BAB 4

Romance Completed 29066

“MA.. Jangan nak bergurau boleh tak?”

Puan Aida menggeleng. Hal-hal macam ni bukannya boleh dibawa bergurau! “Tak.. Mama tak tipu..”

“What the…” Nadzmie tidak menghabiskan ayatnya. Kalaulah dia masih di negara barat, sudah lama perkataan kotor keluar dari mulutnya. Gila! Memang gila! Menyesal balik Malaysia!

“Amie.. Tolonglah.. Eh ? Laila tu baik budaknya.. Mama dah janji dengan pihak sana. Lagi dua minggu majlisnya langsung. Please, sayang..” Pujukan Puan Aida tidak mencairkan hati Nadzmie langsung.

Laila? Nama pun dah macam nama kampung. Tak cukup glamour buatnya! Lainlah kalau namanya Irina Jacqueline ataupun Khaty Kirana. Nadzmie menghela nafasnya panjang.

Muka Puan Aida penuh berharap sambil memandang Nadzmie. Dia tahu Nadzmie terkejut dengan keputusannya. Dia meminang Laila Asyiqin bagi pihak Nadzmie kerana santunnya gadis itu. Puan Aida yakin, Laila Asyiqin mampu membahagiakan Nadzmie.

“Amie takkan kahwin dengan dia. That is it.” putus Nadzmie tegas. Entah perempuan mana yang menjadi pilihan Puan Aida !

Tiba-tiba Puan Aida duduk di atas lantai. “Ma!” terjerit Nadzmie. Puan Aida mencebik, kemudian dia merengek tiba-tiba. “Alaaaa, Amieeee.. Tolonglah sayang. Jangan malukan mama. Sedih tau mama!”

Nadzmie menghela nafasnya panjang. Nampaknya perangai Drama Queen mama dah muncul semula. “Amie….” Puan Aida sudah mengesat air matanya. Terangkat kening Nadzmie dibuatnya. Dah ada air mata dah? Sekejapnya!

“Amie tak sayang mama, kan? Sebab tu Amie taknak dengar cakap Mama. Mama tak pernah mintak apa-apa pun! Amie…” Dan tangisan Puan Aida semakin menjadi-jadi. Biar! Selagi Nadzmie tidak setuju dengannya, Puan Aida nekad untuk teruskan lakonannya.

“Dahlah ma.. Janganlah macam ni.”

“Taknak! Amie memang tak sayang mama. Takpe! Esok mama pergi jumpa keluarga diorang. Mintak cancel. Lepas tu, mama bayar ganti rugi kat diorang. Huu, kesian Papa Saiful. Dahlah gaji dia tak banyak mana. Dah keluarkan untuk majlis Amie, nak kena bayar ganti rugi kat pihak perempuan pulak. Kesiannya suami mama!” Rengekan Puan Aida lebih kuat dari tadi. Sengaja dia umpan rasa kasihan anaknya.

Nadzmie mula mengeluh. Ayat mama tu macam dia pulak yang bersalah. Habis, mama tak bersalah ke sebab pinang anak dara orang ikut suka hati?

“Dahlah. Malas nak cakap dengan Amie lagi. Mama bukan apa, mama cuma sayangkan Amie je. Umur dah tua, tapi tak kahwin lagi. Entahkan nanti nak kawin dengan perempuan rambut blonde. Cukup-cukuplah muka kamu tu dah sebijik macam Mat Salleh.” Bebelan Puan Aida hinggap pula ke telinga. Tiada lagi tangisan dari Puan Aida. Cepat betul dia bertukar watak. “Entahkan sampai ke mati mama tak sempat jumpa menantu.”

Mulalah Nadzmie rasa tak senang. Tiba-tiba dia rasa ada ular besar yang sedang membelitnya. Bab-bab mati ini sangat sensitif untuknya. “Yalah yalah! Ikut suka mama la!”

“Yeayyyy!” Puan Aida bersorak bahagia.

“Mama tahu Amie sayang mama! Thanks, dear! Mama sayang Amie sangat!” Puan Aida mendekati Nadzmie lalu mencium pipi anaknya bertalu-talu. Nadzmie hanya membiarkannya. Dia sendiri rindukan belaian manja dari mamanya. “Nanti kita jumpa bakal menantu mama, eh? Dia tu baik tau Amie. Cantik sangat!” Puan Aida sudah mula mempromosi bakal menantunya.

“Aik? Tadi menangis, sekarang dah tak menangis pulak?” sindir Nadzmie yang disambut dengan senyuman kelat Puan Aida. “Mama ni memang Drama Queen, kan?”

“Kalau tak, mama tak menang award kat U dulu.” jawab Puan Aida bangga. Barisan trofi dan sijil di dalam almari menjadi bukti bahawa dia memang pelakon yang berbakat. Setiap pertandingan mencari bakat dan teater akan disertainya. Tamat pelajaran, Puan Aida sempat merasa dunia glamour dengan menjadi pelakon. Tetapi hanya untuk seketika sebelum dia berhenti atas kehendak arwah bapanya.

Dalam hati, Nadzmie mencemih. Inilah taktik yang mamanya gunakan sebelum ini. Berpura-pura sakit di hospital bagi menarik simpati Nadzmie, seterusnya sebagai satu pemberitahuan agar Nadzmie cepat pulang ke Malaysia. Entah wad hospital mana yang Puan Aida gunakan, Nadzmie tak tahu.

“Amie sayang mama. Please, jangan sebut pasal mati depan Amie. I don’t wanna lose you. I love you, ma..” tersentuh hati seorang ibu. Air mata Puan Aida mengalir selepas mendengar keluhuran kata-kata Nadzmie.

“Mama pun sayang Amie jugak..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience