BAB 6

Romance Completed 18254

" Ya Allah bang. Saya risau sangat dengan keadaan Lily " .

" Sabar Nora. Kita doa semoga tak ada apa-apa yang jadi pada Lily ya? " .

Datin Nora mengangguk lemah.

" Saya tak tahu bang apa yang dah buat Lily tu sanggup telan semua ubat tidur tu " .

" Abang rasa ada benda yang jadi dan buatkan Lily tertekan. Sebab tu dia makan semua ubat tidur tu. Sabar ya. Kita doakan semoga tak ada apa-apa yang jadi pada Lily " .

Setengah jam kemudian, seorang doktor keluar daripada bilik Lily dirawat. Datuk Irman dan Datin Nora terus mendapatkan doktor itu.

" Doktor macam mana dengan keadaan anak saya? " soal Datuk Irman.

" Anak encik overdose ubat tidur. Mujur encik bawak dia ke hospital secepat mungkin. Kalau tak, mungkin dia tak dapat diselamatkan disebabkan kesan ubat tidur yang diambil secara berlebihan " jelas doktor itu.

Datuk Irman dan Datin Nora menarik nafas lega. Mujur sahaja anaknya itu selamat.

" Terima kasih doktor " ucap Datuk Irman.

" Sama-sama " doktor itu terus berlalu.

" Ya Allah bang. Nasib baik Lily selamat. Saya tak boleh bayangkan kalau apa-apa jadi pada Lily " .

" Alhamdulillah syukur Lily selamat. Jom kita pergi tengok dia " .

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik Lily dirawat.

Lily perlahan-lahan membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Wajah papa dan mamanya yang dipandang.

" Papa, mama " panggilnya perlahan.

" Lily? Lily dah sedar nak? Alhamdulillah " .

" Lily kat mana ni? " soalnya.

" Lily ada kat hospital. Lily overdose ubat tidur. Apa yang Liy buat ni? " soal Datuk Irman.

Lily baru teringat. Dia telah makan sebotol ubat tidur. Allah masih memberi peluang untuk dia meneruskan hidup dan bertaubat.

" Lily... " air matanya tumpah jua.

Tidak sanggup mengenangkan apa yang telah terjadi. Peristiwa itu bagaikan kisah hitam di dalam hidupnya.

Datin Nora terus memeluk anaknya itu.

" Mama dengan papa sayangkan Lily sangat-sangat. Tolong jangan buat macam tu lagi " .

" Lily minta maaf mama, papa. Lily tertekan sangat dengan apa yang dah jadi " .

" Allah ada sayang. Papa ada. Mama ada. Kami akan selalu ada dengan Lily" pujuk Datuk Irman.

" Maafkan Lily sebab dah buat papa dan mama risau. Lily tak ada niat bak buat mama dan papa risau " .

Datin Nora mengangguk perlahan.

" Tolong jangan buat lagi. Mama tak sanggup nak kehilangan satu-satunya anak mama " .

" Lily janji tak buat lagi mama, papa ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience