BAB 6

Romance Completed 18254

Pagi itu Lily memulakan harinya seperti biasa. Memandangkan dia sudah tamat belajar, Lily duduk di rumah saja sementara menanti hari konvokesyen nanti.

Selepas mandi, Lily terus turun ke bawah untuk bersarapan sekali bersama kedua orang tuanya.

" Good morning " ucapnya.

" Morning " balas Datin Nora.

" Papa mana? " soal Lily. Matanya meliar mencari kelibat Datuk Irman.

Dia mengambil tempat di sebelah Datin Nora.

" Papa dah pergi office " .

" Awalnya " sempat Lily mengerling jam di dinding.

" Papa kena pergi Melaka. Ada hal yang kena uruskan dekat sana " .

" Ohh " Lily mengangguk faham.

Dia mencapai bijirin di dalam kotak dan dituangkan ke dalam mangkuk kosong. Selepas itu di tambah dengan susu segar. Datin Nora memandang pelik ke arah Lily. Selalunya jarang Lily akan bijirin apabila bersarapan. Lily pasti akan mengambil makanan yang berat juga. Tapi tiba-tiba saja pagi ini Lily langsung tidak hairankan nasi goreng kampung yang dimasak oleh Datin Nora.

" Kenapa mama tengok Lily macam tu? " soal Lily pelik.

" Lily dah tak nak makan ke nasi goreng kampung yang mama masak tu? " soal Datin Nora.

Pandangan Lily jatuh kepada semangkuk nasi goreng kampung. Bau saja sudah membuat seleranya naik tapi apa yang boleh dilakukan. Dia tidak mahu gemuk lagi. Sudah puas dia dihina. Demi mendapatkan tubuh badan yang kurus, Lily rela.

" Lily kan dah penat jadi gemuk. Lily tak nak dah. I'm so sorry mama. Ikutkan memang Lily nak makan nasi goreng mama masak ni, tapi tu lah.. " Lily teragak-agak.

" Lily, bukan ini caranya nak kurus. Lily masih boleh makan nasi goreng ni lagi. Cuma, makan sikit jer. Janganlah sampai berpinggan-pinggan Lily bantaikan " Datin Nora tergelak kecil.

" Mama nak perli Lily ya? " Lily menarik muncung sedepa.

" No lah. Dah lah, makan lah sikit. Mama tahu Lily memang nak sangat kan makan nasi goreng ni " Datin Nora menyendukkan nasi goreng kampung ke dalam pinggan kosong lalu dihulurkan pada Lily.

Lily telan air liur melihat nasi goreng kampung di dalam pinggan itu.

" Tapi ma.. " .

" Mama letak satu senduk jer tu. Makan lah. Tak perlu seksa diri " .

" Mama cakap nak tolong Lily kurus kan. Ni menggemukkan Lily lagi ada lah " .

" Nak kurus takkan lah tak boleh makan nasi langsung. Dah makan jer sekejap lagi mama ad suprise untuk Lily" .

" Yeke ma? " soal Lily teruja.

Datin Nora mengangguk perlahan. Lily terus menyuap nasi goreng kampung itu ke dalam mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience