BAB 11

Romance Completed 18254

Pagi-pagi lagi Azraf sudah datang ke rumah Lily. Dia siap membawa bekal lagi untuk Lily bersarapan.

" Raf, duduk dulu ya. Aunty panggilkan Lily " beritahu Datin Nora.

" Okay aunty " Azraf mengangguk perlahan.

Datin Nora terus berlalu ke tingkat atas untuk memanggil Lily.

" Lily, dah bangun ke belum? Raf dah datang tu " pintu bilik Lily diketuk berulang kali.

Lily yang masih tidur itu terus tersedar. Dia melihat jam loceng di meja kecil sebelah katilnya. Baru pukul 7.15 pagi. Awalnya Azraf datang. Dia terus bangun dan menuju ke muka pintu.

" Ma, awalnya dia datang? Baru pukul 7.15 " soal Lily.

" Ya Allah tak mandi lagi. Cepat pergi mandi. Penat Raf tunggu Lily " arah Datin Nora.

" Tapi ma..awal lagi lah " keluh Lily.

" No excuse Lily. Dah cepat pergi mandi. Nak kurus kan? ".

" Yelah yelah " Lily terus mencapai tuala mandi yang tergantung di belakang pintu biliknya. Kakinya diatur menuju ke kamar mandi.

15 minit selepas itu, Lily terus turun ke tingkat bawah. Dia melihat Azraf sedang duduk menantinya di ruang tamu.

" Good morning. Awak lambat " kata Azraf sebaik melihat Lily.

" No. Saya tak lambat. Tapi awak tu yang datang terlalu awak " Lily memeluk tubuhnya.

" Awal? Sekarang ni dah pukul 7.30 pagi. Awal apanya? " .

" Awal lah tu. Sekarang ni waktu untuk saya tidur lagi tahu tak? " .

Azraf menggelengkan kepalanya.

" Anak dara tak elok tidur sampai ke tengahari. Lagipun lepas subuh tak elok lah tidur ".

" Eh mana ada saya tidur sampai tengahari. Awak jangan nak pandai-pandai ea. Ada yang makan penumbuk saya ni nanti " Lily menunjukkan penumbuknya pada Azraf.

" Garang betul " Azraf tergelak kecil.

" Cepatlah. Tadi suruh bangun awal sangat " perli Lily.

" Iyalah-iyalah. Ni saya ada bawakkan breakfast untuk awak " Azraf menghulurkan sebuah bekas bersaiz sederhana kepada Lily.

" Apa ni? " bekas yang dihulurkan oleh Azraf diambil dan dibuka.

" Salad buah-buahan untuk breakfast awak hari ni " jawab Azraf.

" Salad buah-buahan untuk breakfast? Mana kenyang " rungut Lily.

" Amboi-amboi. Habis tu awak nak apa? Nasi lemak ayam? Roti canai kuah banjir? Lily, makanan tu semua banyak kalori dan lemak awak tahu tak? " .

Lily mengeluh perlahan.

" Susahnya nak kurus " .

Azraf tersenyum nipis.

" Mula-mula memanglah awak rasa susah. Tapi bila dah biasa nanti, awak tak rasa pun terseksa macam ni " pujuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience