BAB 15

Romance Completed 29066

“Laila. We talked about it last night. Stop creating scene and let her go. This is between you. And. Me.” Ujar Nadzmie satu persatu, jelas melambangkan rasa sakit hatinya. Sangkanya, semuanya sudah selesai semalam. Kenapa Laila masih berdegil? Bukannya Laila tak tahu yang cintanya telah ditolak Syiqin, bermakna langsung tiada peluang untuk dia bersama Syiqin!

Laila geleng. Matanya dicerunkan ke Nadzmie. “I won’t.” Jawab Laila sepatah. Air mata Syiqin jatuh ke pipi. Nampaknya, dia yang mencetuskan perbalahan di antara Nadzmie dan Laila.

“What? You want me to marry you, even after knowing that you love my sister, and she loves you? Hell, no. I bukannya perempuan macam tu. Maybe semua orang tak tahu, tapi I tahu. Mak, abah, makcik, pakcik.. They love each other.” Air muka Puan Farida dan Encik Wahidi berubah. Puan Aida pula sudah tertunduk manakala Encik Saiful pandang mereka bergilir.

Bisikan mulai kedengaran, mungkin semuanya mula bergosip tentang cinta terbelit-belit ini. Laila menyambung lagi, “Mak abah pun tahu, dulu Syiqin suka Arman tapi Arman suka Laila. Syiqin buat apa? Dia lepaskan Arman untuk Laila. Dan sekarang ni..”

Arman? Macam pernah dengar nama tu.. Nadzmie cuba menyelongkar kotak fikirannya dan cuba kaitkan segala-galanya. Oh, barulah dia mengerti kini. Armanlah lelaki yang Syiqin suka tapi dia lepaskan untuk orang yang dia sayang – Laila.

“Syiqin.. Selama akak kenal Nadzmie, dia layan akak macam dia layan Syiqin. Semua yang dia tunjuk, semuanya yang Syiqin suka. Mula-mula akak ingat ni perasaan akak je. Tapi.. Semalam bila akak masuk bilik Syiqin, akak nampak ada gitar warna putih. Sepasang dengan gitar hitam yang ada kat rumah Nadzmie.

Akak mula terfikir. Akak suka piano, tapi kenapa Nadzmie beli gitar? Kenapa dia tak beli apa yang akak suka. Kenapa dia beli apa yang my sister likes? Malam semalam jugak, Nadzmie mengaku kat akak yang dia tak boleh teruskan perkahwinan ni.” Laila mula membuka cerita. Biar semua yang ada di situ dengar, biar mereka buat penilaian sama ada perkahwinan ini harus diteruskan atau tidak.

Luruh semangat Syiqin. Tak sangka Nadzmie bertindak segila itu. Tapi kalau Nadzmie taknak teruskan, kenapa majlis ini tetap ada? Siapa yang mainkan siapa sekarang?

“But I told him, jangan malukan keluarga. Hm, nampaknya dia ni pentingkan keluarga jugak..”

“Apa yang akak cuba cakap ni? Kalau akak benci Syiqin, cakap je. Tapi jangan burukkan Nadzmie. He knows nothing.”

Sekali lagi Laila tersenyum. Akhirnya Syiqin bersuara juga. Meski bukan untuk membela diri sendiri, Laila tetap bersyukur kerana Syiqin berani untuk berbalas kata dengannya. Mata Nadzmie pula sudah melekat seratus peratus pada Syiqin, langsung tak berkelip matanya.

“Ya, Syiqin mengaku yang Syiqin sukakan dia. Lepas Syiqin dah kenal dia, I found him as a great man. Tapi Syiqin ingat lagi siapa diri Syiqin. Syiqin ada mak abah, Syiqin ada akak. Syiqin kena jaga maruah korang. Sebab tu Syiqin taknak buat apa-apa. Lagipun Syiqin dah janji dengan makcik Aida, Syiqin akan jarakkan diri dari Nadzmie.

So, I think there’s nothing to be argued. He is for you. Sorry, mak abah.. Syiqin rasa Syiqin kena pergi. Teruskan je akad nikah. Jangan tunggu Syiqin.” Sekali lagi air mata Syiqin tumpah. Dia dah jelaskan pendiriannya dan inilah pengakhirannya. Selepas ini, tiada lagi nama Syiqin dalam kisah Laila dan Nadzmie.

Nadzmie menahan Syiqin dengan menggenggam lengannya. “Don’t go.”

“Nadzmie..” Mulalah Syiqin menangis lagi. “Saya taknak awak pergi. Tadi saya nyaris hilang awak, baru saya tahu yang saya tak boleh kalau bukan dengan awak.”

“Amie!” Tinggi suara Puan Aida memanggil anaknya. Nadzmie dah gila agaknya ! Puan Aida ingin mendekati mereka tapi dihalang Encik Saiful. “Biarkan diorang. Amie dah cukup besar untuk buat keputusan. Jangan sampai diorang jadi macam kita..” kata Encik Saiful, yang jelas merujuk pada hubungan mereka sendiri. Perkahwinan Puan Aida pernah gagal sekali dan Encik Saiful taknak Nadzmie mengalami benda yang sama. Lagipun, dia yakin Nadzmie bijak membuat keputusan.

“Nadzmie.. Kak.. Syiqin mintak maaf sangat-sangat. Sumpah, Syiqin takde niat nak buat semuanya huru-hara macam ni. Syiqin sayang akak. Syiqin sayang mak abah. Percayalah cakap Syiqin. Syiqin tak berma..” Kalut Syiqin bersuara bagi membela dirinya di hadapan semua orang. Dia tak kisah andai dibenci orang lain tapi jangan keluarganya sendiri. Jangan kerana cinta, dirinya dibuang keluarga. Syiqin taknak.

Tiba-tiba Laila mengukir senyuman ikhlas. Rasa-rasanya dia dah boleh hentikan semua ni. “Finally, Syiqin mengaku jugak.” Katanya yang menyebabkan Syiqin tergamam. Mengaku ? Laila mengelus pipi adiknya, sekaligus menyeka air mata yang membasahi. “Jangan nangis, akak taknak adik akak sedih macam ni..”

“Kalau akak tak buat macam ni, mesti Syiqin dengan Nadzmie tak mengaku perasaan masing-masing, kan ? Syiqin.. Akak sayangkan Syiqin, sama macam mana Syiqin sayangkan akak. Akak tahu, kalau akak teruskan jugak, kita bertiga takkan bahagia. Nanti akak jugak yang merana teruk.

Sebab tu la, lebih baik kita settle kan sekarang. He is meant for you, Syiqin. Sejak awal lagi, memang Syiqin ditakdirkan untuk dia. Just who am I to change your destiny? Ini takdir kita bertiga. Kalau makcik Aida tak cuba jodohkan kitorang, Syiqin takkan jumpa dia. Kalau korang tak jumpa, korang takkan jatuh cinta. Dan kalau akak tak wujud, mungkin korang takkan sedar yang you love each other dearly..” Tenang sahaja Laila menuturkan kata-kata itu, setenang hatinya kini.

Dia bukan seorang kakak kejam yang tegar merampas kebahagiaan adiknya. Lagipun, dia juga ingin mengejar kebahagiannya sendiri. Laila menghampiri Syiqin dan memeluk adiknya. Perlahan-lahan, tangannya menepuk belakang Syiqin. Satu perkara yang biasa dia lakukan untuk memujuk Syiqin.

“Jangan risau.. Percayalah cakap akak. Nadzmie ialah jodoh Syiqin. Jangan risau pasal mak abah. They know us, they’ll understand us. Definitely. Akak sayang Syiqin.” Dan sehabis ayat itu, Laila meleraikan pelukannya.

Nadzmie tertunduk malu. Ternyata dia salah menilai Laila. Syiqin pula berbalas pandang dengan Puan Farida dan Encik Wahidi. Bila Puan Farida mengangguk, empangan air matanya pecah untuk kesekian kalinya.

“Kan akak dah cakap..”

“Tapi, akak..”

“Akak pun nak hidup dengan orang yang akak sayang. Akak baru je sedar, yang akak jugak cintakan Arman. And yeah, frankly speaking, I’m going to chase him and confess my feeling. He has waited for a long time and I think today is the day.” Jawab Laila, meluahkan isi hatinya. Syiqin senyum, tak sia-sia dia melepaskan Arman dari hatinya untuk Laila.

“Dahlah. Jangan menangis lagi. Nadzmie! You tak reti ke nak propose adik I ni? Cepatlah sikit.. Lepas korang nikah, I pulak nak kejar Arman!” kata Laila tanpa sebarang rasa malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience