Di kediaman dato Zakri sekarang ini Ziyad dan Elena masih tersenyum gembira bersarapan bersama, petang nanti mereka berdua akan bertolak dari KLIA ke Perancis untuk berbulan madu.
Semalam dia menginap di rumah papanya membawa bersama barang-barangnya untuk bertolak hari ini. Dato Zakri, datin Noni dan Zahir ada sekali bersarapan dengan mereka berdua di situ.
"Hir..Macam mana dengan Tania Hir, semua okay."
Tanya dato Zakri tentang perihal Tania untuk memecah kesunyian di meja makan itu, dia tahu hubungan antara adik dan abang itu sememangnya tidak sebulu. Biarlah Ziyad melayan isterinya di sebelah.
"Tania sihat pa, tunggu masa nak bersalin je tu pa. Sekarang ni dia ada kat hospital, Hir balik sekejap tadi nak mandi. Kejap lagi Hir nak pergi Hospital tengok Tania, nanti papa datanglah."
Beritahu Zahir lagi dan menyuapkan makanan ke mulutnya, dato Zakri yang mendengar juga sangat teruja. Tak lama lagi dia akan menjadi atok, tidak sabar pula rasanya dia mahu menggendong cucu.
Ziyad yang mendengar hanya mencebik seraya menyuapkan makanan ke mulut isterinya, dia tidak mahu mempedulikan orang lain. Asalkan dirinya dan Elena gembira sahaja bersama.
"Hir pergi dululah pa, nanti Tania lapar pula nak makan. Assalamualaikum."
Zahir mencium tangan kedua ibubapanya dan berbalik untuk pergi. Baru saja pintu kereta dibuka, deringan telefon menghentikan langkahnya pula.
"Ada apa-apa info ke Alif, macam mana?."
Tanya Zahir kepada anak buahnya tentang gambar antara dirinya dan Zara, sedikit maklumat sebelum ini sudah diperolehnya tapi gambar mesra dia dan Zara masih belum diketahuinya. Pelakunya sangat bijak menutup identiti dirinya.
"Zamri Iskandar?..Siapa dia tu?, Okaylah tak apa lah Alif, thanks Alif untuk info ni."
Nama pelaku sudah pun disebut oleh anak buahnya itu, tetapi Zahir sendiri tidak mengetahui siapa gerangan lelaki itu.
Dia menutup pintu kereta dan berfikir sejenak sebelum mendail nombor seseorang.
___________
Jason dan Zara keluar seketika berjalan ke sawah selepas mereka semua bersarapan bersama, Jason meminta izin dengan pak cik Halim untuk dibawa berjalan ke sawah oleh Zara disebabkan petang nanti dia perlu pulang ke KL.
Pak cik Halim bersetuju saja jika mereka ditemani oleh adiknya Zaki di situ. Ayahnya sempat melarang untuk Zara berjalan berdua dengan Jason disebabkan anaknya itu masih dalam iddah.
Jadi, dia menyuruh Zaki untuk pergi bersama menemani mereka berdua takutnya menjadi salah di mata orang lain.
"I seronok Zara datang kat sini, betul lah dulu masa di London, You selalu cakap yang kampung you lagi best dari tempat-tempat kat sana."
"I rasa sini lagi tenang, nanti i nak buka rumah rehat lah depan sawah macam ni. Boleh nanti i nak bawa isteri dan anak i rehat-rehat, tenangkan diri. Betul tak Zara?"
Beritahu Jason dengan senyuman kerana masih teruja melihat semua itu.
"You ingat lagi apa yang i cakap Jason, biar betul. Kuatnya ingatan you ni, i sendiri dah terlupa semua tu.."
Beritahu Zara berjalan bersama dengan lelaki itu disisi.
"Mestilah i ingat..Semua yang keluar dari mulut you dulu pun i ingatlah Zara, you kan tahu macam mana i suka pada you dulu. Jangan lupa erk..".
Tergelak Zara dengan gurauan lelaki itu padanya, ada-ada saja ayat Jason yang mengusik hatinya kala ini.
"Tapi i betul-betul serious ni Zara.. I tak cakap main-main, memang i suka pada you pun. Dari dulu, kini dan selamannya.. Ada tak sikit ruang kat hati you tu i nak masuk?"
Tanya Jason yang sudah tersenyum meleret di situ, Zaki yang mendengar terus menyampuk bila kakaknya diusik begitu.
"Abang Adam..Nanti Zaki report kat ayah..Siap abang.."
Gurau Zaki lagi di situ, dia sendiri sudah tergelak dengan ayat manis lelaki itu. Zara yang terdiam dari tadi terus bersuara.
"Kena tanya yang kat dalam perut ni dulu, uncle Jason kena pujuk baby ni dulu tanya macam mana. Barulah mama dia ada jawapan, kalau tak susah lah nanti."
Balas Zara lagi, mereka sama-sama ketawa dengan kata-kata itu, setelah itu telefon Jason berdering pula tanda ada yang memanggil di talian.
"Yes Hir..Kenapa? Aku ada ni ha kat kampung Zara, kenapa Hir?"
"Apa maksud kau?"
Tanya Jason lagi meminta kepastian, bila nama Zamri Iskandar disebut dia sendiri juga tidak mengetahui siapa gerangan lelaki itu.
Jadi, Zahir menyuruh Jason sendiri untuk bertanyakan pada Zara tentang gerangan lelaki yang disebut itu, sementara dia menunggu jawapan di talian.
Jason yang mendekati Zara yang sudah berjalan ke depan terus dihampirinya, dia tergesa-gesa di situ mendapatkan Zara.
"I nak tanya you Zara..Siapa Zamri Iskandar?, apa kaitan you dengan dia?"
Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Jason kali ini, pada fikirannya lelaki itu sudah melampau sebab sanggup berbuat Zara begitu.
"Zamri? Mana you kenal Zamri ni Jason, dia tu sepupu i. Rumah dia seberang sana tak jauh pun dari sini, kenapa pucat je ni muka you Jason."
Setelah mendengar penjelasan dari Zara, Jason terus memberikan telefonnya pada Zara untuk berbicara terus dengan Zahir.
"Kak Zara..Zamri Iskandar tu siapa kak?, Hir dah tahu dah kak siapa yang aniaya kita. Hir dah ada bukti, semuanya dia yang buat untuk fitnah kita. Siapa dia Kak?."
Terkejut Zara di tempatnya, air matanya sudah jatuh berderai susah untuk ditahan kali ini. Kata-kata dari mulut Zahir telah membakar segenap tubuhnya kini.
Sanggup sepupunya sendiri berbuat perkara hina itu padanya, malah dia sendiri sudah percaya dan memaafkan lelaki itu atas perbuatannya dulu.
•••
"Halim..Lim..!..Halim..!"
Laung encik Hashim memanggil adiknya dari luar dengan cemas, hatinya sudah tidak sedap dari tadi bila Zamri keluar dari rumah membawa pisau ditangan.
"Apa lagi ni kecoh-kecoh bang..Masalah apa lagi ni bang, apa lagi yang abang tak puas hati dengan keluarga aku ni bang. Datang dengan tak beradab macam ni, elok sangat ke perangai kau ni bang."
Marah encik Halim dengan sikap abangnya itu, dia cepat-cepat turun mendapatkan lelaki itu bila dia dipanggil sebegitu.
"Lim..Zara mana Lim, anak kau mana?..!"
Tanya abangnya lagi cemas di situ.
"Kenapa cari Zara?, dia ada kat sawah sana dengan kawan dia. Yang abang cemas ni dah kenapa?"
Tanya encik Halim yang pelik dengan keadaan kusut abangnya itu.
"Kau pergi selamatkan anak kau Lim.."
"Zamri..Zamri dah tak betul Lim.., dia bawa pisau tadi pergi cari Zara. Semalam dia cekik aku suruh aku pergi pinang si Zara..!"
"Pergi Lim..Pergi.., aku nak pergi minta tolong orang dulu. Aku takut Zam buat perkara bukan-bukan pada Zara..!"
Encik Halim yang sudah terkejut itu terus mendapatkan seliparnya berlari ke sawah untuk menemui Zara, hatinya juga tiba-tiba jadi tak tenang.
"Ya Allah.. Selamatkanlah anak aku..!"
••••
Kali ini Zamri memang betul-betul dah melampau, disebabkan dialah punca dirinya dihina dan dituduh sesuka hati oleh suaminya sendiri.
Tangan Zara menggenggam kemas menahan geram. Dia yang mahu berbalik untuk pergi menemui Zamri tetapi, gerangan Zamri sudah pun ada di belakangnya berjalan untuk mendekat.
"Zara..Zara..."
"Siapa dia ni.. Zara?, buat apa dia kat sini Zara..!"
Tanya Zamri seraya mendekat dan berpaling memandang Adam di sisi gadis pujaannya itu.
"Eh jantan kau buat apa kat kampung ni hah, kenapa kau dekat dengan dia..?"
"Eh..Zara ni hak aku kau tahu tak..!, kau jangan nak berani dekat dengan dia kalau kau masih sayangkan nyawa kau..!"
Marah Zamri memandang tajam muka Jason dengan rasa tidak puas hati.
Zahir di talian cepat-cepat masuk ke dalam rumah bila dia mendengar sendiri suara lelaki yang menjadi punca masalah ini.
Dia terus mendekat memandang Ziyad yang masih gembira memegang erat tangan Elena disisi.
"Aku nak kau dengar bang..Aku nak kau sedar dengan apa yang kau dah buat pada bini kau dulu, aku nak kau tahu yang aku tak pernah sikit pun sentuh isteri kau."
Telefon di tangan diletakkan di atas meja, pembesar suara juga turut dibuka biar semua yang ada di situ mendengar.
Zara yang sudah tidak boleh tahan dengan perlakuan Zamri keatas dirinya dulu terus menghampiri.
"Ppap".
Tamparan kuat sudah singgah di muka lelaki melampau itu, rasa benci pada lelaki itu juga terus membuak-buak kali ni. Zamri yang terkejut terus memandang Zara yang tiba-tiba menamparnya itu.
"Kenapa zara?, kenapa kau tampar aku. Apa salah ke kalau aku cakap macam tu..!"
Zara yang masih memandang tajam muka lelaki itu sudah mengalirkan air mata.
"Cuba kau jujur dengan aku Zam.."
"Kenapa kau sanggup aniaya aku macam ni Zam...Apa dosa aku pada kau sampai kau sanggup fitnah aku sampai macam ni..!"
"Zam.., kau tahu tak kau dah buat aku dituduh berzina oleh suami aku sendiri."
"Aku dituduh Zam sampai aku kena cerai kau tahu tak..! Disebabkan kau dia tak nak sikit pun percayakan aku..!"
"Kau memang lelaki tak guna lah Zam, aku percaya pada kau bila kau datang minta maaf pada aku. Banyak benda kau dah buat pada aku, tapi aku tetap maafkan kau Zam..!"
"Tapi kali ni aku dah tak boleh nak hadap lagi perangai kau ni..! Perangai kau ni sama je lah macam binatang, kau tahu tak..!"
Zamri yang mendengar luahan Zara itu sudah tergelak besar, dia menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal.
"Kesian.. kau Zara.."
"Baguslah..Bagus kalau kau dah tahu benda tu.., inspector mana ni yang sanggup bongkar semua ni Zara?"
"Eh..! Dia tak layak la untuk kau Zara, masa kau dengan dia pun dia jalan dengan betina lain. Patutnya masa tu dia dah mati kena langgar dengan aku tahu tak..!"
"Hahahah..hahah..Kenapa? Terkejut..! Itu semua aku yang buatlah Zara, aku tak sanggup tengok kau bahagia dengan dia.!"
"Kau tengok aku..! Aku menderita sebab kau tahu tak, Aku cintakan kau lah Zara..!"
"Aku sendiri pun tak sangka lah suami bodoh kau tu percayakan gambar tu lebih dari bini dia sendiri, lepas aku dengar kau kena cerai dengan dia..Aku gembira kau tahu tak..!"
"Lepasni kau akan betul-betul jadi isteri aku..! Apa kata kau lupakan jantan tu sayang.."
Tangan Zara terus ditarik ke dalam pangkuan Zamri dan pisau ditangan lelaki itu diletakkan terus di leher gadis itu, Jason yang melihat sudah terkejut dengan tindakan berani Zamri kali ini.
"Kau jangan nak dekat..Undur..! Kalau tak aku tikam dia kat sini juga..!"
Encik Halim yang melihat keadaan anaknya itu terus mendekat.
"Lepaskan anak aku Zam, tolong jangan buat benda bodoh lah Zam. Zara mengandung kau tahu tak, kalau jadi apa-apa macam mana hah..!"
Tengking encik Halim yang sudah berdebar bila pisau itu sudah melekat di leher Zara.
"Zam..Tolong jangan macam ni Zam, fikir dulu Zam. Benda ni boleh bincang lah Zam, bukan cara macam ni kau nak dapatkan Zara."
"Lagipun dia masih mengandung Zam, kau tak kesian ke dengan dia?."
Pujuk Jason yang sudah tidak keruan bila Zara dibuat begitu, Zara yang masih menangis dilihat terketar-ketar di situ memegang erat perutnya.
"Eh..Kau jangan nak bodoh-bodohkan aku lah, sekarang aku nak kau siapkan majlis kahwin aku lah pak cik Halim."
"Aku nak dia kahwin dengan aku lah bodoh, kalau tak aku tikam dia kat sini. Biar aku dan dia mati jelah kat sini..!"
"Aku sayangkan kau Zara, aku rela buat apa saja untuk kau..Kenapa kau pilih jantan tu Zara..Kenapa..!"
Jerit Zamri yang menyergah mahu menikam Zara disitu, Jason yang sudah terkejut melepaskan telefonnya membuatkan talian terputus dengan sendiri.
Ziyad yang sudah berdiri kaku sudah tidak keruan dia situ, dia terus meninggalkan Elena dan semua yang ada disitu yang turut terkejut.
Selepas dia mendengar pengakuan Zamri itu dia betul-betul rasa terkilan kali ini, jantungnya juga berdebar laju terkejut dengan semua yang didengarnya. Rasa menyesal itu betul-betul telah menikam dirinya kali ini.
Kereta dipandu laju, entah pukul berapa dia akan sampai ke sana. Apa yang akan berlaku pada Zara nanti pun dia tak tahu, dia betul-betul menyesal abaikan Zara kali ini.
"Abang minta maaf sayang..Abang betul-betul minta maaf sayang, macam-macam abang dah buat pada sayang. Ampunkan abang sayang..! Abang tak pernah percayakan sayang, abang ego sayang.."
Menangis-nangis Ziyad di dalam kereta, keretanya itu terus dipandu laju dan yang penting dia akan sampai ke sana untuk meminta maaf pada isterinya itu.
________
"Zam..Tolonglah Zam jangan buat aku macam ni Zam, aku anggap kau dah macam abang aku sendiri Zam. Takkan kau sanggup nak buat aku dan anak aku macam ni, tolonglah Zam.."
"Aku janji Zam aku takkan tuntut apa-apa lagi lepasni, kita biarkan saja Zam. Anggap yang benda ni tak pernah jadi Zam, tenangkan diri kau Zam.."
Pujuk Zara juga yang terketar-ketar berbicara di situ, dia tahu Zamri tidaklah sekejam itu sampai sanggup membunuh.
"Tapi aku cintakan kau Zara..Aku nak hidup dengan kau sorang je Zara, aku nak kau jadi bini aku. Aku nak kau ada anak dengan aku bukan dengan jantan sial tu..!"
"Berilah aku peluang Zara..Beri peluang untuk aku bahagiakan kau, bagi aku peluang nak rasa cinta dari kau."
"Aku tak nak jadi abang kau, aku nak jadi suami kau Zara..Tolonglah faham Zara..!"
Beritahu Zamri yang masih menangis memeluk Zara disitu, Zara yang cuba memberanikan diri berpaling untuk menatap muka Zamri. Kali ini dia akan cuba untuk menenangkan lelaki itu lagi.
"No Zara..Jangan Zara..!"
Beritahu Jason yang sudah takut terjadi apa-apa disitu tapi Zara tidak mahu mendengarkan dirinya.
"Zam..Kita tak boleh nak bersatu lagi Zam, aku masih dalam iddah. Aku belum melahirkan pun lagi Zam, kalau kau nak kahwin dengan aku kau tunggu aku lahirkan dulu anak ni Zam.."
Pujuk Zara di situ mamandang ke dalam mata lelaki itu, semoga Zamri boleh bertenang bila dia berkata begitu.
"Kau jangan nak tipu aku lah Zara... Kenapa aku kena tunggu pula sampai kau lahirkan budak ni.. Aku nak kau sekarang lah sayang, kau buanglah anak ni.!"
"Aku ada cara.! Aku boleh tolong kau sayang.."
"Aku ada cara nak cepatkan kau kahwin dengan aku Zara, apa kata macam ni Zara.."
Tangan Zamri yang memegang pisau dengan cepat telah menghunus pisau itu tepat ke perut gadis di hadapannya itu, dia sendiri tidak tahu kenapa dia sanggup buat macam tu.
"Zara..!"
Teriak Jason yang sudah terketar-ketar menyambut tubuh gadis itu.
Darah yang keluar membuak-buak telah mengejutkan dia juga di situ, Zara yang sudah merasa sakit terduduk sendiri disambut Jason yang sudah panik.
"Aku tak sengaja Zara..Aku bukan nak buat macam tu Zara..Aku tak nak buat kau macam tu Zara, jangan mati Zara..!"
Teriak Zamri yang sudah seperti orang gila di situ, dia ditumbuk-tumbuk oleh Pak cik Halim yang memang sudah menggila dengan perbuatan melampau Zamri itu.
Jason yang sudah mendukung gadis itu ke pangkuannya terus berlari ke kereta dan ditemani Zaki sementara dia memandu ke Hospital terdekat, pisau di perut Zara masih melekat di situ takut untuk dicabut.
"I dah cakap jangan buat macam tu kan Zara, kenapa you degil.." Beritahu Jason yang menangis memandu laju ke Hospital.
Zara yang mengerang kesakitan menangis memegang perutnya sendiri, Zaki di belakang masih meribai kakaknya itu turut takut di situ.
"Tolong selamatkan baby ni, tolong akak Zaki..Sakit..!"
Menangis Zara lagi yang masih menahan sakit di bahagian perutnya.
"Cepat abang Adam.." Jerit Zaki lagi.
Mereka yang baru tiba di Hospital cepat-cepat memanggil orang yang bertugas disitu, Zara yang sudah ditolak masuk ke bilik kecemasan telah di handle oleh beberapa doktor yang ada.
Terduduk Jason di situ dengan air mata, dia sendiri tidak sanggup melihat Zara sakit begitu. Zaki yang dari tadi mundar-mandir ditarik Jason untuk bertenang.
"Akak Zaki akan okay, insyallah. Kita minta doa ya ki."
Peluk Jason menenangkan adik Zara itu, dia harap janganlah jadi apa-apa lagi pada gadis itu sebab dia sendiri tidak sanggup melihat penderitaan gadis itu lagi.
"Sebelum senja menutup diri ini
Aku sedar hidupmu sangat berarti
Manis dirimu menggetarkan hati
indah cinta itu bila bahagia menanti
Sejenak telah kutemukan cinta
Tapi tiba di langit air mata
Kemudian tersedar dan inginkan bahagia
Cinta itu akan menutup luka lama
Hidup ku dengan mu nanti akan bermakna"
_Jason
••••
Sudah beberapa jam Zara dan anaknya itu bertarung nyawa mendapatkan rawatan, Jason yang masih setia menunggu gadis itu masih duduk di kerusi termenung.
Sesekali dia akan memegang buku Yassin di tangan dan dibacanya beberapa kali, dia merasakan dirinya tidak tenang kalau Zara masih di dalam sana.
Zaki yang pulang dahulu disuruh Jason untuk membawa kereta miliknya itu, jika pakcik Halim dan mak cik Aini mahu datang sini nanti pun mudahlah jika sudah ada kereta.
Dia masih lagi menunggu keputusan dari doktor tentang keadaan Zara dan bayi yang dikandung itu, melihat saja pada pisau yang tertusuk tadi itu sememangnya agak dalam juga.
Pukul 2 petang sekarang ini, Jason yang masih lagi termenung di kerusi telah dikejutkan pula dengan kedatangan keluarga Zara.
"Macam mana Adam, macam mana Zara..! Doktor cakap apa Adam?"
Tanya pakcik Halim lagi dan makcik Aini masih menangis di sebelah suaminya, dia yang terkejut melihat anaknya didukung masuk ke kereta dengan darah telah merungsingkan dirinya.
"Doktor tak cakap apa-apa lagi pun pakcik, dah berapa jam Zara kat dalam tu. Adam takut Zara tak boleh bertahan pak cik, hati Adam jadi tak tenang."
Luah Jason Adam lagi dengan keadaan Zara itu, encik Halim yang menyuruh lelaki itu pulang untuk berehat dikatakan tidak mahu pula.
Dia mahu menunggu keputusan dari hospital dahulu barulah dia akan tenang dari gelisahnya itu.
"Suami atau wakil Puan Izara Annisa, doktor nak jumpa segera. Sila ikut saya.."
Beritahu nurse itu dan encik Halim mengikutinya dari belakang untuk bertemu doktor.
"Encik.."
"Saya ayah dia..Macam mana doktor?, macam mana dengan anak saya?"
Tanya encik Halim meminta kepastian bila sudah bertentang mata dengan doktor itu.
"Kami perlu minta keizinan pakcik untuk operate puan Izara, kami betul-betul minta maaf kandungan dia tak dapat untuk kami selamatkan."
"Apa maksud doktor ni, kenapa macam ni doktor..!"
Tanya encik Halim menaikkan nada suaranya kini.
"Keguguran yang berlaku pada kandungan dia adalah disebabkan oleh trauma abdomen, bila Puan Izara terkena tusukan pisau yang agak dalam benda tu dah pun mencederakan kandungan dia."
"Kami perlu melakukan operation segera bagi mengelakkan risiko pada ibu pula, lagipun puan Izara belum sedarkan diri. Sila tandatangan surat ni pakcik, untuk persetujuan untuk kami."
Beritahu Doktor seraya memandang muka encik Halim yang sudah menangis mengeluarkan air mata, setelah menandatangani surat itu barulah dia keluar dari bilik dan terduduk sendiri.
"Apa salah Zara ya Allah, kenapa masih kau uji anakku begitu..Kenapa tidak kau ambil saja aku.."
"Pak cik macam mana?, doktor cakap apa pak cik?."
Tanya Jason yang melihat pakcik Halim sudah menangis-nangis di situ, dia menggeleng-geleng tanda susah untuk memberitahu perkara itu.
Jason sudah tidak tenteram lagi kali ini melihat-lihat ke dalam untuk mencari jawapan tapi tetap hampa.
"Zara dah keguguran Adam.., anak dia dah tak ada..Pak cik sendiri tak tahu nak beritahu apa nanti pada dia, pak cik buntu Adam.."
"Ya Allah..Kuatkan lah anak aku.."
Teriak pakcik Halim seraya tubuhnya dipeluk erat oleh mak cik Aini disebelah, luluh hati mereka mendengarkan keadaan Zara itu.
Jason sendiri pun sudah terduduk menangis sendiri meraup mukanya yang sudah nampak merah menangis, dia mengangkat pak cik Halim yang terduduk di lantai ke kerusi.
"Kita harungi semua ni bersama Zara pak cik, kita kena tetap ada dengan dia waktu-waktu macam ni. Sabar... pak cik, makcik. Kita serahkan semua ni pada Allah."
•••
Jam menunjukkan pukul 7.30 malam, kereta Ziyad sudah berhenti tepat di rumah milik mertua nya itu. Panggilan salam diucapkan beberapa kali untuk memanggil penghuni di dalam tetapi tiada satu pun gerangan orang yang keluar dari situ.
Ziyad yang memang sudah buntu sekarang ini mundar mandir di depan rumah itu dan sesekali dia akan cuba memanggil lagi, dia berjalan duduk di pangkin dalam kegelisahan menunggu seseorang untuk keluar dari rumah.
Tatapan matanya sempat melihat ke atas menunjukkan malam ini bulan mengambang sangat terang, air matanya yang tiba-tiba membasahi pipi masih lagi teringatkan gerangan isterinya.
"Maafkan aku Ya Allah, aku terlalu pentingkan diri aku. Aku tak pernah bersyukur pun dengan apa yang aku ada Ya Allah, ampunkan aku.."
Kata-kata hina yang telah diucapkan dulu pada isterinya seakan berlegar di mindanya, entah ke mana isterinya sekarang ini pun dia tidak tahu.
Dia terus bangun dari situ dan cuba lagi untuk memanggil, biarlah Zara menghukum dirinya sekali pun dia tetap akan menunggu gadis itu.
"Sayang...Abang minta maaf sayang..Dulu Abang terlalu ikutkan perasaan abang, abang buang sayang dalam hidup abang..Abang tak fikir pun perasaan sayang, maafkan abang sayang.."
"Tolonglah maafkan abang sayang..Abang janji sayang, abang akan tebus semua dosa abang ni pada sayang.."
"Kita akan jaga anak kita sama-sama, nanti kita rujuk balik ya sayang dan abang janji dengan sayang yang abang takkan sia-siakan sayang dah.."
"Tolonglah jangan macam ni sayang..Keluarlah, bukalah pintu ni sayang..Abang merayu sangat pada sayang.."
"Abang tahu sayang masih cintakan abang kan.. Lepas ni abang betul-betul akan berubah sayang, abang akan percayakan semua cakap sayang.."
Dalam tangisan penyesalan itu Ziyad terpandang pula cahaya lampu kereta yang menelusuri masuk menuju ke rumah itu, gerangan Jason dan Zaki sudah keluar mendekati dirinya.
"Pergi ambil baju akak Ki.."
Zaki hanya mengangguk dan mengikut saja kata-kata Jason itu dan masuk ke dalam rumah.
"Kau buat apa datang sini lagi Yad..Dah lah Yad baliklah, dah tak guna dah penyesalan kau tu Yad. Semua dah terlambat Yad.."
"Selama ni tuhan dah bagi banyak dah masa untuk kau berfikir mana yang baik dan buruk, tapi kau tetap sama je Yad."
"Hidup kau ni penuh dengan kesombongan kau tahu tak, kau bongkak Yad dan kau rasa diri kau je yang betul. Jadi, buat apa lagi kau datang sini nak merayu?"
"Pergilah Yad..Kau dah ada kebahagiaan kau, baliklah.."
Ziyad yang memandang tajam muka Jason kembali menarik kolar baju lelaki itu dengan kasar, entah apa hak lelaki itu untuk berkata begitu padanya.
"Kenapa aku tak boleh nak ada kat sini?, kau nak rampas dia pula dari aku ke hah.. Tak..! Tak boleh..Zara tu hak aku Jason.."
"Eh sampai bila-bila pun Zara tu akan tetap jadi milik aku lah Jason, aku takkan bagi hak aku pada sesiapa pun lah."
"Kau memang suka ambil kesempatan kan Jason.., kau memang jantan hipokrit kau tahu tak..!"
"Sekarang ni aku nak kau beritahu aku mana bini aku Jason..Mana..!Tolonglah beritahu aku.."
Tengking Ziyad yang sudah bermata merah menahan tangis, sesiapa pun tiada hak untuk mengambil Zara darinya.
"Kau bercakap pasal hak..,Eh, waktu kau campak dia keluar dari rumah besar kau tu dulu lepas tu kau ceraikan dia pula, hak kau pada dia dah tak ada Yad.."
"Kau sedar tak sekarang ni?, kau sekarang ni berada dalam dunia realiti Yad.."
"Kau cakap aku nak rampas dia?, Tak Yad.."
"Aku mengaku yang aku betul-betul sayangkan Izara, tapi aku tak mampu nak beri rasa bahagia pada dia macam kau dulu.."
"Aku tahu Yad..Aku tahu dalam sudut hati dia tu dia masih cintakan kau dan dalam hati dia tu cuma ada kau. Kau tahu tak..!
"Mulut dia tak pernah kata Yad, tapi hati dia hanya dia je yang tahu.."
"Tapi sekarang dah terlambat sangat dah Yad..Nak menyesal macam mana pun dah tak guna, nasi dah jadi bubur."
"Aku harap kau beri lah ruang untuk dia cari kebahagiaan dia, kalau tak dengan aku pun orang lain lebih layak Yad."
"Dah lah pergilah balik, kau kan dah ada isteri baru. Apa kata kau jaga isteri baru kau tu elok-elok, janganlah sia-siakan dia macam apa yang kau dah buat pada Zara."
"Jom Zaki.."
Jason dan Zaki masuk ke dalam kereta meninggalkan Ziyad dalam kekeliruan, dia yang masih tidak berpuas hati dengan apa yang diperkatakan lelaki itu mengikut saja kereta milik Jason tuju.
Mungkin Zara ada bersama mereka, sebab Zaki membawa beg milik Zara tadi.
Kereta milik Jason berhenti di sebuah Hospital dan mereka berdua masuk ke dalam, Ziyad yang sudah tidak sedap hati berlari mengikuti sahaja dari belakang.
Gerangan ibu dan bapa mertuanya juga turut ada menunggu diluar wad itu tidak dibenarkan masuk, dia segera untuk menghampiri dan mencium tangan kedua mertuanya itu tapi encik Halim yang melihat muka lelaki itu terus ditolaknya jatuh.
"Kau berambus dari sini..Pergi..! Aku cakap pergilah sebelum aku cincang kau kat sini, kau ni lelaki tak guna kau tahu tak..!"
Marah encik Halim yang sudah berdiri memandang tajam muka Ziyad.
"Yad cuma nak tengok isteri Yad ayah..Isteri Yad kenapa yah, kenapa dia disini ayah..! Ya Allah.."
Menangis Ziyad bila melihat semua orang masih menunggu di sini, gerangan Zara tidak dilihatnya pun.
"Kenapa kau bawa dia datang sini Adam.. Tak payah lah dan tak perlu pun dia nak ada kat sini.."
"Buat apa kau nak tahu lagi pasal Zara Yad..Kau dah ada isteri baru kau pergilah jaga dia, sekarang ni hak jagaan anak aku tu dah ada pada aku."
"Aku takkan benarkan mana-mana jantan macam kau ni ambil balik gelaran suami tu lagi, lepas apa yang kau buat pada anak aku kau ingat aku boleh duduk diam?"
"Kenapalah aku boleh percaya lelaki macam kau ni untuk jaga anak aku, dalam keadaan dia mengandung pun kau sanggup ceraikan dia dan kau boleh pula kahwin dengan orang lain."
"Tolonglah Yad...Aku merayu sangat Yad pergilah dari sini, tak payahlah kau nak ambil balik anak aku tu hidup dengan kau."
"Aku pun tak tahu nak jadi apa lagi lepas ni pada dia, cukuplah sekali dia merasa sakit itu Yad. Cukuplah Yad..!"
Ziyad yang sudah terduduk menangis di depan mertua dia bagaikan tertusuk duri pula dengan kata-kata itu.
"Yad masih sayangkan isteri Yad ayah..Selama ni Yad tipu diri Yad sendiri yang Yad tak sayangkan dia, Yad cemburu bila ada orang rapat dengan isteri Yad."
"Yad mengaku ayah yang Yad kahwin dengan orang lain pun untuk Yad sakitkan lagi hati dia. Yad terlalu ego ayah.."
"Maafkan lah Yad ayah..Ampunilah Yad ni Ayah, Yad janji yang Yad akan jaga isteri Yad baik-baik ayah."
"Yad takkan lagi tertipu dengan kata-kata dusta orang lain pada isteri Yad, cukuplah kali ini Yad dah lukakan hati dia."
"Yad akan pujuk hati Zara balik ayah, Yad akan jaga anak kami baik-baik. Itu janji Yad ayah..Tolonglah ayah..Yad nak tebus semua ni ayah.."
Pandangan mata encik Halim sudah merah menyala kali ini, belum sempat dia berbuat apa-apa jururawat sudah keluar mendekat pada mereka.
"Suami Puan Izara yang mana?.. Tolong tandatangan surat kebenaran ni dulu untuk kami uruskan jenazah dengan segera."
Hampir luruh jantung Ziyad bila mendengar perkataan jenazah keluar dari mulut nurse itu, dia bergegas ke pintu cermin melihat-lihat di dalam tapi tiada satu pun yang dapat dilihatnya.
"Mana isteri saya nurse..Apa yang jadi pada isteri saya..! Jenazah siapa nurse?.."
Jerit Ziyad di situ, nurse yang melihat pun sudah menggelengkan kepala dengan kekalutan lelaki itu.
"Bawa bersabar encik, keadaan puan Izara stabil tapi kandungannya saja tidak dapat untuk kami selamatkan."
"Disebabkan kandungan sudah pun mencecah 6 bulan lebih, jenazah bayi encik sudah pun cukup sifat untuk dimandikan dan dikafankan. Sila tandatangan surat kebenaran dulu untuk proses selanjutnya."
Beritahu nurse itu dengan tenang, Ziyad yang mendengar semua itu terus terduduk di situ dalam kehampaan. Dia menangis sambil menumbuk-numbuk dirinya sendiri dengan apa yang berlaku kali ini.
"Biar saya tandatangan, saya ayah dia."
Beritahu encik Halim yang terus mempercepatkan urusan nurse di situ, kemudian dia kembali memandang wajah lelaki itu lagi.
"Sekarang kau tahu lah kan, hak kau pada dia dah tak ada dah. Meninggal saja anak tu, hubungan kau dan dia dah terputus. Rujuk tu dah tak boleh nak berlaku dah Yad.."
"Apa kata kau pergi, aku tak nak tengok muka kau kat sini."
Ucap encik Halim dan terus pergi dari situ malas melihat muka bekas menantunya lagi.
~~~~~~
Zara yang sudah dipindahkan ke wad biasa masih belum sedarkan diri, Mila yang juga baru sampai malam tadi turut datang bersama tunangannya bila diberitahu Zahir tentang perkara itu.
Dia duduk menghampiri sahabatnya itu dan menggengam erat tangan milik gadis itu, air matanya turut turun buat kesekian kalinya.
"Banyak dugaan yang kau tanggung selama ni Zara, sampaikan kau nak capai bahagia kau yang terakhir kali ni pun sesulit ini Zara. Aku minta maaf Zara aku tak ada dengan kau waktu tu, aku minta maaf Zara."
Teresak-esak Mila menangis di situ, Zara yang masih terbaring dipeluknya erat disitu.
Zara yang seperti sudah tersedar membuka mata secara perlahan, rasa sakit pada bahagian perutnya sedikit terasa telah menyedarkannya. Mila disebelah ditatap lama tanpa berkata apa-apa pun.
"Zara..Kau dah sedar Zara, kau nak apa-apa tak? Nak Air?"
Tanya Mila bila melihat muka pucat gadis itu masih lemah untuk berbicara, matanya juga turut turun ke bawah bagi menatap perutnya setelah itu air mata di kelopak matanya itu turut mengalir.
Mila yang melihat terus menyeka air mata itu tanda dia tahu apa yang difikirkan gadis itu saat ini, suara terketar-ketar turut keluar dari mulut gadis itu untuk berbicara.
"Anak aku Mila..Mana anak aku?.."
Mila yang sudah tidak keruan masih terdiam tidak tahu untuk berkata apa-apa, dia terduduk kembali menatap Zara yang masih lagi menangis.
Setelah itu Mila menggeleng perlahan memberi tanda yang tidak baik untuk didengar oleh gadis itu, tangisan kuat masih terdengar di hujung bicara gadis itu.
"Kenapa Mila..Kenapa mesti anak aku.."
Zara menangis terketar-ketar di situ dalam kekecewaannya, dirinya terasa seperti kosong saja saat ini bila mengetahui perkara itu. Dia menggagahkan diri juga untuk bangun dari katil itu tapi ditahan Mila takut terjadi apa-apa pula.
"Jangan lah macam ni Zara..Aku sendiri tak tahu nak cakap apa lagi Zara, Ya Allah..Kenapa lah semua ni boleh jadi pada kau sampai macam ni.."
"Tuhan maha penyayang Zara, aku tahu disebalik kesukaran yang kau hadapi ini akan ada sinar untuk kau nanti."
"Percayalah Zara, mungkin anak kau hanya pinjaman tuhan untuk kau. Bila-bila masa yang dia berkehendak dia akan ambil jua, kau doalah Zara moga anak kau akan pimpin kau nanti menuju syurga."
Pujuk Mila lagi memeluk gadis itu untuk memberi semangat lagi, semoga Zara tetap tabah menghadapi dugaan sebegini dalam hidupnya.
"Tapi kenapa mesti anak aku Mila..Kenapa bukan aku sebagai galang gantinya, belum sempat pun anak aku nak merasa hidup di dunia ini Mil. Tapi dia pergi macam tu je Mila tinggalkan aku.."
"Aku gagal lagi sekali Mila, aku gagal..Aku dah janji aku nak jaga anak aku baik-baik, aku dah mungkir janji tu Mila."
"Semua ni berlaku disebabkan aku, kenapa aku tak boleh pun nak lindung dia.. Ya Allah.."
Sayu kedengaran suara Zara di situ, air matanya tidak berhenti-henti keluar meratapi semua itu.
Mila yang sudah tiada kata hanya mengusap lembut badan gadis itu untuk bersabar, dia tahu bukan mudah untuk seorang wanita yang baru saja mahu bergelar seorang ibu menerima semua hakikat ini.
Pintu bilik dibuka dan gerangan encik Halim dan Puan Aini menghampiri Zara yang sudah tersedar di situ. Satu jasad yang sudah di dibalut kain putih diberikan padanya untuk ditatap buat kali terakhir, rupanya anak yang dikandung selama ini adalah lelaki.
Dia sendiri pun tidak mengetahui semua itu, air matanya kembali melaju sambil terketar-ketar memegang erat jasad anaknya itu.
"Maafkan mama sayang.., mama tak mampu nak jaga sayang macam orang lain. Mama gagal nak pertahankan sayang dalam rahim mama, ampunkan mama sayang...Ampunkan lah mama.."
Teresak-esak tangisan yang keluar darinya, bagaimana dia mahu terus bertahan kalau satu-satunya anak hasil dari rasa cinta pada suaminya dulu sudah tiada lagi.
Segalanya sudah musnah, tiada lagi rasa cinta yang ada dalam dirinya kini. Kali ini dia betul-betul rasa sakit, hatinya pedih untuk menerima suratan hidup dia.
Kenangan indah yang pernah ada bersama suaminya dulu akan lenyap begitu saja, walaupun semua kebenaran sudah terungkap. Namun, cintanya pada Ziyad sudah berakhir bila dia diceraikan dulu. Tiada lagi perasaan yang dirasa olehnya kini, semuanya dibiarkan begitu.
"Zara nak rehat..Tolonglah ayah uruskan anak Zara..Zara dah tak sanggup.."
Beritahu Zara yang kembali menyerahkan anaknya untuk diuruskan setelah dikucup beberapa kali, dia berbalik membetulkan duduknya dan berbaring seperti tiada apa pun yang sudah berlaku padanya.
Dia memejam matanya dengan tangisan dan tidak mahu dilihat sesiapa, jika itu adalah pengakhiran jalan cerita hidupnya dia akan redha. Memang dia hidup untuk tidak ditakdirkan merasa sedikit bahagia pun di atas dunia ini.
Semua yang ada disitu hampir terkedu di tempat masing-masing, mereka saling berpandangan seperti memahami keadaan sulit gadis itu. Apa yang mereka fikirkan akan berlaku rupanya tidak sama sekali, cuma air mata sahaja yang menjadi peneman gadis itu.
Setelah itu, mereka bersetuju untuk keluar dari situ membiarkan Zara untuk bersendirian buat seketika.
Mila yang memegang jasad anak sahabatnya itu keluar bersama kedua ibu bapa Zara untuk menguruskan semua itu, tapi pandangan Mila tertatap pula pada gerangan lelaki yang tepat berada di depannya.
"Aku nak tengok anak aku Mila, aku nak pegang anak aku Mil..Tolonglah Mil aku merayu pada kau, untuk kali terakhir ni berilah aku peluang tu Mil.."
Mila yang melihat hanya memandang benci lelaki di hadapannya itu.
"Buat apa lagi Yad..Dah lah dengan lakonan kau ni Yad, budak ni dah tak bernyawa dah pun. Sedangkan mama dia sendiri dah redha dengan kepergian anak dia, kau nak melutut merayu sekali pun dah tak guna dah lah. Eh masa tu dah tak boleh nak undur lagi lah bodoh.!"
Encik Halim yang turut ada di situ memberikan isyarat pada Mila untuk bersabar dan memberi peluang pada lelaki itu menatap jasad anaknya untuk kali terakhir.
Lagipun, Ziyad juga mempunyai hak untuk berbuat begitu terhadap darah dagingnya.
Terketar-ketar juga Ziyad memegang jasad kecil itu dalam pangkuannya itu, rasa berdebar-debar itu dirasakan sangat kuat berdegup di dadanya.
"Maafkan papa sayang..Papa betul-betul minta maaf dengan anak papa ni, papa dah lukakan hati mama. Papa sakitkan hati mama, papa terlalu kejam untuk mengaku kehadiran sayang dalam rahim mama."
"Papa tahu ni semua balasan untuk dosa papa pada mama dan pada sayang, kalau tuhan nak gantikan semua itu pada papa sekali pun papa sanggup sayang."
"Maafkan papa..Papa janji yang papa akan jaga mama, papa akan sayang mama sepenuh hati papa. Walau benci mana pun mama pada papa, papa akan usaha sayang, papa akan pujuk hati mama lagi sayang."
Ucap Ziyad lagi disitu, jasad anaknya diberikan kembali pada Mila dan dia mahu masuk ke dalam untuk bertemu Zara. Tapi encik Halim menghentikan langkahnya itu menggeleng tanda tidak setuju.
"Pergilah Yad..Hubungan kau dan dia dah tak ada apa-apa lagi, Janganlah kau lukakan lagi hati anak aku tu. Biarlah dia bertenang dengan sendiri Yad. Pergilah.."
Suruh encik Halim supaya Ziyad tidak mengganggu anaknya yang masih berduka dan perlu masa untuk pulih dari semua ini. Kalau boleh dia tidak mahu Ziyad muncul lagi di depan anaknya itu buat selama lamanya.
________
Dato Zakri dan datin Noni yang juga baru sampai pagi itu datang untuk menjenguk menantunya bila mendapat berita duka itu, mereka mendekat ke katil Zara dan memandang sayu wajah menantunya yang tampak agak pucat di situ.
Zara yang masih termenung di katil tidak memberikan apa-apa reaksi pun dengan kedatangan bekas mertuanya itu, fikirannya masih kelam dengan semua yang berlaku lebih-lebih lagi pada anak yang tak sempat pun lahir di dunia.
"Zara..Papa datang nak tengok Zara, papa nak minta maaf sangat pada Zara. Papa sendiri tak sangka semua ni akan jadi pada Zara sampai macam ni."
"Papa tahu Zara terluka dengan apa yang berlaku pada anak Zara, dengan perlakuan melampau Ziyad pada Zara dulu tu pun mungkin masih berbekas lagi di hati Zara."
"Papa tahu semua tu Zara, masa pun kita dah tak boleh nak diundurkan pun."
"Tapi boleh tak Zara bagi peluang pada Yad nak cakap dengan Zara, dari semalam dia kat luar tu menangis tunggu Zara."
"Papa dah minta izin dengan ayah Zara tapi tetap sama Zara, papa tak nak Yad simpan rasa bersalah seumur hidup dia pada Zara.."
Pujuk dato Zakri duduk di kerusi memandang Zara yang masih membisu di situ, sebut saja nama Ziyad Zara terus berpaling memandang mertuanya.
"Buat apa lagi dia tunggu Zara.Antara Zara dengan dia dah tak ada apa-apa lagi dah pa, kami dah bercerai dah pun."
"Suruhlah anak papa balik, biarlah dia uruskan isteri baru dia tu. Buat apa dia nak kisahkan pasal Zara lagi, Zara tak mampu pun nak bagi kebahagiaan lagi pada dia."
"Zara ni cuma dianggap sebagai peneman tidur dan pemuasan nafsu dia je pa."
"Lepas dia puas hidup dengan Zara dia boleh cari mana-mana perempuan pun yang dia nak. Dia sikit pun tak bela nasib Zara ni, malah dia hukum lagi Zara."
"Zara cuma ada anak Zara je pa tapi tu pun tuhan dah ambil anak Zara dari Zara, tak boleh ke Zara nak rasa apa tu erti bahagia.."
"Sejak Zara masuk dalam hidup dia, asyik Zara je yang kena faham diri dia. Tapi dengan mudah dia hancurkan hati Zara dengan tuduhan tak berasas dia."
"Setiap kali cacian dan makian yang keluar dari mulut dia pun dah buat Zara sakit sangat pa. Apatah lagi dengan tuduhan bodoh dia pada Zara ni."
"Zara tetap bertahan pa sebab Zara ada anak Zara, Tapi sekarang dah tak ada dah pun pa.."
"Tolonglah Zara merayu untuk kali terakhir, kalau masih ada secebis kasih papa pada Zara ni."
"Zara cuma nak minta dengan papa, tolonglah bawa dia pergi dari sini. Zara tak nak tengok lagi muka dia."
"Tak perlulah nak rasa tanggung jawab pun pada Zara ni, hati Zara dah tertutup serapat-rapatnya untuk dia apatah lagi nak terima dia balik dalam hidup Zara pa."
"Zara tak mampu pun nak beri cucu pada papa, hidup Zara dah tak ada apa-apa dah lagi pa."
"Zara merayu pa.Tolonglah faham keadaan Zara."
Selepas berkata begitu Zara berbalik memusingkan badannya memandang ke arah bertentangan, air matanya kembali menurun laju tanpa sedikit sekaan pun.
Dato Zakri yang turut menyeka air matanya hanya mengangguk faham luahan gadis itu dan saling berpandangan dengan isterinya di sebelah memahami semua itu, biarlah gadis itu tenang dari keterlukaan itu. Dia juga tidak mampu untuk memaksa.
Ziyad yang masih terduduk di bangku luar asyik memegang kepalanya yang tiba-tiba agak sakit, apa yang berlaku pada dirinya telah memberi tekanan yang berat padanya saat ini.
Bila papanya keluar dari situ, dia terus bangun mendapatkan papanya.
"Macam mana pa..Yad nak jumpa isteri Yad pa, tolonglah Yad pa. Yad nak sangat jumpa isteri Yad, Yad nak cakap dengan izara pa. Yad nak minta ampun dengan isteri Yad pa.. Tolonglah Yad pa..Yad nak balik isteri Yad pa.."
"Tolonglah..Tolonglah pa..Yad merayu pada papa."
Menangis lagi Ziyad di situ dalam kehampaan bila dato Zakri menggeleng tidak pada anak lelakinya itu.
"Dah la Yad..Kita balik, tak perlulah kamu nak menangis merayu macam ni lagi."
"Zara perlukan ruang untuk bernafas Yad, dia dah terlalu banyak lalui duka dalam hidup dia. Itu pun disebabkan sikap kamu pada dia, kamu tahu sendiri kan."
"Sudah-sudahlah Yad, papa nak kamu fikirkan isteri kamu dirumah tu. Dari semalam dia tunggu kamu, kamu nak lukakan hati dia pula ke?"
"Cukuplah Yad jadi lelaki ego macam ni, semua kamu nak ikut kepala batu kamu je. Orang lain pun ada perasaan Yad, bukan hanya kamu."
"Baliklah dengan papa, biar driver bawa balik kereta kamu tu."
Pujuk dato Zakri bila Ziyad sudah terduduk di situ menangis.
"Tapi pa..Yad.."
"Sudahlah..Dengarlah cakap papa Yad, rayuan kamu ni pun takkan boleh merubah apa-apa keputusan pun. Mari.."
Pegang dato Zakri anak lelakinya itu menuju ke kereta, Ziyad yang masih diam membisu mengikuti saja masuk ke kereta.
Matanya dipejam rapat menangis lagi dan sesekali tangannya akan memukul-mukul kepalanya yang asyik berdenyut dari tadi.
"Sampai hati sayang buat abang macam ni..Abang tahu abang salah sayang, tapi tidak ada kah ruang di hati sayang untuk abang meminta maaf."
"Abang akan tetap tunggu sayang, abang akan buat apa saja untuk tebus dosa abang pada sayang. Abang janji sayang.."
Bisik Ziyad di dalam hati, dia betul-betul tidak mahu mengalah lagi.
Genap dua minggu Zara di hospital mendapatkan rawatan, dia dibawa pulang ke rumah setelah dibenarkan oleh pihak hospital. Namun, keadaan gadis itu sudah berubah sepenuhnya tidak seperti selalu.
Zara masih tetap diam membisu tidak seceria dulu, apabila ditanya hanya gelengan yang menjadi isyarat.
Terkadang dia akan menangis sendiri memeluk dirinya, banyak kali juga dia tidak mahu untuk keluar dari bilik duduk bersama keluarganya berbual.
Dia lagi suka untuk menyendiri dan terus termenung, terkadang hati encik Halim jadi gusar melihat pada perubahan yang berlaku pada anak gadisnya yang sudah tidak seceria dulu.
Sebelum keluar dari Hospital, doktor ada memberitahu bahawa Zara mungkin mengalami kemurungan dan depresi yang teruk, jadi dia sebagai orang terdekat perlu sentiasa ada bersama anaknya itu memberi semangat.
Puan Aini yang selalu menjaga keperluan anaknya itu hari-hari menangis bila melihat mata anaknya tak pernah lekang dengan air mata, senyuman yang dahulu mekar pada muka gadis itu sudah pun tiada lagi.
Sesekali Jason juga akan singgah ke rumah encik Halim untuk melihat keadaan Zara, tapi gadis itu tetap saja sama diam membisu bila Jason mula bercakap dengannya. Setelah itu, dia akan terus masuk ke dalam biliknya tidak mahu keluar.
Hampir setiap hari Zara berkelakuan begitu, naik risau encik Halim dengan perlakuan Zara itu.
"Pak cik nak buat apa lagi ni Adam, tak senang pak cik tengok dia macam tu. Hari-hari dia menangis, dia termenung, makan pun tidak.."
"Macam mana nak buat ni Adam anak pak cik ni dah tak macam dulu, pak cik takut lepas ni dia buat benda bukan-bukan pula yang pakcik tak tahu.."
"Kenapa tuhan nak uji lagi anak pakcik macam ni Adam, dah terseksa dah pakcik tengok si Zara tu. Siang malam dia menangis sendiri, pakcik dan makcik pujuk pun tak jalan."
"Keceriaan pada wajah dia dah tak ada dah Adam, dulu dia selalu bercerita dengan kami ni. Sekarang mulut dia pun dah terkunci, kalau kamu ada jalan penyelesaian untuk dia kamu buatlah Adam. Bantulah Zara Adam.."
Menangis encik Halim menyeka air matanya di lengan baju, luluh hatinya melihat perlakuan berbeza anak gadisnya itu.
"Kalau Adam bawa Zara pergi Resort Adam macam mana pakcik, mungkin dia akan dapat ketenangan. Lagipun nanti Adam akan uruskan dengan pakar kaunselor untuk selalu ada dengan Zara di sana pak cik."
"Bila Zara dah betul-betul ada semangat balik, Adam sendiri akan bawa Zara balik pak cik. Tapi, kalau pakcik nak datang jenguk dia pun Adam tak kisah, Adam akan bawa pakcik dan mak cik."
Beritahu Adam lagi meyakinkan encik Halim, jika terus dibiarkan Zara begitu semakin lama akan mengganggu kesihatan mentalnya dan sukar pula untuk membaik.
Lama encik Halim memikirkan semua itu, untuk melepaskan anaknya yang dalam keadaan macam tu agak sulit juga tapi kalau Zara terus berada bersamanya pun tiada gunanya juga.
"Baiklah Adam..Pak cik percaya dengan kamu, kalau dengan cara ni lah boleh pulihkan Zara balik, pak cik akan benarkan."
"Terima kasih banyak-banyak Adam sebab masih lagi sudi bantu pakcik ni. Kamu bawalah sejauh mana pun anak pak cik, yang penting dia akan selamat walau dimanapun dia berada."
Jason hanya mengangguk dan akan menguruskan semua itu dengan segera, dia juga tidak sanggup melihat Zara yang murung begitu.
"Baiklah pakcik, Adam akan cuba bantu Zara semampu yang boleh."
Melihat saja keadaan pakcik Halim tu pun tidak mampu lagi nak berbuat apa-apa, sungguh sedih hatinya melihat lelaki tua itu begitu.
Yang penting Zara sendiri itu perlu bangkit kembali menjadi Zara yang kuat, menjadi Zara yang tetap dengan pendirian dan mampu untuk bangkit dari luka yang dulu.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel