BAB 17

Romance Completed 18268

" Saya pun suka kan awak jugak " .

Lily rasa dia sedang bermimpi ketika ini.

" Lily? Awak okay tak? " soal Amir apabila tiada respons daripada Lily.

Dia melayang-layangkan tangannya di hadapan Lily.

" Er..er awak cakap apa tadi? " soal Lily.

" Saya cakap yang saya pun suka kan awak " ulang Amir sekali lagi.

" Betul ke? " soal Lily seakan tidak percaya.

Amir mengangguk.

" Betul. Saya memang ikhlas suka kan awak Lily " jelas Amir bersungguh-sungguh.

Lily terdiam. Dalam hatinya sudah berbunga-bunga. Siapa yang tidak suka apabila orang yang kita suka juga suka pada kita.

" Ramai betul peminat Lily ya sejak dah kurus ni " tegur Datuk Irman.

Mana tidaknya, daripada tadi ada sahaja yang hendak bergambar dengannya.

" Ada-ada jer lah papa ni " Lily tergelak kecil.

" Seronok mama tengok Lily macam ni " kata Datin Nora.

" Thanks ma. Semua ni disebabkan pertolongan mama jugak " .

" Bukan sebab mama, sebab Azraf " .

Azraf. Lily baru teringat, Azraf ada cakap dengannya yang dia mungkin akan datang. Tetapi bayang lelaki itu pun langsung tidak dilihatnya. Mungkin Azraf ada hal agaknya.

" Hai. Lily ya? " sapa seorang lelaki.

" Ha'ah saya Lily. Kenapa ya? " soal Lily pelik.

Dia lansung tidak mengenali lelaki yang menegurnya ini.

" Ni untuk awak. Ada orang suruh saya berikan pada awak " sejambak bunga ros merah diberi kepada Lily.

" Siapa yang bagi? " soal Lily.

" Saya tak tahu siapa. Dia tak ada pulak beritahu nama. Mungkin ada nama dia dekat kad tu " .

" Oh okay. Terima kasih " Lily terus mengambil bunga itu.

" Sama-sama " lelaki itu terus berlalu pergi.

" Amboii ada orang bagi bunga ros merah " tegur Datuk Irman.

" Siapa yang bagi tu Lily? " soal Datin Nora.

" Tak tahu lah mama. Sekejap Lily tengok nama pada kad ni " Lily mengeluarkan kad yang diselitkan pada bunga ros merah itu.

From : Azraf
Congratulation Lily. You did it. Sorry tak dapat datang.

" Siapa yang bagi? " soal Datuk Irman.

" Azraf " jawab Lily sepatah.

Datin Nora memandang ke arah suaminya kemudian dia tersenyum nipis.

" Dah jom kita balik. Lily ada nak singgah mana-mana tak? " soal Datuk Irman.

Mereka beriringan menuju ke tempat parking kereta.

" Ermm rasanya tak ada. Kita terus balik lah ea pa " .

" Okay " .

Daripada jauh ada seorang lelaki yang sedang memerhatikan Lily tanpa Lily sedari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience