BAB 2

Romance Completed 29066

“Mama! Mama!” Nadzmie berlari masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Jauh berbeza dengan keadaan kondominium mewahnya di UK. “Mama!” jerit Nadzmie lagi.

Puas mencari di tingkat satu, Nadzmie naik ke tingkat dua pula. “Mana pulak mama ni?” Baru kaki Nadzmie menapak di anak tangga pertama, langkahnya mati. Nadzmie segera menoleh apabila dia dapat merasakan seseorang sedang memerhatinya.

“Mama!” Dan Nadzmie berlari memeluk Puan Aida. Melebar senyuman Puan Aida. Alhamdulillah, anak tunggalnya sudi pulang ke Malaysia untuknya. Air mata Puan Aida bergenang namun ditahan sebaik mungkin agar tidak menitis.

“Mama sakit kat mana? Kan mama patutnya ada kat hospital, kenapa ada kat rumah pulak ni? Mama sakit apa? Kenapa doktor izinkan mama balik?”

“Sakit?” Puan Aida bertanya semula pada anaknya. Rasanya dia sihat, kenapa Nadzmie cakap dia sakit?

Nadzmie angguk laju. “Ya.. Mama call Amie, cakap mama sakit. Ingat tak waktu tu kita Skype?” Beriya-iya Nadzmie mengungkit.

Dua hari yang lepas, Nadzmie dan Puan Aida ber-Skype seperti kebiasaannya. Mujurlah telefon bimbit yang dimiliki Puan Aida canggih, siap boleh muat turun aplikasi Skype lagi. Terkejut Nadzmie apabila melihat mama kesayangannya terlantar di katil hospital. Nada lemah Puan Aida yang membuatkan dia bergegas balik ke Malaysia.

Oh! Tiba-tiba Puan Aida memegang kepalanya. “Hm, memang sakit ni. Kepala mama rasa pening. Aduh, tolong pimpin mama duduk kat sofa.” Nada suara Puan Aida berubah menjadi lemah.

Tubuh Puan Aida yang sedikit melayang buat Nadzmie jadi gelabah. Dia memimpin jemari mamanya lalu berjalan ke arah sofa perlahan-lahan. Dengan berhati-hati, Puan Aida duduk. Nadzmie duduk di sebelahnya.

“Mama rindu Amie.. Dah lama kita tak jumpa, kan?” Puan Aida menggosok tangan Nadzmie yang masih di genggamannya. Nadzmie angguk, dia juga rindukan Puan Aida. “Agak-agaknya kalau Mama tak sakit macam ni, mesti Amie takkan balik langsung.”

“Ma..”

“Takpe.. Mama faham. Amie masih marahkan Mama dengan Papa Saiful, kan?” tebakan Puan Aida yang mengena tepat buat Nadzmie tak dapat mengelak lagi. Apa yang Puan Aida katakan ialah benar.

“Dahlah.. Amie pergilah masuk bilik Amie dulu. Mama dah tolong kemaskan untuk Amie.”

“Hm.. By the way, I’m sorry, Ma..”

Puan Aida senyum tipis. Meski Nadzmie membesar di sana, berjauhan dari dirnya, Nadzmie tetap menghormatinya sebagai seorang ibu. Puan Aida rasa bersyukur kerana Encik Hadi telah melunaskan janjinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience