BAB 9

Romance Completed 29066

SUDU GARFU di tangan Nadzmie sibuk digunakan untuk menguis makanan di dalam pinggan sedangkan Syiqin makan dengan penuh berselera. Nadzmie jadi bingung seketika. Sebentar tadi, dahinya berpeluh apabila melihat Syiqin dalam baju pengantin.

Cantik ! Syiqin tampak cantik sangat walaupun mungkin usianya terlalu muda untuk memakai baju itu. Nadzmie memandang Syiqin. Entah kenapa, Nadzmie rasa lebih baik kalau dia dan Syiqin yang dijodohkan bersama, bukannya dengan Laila.

“Lagi seminggu lebih awak dah nak kahwin dengan akak. Bestnya.. Tapi sayalah yang rugi sebab tak dapat buli awak lagi.” Kata-kata Syiqin segera mengalih pandangan mata Nadzmie. Dia berdehem sendiri, bimbang terkantoi dengan Syiqin.

“Hm, awak memang suka buli saya.”

“Alaaa, biarlah! Saya tak pernah ada abang tau, sebab tu saya rasa happy bila dapat buli awak. Lagipun, bukan senang nak dapat abang ipar yang membesar kat UK.” Jawab Syiqin selamba.

Kalau dulu, mungkin Syiqin akan menolak mentah-mentah lelaki yang membesar di negara barat namun selepas bertemu Nadzmie, Syiqin berubah fikiran. Nadzmie pula terdiam sendiri, mendengar perkataan ‘abang’ itu.

“Tapi.. Kenapa awak nak sangat pilih ros putih-biru tu?”

Nadzmie meletak sudu dan garfunya di atas pinggan. “Hm.. Sebab.. Putih tu kan suci. Biru pulak ketenangan. Saya dengan Laila tak kenal satu sama lain, jadi let’s say I choose red, it might be uncomfortable. Because red means love. And we don’t love each other.

Kalau saya pilih putih-biru. It’s more like hope between us. That we could start as a friend, with zero-zero. And then, slowly, we’ll develop the feelings. Lepas tu, barulah saya boleh bagi ros merah untuk dia!”

Jawapan Nadzmie buat Syiqin tersenyum senang. Boleh diterima akal juga jawapan Nadzmie itu. “Eiii, geli pulak dengar Encik UK cakap jiwang macam ni. Goosebumps saya tau!”

“Kalau awak pulak Syiqin? Awak nak pilih colour apa?”

“Kalau awak tanya saya.. Sebenarnya saya pun akan pilih biru putih. Bukannya sebab suci tak suci, ketenangan bagai tu ye! Tapi sebab saya memang gilakan biru dari dulu. Awak nak tahu tak.. Dulu, kan, saya suka berangan dengan akak. Kononnya kitorang nak kahwin serentak. Tema saya biru-putih, tema akak hitam-merah. Kononlah.. Sekarang akak pulak kahwin dulu, nampaknya saya kahwin sorang-sorang la..” Syiqin mengakhiri ceritanya dengan ketawa sendiri. Tak sangka, semua angan-angannya dan Laila tak dapat ditunaikan.

“Apa kata kalau kita kahwin?” Soalan yang buat Syiqin ternganga sementara Nadzmie pula jadi gelabah sendiri. Kenapa? Kenapa aku cakap macam tu? Ya Allah, dah kenapa dengan aku ni? Hati Nadzmie mula berbolak-balik.

Nadzmie pandang Syiqin dengan wajah sedikit cuak. “Err.. Awak jangan salah faham pulak. Maksud saya, apa kata kita kahwin serentak. Macam yang awak nak tu!” Nadzmie segera mencipta alasannya.

Barulah Syiqin tersenyum. “Oh.. Awak ni buat saya cuak je. Ingatkan dah hilang akal tadi. Takpela, terima kasih je. Saya calon pun takde, nak kahwin dengan siapa? Dok sorang-sorang atas pelamin tu nanti? Nadzmie.. Saya tanya ni, awak jangan marah tau!”

“Apa dia ?”

“Bila awak nak bagi ros merah kat akak saya ?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience