LSH BAB 7

Romance Completed 14934

Pukul 9.30 pagi, Zara sudah siap menggayakan pakaian yang baru dibelinya semalam. Dia 'touch up' sedikit mukanya dengan 'make up' yang ada menyerlahkan lagi kecantikannya itu.

"Zara.., kau dah siap dah?." Tanya Mila dari luar pintu.

"Haa dah..,jom lah Mila, thanks tau sudi hantar aku."

Jawab Zara sambil mengambil beg dan resumenya di atas meja.

"Wow!..cantiknya kau ni Zara.."

"Tak salah lah baju yang kau beli semalam, memang sesuai sangat dengan kau ni."

Beritahu Mila terpegun dengan kecantikkan Zara yang keluar dari bilik membetulkan rambutnya itu.

"Haa..dah..dah.."

"Jangan nak puji aku lebih-lebih eh. Jom lah kita gerak, nanti kau lewat pula nak sampai tempat kerja."

Pinta Zara menarik tangan gadis itu mengikutnya keluar dari rumah.

"Orang nak puji sikit pun tak boleh, yelah jom."

Mereka terus bertolak pergi bersama-sama. Tempat kerja Mila tidaklah terlalu jauh dari ZNE Holding jadi, tidak salah kalau dia sendiri mahu menghantar kawan baiknya itu.

Sampai sahaja di depan bangunan yang besar itu, Zara sudah berdebar-debar tidak keruan. Sanggup ke syarikat besar macam ni menerima dirinya itu, kalau berjaya dia adalah gadis yang bertuah.

Dia menarik nafas sedalam nya untuk mengurangkan resah dalam dirinya kala itu, setelah itu dia terus turun dari kereta.

"Good luck tau Zara..Aku doakan kau dari jauh tau."

Beritahu Mila dan terus berlalu pergi kerana dia juga tergesa-gesa untuk ke pejabat.

Zara yang sudah bersemangat itu terus masuk ke dalam bangunan besar itu. Dia juga perlu menguruskan apa yang patut sebelum masuk ke ruangan interview nanti.

Zara yang menunggu 'lift' bangunan itu terbuka sedang asyik memerhati saja sekeliling bangunan tersebut. Bangunan pencakar langit sebegini sangat cantik dan luas dan dirinya sangat tidak sabar untuk menjadi pekerja di syarikat yang megah ini.

"Semoga angan-anganya itu tercapai nanti."

Getusnya di dalam hati.

Sedang gadis itu duduk menunggu sebelum waktu interviewnya bermula, seorang gadis yang amat dikenalinya duduk di kerusi hadapan miliknya sambil membuka kasut tumit tingginya.

Dia yang terpandang pula Zara waktu itu yang cuba mengelak untuk bertatapan mata dengannya terus bangun seperti tidak percaya.

"Hey..i know you."

"What are you doing here?."

Tanya Tania meminta kepastian apabila melihat wajah yang dibencinya itu, perubahan mood yang terjadi pada wajahnya menakutkan siapa yang melihat.

Dia yang mahu duduk di bangku itu sebenarnya hanya untuk membetulkan kasut. Namun, bila matanya bertentang dengan orang yang dikenalnya itu membuatkan panas hati pula.

Zara yang tampak seperti tidak selesa bertemu muka dengan Tania itu terus bangun dan mahu segera duduk di tempat lain. Malah, laluannya sengaja dihalang oleh gadis di depannya dengan sengaja.

"Oh.!"

"I tahu, you nak minta kerja kat sini kan?."

"Wow!, Besar betul impian dan angan-angan you kan Zara."

Tania yang tampak memerli Zara di depan yang lain itu terus saja tersenyum sinis.

Fail resume yang dipegang Zara terus dirampas dan sengaja dijatuhkan tepat di kaki Zara.

"I'll make sure you fail this interview."

"You jangan ingat dengan mudah you nak pijak kaki you kat sini."

"You belum kenal i siapa, dulu you boleh nak buat macam-macam tapi sekarang i yang akan buat you sengsara."

Katanya dengan nada sombong dan puas dengan apa yang dilakukannya pada gadis itu.

Dia meninggalkan Zara yang kaku ditempatnya dan terus menuju ke bilik Ziyad tanpa segan silu.

Dendamnya terhadap Zara waktu di London dulu masih diingatnya. Disebabkan gadis itu lah dia perlu mengambil lagi subjek yang telah pun diambil.

Zara telah melaporkan tentang dirinya pada lecturer subjek berkaitan tugasan yang diberikan. Oleh disebabkan itu, dia digugurkan untuk mengambil subjek itu semester itu dan perlu mengulang lagi pada semester seterusnya.

Itu yang membuat dirinya begitu marah pada Zara, gadis itu sememangnya mencari masalah dengan orang yang salah.

Di bilik Ziyad waktu ini, sedang ada beberapa perbincangan ringkas tentang apa yang akan diambil kira dalam interview nanti. Para penemuduga yang lain sedang bersiap sedia dan mengikut sahaja arahan dari pengurusnya itu.

"Good morning sayang. I ganggu you ke sayang?"

"I'm sorry i tak tahu yang sibuk hari ni."

Tania meluru masuk ke bilik Ziyad tanpa sedikit pun mengetuk pintu telah mengejutkan setiap orang di situ.

Ziyad yang sudah habis dengan perbincangan itu menyuruh yang lain untuk bersiap sedia dan bersurai saja.

Ziyad yang tidak suka dengan perilaku Tania itu tampak seperti sudah menahan marah. Dia terus saja membelek fail-fail yang tersusun di atas meja untuk dibawa masuk ke bilik khas selepas ini tanpa mempedulikan gadis itu.

"Sayang.. Kenapa dengan you ni, asyik marah je bila i datang sini."

"You tak sayangkan i ke."

Tanya Tania manja sambil memaut lengan tunangannya itu.

"You buat apa kat sini Tania.?"

"I banyak kerja sekarang, you better leave. Please!."

Sambil tangannya menunjuk ke arah pintu dia melepaskan pegangan gadis itu.

"Sayang..Sampai hati you kan."

"I baru sampai tau, ingat nak ajak you breakfast dengan i."

Tangannya yang lincah itu kembali memegang lengan Ziyad yang tengah rimas waktu itu.

Perilaku manjanya yang terlebih itu sedikit pun tidak diendahkan Ziyad.

"Please!..I said leave okay..Stop touching me!"

Ziyad melepaskan pegangan tadi dengan kasar dan dia tidak menyangka perbuatannya itu menyebabkan Tania terjatuh.

Dia mengeluh seketika melihatkan gadis itu yang selalu mengada-ngada, malas untuk dia fikirkan tapi gadis ini sudah melampau.

"Auch!"

"Sakit la sayang, you dah kenapa ni.!"

"Dulu you tak macam ni pun ngan i tau. You marahkan sebab i tak datang ke semalam?"

"I minta maaf Yad, i baru tahu yang mama you.."

Belum sempat Tania menghabiskan ayat itu Ziyad sudah berpaling menatapnya dengan tajam.

"Stop it.!"

"Leave.. Or i call security you yang malu nanti."

"You tak payahlah nak buat muka sedih you kat sini. You ada ke tak ada ke semalam sikit pun i tak kisahlah Tania."

Tania yang tampak seperti merajuk dengan perbuatan Ziyad itu terus bangun menyapu-nyapu tangannya itu. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu.

Tania sangat pelik dengan perubahan sikap Ziyad waktu ini, dulu perangainya tidak kasar sebegitu terhadapnya.

Ziyad meraup wajahnya beberapa kali dan segera mahu keluar, tapi gadis itu menahannya pula.

Entah kenapa, hati dia tidak mahu pun mempedulikan gadis itu. Walaupun Tania tunangannya, gadis itu tidak ubah seperti orang asing di hatinya.

"You nak apa lagi ni, I nak lepas ni you keluar dari sini"

"I tak nak you datang sini lagi, faham tak.!"

Kata Ziyad seperti memberi arahan. Ziyad yang mahu berlalu pergi itu terhenti lagi setelah mendengar permintaan dari Tania.

"Okay fine!."

"Tapi i nak minta tolong dengan you. I hope you can help me, then I'll will leave."

Beritahu Tania sebelum Ziyad mahu melangkah keluar.

"You nak apa lagi ni? Cakaplah.!"

"Kalau tak penting kita bincang je lain kali, i muaklah dengan you ni."

Beritahu Ziyad selamba. Tania terus bergegas mendapatkan Ziyad yang tampak sudah beremosi itu.

"Boleh tak you tolong i gagalkan interview satu perempuan kat luar tu?."

"Dia dah banyak dah susahkan i dulu masa kat London."

"I minta tolong sangat-sangat sayang, kali ni je i minta tolong dengan you."

Tania memohon seperti orang yang tengah terdesak. Entah apa masalah gadis ini juga dia tidak tahu.

"Itu masalah you, kenapa i yang kena buat semua tu?."

"You settle sendirilah, i tak ada masa lah."

Beritahu Ziyad yang tidak setuju dengan permintaan Tania.

Perbuatan seperti itu bagaikan menutup periuk nasi orang. Dia tidak mahu berbuat seperti itu, perkara itu seperti tidak adil.

"Tolong la sayang.. I janji kalau perempuan tu gagal iv ni, i dah tak datang lagi ofis you."

"Kita jumpa kat luar je, macam mana?"

Beritahu Tania sambil tersengih memohon pada lelaki itu. Janji Tania itu sangat bagus juga sebenarnya untuk Ziyad.

Dia memang tak pernah suka jika Tania selalu mengganggunya di ofis. Lebih baik gadis itu tidak datang terus ke ofisnya itu lagi baik.

"Siapa nama perempuan tu?"

Tanya Ziyad meminta kepastian bila Tania berjanji mahu berbuat begitu.

"Zara!."

"I tak ingat  sangatlah nama panjang dia, tapi yang i tahu orang panggil dia Zara."

Beritahu Tania seperti teragak-agak mengingat nama gadis itu.

Ziyad hanya mengangguk setelah mendengar nama itu.

"Okay, I'll try..tapi i tak janji dengan you."

"Kalau dia memang tak layak di syarikat ini dia akan pergi juga kan."

"But, you better keep your promise okay. Kalau tak i tahu nak buat macam mana dengan you ni."

Ziyad berlalu pergi tinggalkan Tania begitu sahaja, malas dia mahu berlama di situ.

Tania seperti hampa pula dengan permintaannya terhadap Ziyad. Sepertinya ia mungkin tidak akan berhasil kerana Ziyad seperti endah tak endah saja dengan permintaanya itu.

Namun, Ziyad dah beritahu dia akan cuba.

"Tak salah kalau menunggu hasil". Katanya dalam hati.

Tania memang mahu Zara jatuh tersungkur kali ini. Dia tidak suka kalau Zara memperoleh pekerjaan ini dengan mudah sedangkan dia tahu gadis itu cukup bijak.

Kejatuhan Zara akan membuatkan hatinya puas. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajatnya itu tercapai.

Beberapa orang sudah keluar dari bilik khas setelah tamat sesi temuduga. Ada yang tersenyum, ada yang hampa dan ada juga yang keluar dengan linangan air mata.

Zara sudah tidak keruan melihat apa yang berlaku di depan matanya.

"Ya Allah.., kuatkanlah aku ya Allah."

Jerit Zara di dalam hati. Sememangnya dia sudah berdebar-debar menunggu namanya dipanggil.

Dia memang memerlukan pekerjaan saat ini, tetapi jika sudah bukan rezekinya dia hanya akan redha. Mungkin di luar sana masih ada pekerjaan lain yang menunggunya.

"Cik Izara..You can come in, it's your turn."

Beritahu seorang wanita yang menguruskan semua orang disini. Zara tergamam seketika, dia membetulkan rambut dan bajunya sebelum melangkah masuk.

Masuk sahaja di ruangan khas ini membuatkan dirinya seram sejuk.

Tiga orang penemuduga yang akan menemuduga Zara saat ini. Salah seorang dari mereka bertiga adalah Ziyad.

Zara memberi salam terlebih dahulu kepada para penemuduga sebelum berdepan dengan mereka bertiga. Dia terus duduk di kerusi yang disediakan.

Ziyad yang waktu itu sedang mengambil dokumen di atas meja belakang masih belum melihat Zara yang duduk berhadapan dengannya itu.

Hanya suara yang didengarinya waktu ini. Setelah itu dia mulai duduk di tempatnya.

Melihat sahaja gadis yang akan ditemuduga itu, mata Ziyad sengaja dibesarkan tanda dirinya sedikit terkejut.

Dia terus berdiri waktu itu dan menghepas tangannya di atas meja tanda mengingat sesuatu. Perkara itu telah membuatkan penemuduga yang lain pelik.

"What a small world.. I know you right?..A messy girl at the airport?."

Beritahu Ziyad dengan yakin. Tangannya mulai menggosok-gosok janggut yang sedikit tumbuh itu sambil matanya memandang tajam Zara.

Zara yang dari tadi sedar dengan wajah yang dilihatnya itu hanya kaku di tempatnya. Peluh mulai membasahi dahinya saat itu.

Walaupun berada di bilik yang berhawa dingin, Zara masih terasa panas membahang. Lelaki yang dilanggarnya ketika di airport dulu sedang berada betul-betul di depannya sekarang.

"Ya Allah..Macam mana ni.. Selamatkanlah aku ya Allah."

Jerit Zara di dalam hati. Zara hanya tersenyum dan mengangguk memandang penemuduga.

Ziyad yang memerhati tingkah Zara yang sudah gugup itu mulai bersuara.

"Okay Cik Izara Anissa.., apa kata kita tolak tepi dulu pasal kita and kita start dengan your iv?"

Beritahu Ziyad sambil tersenyum sinis memandang gadis yang kaku di depannya itu.

Dia yang selalu professional dalam kerjanya tidak mahu mencampur aduk hal kerja dan hal luar.

"Pasal kita?..Oh noo..macam mana ni." Jerit Zara dalam hati.

Mahu saja dia keluar dari bilik itu sekarang tapi, apakan daya dia sudah tidak boleh berbuat apa-apa.

Penemuduga pertama terus bertanyakan soalannya dan dijawab dengan baik oleh Zara ketika itu.

Ziyad yang memerhati cara penyampaian Zara sangat kagum dengan cara gadis itu berkomunikasi.

"Gadis ini sangat yakin dan bagus dalam penyampaiannya. Mungkin Tania bergaduh dengan orang yang salah. She's brilliant with many ideas."

Getus Ziyad di dalam hati.

Penemuduga kedua juga telah menyelesaikan pertanyaan dan soalan kepada Zara.

Kini, hanya Ziyad yang belum menyoal Zara. Ziyad yang dari tadi memerhati Zara membetulkan duduknya sambil memikirkan sesuatu.

"Perlukah aku menggagalkan gadis ini?."

Fikirnya sejenak. Lagipula, disebabkan gadis inilah dia tidak dapat memberikan hadiah istimewa dari London kepada mamanya.

"Okay then, it's my turn..What do you know about ZNE Holding and why did you apply for this job?"

Tanya Ziyad selamba sambil menutup fail resume Zara. Jika Zara menjawab dengan baik pertanyaannya kala ini, dia mungkin akan mempertimbangkannya.

"For the first question, ZNE Holding is the best company I found. Their vision has really caught my eye. The way their workers approach the customers and the long term goals that they try to achieve with their activities, I really love it."

Zara menjawab dengan yakin.

"About why I applied for this job is because maybe I will get an opportunity to help your company with achieving these worthy goals." Sambung Zara lagi.

Ziyad yang terpegun dengan jawapan Zara itu mengangguk menandakan dirinya puas dengan jawapan gadis itu.

Penemuduga yang disebelahnya turut tersenyum lebar dengan jawapan bagus dari Zara itu.

Ziyad bangun dari tempat duduknya itu menuju ke Zara yang masih di kerusinya itu.

"Okay Cik Zara.Welcome to ZNE Holding."

Ziyad menghulurkan tangannya dan disambut lembut oleh Zara. Zara merasakan seperti dia sedang bermimpi waktu itu.

Ziyad tersenyum sinis dengan senyuman lebar di wajah gadis itu. Dia mendekatkan dirinya di telinga gadis itu.

"Don't you forget that you own me something. Hutang you masih belum langsai cik Zara."

Ziyad membisikkan dengan lembut di telinga Zara dan membuatkan dirinya berdebar dengan laju.

"Lelaki ini memang mempunyai auranya yang tersendiri." Getusnya.

Perfume yang dipakai Ziyad juga masih menusuk di hidungnya kala ini. "Sangat wangi."

Zara yang seperti dipukau itu tersedar dari lamunannya itu. Entah kenapa jantungnya tidak henti berdegup laju, lelaki dihadapannya ditatap lembut. Belum pernah dia merasa seperti terkena renjatan elektrik seperti ini.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience