LSH BAB 25

Romance Completed 14934

Beberapa hari sudah berlalu begitu sahaja, Zara yang sudah semakin membaik dengan keadaannya itu terus masuk ke office seperti biasa. Sudah lama dia mengambil cuti tidak ke office itu sehinggakan kerja yang patut dilakukannya diserahkan semua pada Siti.

"Ya Allah Zara..Dah lama Kak Siti tak tengok Zara. Panjang betul cuti Zara kan, encik Ziyad cakap Zara cuti balik kampung. Betul ke?."

Tanya Siti yang menghampiri gadis itu. Dia yang sangat mengambil berat mengenai gadis itu dan sesekali merasa bosan bila Zara tidak datang.

Zara mengangguk sahaja apa yang diperkatakan Siti itu. Walaupun sebenarnya dia memang perlu berbohong mengenai keadaannya sebelum ini.

"Kak Siti..Banyak lagi ke kerja Zara yang kak Siti buat, kesian kak Siti kena handle semua ni."

Beritahu Zara memandang kesian pada kak Siti di hadapannya.

"Tak payah risaulah Zara, lagipun masa Zara cuti hari tu. Encik Ziyad suruh kak Siti yang tolong, selebihnya dia yang handle sendiri."

"Projek di Langkawi hari tu pun, encik Ziyad dah urus semua dah dengan Encik Jason."

Terang kak Siti lagi di situ. Zara hanya mengangguk faham seraya membuka laptopnya, sambil-sambil melihat sedikit sebanyak progres tentang projek itu.

Gerangan Ziyad yang sudah sampai ke office terus sahaja masuk ke dalam bilik. Sikapnya yang kini tenang dan tidak garang seperti selalu menyenangkan semua staff yang ada.

"Zara..Lama dah i tak tengok you tau tak. Everything is fine right?."

Sapa Jason yang juga baru sampai ke office, niatnya mahu bertemu Ziyad untuk berbincang sesuatu yang penting. Namun, gerangan Zara di situ telah menghentikan langkahnya buat seketika.

"Jason, I'm good."

"Macam mana projek semua. Okay ke?."

Tanya Zara alang-alang Jason sudah disitu, untuk bertanya langsung kepada Ziyad dia tidak mahu.

"Urmm good, no problem at all Zara. Tu pun berjaya sebab you tau tak."

"Okaylah, I got to go. Ziyad dah tunggu lama tu."

Beritahu Jason seraya meninggalkan Zara di situ. Zara juga sedikit pelik dengan situasi sekarang ini, bagaimana Ziyad boleh berbaik dengan Jason sedangkan suaminya itu sangat cemburu pada lelaki itu.

Waktu lunch seperti biasa Zara tidak ke mana-mana, makanan pagi tadi juga tidak diusikknya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini nafsu makannya seakan berkurang, tidur pun kadang-kadang terjaga di tengah malam dengan sendirinya.

Dia yang bangun dari kerusi terus berlalu ke pantri untuk membancuh segelas air. Sedang dia mengelamun di tempatnya, Ziyad yang masuk ke situ terkejut dengan keberadaan gadis itu.

"Sayang.. Sayang tak keluar lunch ke?, Pagi tadi pun sayang tak makan apa-apa. Nak abang belikan sesuatu tak?."

Tanya Ziyad seraya mendekati gadis itu di situ. Namun, Zara tidak mempedulikannya dan mahu sahaja bergerak dari situ.

Perasaan bencinya pada lelaki itu masih pada tahap yang sama walaupun lelaki itu sudah beberapa kali memujuk dirinya.

"Sayang..Nanti sayang sakit balik macam mana. Risau abang tau kalau sayang diam je macam ni."

Pujuk Ziyad yang seakan risau dengan gadis itu. Sebenarnya dia masuk ke pantri untuk mengambil ubat disebabkan kepalanya sudah dari tadi berdenyut menahan sakit.

Kebelakangan ini juga kepalanya sering sangat sakit dan dia sendiri juga tidak tahan menahan denyutan yang mencengkam kepalanya itu.

"Kau tak payah nak risaukan aku, aku boleh jaga diri aku sendiri."

"Kau nak apa-apa tak, aku boleh buatkan.?"

Tanya Zara dingin dan seakan pelik dengan lelaki itu yang juga tidak keluar makan lunch seperti biasa.

"Tak apa lah sayang, abang cari ubat je ni. Kepala abang sakit sangat dari tadi, tu yang tak tahan tu. Abang kena makan ubat juga ni, kalau tak susah nak fokus kerja."

Beritahu Ziyad seraya mencari-cari ubat di dalam almari atas tetapi kotak ubat sudah pun kosong di situ. Jadi, dia berbalik pergi dari situ meninggalkan Zara dan masuk ke biliknya untuk berehat saja.

Zara yang pelik melihat lelaki itu segera pergi tanpa sebarang ubat di tangan agak pelik pula disitu. Setelah dia melihat sendiri, rupanya ubat sudah habis disitu.

Malas untuk berfikir panjang, dia mengambil keputusan juga untuk keluar membeli alang-alang waktu lunch masih panjang begini.

Baru sahaja pintu lift terbuka, gerangan gadis muda yang amat dikenalnya berdiri betul-betul di depannya.

"Kak Zara.."

Panggilan mesra gadis itu didengar pelik di telingannya. Entah kenapa gadis itu memanggilnya dengan gelaran sebegitu, apa hubungan sebenar gadis itu dengan Ziyad pun dia tidak pasti saat ini.

"Kak Zara nak pergi mana?, Nak beli ubat ek. Ta payahlah, Reen dah belikan dah untuk abang Yad."

"Makanan untuk Kak Zara pun Reen dah belikan ni, dah jom naik kita makan sama-sama kat pantry."

Ajak Aireen yang sudah gembira bila boleh bersembang dengan gadis itu. Sudah lama niatnya untuk menegur gadis cantik itu tapi, tak berkesempatan pula.

Masa perjalanan Aireen hendak ke pejabat sepupunya itu, Ziyad ada meminta dirinya untuk membelikan ubat panadol dan makanan untuk isterinya itu.

Zara yang sudah pelik menarik kembali tarikan gadis itu keluar dari lift.

"Awak ni siapa, Kak Zara?"

"Saya tak faham.!"

Zara yang masih ragu-ragu memandang pelik gadis itu yang sudah mengangguk dengan pertanyaannya.

"Ye lah, awak kak Zara kan. Ok lah macam ni, abang Yad tu sebenarnya sepupu Reen lah kak Zara."

"Abang Yad lah ni, suka sangat nak buat benda bukan-bukan sampai Reen sendiri pun geram dengan dia tu."

Cerita Reen perkara yang sebenar. Mereka yang berjalan terus duduk di bangku tingkat bawah untuk mengenali antara satu sama lain.

"Reen harap kak Zara jangan lah ambil hati dengan Reen. Hari tu pun dalam office, abang Yad nak kenakan Reen suruh picit lah, macam-macam betul dia tu."

"Tak sangka pula yang masuk ke bilik tu isteri dia, tapi kan kak Zara. Abang Yad tu nak tengok kak Zara cemburu tak dengan dia, tu yang dia suruh Reen sambung picit masa kak Zara dah masuk dalam bilik."

"Jangan ambil hati tau kak Zara, Reen minta maaf sangat sebab dah ikut rancangan dia."

Sambung Aireen lagi menceritakan semuanya yang berlaku. Dia tidak mahu lagi ada salah faham antara mereka disitu.

"Tak apalah reen, kak Zara tak apa-apa pun. Kak Zara tak marah pun Reen, benda dah jadi pun kan."

Zara di situ hanya mengangguk faham dengan apa yang terjadi, jadi selama ini pun dia menuduh benda bukan-bukan juga pada lelaki itu. Tapi tak menjadi kesalahan untuknya kalau lelaki itu sendiri yang merahsiakan semua itu dari dia.

Telefon di tangan Aireen tiba-tiba sahaja berdering, dia terus mengangkat laju panggilan itu.

"Kak Zara, tak sempatlah Reen nak makan sama-sama kat atas. Boss Reen ni call pula ada orang besar nak datang office lepas ni."

"Reen gerak dulu tau kak, ni akak makan dengan abang Yad lah. Lain kali kita set date lain tau keluar makan sama. Ni nombor telefon Reeen."

"Assalamualaikum."

Zara yang tersenyum melihat sahaja kekalutan gadis itu dengan kerjanya, jadi dia juga teringat waktu dia dulu. Sampai nak makan pun tak sempat bila kerja melibatkan boss sendiri.

Dia berlalu dari situ dan kembali untuk naik ke atas, pintu bilik Ziyad diketuk tetapi tiada suara pula yang menyuruhnya untuk masuk. Jadi, dia memberanikan diri untuk masuk bagi memberikan makanan dan ubat tersebut.

Sesusuk tubuh sedang terbaring tidur di sofa dengan tangan menutup mata di situ. Zara dengan perlahan menghampiri dan meletakkan makanan di atas meja.

"Encik Ziyad, encik.."

Zara yang duduk disamping lelaki itu mengejutkan Ziyad yang masih terbaring di situ seraya membuka bungkusan makanan untuk suaminya.

Ziyad yang terkejut dengan kedatangan gadis itu segera bangun dalam keadaan terperanjat.

"Sayang..Terkejut abang.."

Sapa Ziyad seperti ternampak hantu pula disitu. Dia membetulkan duduknya seraya memandang wajah gadis yang menyediakan makanan di atas meja sofa.

"Makan sikit nanti masuk angin, kau nak makan ubat kan."

Bungkusan nasi dibuka dan diserahkan padanya namun, Ziyad menggeleng tidak mahu tanda dia tidak berselera pula.

"Makanlah encik, takkan diri sendiri pun tak boleh jaga. Dah sakit macam ni pun degil lagi kan, nanti masuk angin macam mana. Mana boleh makan ubat saja.."

Beritahu Zara yang melihat lelaki itu tersandar memandang mukanya tanpa sebarang reaksi.

"Sayang kena makan juga, kalau tak abang tak nak makan. Kita share ya sayang."

Balas Ziyad seraya memandang sayang muka gadis itu. Zara yang mendengar menghembuskan nafas lelahnya dengan perlakuan lelaki itu. Dia terus saja duduk di sebelah dan menyuapkan makanan itu masuk ke mulut lelaki itu.

"Aku tak sakit, yang sakit tu kau. Tak payah nak risaukan aku, aku dah sihat dah pun."

Beritahu Zara sambil menyuapkan makanan itu pada suaminya. Tetapi, dengan dua suapan lelaki itu sudah tidak mahu.

"Terima kasih sayang, tolong suapkan abang. Abang appreciate sangat dengan apa yang sayang buat ni, walaupun abang tahu susah untuk sayang maafkan abang."

Zara yang mendengar mendiamkan dirinya seketika. Ubat dibuka dan diserahkan dengan segelas air di tangan.

"Kau jangan salah faham, aku buat semua ni pun sebab memang dah jadi tanggungjawab aku. Tak lebih dari tu, tak apalah kau rehat. Aku nak keluar."

Ziyad yang mendengar mengangguk sahaja tanda memahami apa yang diperkatakan gadis itu. Dia tahu tak mungkin Zara akan memaafkan dirinya apatah lagi permintaan gadis itu untuk bercerai dengannya masih difikirannya.

Zara bangun dari duduknya dan mengemaskan kembali semua yang ada. Namun, dia kembali berbalik untuk meminta sesuatu pula.

"Aku nak minta izin keluar awal sikit hari ni, Aku nak pergi rumah Mila. Boleh kan?"

Ziyad hanya menganggukkan sahaja tanda setuju dengan permintaan isterinya itu. Dia yang kembali berbaring menutup mata menahan sakit yang mendenyutkan kepala itu.

Dia terfikir lagi kata-kata yang keluar dari mulut isterinya tempoh hari. Permintaan Zara yang meminta dirinya untuk menceraikannya membuatkan dia tidak senang duduk.

Bagaimanalah hidupnya nanti kalau isteri yang dicintai pergi meninggalkannya begitu sahaja, tapi sanggupkah dia untuk terus melukakan hati gadis itu. Mungkin dia akan memikirkan jalan yang terbaik untuk membuat keputusan itu.

••••

"Assalamualaikum, Mila..Mil.."

Panggilan demi panggilan tidak disahut oleh sahabatnya itu, jadi dia masih menunggu di luar pagar untuk menanti gadis itu keluar.

"Cik cari siapa ya?.. Mila ada dia tengah mandi kat dalam.."

Zara yang seperti mengenali suara itu terus bebalik memandang wajah gerangan yang menyapanya. Gadis yang sudah bertudung itu dipandangnya pelik, bagaimana Tania boleh ada di situ.

"Tania.."

Tania yang memandang juga sedikit terkejut dengan apa yang dilihatnya. Gadis yang pernah dibencinya dulu sekarang ada di depan matanya, bagaimana gadis itu mengetahui keberadaan nya disini.

"Zara..You buat apa kat sini..!"

"You kenal Mila ke?."

Tanya Tania meminta kepastian setelah itu Mila yang di dalam menjenguk ke luar untuk melihat gerangan yang datang.

"Zara..Masuklah buat apa kat luar tu, panas lah."

"Tania..Ajaklah Zara tu, buat apa cakap kat luar tu."

Laung Mila dan kembali masuk ke dalam, Mereka yang masih terdiam di situ masuk ke rumah dengan perasaan berdebar-debar.

"Kenapa diam je semua ni, ada apa-apa ke kat luar tadi tu.?"

'Zara..Yad mana?, tak datang sekali?."

Tanya Mila yang seakan pelik dengan kesunyian yang wujud di antara mereka dalam rumah itu.

"Tak apalah Mil, aku balik dulu lah. Nanti Ziyad nak makan pula, lagipun dia tak sihat tadi. Aku singgah sekejap je kat sini, ingat nak jumpa kau. Kau kan cuti harini."

Beritahu Zara seraya bangun dari duduknya dan mahu pergi dari situ. Dengan keberadaan gadis itu di rumah itu, dia menjadi tidak begitu selesa pula.

"Zara..Boleh tak i nak cakap dengan you?, Please Zara..!"

Beritahu Tania yang sudah berdiri di belakang Zara waktu itu. Mila yang melihat seakan pelik pula, adakah mereka berdua sudah mengenali antara satu sama lain.

"Zara..I nak minta maaf sangat-sangat dengan you, i dah buat macam-macam pada you dulu. Maafkan i Zara, i dah dapat hukuman i Zara."

"Tuhan dah hukum i, keluarga i dah benci i dan semua orang dah tak percayakan i, Zara.

"Apa yang i dah buat pada you dulu tu pun, i tahu you tak boleh nak terima. Tapi, i betul-betul dah menyesal dengan apa yang i dah buat."

"I mengaku Zara, i terlalu kejam sehinggakan i sanggup berdendam dengan you dulu. I  berpakat dengan Zahir untuk kenakan you malam tu, tapi sumpah Zara."

"Sumpah.! I tak tahu langsung yang Zahir nak rogol you. Tu bukan rancangan i Zara.."

Tania sudah menangis teresak-esak di situ, Zara yang mendengar juga menitiskan air mata apabila gadis itu sudah mengakui semua silapnya.

"Zara, I harap you jangan salahkan Yad. Malam yang you kena tangkap khalwat dulu pun semuanya Zahir yang buat, i tahu Zara dia yang call pejabat agama malam tu."

I tahu semua tu dan Zahir dah beritahu i. Maafkan i Zara.Tolonglah maafkan i."

Zara yang berpaling memandang tepat pada wajah gadis itu. Benarkah semua itu bukan disebabkan Ziyad, tapi betullah niat Ziyad membawanya ke rumah itu, untuk dia melangsaikan hutang. Zara masih tidak mengerti semua yang berlaku pada nya malam itu.

"Sudahlah Tania, semua pun dah berlaku dah pun. Aku pun nak minta maaf juga dengan kau, aku tahu salah aku dah rampas tunang kau."

"Ziyad pun terpaksa kahwin dengan aku untuk menutup malu. Kalau tak mesti kau dah kahwin dengan dia kan."

Zara yang melihat gadis yang masih menangis itu terus dipeluk erat gadis itu, keikhlasan yang terpancar di wajah itu boleh dirasai olehnya kini.

"Tak Zara, i memang tak layak pun untuk Yad..I dah lama curang belakang dia, you tengok ni..!"

"I dah mengandung dah Zara, sebab perbuatan terkutuk i dulu budak yang tak bersalah ni yang jadi mangsa."

Zara yang baru perasan dengan perut itu kembali memandang, pegangan tangannya tertumpu pada perut Tania yang sedikit membesar itu.

"Ni anak Zahir..I tak sempat kahwin pun dengan dia, sebab perbuatan terkutuk dia pada you hari tu."

"Sekarang pun dia dah dapat balasannya Zara, dia dah kena tangkap. Biarlah dia kat situ, i tetap akan jaga anak i walaupun dia tiada."

Zara yang sedikit terdiam sangat tersentuh dengan kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu. Seorang perempuan sanggup bergadai nyawa untuk menjaga seorang anak yang tak berdosa, sanggupkah dia untuk melihat semua ini terjadi di depannya.

Hidup sendiri tanpa ada yang menjaga sangat sulit lebih-lebih lagi seorang perempuan. Itulah kudrat seorang yang bergelar ibu, hidupnya adalah semata-mata untuk membesarkan seorang anak. Dia sangat kasihan melihat keadaan Tania begitu, baginya gadis itu sungguh kuat.

Mila yang setia mendengar tangisan dan perbicaraan dari mulut mereka berdua juga turut menghampiri dan memeluk kedua-duanya.

"Dah lah korang, tak payah lah nak buat drama hindustan pula kat sini. Jomlah makan, aku dah siapkan cekodok pisang tau sambil tengok drama korang ni. Cik Tania kita ni mengidam pula, maklumlah anak pertama dia kita kena lah manjakan kan."

Mereka sama-sama ketawa pula mendengarkan omelan si Mila itu. Burung murai itu kalau tak berbunyi tidak sah, ada sahaja yang dia buat nak menghiburkan orang di sekitarnya itu.

••••

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, Zara perlu segera untuk pulang. Kalau sakit begini pasti suaminya sudah pulang ke rumah lebih awal, jadi telah menjadi tanggungjawabnya lah menyediakan keperluan suaminya pula.

Keretanya sudah tepat berhenti di depan rumah itu tapi, sebuah kereta yang berjenama mahal ada terparkir di tempat letak keretanya. Siapa gerangan yang hadir ke rumah itu pun dia tidak tahu.

Jadi, dia memarkirkan keretanya dan diletakkan di tepi jalan buat sementara waktu. Bunyi suara seperti orang yang marah-marah terdengar pula di telinganya kini, jadi dia hanya berdiri di luar untuk mendengar semua yang berlaku.

"Kau nak apa datang sini, mana kau dapat alamat rumah aku!. Kenapa kau nak cari aku lagi ni, aku bukan anak kau kan!."

Tengkingan Ziyad itu bergema dalam rumah itu bila dia melihat muka papanya di situ.

"Yad cakap apa ni Yad. Papa tak pernah putuskan pertalian papa dan Yad, Yad tetap anak papa Yad."

Beritahu Dato Zakri perlahan menghampiri anak lelakinya itu.

"Kau malu ada anak macam aku lah dato Zakri, aku dah malukan kau satu keluarga kan sebab kahwin dengan Zara yang kau anggap perempuan murah tu. Apa lagi kali ni?."

Marah Ziyad bila teringat kejadian dulu yang mana papanya sudah tidak mahu tahu lagi tentang hidupnya selepas keputusannya mahu berkahwin dengan Zara dulu.

"Yad..Dengarlah dulu apa yang papa nak cakap Yad, kami datang bukan nak hina kamu atau isteri kamu Yad. Papa dan ibu datang nak minta maaf dengan Yad."

"Betul kata Yad..Papa pernah malu dulu waktu Yad kahwin dengan Zara, tapi papa dah tahu Zara bukan gadis macam tu. Papa datang pun mahu minta maaf dengan menantu papa dengan Yad, maafkanlah papa ni Yad."

Beritahu dato Zakri yang sudah sebak menahan tangis, air mata tuanya sudah gugur membasahi pipi. Suaranya yang menangis menjadi serak tiba-tiba, isterinya di sebelah turut menangis melihat gerangan sang suami.

"Dah lah dato, tak perlulah dato nak bazirkan air mata dato untuk orang macam saya ni."

"Saya ni dah macam anak pungut dah dato, tak ada keluarga yang nak terima orang jahat macam saya ni. Pergilah dato hidup dengan kekayaan dato tu, saya tak nak satu sen pun harta dato."

Beritahu Ziyad seraya berpaling ke arah lain tidak mahu melihat tubuh tua itu yang merayu meminta maaf padanya.

"Kenapa Yad..Kenapa Yad benci sangat dengan papa Yad, papa dah usaha nak pujuk hati Yad. Tapi, sikit pun Yad tak pernah bagi peluang untuk papa Yad."

"Kalau papa ada salah silap yang papa tak tahu, Yad cakaplah dengan papa Yad."

Dato Zakri menghampiri anaknya itu dan meminta penjelasan dari anak lelakinya itu. Sungguh keras hati anak lelakinya itu untuk memaafkan dirinya.

"Awak tanya saya dato, takkan sikit pun dato tak tahu apa salah dato. Saya pelik betul lah, lelaki macam dato ni pernah ke sedar dengan kesilapan sendiri?."

"Bukankah dato Zakri ni orang hebat, mana pernah buat salah pada sesiapa pun. Kenapa dato nak tahu pula, tak perlulah dato."

Perli Ziyad memandang tepat pada wajah papanya itu.

"Kalau Yad tak beritahu papa macam mana papa nak tebus semua dosa papa Yad. Yad hukumlah papa Yad, Yad buatlah apa yang Yad mahu. Papa terima Yad."

"Dulu papa selalu paksa Yad ikut saja apa yang papa nak, papa sikit pun tak fikir perasaan Yad. Dengan rancangan perkahwinan Yad dan Tania pun papa tahu yang papa dah buat silap besar pada Yad."

"Papa sendiri pun tak tahu perangai sebenar Zahir dan Tania, kalau Yad sendiri tak tunjuk semua bukti tu pada papa.

Dato Zakri sudah terduduk memohon maaf pada anaknya. Ziyad yang melihat lari dari situ tidak mahu papanya berbuat begitu.

"Macam mana dato nak tahu semua tu kalau hati dato sikit pun tak kisah pasal saya. Saya ni sebenarnya tak pernah penting pun dalam hidup dato kan sebab disebabkan saya dato terbeban dengan masalah."

"Disebabkan sikap datolah saya terpaksa gunakan Zara untuk lari dari semua masalah tu."

"Sebab dato lah saya terpaksa tipu dia dan keluarga dia untuk lari dari perkahwinan bodoh tu tahu tak.!"

Beritahu Ziyad perkara dulu yang telah terjadi dalam hidupnya. Perasaannya begitu hancur saat itu disebabkan perlakuan mendesak papanya yang mahukan Tania juga sebagai menantu.

"Papa tahu Yad papa dah sedar dengan semua yang berlaku, papa selalu pentingkan diri papa. Papa lukakan hati Yad, lukakan hati mama. Papa sedar silap papa dan kalau mama ada sekarang ni pun papa akan minta maaf dengan semua silap papa ni Yad.

"Maafkan papa Yad."

Ziyad yang mendengar mamanya juga disebut dalam maaf lelaki itu tiba-tiba saja naik angin.

"Kau jangan pernah sebut pasal mama aku!. Kau tak layak pun nak minta maaf dengan dia dato Zakri!."

Bergema suara Ziyad di ruang tamu tika itu. Zara yang mendengar turut terkejut di tempatnya dengan tengkingan lelaki itu.

"Kenapa Yad..Sebab arwah mama ke selama ni Yad terlalu bencikan papa, Yad dengarlah dulu apa yang papa nak cakap ni.."

Bangun dato Zakri menghampiri anaknya itu.

"Kau nak jelaskan apa lagi dato, tak cukup ke kau dah seksa hidup mama aku. Cuba kau beritahu aku, macam mana kau nak tebus semua dosa yang ada pada diri kau tu sekarang..!"

"Mama aku dah tak ada dah dato Zakri.! Dulu masa dia masih ada, kau ke mana?."

"Pernah tak kau datang duduk di sisi dia, tanya perkembangan diri dia?. Nak makan apa, sakit ke dia.. Tak..!"

"Tak pernah pun, kau lebih rela fikirkan kerja kau, isteri baru kau ni lagi kan. Mama aku tu apa sebenarnya pada kau dato Zakri?"

"Selama ni dia dah jadi beban ke pada kau sebab dia ada sakit yang tak boleh nak sembuh."

"Aku tak pernah pun rasa sesakit ini dato Zakri, bertahun semuanya aku simpan sendiri. Sakit aku, luka hati aku ni semuanya aku simpan sendiri bila itu yang kau buat pada arwah mama aku."

"Kau tak pernah ada di tempat dia dan kau tak faham apa yang dia rasa."

"Aku bersumpah aku tak akan jadi lelaki macam kau lah dato Zakri, walau sesakit mana pun isteri aku tu. Aku akan setia dan jaga dia sampai akhir hidup aku, aku bersumpah."

Dato Zakri sudah menangis terduduk sendiri di situ. Memang betul apa yang diperkatakan anaknya itu. Waktunya dulu banyak dihabiskan untuk handle kan projek-projek besar sampaikan tidak sempat untuk bertanya khabar hal berkaitan isterinya.

"Maafkan Yad ibu.. Yad tak pernah pun bencikan ibu, Yad berterima kasih pada ibu sebab tolong jagakan mama Yad dulu. Yad cuma tak boleh nak terima semua yang berlaku dalam hidup Yad dulu. Itu semua disebabkan dia.!"

"Tolonglah pergi dari sini dato, tolonglah jangan nak siksa lagi hidup aku macam ni. Macam mana aku nak terima semua ni kalau masa dah tak boleh nak undur, sudahlah tolonglah pergi.!"

Ziyad terus naik ke atas masuk ke bilik pejabatnya. Sebenarnya dia sendiri tidak sanggup berbuat begitu pada papanya, tapi jika itu yang boleh buatkan papanya sedar akan kesalahan yang dibuat.

Dia hanya beranikan diri sahaja tadi, dia menangis melihat gambar mama dan papanya di sudut meja itu. Dua wajah kesayangannya itu masih utuh diletakkan di situ.

Zara yang turut mengalirkan air mata menyorok dibelakang sambil melihat gerangan mertuanya bergerak meninggalkan rumah itu dengan tangisan di wajah. Dia bergegas untuk masuk ke dalam mencari-cari gerangan si suami di bilik. Namun, tiada pun lelaki itu di situ.

Dia bergerak sedikit ke bilik pejabat dan mendengar sendiri tangisan yang keluar dari lelaki itu. Begitu terlukakah suaminya itu sehingga begitu sekali dia menangis meluahkan apa yang terbuku. Sekarang barulah dia faham kenapa hubungan keluarga lelaki itu tidak seperti orang lain.

Zara bergerak meninggalkan tempat itu dan masuk ke bilik tidur. Dia terduduk sendiri mengingat kembali apa yang diperkatakan lelaki itu pada papanya.

Betulkah lelaki itu pergunakan dia selama ini untuk lari dari berkahwin dengan Tania. Jadi penipuan tentang dia mengikut lelaki itu untuk melunaskan hutangnya juga adalah adalah betul. Patutlah dia tidak pernah mengingat apa-apa pun berkenaan perkara itu.

Ziyad betul-betul dah keterlaluan, disebabkan penipuan itu dialah yang terpaksa menanggung semua masalah dalam hidupnya dulu. Dia dibuang oleh keluarganya sendiri pun disebabkan penipuan lelaki itu.

Zara menangis sendiri di situ, kalau benar Ziyad sudah berbuat begitu padanya. Lelaki itu betul-betul sudah melampau, sakit hatinya pada lelaki itu betul-betul menyesakkan dadanya.

••••

Azan isya sudah berkumandang, Ziyad yang masih terduduk di atas sejadah dari tadi tidak berganjak dari tempat itu. Suara lelaki itu yang mengaji dan berzikir menunggu azan isya didengari sayup-sayup sampai di luar bilik tidur

Zara yang naik ke tingkat atas baru saja mahu mengambil pakaiannya untuk mandi disebabkan dia berkurung dari tadi di bilik bawah.

Dia yang masih sakit hati dengan perbuatan Ziyad itu tidak mahu melihat wajah lelaki penipu itu di depan matanya. Kalau boleh dia mahu lari saja dari rumah besar itu dan lari dari lelaki durjana yang menghancurkan hidupnya itu.

Ziyad yang sudah berdiri membetulkan pakaiannya menghadap kiblat untuk menunaikan solat isya, Zara yang masuk ke bilik itu hanya membuat hal nya saja seperti biasa.

"Sayang dah solat dah?"

Ziyad yang berpaling memandang gerangan gadis yang amat dicintainya itu, entah ke mana gadis itu menghilang dia pun tidak tahu kerana dia sendiri pun hanya di bilik dari tadi.

Pertanyaannya itu tidak diendahkan malah kelakuan isterinya itu juga tidak seperti selalu.

"Sayang.."

Panggil Ziyad dengan lembut tapi terus dimarahi oleh gadis itu.

"Kau nak apa lagi? Kau jangan panggil aku sayang boleh tak, aku jijik tahu tak dengan kau ni."

Tengking Zara yang sudah tidak tahan menahan amarahnya yang dari tadi ditahannya.

"Kenapa ni sayang, abang ada buat salah ke?."

Tanya Ziyad yang sudah terkejut dengan tengkingan gadis itu. Masa di pejabat tadi gadis itu okay saja, tapi sekarang moodnya sudah berubah dingin pula.

Zara terus saja berlalu pergi tanpa mempedulikan pertanyaan lelaki itu. Ziyad membiarkan saja gadis itu untuk menenangkan dirinya, dia tahu jika dia mendesak gadis itu akan makin membencinya lagi.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi, sarapan sudah pun disiapkan oleh gadis itu dan dia terus naik ke tingkat atas. Semalam dia sudah pun fikir masak-masak dengan rancangannya untuk pergi saja dari rumah itu.

Susah untuk dia melelapkan matanya bila memikirkan semua itu semalam, jika ini adalah jalan terbaik untuknya pergi dari hidup lelaki itu. Dia akan terima dengan hati yang terbuka.

Pengakuan lelaki itu betul-betul menyedarkan dirinya yang Ziyad hanya mempermainkan dirinya saja dan dia tidak mahu dijadikan alat lagi oleh lelaki kejam itu.

Dia mengambil beg besar miliknya dan mengemaskan semua barang miliknya untuk terus pergi dari situ. Entah ke mana dia mahu menghilang pun dia tidak tahu, yang penting dia tidak mahu melihat lelaki itu lagi.

"Zara..Sayang nak pergi mana ni? Dari semalam sayang mengelak dari abang, cuba sayang beritahu abang."

"Abang ada buat perkara yang sayang tak suka ke?"

Ziyad yang baru keluar dari bilik mandi itu terus menghampiri gadis itu. Belum sempat pun Ziyad menghabiskan kata-katanya itu, Zara sudah bangun menatap lelaki itu.

"Kau tanya aku?. Eh, selama ni aku macam orang bodoh tahu tak nak ingat balik semua yang dah jadi antara aku dan kau malam tu."

"Sampai hati kau gunakan aku, kau tipu aku dan keluarga aku untuk kepentingan kau."

"Kau cakap aku sudi tidur dengan kau sebab aku nak bayar balik hutang aku pada kau, tapi apa?. Kau gunakan aku untuk kau lari dari perkahwinan kau dan Tania kan."

"Kau memang tak guna lah Yad dan disebabkan kau lah keluarga aku dah buang aku.! Puas hati kau sekarang."

Marah Zara menangis sendiri sambil tangannya kembali mengumpulkan pakaiannya untuk pergi dari situ.

Ziyad yang terkedu di situ tidak tahu mahu berbuat apa-apa lagi. Bagaimana gadis itu boleh mengetahui itu semua, adakah dia mendengar perkara itu semalam bila dia meluahkan rasa marahnya pada dato Zakri.

Ziyad terus menghampiri isterinya itu dan memeluk erat isterinya itu dari arah belakang. Dia sendiri sudah tidak tahu mahu memujuk bagaimana gadis itu, rasa bersalah itu betul-betul dah buat dia tidak keruan dengan Zara yang sudah mahu pergi meninggalkan dirinya.

"Lepaslah, kau jangan nak sentuh aku. Lepaslah Ziyad.!"

Marah Zara bila ditahan oleh lelaki itu.

"Abang mengaku yang abang dah buat silap dalam hidup abang. Abang dah memang tak ada pilihan lain lagi masa tu sayang, bila papa paksa juga abang kahwin dengan Tania."

"Abang rela pilih untuk kahwin dengan sayang walaupun masa tu papa tak setuju dengan tindakan abang."

"Abang dah guna cara kotor untuk dapatkan sayang dan abang terpaksa tipu keluarga sayang masa tu."

Cerita Ziyad yang masih memeluk erat isterinya itu, air matanya telah menitis menceritakan semua yang telah terjadi malam tu.

"Kenapa kau tak terus terang hah pada keluarga aku dengan apa yang dah jadi, kau buat aku tak ubah macam perempuan murah kau tahu tak."

"Hati aku hancur Yad, sebab perbuatan kau ni lah aku terpaksa hadap semua ni sendiri. Semua orang tak percayakan aku pun, semua anggap aku perempuan tak baik."

Menangis Zara terduduk lagi di situ dengan perbuatan Ziyad padanya itu.

"Kalau abang terus terang siapa nak percaya?. Abang bawa sayang balik rumah abang masa tu pun sebab abang dah tak ada pilihan, telefon sayang pun tak ada untuk abang hubungi sesiapa."

"Sebab itulah abang terpaksa bawa sayang balik rumah abang, dengan keadaan sayang yang masih bawah pengaruh ubat yang Zahir bagi. Sayang nak abang tinggalkan sayang macam tu ke?."

"Tak sayang.! Tapi sumpah abang tak buat apa-apa pun pada sayang malam tu. Abang cuma terkejut bila pegawai agama tiba-tiba saja datang malam tu tangkap kita dan abang tak ada cara lain lagi dah.

Cerita Ziyad lagi meyakinkan gadis itu.
Tapi Zara sudah pun berdiri mahu pergi dari situ.

"Aku dah tak boleh nak terima lagi la Yad, hati aku sakit lagi dengan semua perbuatan kotor kau tu."

"Aku nak kau fikir balik apa yang kita dah bincangkan dulu. Kau nak tebus dosa kau pada aku kan, apa kata kau ceraikan aku sekarang."

Beritahu Zara menanti jawapan lelaki itu, kali ini dia dah betul-betul nekad untuk pergi dari lelaki itu.

"Abang belum ada keputusan untuk itu sayang, abang tak mampu nak hilang sayang dari hidup abang. Abang tak nak ceraikan sayang dan tak mungkin abang akan buat macam tu."

Beritahu Ziyad kesal dengan permintaan gadis itu.

"Kalau macam tu kita selesaikan saja di mahkamah dan kau tunggu surat dari sana. Aku dah tak mampu nak hidup dengan semua pembohongan kau ni, aku harap kau tak payah lah nak cari aku lagi."

Zara terus melepaskan pegangan lelaki dan pergi saja dari rumah besar itu. Tiada daya lagi untuknya terus bertahan begitu, itulah keputusan terbaik untuk dirinya.

"Gelap,
Kebelakangan, ini dunia bagaikan malam yang kelam sekali
Aku tidak dapat melihat warna dan tak bisa merasakan kilatan cahaya dari wajahmu

Gelap,
Aku berupaya keras untuk terlelap
Namun, karena merindukanmu, aku kemudian tak bisa mula terlelap
Tanpamu, Aku kembali mengalami malam yang pengap

Gelap,
Di sepertiga malam, aku kembali mengaduh Tuhanku Maha Mendengar
Aku kemudian akan terus berdoa hingga Tuhan memberiku Rasa Bahagia

                                          _Ziyad

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience