BAB 4

Romance Completed 18268

" Huh puas hati aku dapat tumbuk muka perempuan tu " Lily tersenyum puas apabila dapat menumbuk muka Sofea.

Ikutkan hatinya mahu saja dia kerjakan mulut longkang Sofea itu. Baru padan dengan muka dia. Mujur Damia sempat menghalangnya dan menariknya ke kelas.

" Ish gila lah kau Lily. Lebam pipi minah tu kau tumbuk " Damia juga seakan tidak percaya Lily berani menumbuk muka Sofea.

" Haa baru dia tahu siapa Lily. Tu lah siapa suruh mulut tu busuk sangat. Ikutkan hati aku ni Mia, nak jer aku kepit mulut dia tu dengan penyepit baju. Geram betul aku " .

Damia ketawa kecil. Terbayang mulut Sofea yang di kepit dengan penyepit baju.

" Biarlah dia Lily. Kau pun tahu kan daripada dulu lagi dia tu memang macam tu. Dah lah perasan cantik. Macam lah dia tu cantik sangat " .

" Puas hati aku dapat ajar dia. Kalau kau tak halang aku tadi, teruk aku kerjakan minah saleh celup tu " .

Kenapa minah saleh celup? Kerana rambut Sofea yang diwarnakan perang itu.

" Dah lah Lily lepas ni tak payah layan lagi perempuan gila tu. Nanti dengan kita-kita sekali jadi gila macam dia " .

" Tapi kan Mia. Gemuk sangat ke aku ni? " soal Lily.

Dia memandang ke arah tubuh badannya yang gempal. Damia sudah serba salah.

" Tak adalah Lily. Okay jer aku tengok kau. Selagi kau larat bawak badan kau, kiranya tak adalah gemuk sangat pun " katanya ingin menyedapkan hati Lily.

" Iya ke ni? Ke kau saja cakap macam tu sebab nak jaga hati aku? " .

" Ish tak ada lah. Lily, saiz tubuh ni tak penting. Yang penting hati. Tak guna tau kalau cantik tapi hati tu busuk " .

" Kau tak payah risau lah ya " pujuknya.

Lily mengangguk perlahan.

" Lily gemuk! " .

" Badan macam badak sumbu " .

" Dah lah gemuk, tak sedar diri. Perasan cantik " .

" Kau ingat ada orang suka dekat kau ke ha? " .

" Eiii gemuk macam gajah " .

" Ada hati suka dekat Amir. Cerminlah diri tu sikit! " .

Lily menutup telinganya. Dia sudah tidak sanggup mendengar lagi kata-kata hinaan yang dilemparkan padanya.

Semua ini terjadi apabila surat yang ditulis untuk Amir hilang. Tahu-tahu saja surat itu sudah tersebar. Ada seseorang yang telah mencuri surat itu daripada begnya dan telah menyebarkannya di seluruh kolej.

Sudah basah wajah Lily dengan air mata. Malu usah ditanya. Dia sangat-sangat malu ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience