BAB 11

Romance Completed 29066

SEHARI berlalu tanpa bersua muka dengan Syiqin buat dirinya tak tentu arah. Ke kanan salah, ke kiri salah. Semuanya salah. Nadzmie jadi bingung. Meski dia sedang menghabiskan masanya dengan Laila, kenapa wajah Syiqin juga yang muncul ?

Dan Syiqin.. Ke mana dia ? Tak tahu ke yang Nadzmie rindukan dia ? Tak tahu ke yang Nadzmie berharap untuk jumpa dia?

“You..” Bila Laila memanggilnya, Nadzmie pantas menoleh. Dia hanya tersenyum seraya mendengar cerita Laila, sedangkan hatinya bukan di sini. Hatinya terbang entah ke mana.

*****

SYIQIN berlari tanpa mempedulikan percikan air yang terkena bajunya. Hujan lebat menggangu penglihatannya namun Syiqin terus berlari. Hanya ada seseorang di fikirannya kini. Bajunya yang sudah basah lencun diabaikan. Tujuannya hanya satu.

Tiba-tiba mata Syiqin tertancap pada seseorang yang sedang mencangkung di luar pagar. Syiqin menghela nafasnya sendiri. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati lelaki itu.

Apabila terasa hujan tidak lagi membasahi tubuhnya, Nadzmie mendongak. Syiqin sedang berdiri di sisinya sambil memegang payung. Tiada senyuman di bibir Nadzmie seperti biasa, sudah cukup untuk buat hati Syiqin terluka.

“Kenapa duduk kat luar waktu hujan ni ? Boleh demam nanti.” Syiqin memulakan bicara.

Nadzmie diam, enggan membalas apa-apa. Kalaulah Syiqin tahu dia juga punca keadaannya jadi serabut begini…

“Hm, Encik UK taknak cakap dengan saya rupanya.. Okay. Kalau macam tu, saya tunggu sampai awak cakap.”

“Baliklah.” Kata Nadzmie. Seboleh mungkin, dia tidak mahu Syiqin berada di sini walaupun hatinya memberontak ingin bersama Syiqin. Nadzmie malu dengan Syiqin. Malu bila dirinya tidak terurus seperti biasa. Malu bila Syiqin dapat tahu yang dia bertengkar dengan Puan Aida dan Encik Saiful.

“Taknaklah. Saya nak duduk sini. Takpe, anggap je saya ni halimunan..” jawab Syiqin selamba. Nadzmie memandangnya tajam tapi Syiqin buat-buat tak peduli. Sudahnya, Nadzmie mengalah. Biarlah Syiqin ada di situ, sedikit sebanyak kehadiran Syiqin boleh memberi ketenangan padanya.

Melihat keadaan Nadzmie, Syiqin jadi sedih. Entah apalah yang berlaku pada lelaki berdarah kacukan itu. Selepas menunaikan solat Maghrib tadi, tiba-tiba perasaan Syiqin melonjak mahu berjumpa Nadzmie. Barangkali tiga hari tanpa berhubung dengan lelaki itu telah membibitkan satu perasaan baru dalam dirinya.

Hampir satu jam Syiqin berdiri di luar rumah, merenung balkoni bilik Nadzmie, berharap lelaki itu akan muncul tapi harapannya layu. Hujan pula turun dengan lebat, buat Syiqin berputus asa. Sewaktu dia memutuskan untuk pulang, dia lihat Nadzmie keluar dari rumah. Mulanya Nadzmie masuk ke kereta tapi tak sampai lima minit, Nadzmie keluar semula. Lelaki itu mendekati pagar yang telah bertutup. Tiba-tiba Nadzmie duduk mencangkung, menyedarkan Syiqin ada sesuatu yang tidak kena.

Syiqin berlari meredah hujan untuk mencari kedai yang berdekatan. Dia ingin membeli payung bagi melindungi Nadzmie dari hujan. Syiqin tak peduli kalau dirinya basah, asalkan jangan Nadzmie.

“Saya tahu awak ada masalah.. Takpe, saya temankan awak, eh ?” Syiqin turut mencangkung di sebelah Nadzmie.

Di dalam hujan yang lebat, mereka berdua mencangkung di hadapan rumah, berkongsi satu payung. Satu peristiwa yang tak pernah Syiqin lalui bersama sesiapapun. Satu kenangan yang Syiqin janji, akan dia abadikan dalam hatinya walaupun selepas Nadzmie sah bergelar abang iparnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience