin. Perkahwinan ni akan diteruskan kalau Syiqin cakap yes..” Mulalah Syiqin rasa ada benda membelit badannya. Nadzmie menggenggam penumbuknya. Kalau Laila ialah orang luar, rasa-rasanya Laila dah dapat penumbuknya. Hati Nadzmie kuat mengatakan Laila akan memalukan dia dan Syiqin.

“Laila.. Kenapa Laila buat macam ni pulak? Kenapa nak jawapan dari Syiqin ?” Puan Aida mencelah bila yang lain hanya diam membisu. Agaknya semua tetamu pun terkejut dengan apa yang dibuat Laila.

Laila tersenyum tipis namun ada sinis di senyumannya. “Makcik ni.. Kalau Laila boleh nampak, takkanlah makcik tak nampak.. Syiqin dengan Nadzmie…”

“Kak..” Syiqin pantas memotong. Kini dia tahu niat sebenar Laila. Kakaknya itu berniat untuk menjatuhkan maruahnya. Itukah kasih seorang kakak ? Air matanya bergenang. Bukan kerana malu tetapi kerana kecewa. Kecewa dengan sikap kakaknya.

Puan Aida merenung Syiqin dengan perasaan berbelah bahagi. Dia sayangkan Syiqin tapi untuk serahkan Nadzmie pada Syiqin, tidak sama sekali. Sebelum ini, dia pernah minta Syiqin berjanji padanya supaya jauhkan diri dari Nadzmie. Dan Syiqin bersetuju dengannya. Habis, apa masalahnya sekarang?

“Mak.. Abah.. Syiqin keluar dulu. Teruskanlah majlis ni.” Syiqin memberi lampu hijaunya sepertimana yang dipinta Laila. Syiqin berdiri, dia perlu cepat-cepat keluar dari sini sebelum air matanya menitik.

Baru lima langkah, ada seorang lelaki berdiri tepat di depannya. “Awak nak pergi mana ?” suara lembut Nadzmie diabaikan, Syiqin mula berjalan lagi.

Laila yang masih tak puas hati dengan Syiqin dan juga Nadzmie, berdiri. “Syiqin jalan lagi satu langkah, akak takkan ngaku Syiqin adik akak !” Bergema suara Laila di rumah itu, semerta buat Syiqin berhenti berjalan.

Encik Wahidi, Encik Saiful, Puan Aida dan juga Puan Farida berdiri. Tak pernah-pernah ada drama terjadi di majlis perkahwinan, tiba-tiba perkahwinan anaknya sendiri yang memberi drama swasta. Laila mendekati Syiqin lalu merentap tangan adiknya kuat.

“Syiqin nak pergi mana ? Nak lari ? Kenapa ? Sakit ke hati Syiqin bila tengok akak nak kahwin dengan Nadzmie ?”

“Kak..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience