BAB 6

Romance Completed 29066

WAJAH Syiqin yang masam mencuka buat hati Nadzmie terhibur. suka sangat dia mengusik gadis yang selayaknya digelar adik itu. Sejak dua hari yang lalu, sengaja Nadzmie menyuruh Syiqin menemaninya. Kata Nadzmie, dia perlukan seseorang untuk membeli barang pengantin dan Syiqin ialah pilihan yang tepat.

“Ni dah masuk tiga hari awak diam membisu macam ni.”

Syiqin tetap membisu. Rasa malu dan bengang menebal di dalam hati. Mahunya tak malu? Aku siap tolong translate BM ke English semata-mata nak bagi Nadzmie faham kot!

“Tak baik tak jawab apa-apa.”

“Malas.”

“Marah lagi?”

“Takde masa.”

“Dah tu?”

“Eh, Encik UK! Boleh tak awak drive diam-diam? Fokus kat jalanraya tu, bukannya saya!”

“Amboi, garangnya! Eh, suka hati je awak panggil saya Encik UK, kan?” bidas Nadzmie tak puas hati. Setakat ini, hanya Syiqin sahaja yang gemar menukar namanya kepada Encik UK.

Syiqin mencebik. Dah tinggal kat sana bertahun-tahun, memanglah aku panggil kau Encik UK! Cuba kalau kau tinggal kat Bangladesh. Aku panggillah kau Encik Bangla!

“Hm, marah lagi rupanya. Takpe takpe, nanti saya bagitau pakcik makcik yang awak langsung taknak tolong saya. Biar diorang marah awak macam hari tu.”

Hari pertama keluar bersama, Syiqin langsung tidak memberi sebarang kerjasama. Nak pilih bunga telur macam mana pun, Syiqin enggan beri jawapan. Sudahnya, mereka pulang dengan tangan kosong. Bila ditanya, Nadzmie pantas meletak kesalahan di bahu Syiqin. Kesian Syiqin kena marah dengan orang tuanya.

Syiqin mendengus kasar. “Umur dah 33, tapi main ugut-ugut macam budak darjah 5.” kata Syiqin geram. Nadzmie tersenyum puas, akhirnya Syiqin mahu membuka mulutnya.

“Umur 33 tapi masih dikehendaki tau. Wanted. Ehh, saya lupa nak tanya. Umur awak berapa?”

“Agak-agak?” Soalan berbalas dengan soalan.

“Hm.. 28?”

Terbeliak mata Syiqin mendengar angka itu. Pantas dia mengeluarkan cermin dari tas tangannya. Mata diteliti. Manalah tahu kalau ada kedutan di situ. Tiada. Pipinya pula. Pun tiada. Yang ada hanyalah beberapa bekas jerawat namun tidak begitu ketara.

“Berani awak me-28 kan umur saya? Tua sangat ke muka saya ni?” tanyanya geram. Cermin tadi disimpan semula.

Mendegar gelakan Nadzmie buat hatinya bengkak. Tahu sangat yang Nadzmie memperbodohkannya. “Oi, Encik UK. Tolonglah jangan malukan saya lagi. Hari tu bukan main saya dok speaking dengan awak. Eiii, sakitnya hati bila fikir balik. Nasib baik awak ni bakal abang ipar saya.”

“Awak ingat saya tak sakit hati? Kawan awak bukan main puji saya. Awak pulak sesedap rasa Maggi Kari je kutuk saya. Siap cakap saya ni Horlicks Milo bagai. Tau tak, sampai hari ni saya tak minum Horlicks ngan Milo tau!”

Syiqin terdiam sekejap. Kemudian dia tersenyum dan lama-lama dia tergelak kuat. “Tak.. Tak minum Horlicks? Hahaha, awak ni. Kelakarlah! Haha. Ada ke patut macam tu? Nadzmie.. Awak ni.. Ya Allah..” Tawa Syiqin tak tertahan lagi. Geli hati dengan pengakuan Nadzmie.

Wajah ceria Syiqin buat Nadzmie tersenyum. Tak pernah langsung dia fikirkan pasal Laila Asyiqin kerana masanya lebih banyak diluangkan bersama Fara Asyiqin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience