BAB 8

Romance Completed 29066

“AWAK tak beritahu saya lagi umur awak berapa.”

“Kenapa? Penting ke?” balas Syiqin. Waktu itu, mereka berdua sedang menanti giliran untuk mencuba baju pengantin. Ramai pelanggan di butik ini, memaksa mereka untuk bersabar menunggu.

Nadzmie angguk. “Pentinglah jugak. Awak kan bakal adik ipar saya.”

“Hm.. Muda 10 tahun dari awak.”

“Laaa, muda lagi rupanya. Patutlah comel je saya tengok!” terbit satu pujian ikhlas lahir dari hati Nadzmie. Tak sangka gadis di sebelahnya baru di awal 20-an. Syiqin tersenyum cuma.

“Belajar apa?”

“TESL. Saya nak jadi Cikgu Bahasa Inggeris. Mesti best dapat jumpa budak-budak comel nanti..” Syiqin yang sememangnya terkenal dengan sikap penyayangnya, sudah mula membayangkan keletah murid-murid.

Dirinya anak bongsu, maka dia tak dapat curahkan kasih sayangnya kepada sang adik. Kalaulah dia ada adik, Syiqin janji dia akan melayan adiknya sebaik mungkin. Sebagaimana Laila menyayanginya. “Awak suka budak-budak?” tanya Syiqin pula.

Nadzmie hanya mengangkat bahu. Selama dia bernafas 33 tahun, dia merupakan anak tunggal. Tak pernah tahu rasanya mempunyai abang, kakak atau adik. Sepenuh perhatian hanyalah pada dirinya. “Saya anak tunggal. Zero knowledge of having brothers or sisters.” Jawab Nadzmie jujur.

Syiqin mengangguk sendiri. “Awak.. Awak pernah bercinta?” Tak diduga, soalan itu terpacul keluar dari mulut Nadzmie. Syiqin terpana seketika, namun dia menggeleng perlahan. Muncul satu wajah dalam fikirannya tapi cepat ditepis. Dia malu untuk mengaku tapi Fara Asyiqin ialah satu-satunya insan yang tak pernah bernasib baik dalam hal cinta.

Syiqin merenung kosong meja kristal itu. “Saya sukakan kawan saya. Tapi.. Dia suka orang yang saya sayang. Jadi saya pilih untuk diamkan diri je.”

“Kenapa pulak? Awak tahu tak, kalau kat UK, macam dah jadi kebiasaan kalau perempuan yang tackle lelaki.”

Syiqin geleng. Dia masih perempuan Melayu yang masih berpegang pada pegangan agama dan budayanya. Melamar seorang lelaki untuk menjadi suami, dia terima. Tetapi untuk melamar seorang lelaki menjadi kekasih, itu bukan dia. “Kalau saya nak buat, saya dah buat dari 6 tahun yang lepas.”

Kata-kata Syiqin menerbitkan satu perasaan baru dalam diri Nadzmie. Selama 6 tahun Syiqin menyimpan cintanya? Air muka Nadzmie berubah. Tak pasal-pasal dia jadi cemburu dengan lelaki itu. Bertuahnya dia kerana dicintai dalam diam!

“Awak pulak? Sebelum kakak saya ni, dah berapa ramai perempuan awak date?” Suara yang tadinya sedikit suram berubah menjadi ceria. Nadzmie tahu, Syiqin cuba menyembunyikan kesedihannya.

Nadzmie menggaru dahinya. Macam mana nak jawab soalan ni?

“I don’t know how to say this, but seriously, saya tak pernah ada serious relationship. Kalau sekadar berkawan ramai-ramai, melepak.. Itu adalah.” jawab Nadzmie. “Tapi.. Awak tak cakap pun kenapa awak tak confess.”

Syiqin menjegilkan matanya. Umur dah lebih 30 tahun tapi tak boleh nak faham hati orang langsung! Tapi Syiqin tetap rajin menjawab, “Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka. Sebab satu hari nanti, orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang.”

“Haa? Apa tu?” ternganga Nadzmie mendengar ayat-ayat itu. Tak ada ayat yang lagi terbelit ke?

“Oh, lupa pulak! Awak kan Encik UK, mana faham Bahasa Melayu sangat!” ejek Syiqin yang nyata tepat mengena ke batang hidung Nadzmie.

“Syiqin!” Melihat wajah Nadzmie yang kononnya marah, tawa Syiqin semakin galak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience