BAB 7

Romance Completed 18268

Lily termenung sendiri memandang ke arah bintang di langit. Fikirannya jauh melayang memikirkan tentang dirinya. Seminggu sudah berlalu. Dia masih belum dapat lupakan peristiwa hitam yang terjadi di dalam hidupnya. Mujur sahaja dia sudah tamat belajar. Jika tidak, dia tidak akan sanggup ke kolej lagi. Dia betul-betul malu dengan apa yang telah terjadi.

" Anak mama ni kenapa termenung?" soal Datin Nora memecah kesunyian.

Lily terus menoleh ke belakang. Serentak dengan itu lamunannya mati.

" Eh mama? Tak ada apa-apa lah " jawab Lily.

Datin Nora mengambil tempat di sebelah Lily.

" Mama tahu Lily tak okay. Ada apa ni? Hmm? Cuba beritahu mama " .

" Ma, orang yang gemuk ni hina ke? Orang gemuk ni tak layak ke bercinta?" soal Lily.

" Kenapa Lily tanya macam tu? Tak baik tau " .

Lily menahan air matanya.

" Lily dah penat ma. Lily dah penat kena hina. Lily dah tak sanggup lagi nak dengar penghinaan dia orang pada Lily " .

" Lily, mulut orang ni kita tak boleh tu tutup. Dia orang tetap akan cakap macam-macam pasal kita walaupun kita tak pernah kacau hidup dia orang. Kuncinya ialah sabar. Kita kena banyakkan bersabar dengan apa yang jadi. Anak mama kan kuat, setakat orang cakap macam tu. Takkan lah Lily dah lemah? " .

" Lily dah tak boleh sabar lagi. Sabar Lily dah lepasi had. Lily tak nak jadi gemuk lagi ma... " .

Datin Nora memeluk erat anaknya.

" Lily nak kurus? Tak sayang ke nanti dekat lemak-lemak Lily ni? " usik Datin Nora.

Lily ketawa kecil.

" Lily rela hilang lemak-lemak Lily ni. Asalkan Lily dah tak kena ejek " .

" Betul ni? Mama boleh tolong kalau Lily betul-betul nak kurus " .

" Iya ke ma? Lily nak! Lily nak sangat kurus. Dah tak nak lagi lemak-lemak ni" .

Tergelak kecil Datin Nora mendengar kata-kata Lily.

" Tapi Lily kena ingat, niat Lily untuk kurus kenapa " .

" Supaya dia orang dah tak kutuk Lily lagi " .

" Salah tu. Sepatutnya Lily nak kurus sebab nak sihat, untuk tambahkan level confident. Bukannya untuk tutup mulut orang. Mulut orang ni, tetap akan bercakap walau kita ni tak pernah cari masalah dengan dia " nasihat Datin Nora.

Lily mengangguk perlahan.

" Okay ma. Lily tak sabar lah " .

" Esok mama tunjukkan pada Lily apa yang boleh buat Lily kurus " .

" Thank you mama. I love you " pipi Datin Nora dicium seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience