BAB 3

Romance Completed 29066

“Cuba kau tengok muka lelaki tu. Macam muka Melayu, macam muka Mat Salleh pun ada.” kata satu suara perempuan yang duduk bertentangan dengannya. Nadzmie yang leka mendengar lagu melalui earpiece Beatsnya mula rasa terganggu. Dah pakai earpiece pun masih boleh dengar apa yang perempuan tu cakap?

“Handsomelah!” katanya lagi. Nadzmie yang tertarik dengan pujian itu , tersenyum sendiri. MP4 yang menghiburkannya sejak tadi dimatikan. Dia tahu, mereka sedang bercakap tentangnya. Di restoran itu, hanya dia sahaja pelanggan yang mempunyai muka iras lelaki Inggeris.

“Biarlah dia.. Ni, aku tengah bengang dengan Arman ni. Asyik nak marah aku je. Eii, sakit pulak hati kita!” jawab gadis bertudung coklat. Nadzmie mencebik sendiri, namapk sangat si tudung coklat tak berminat dengannya. Takpela, dia sendiri pun tak minat dengan orang bertudung walaupun Puan Aida sendiri bertudung.

Si rambut lurus yang berwarna hitam menyambung lagi, “Agak-agak siapa nama dia, ek?” Teruja benar dia memuji Nadzmie.

Gadis bertudung coklat mulai bengang. “Kau ni kan! Dah setengah jam kau asyik bercakap pasal dia tau!” kata-kata itu membuat Nadzmie melirik jam di tangan. Waaahhh, dah lama rupanya dirinya menjadi topik. Eh, rasa banggalah pulak!

“Encik, nak tanya sikit boleh?” Tiba-tiba ada seseorang berdiri di hadapannya. Nadzmie mengangkat wajah. Si tudung coklat! “Kawan saya dari tadi asyik dok cakap pasal Encik ni. Naik bosan saya dengar. Saya cuma nak tahu je, Encik ni orang Melayu atau Mat Salleh celup?” Bagaikan peluru berpandu, si tudung coklat itu bertanya.

Baru Nadzmie nak menjawab, datang idea nakal. Hatinya terdetik untuk mengusik si tudung coklat itu. Mungkin keberanian dan keselambaannya yang membuat Nadzmie mempunyai idea sebegitu.

“Err.. Pardon? I don’t understand what you’re saying.” jawab Nadzmie dalam bahasa Inggeris, siap dengan telo dan gaya. Biar si tudung coklat terpedaya dengan lakonannya.

“Oh, really! Great then! Nayy, I’m just asking your name. My friend keeps talking about you. Sakit hati saya dengar. Awak ni bukannya handsome mana pun. Dah macam serbuk Horlicks yang terjatuh kat dalam air Milo pulak..” Sempat si tudung coklat itu mengutuknya. Nadzmie mulai geram. Baru dia nak puji kefasihan gadis itu, boleh pulak gadis tu kutuk dia ?!

“What?”

Si tudung coklat tersengih sendiri. Lupa pulak dia tengah bercakap dengan Mat Salleh. “Hehe, nothing. I just wanna compliment you for having such a good face. Have a nice day, then! Oh, one more thing.” Si tudung coklat serahkan kertas yang tertulis nombor telefon di atasnya. “This is her number. If you’re single, feel free to contact her. Bye!”

Sebagaimana dia muncul tiba-tiba, begitulah dia pergi. Nadzmie hanya memandang kosong pemergian si tudung coklat. Rakannya yang menarik perhatian tadi pun diabaikan.

“Heh. Ingat aku tak faham apa kau cakap? Horlicks jatuh dalam air Milo? Cehh, sengal punya perempuan! Lepas tu nak cover balik, cakap aku handsome.” Nadzmie mengomel sendirian. Kertas yang diberi tadi direnyukkan.

Nadzmie menyisip air yang dipesannya tadi. Tiba-tiba dia tersedak sendiri. Air milo ais !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience