BAB 5

Romance Completed 18254

Sejak pulang daripada kolej tadi Lily hanya berkurung di dalam bilik. Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Apa yang telah terjadi tadi benar-benar memberikan kesan di dalam hidupnya.

" Arghhh! Aku benci! Aku benci! " jeritnya. Habis bersepah biliknya. Segala barang yang ada di dalam biliknya semuanya dibaling.

Datin Nora dan Datuk Irman sudah puas mengetuk pintu biliknya tetapi Lily langsung tidak membuka. Ibu bapanya itu benar-benar risau dengan keadaan Lily ketika ini.

Mata Lily tertancap pada sebotol ubat tidur yang berada di hujung katil. Ubat tidur itu diberikan doktor ketika Lily mengalami masalah insomnia dulu. Tanpa berfikir panjang, Lily dengan pantas mengambil botol ubat itu.

" Maafkan Lily papa, mama " Lily terus menelan ubat tidur itu sehingga habis.

Beberapa saat lepas itu dia pengsan tidak sedarkan diri.

" Abang, Nora risau lah bang " .

" Abang pun. Apa yang dah jadi sebenarnya? " soal Datuk Irman.

Dia pulang sahaja daripada pejabat, isterinya itu memaklumkan tentang Lily yang mengamuk di dalam biliknya.

" Nora tak tahu. Lily balik dalam keadaan menangis-nangis. Bila Nora tanya, dia tak jawab apa-apa. Then dia terus kunci pintu bilik dia " .

" Nora pergi ambil kunci pendua. Abang risau lah kalau apa-apa terjadi dekat dia " .

Datin Nora mengangguk. Dia terus mendapatkan kunci pendua.

" Ni bang " kunci pendua bilik Lily dihulurkan kepada suaminya.

Mujur saja ada kunci pendua. Jika tidak terpaksalah Datuk Irman memecahkan pintu bilik Lily.

Tanpa berlengah lagi, Datuk Irman terus membuka pintu bilik Lily. Dia dan Datin Nora terkejut melihat keadaan anaknya yang sedang terbaring di tepi katil.

" Ya Allah bang! Anak kita " Datin Nora terus mendapatkan Lily.

" Lily bangun nak " tubuh Lily digoncang-goncang. Tetapi tiada respons.

" Astagfirullah al-azim " mengucap panjang Datuk Irman saat melihat botol ubat tidur yang telah kosong di sisi Lily.

" Bang, anak kita! " raung Datin Nora.

" Kita bawak dia ke hospital " Datuk Irman terus mencempung tubuh Lily. Walaupun tubuh anaknya itu gempal, terpaksalah dia mengangkatnya.

Datin Nora mengambil beg duit dan kunci kereta Datuk Irman. Dengan pantas dia membuka pintu kereta. Datuk Irman meletakkan Lily di bahagian tempat duduk belakang. Keretanya memecut laju menuju ke hospital berdekatan.

Sampai saja di hospital, Lily terus dibawa masuk ke wad kecemasan. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya Datuk Irman dan Datin Nora ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience