BAB 10

Romance Completed 18268

" So berapa berat awak sekarang? " soal Azraf.

Terbeliak mata Lily apabila mendengar soalan Azraf. Selamba saja lelaki itu menyoal beratnya. Dia tak tahu ke perempuan paling sensitif bila ditanya soal berat badan.

" Like seriously? Awak tanya saya berat badan saya? " soalnya.

" Iya lah. Kenapa? Ada masalah ke?" soal Azraf pelik.

" Tu soalan sensitif tau tak? " .

Azraf tergelak kecil.

" Sensitif apanya. Kalau saya tak tahu berat badan awak, macam mana kita nak target berat badan yang awak perlu turun " .

" Berapa beratnya? " soal Azraf lagi.

Lily tidak menjawab. Dia memeluk tubuhnya. Matanya dipandang ke arah lain. Malas mahu memandang wajah Azraf.

" Awak tak nak beritahu? Seriously? Okay kalau macam tu, let me guess your weight " .

Lily memandang tajam ke arah Azraf. Eh suka-suka jer nak teka berat badan orang.

" 120 kg? Or 150 kg? Haa or 200 kg? " teka Azraf.

Besar kecil besar kecil sahaja Lily memandangnya. Lily mengambil bantal kecil yang berada di sofa sebelahnya lalu dibaling ke arah Azraf.

" Hei awak ingat saya ni anak gajah ke berat macam tu?! " marah Lily.

Azraf sudah terbahak-bahak ketawa.

" Dah tu saya tanya awak tak nak jawab. Saya teka lah. Berapa sebenarnya berat awak ni? Saya ni cuma tanya berat badan awak tau, bukannya suruh awak bagi jawapan add math. Benda simple macam tu pun susah awak nak jawab " .

" 99 kg " jawab Lily sepatah.

" Haa kan senang kalau daripada tadi awak jawab. Tak ada lah saya kena perah otak nak fikir berat badan awak. Awak pun tak sakit hati bila saya silap teka " .

" Okay macam ni Lily, sekarang ni berat awak 99 kg, target utama kita tak banyak. Kita target dalam 5 kg jer untuk masa sebulan ni. Kalau awak usaha keras dan ikut apa yang saya cakap, saya yakin awak berjaya turunkan berat awak sebanyak 5 kg atau lebih " jelas Azraf.

" Awak ni boleh percaya ke? Berapa mama saya bayar awak? " soal Lily.

" Of course saya boleh dipercayai. Dah banyak customers saya yang berjaya turunkan berat badan. Kalau dia orang boleh, awak mesti boleh jugak. Melainkan, awak tak nak ikut cakap saya " .

" Okay. Kita tengok nanti " .

" Okay good. Esok kita mulakan dengan jogging. Saya akan bagi jadual pemakanan sihat untuk awak esok " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience