BAB 20

Romance Completed 18254

" Pemilik restoran? " soal Lily terkejut.

" Ha'ah Raf pemilik restoran tu. Raf sebenarnya bukan personal trainer. Raf yang tawarkan diri untuk jadi personal trainer Lily lepas dia tahu yang Lily tertekan sebab dah tak tahan kena hina. Dia tawar diri untuk jadi personal trainer Lily. Satu seb pun mama tak bayar dekat dia sebab dia cakap dia ikhlas nak tolong Lily. Dia suruh mama rahsiakan semua ni daripada Lily " jelas Datin Nora.

" Tapi kenapa dia buat semua ni? " soal Lily.

" Sebab dia sukakan Lily. Bukan sebab Lily dah kurus. Tapi sejak daripada dulu lagi. Kalau Lily ingat, waktu kenduri kesyukuran dekat rumah kita tahun lepas Azraf dan keluarga dia ada datang. Sejak tu Azraf dah mula sukakan Lily " .

Lily terpempan. Dia seakan-akan tidak percaya Azraf menyimpan perasaan terhadapnya.

" Dan kalau Lily nak tahu jugak, waktu Lily konvokesyen Azraf ada datang cuma dia tak nak munculkan diri bila tengok Lily dengan Amir rancak berbual. Dia tak nak ganggu Lily dengan Amir dan mama rasa dia tak nak mengaku yang dia Azraf tadi sebab yang sama. Dia tak nak ganggu Lily dan Amir. Lagipun siapa yang sanggup bila tengok orang yang kita sayang keluar dengan orang lain kan?" .

" Ma.. " Lily hilang kata-kata.

" Lily, mama tak paksa untuk Lily terima Azraf dan tinggalkan Amir. Itu hak Lily. Tapi mama cuma nak Lily fikir, siapa yang ada dengan Lily daripada awal lagi? Yang boleh terima kekurangan Lily. Sebelum ni, ada Amir tegur Lily? Lepas Lily dah kurus baru dia terkejar-kejarkan Lily. Ikhlas ke tu? Atau sebab paras rupa semata-mata? " .

Lily baru tersedar. Ada benarnya kata-kata Datin Nora. Selama ini Azraf ada bersama-sama dengannya. Tapi Amir, dia mencari Lily selepas gadis itu sudah kurus. Jelas lah di sini Amir suka padanya hanya kerana paras rupa dan bukan kerana benar-benar ikhlas.

" Raf " .

Azraf yang sedang duduk di kaunter pembayaran itu terus menoleh. Dia terkejut dengan kehadiran Lily.

" Kalau awak bukan Raf, kenapa awak toleh bila saya panggil? " soal Lily.

Azraf tiada jawapan.

" Ada apa awak datang ni Lily? " soal Azraf.

" Saya datang nak jumpa awak " .

" Tak ada sebab dah untuk kita berjumpa. Saya bukan personal trainer awak lagi Lily " .

BAB 21 (Ending)

" Kenapa awak tak beritahu saya tentang perasaan awak? " soal Lily.

" Saya dah cuba. Tapi saya tak ada peluang Lily " jawab Azraf.

Malam itu dia ingin meluahkan perasaannya pada Lily tapi menamatkan panggilan apabila ada panggilan lain yang masuk. Gadis itu berjanji ingin menelefon semula, tetapi langsung tiada. Puas dia menanti.

Melihat kemesraan Amir dan Lily semalam sudah cukup membuatkan dia sedar yang dia langsung tidak mendapat tempat di hati Lily. Yang ada di hati Lily cuma Amir.

" Awak tak gunakan peluang yang ada. Kenapa awak tak beritahu daripada awal lagi? " soal Lily tidak puas hati.

" Lily, apa bezanya kalau saya luahkan perasaan saya pada awak? Kalau pilihan awak tetap Amir dan saya langsung tak ada tempat dekat hati awak tu " .

" Ada beza Raf. Ada. Kalau saya tahu daripada awal, hati saya mungkin akan berubah " .

Azraf menggelengkan kepalanya.

" Tapi semuanya dah terlambat. Anggap jer lah antara kita memang dah tak ada apa-apa lagi. Lupakan semuanya. Termasuk perasaan saya pada awak " .

" Tak. Saya tak akan lupakan. Saya pilih awak Zaf bukan Amir. Saya dah buat keputusan dan saya yakin dengan keputusan saya " kata Lily yakin.

" Jangan sampai silap buat keputusan Lily. Nanti awak jugak yang akan menyesal " .

" Saya tak akan menyesal sebab pilih awak Raf. Awak terima semua kekurangan saya. Awak sanggup tolong saya. Awak ada bersama dengan saya tiap masa. Awak beri saya semangat dan awak sukakan saya bukan semata-mata kerana paras rupa. Saya baru sedar, Amir tak ikhlas dengan saya " .

" ...kalau betul dia ikhlas terima saya, bukan sekarang dia balas perasaan saya. Tapi waktu saya gemuk dulu. Tapi awak, awak terima saya apa adanya. Awak bantu saya. Macam mana kalau suatu hari nanti saya ditakdirkan gemuk semula? Mungkin Amir akan tinggalkan saya. Saya tak yakin yang dia akan terus ada dengan saya. Tapi awak, saya yakin awak terima segala kekurangan saya " .

Azraf memandang wajah redup Lily.

" Raf, saya pun sukakan awak " ucap Lily.

" Awak yakin dengan perasaan awak?" soal Azraf sekali lagi.

Laju Lily mengangguk.

" Ya saya yakin " jawabnya.

Bibir Azraf menguntum senyuman.

" I love you Lily " ucapnya.

Lily tergelak kecil. Pertama kali ada lelaki mengucapkan kata cinta itu padanya.

" I love you too " .

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience