LSH BAB 27

Romance Completed 14934

"Abang..Dah subuh ni, jom solat bang.."

Kejut Zara mengejutkan suaminya untuk solat bersama tetapi sepertinya tubuh lelaki itu sangat panas saat ini. Dia yang membatalkan wudhunya itu memegang dahi si suami yang masih berselimut kesejukkan di situ.

"Ya Allah abang..Zara dah cakap dah, kan dah demam ni."

Dia terus menyelesaikan solatnya terlebih dahulu dan turun ke dapur membuat bubur dan membasahkan kain bagi mengelap tubuh suaminya untuk mengurangkan panas badan.

"Ya Allah Abang..Makan ni sikit bang, nanti kita makan ubat okay."

Kata Zara mengangkat sikit tubuh suaminya itu untuk duduk.

"Maafkan abang sayang dah susahkan sayang macam ni, abang tak larat nak bangun cari ayah semalam. Maaf sayang.."

Beritahu Ziyad yang sudah serak dengan suara memandang Zara yang tidak lepas dari menjaganya dari tadi.

"Kenapa abang nak minta maaf ni..Tak apa lah abang, lagipun semalam hujan tak berhenti. Zara tak tahu pula abang boleh demam sampai macam ni. Risau Zara bila badan abang panas sangat tadi."

"Makan ubat ni nanti abang tidur ya, biar kebah badan tu dulu. Zara nak ke dapur sekejap."

Beritahu Zara menyuapkan ubat demam yang ada di rumah kepada suaminya itu. Setelah itu, Ziyad sudah tertidur letih di situ.

"Ayah tak balik lagi ke bu..Zara risaulah bu macam ni, Zara nak pergi kebun ayahlah lepas ni. Tak sedap hati."

Ibunya yang juga risau akan suaminya mengangguk setuju dengan rancangan anak gadisnya.

Zara yang meminjam motor Zaki untuk ke kebun ayahnya lalu berhenti di pondok itu.

Sekujur tubuh tua yang masih berbaring lentok kesejukkan di pondok tidak berdinding itu telah menyedihkan sang anak yang melihat. Zara yang duduk menghampiri sang ayah menangis terketar-ketar di situ.

"Ayah..Kenapa ayah macam ni Yah, kenapa ayah tidur kat sini ayah. Ya Allah yah..Benci sangat ke ayah dengan Zara ni yah, patutlah hati Zara tak sedap je dari semalam."

"Mari ayah..Kita balik yah, ayah demam ni ayah..Ya Allah.."

Raung Zara yang sudah tidak boleh lagi menerima keadaan ayahnya yang pucat di situ. Encik Halim yang merasakan dirinya seperti diganggu terus menolak kasar gadis itu menjauh darinya.

"Kau buat apa datang sini lagi..! Pergi..Tak payah nak kisahkan aku, pergi balik..Pergi..!"

Halau encik Halim menyuruh Zara yang masih terkejut dengan sikap berang ayahnya itu.

"Ayah pukul lah Zara yah, ayah buatlah apa yang ayah suka. Zara takkan pergi dari sini. Kenapa ayah benci sangat dengan Zara yah, Zara nak minta maaf dengan ayah. Zara nak tebus dosa Zara pada ayah. Ampunilah Zara yah."

Jerit Zara yang masih melutut memohon kemaafan dari ayahnya itu. Namun encik Halim bangun dan hanya mahu berlalu pergi sambil membawa parang di tangan tanda tidak mahu mendengar apa-apa.

"Ayah..Janganlah macam ni yah, kalau ayah tak nak terima Zara pun tak apa yah. Tapi ayah baliklah yah rehat, nanti ayah sakit macam mana yah. Muka ayah dah pucat tu dan Zara janji Zara akan pergi dari rumah ayah."

Pujuk Zara yang berlari mendapatkan ayahnya yang menuju ke motor. Namun, bilah parang yang mahu diletakkan dalam raga motor itu secara tidak sengaja pula menggoreskan dahi anak gadisnya itu. Darah yang keluar tidak berhenti telah mengejutkannya disitu.

Encik Halim yang melihat cepat-cepat turun dari motor dan terketar-ketar menutup darah yang mengalir di dahi anaknya itu.

"Astaghfirullahalazim.."

Kekalutan yang dirasai sang ayah menyebabkan dia sendiri tidak sanggup melihat anaknya begitu. Walaupun hati batunya masih kukuh begitu, dia tidak sanggup sampaikan melukai anaknya sendiri.

"Klinik..Mari pergi klinik.."

Tarik encik Halim mahu membawa anak gadisnya itu ke klinik tapi Zara menolak tidak mahu, kain yang ditutup juga dibuka begitu tidak mahu mendengarkan ayahnya.

"Kenapa degil sangat ni Izara..Kenapa kamu buka kain tu, nanti kuman. Mari pergi klinik, cepat.."

Arah encik Halim menarik anaknya naik motor untuk ke klinik berdekatan.

"Zara dah tak kisah dah ayah, luka di dahi ni tak sakit pun ayah. Tapi hati Zara yang sakit tengok ayah macam ni..! Kalau ayah pun tak nak dengarkan Zara, Zara takkan ke mana-mana."

Rajuk Zara yang sama degil dengan ayahnya itu. Kali ini dia tekad untuk berbuat begitu, kerana sikap ayahnya sangat susah untuk dipujuk.

"Ambil parang ni ayah..Ayah pukul la zara sampai ayah puas, ayah buatlah apa pun pada Zara ni ayah. Tapi, Zara mohon ayah maafkanlah Zara ayah."

Encik Halim yang masih melihat darah di dahi anak nya tidak berhenti pun daripada mengalir dan terus kembali menutup.

"Kamu buat apa ni Zara..Tak cukup ke kamu dah lukakan hati ayah ni, kamu nak siksa diri kamu pula macam ni..! Hati mana yang sanggup nak tengok anak sendiri terluka macam ni, cuba kamu cakap dengan aku..!"

"Sudah mari pergi..!"

Ajak encik Halim memaksa anaknya untuk naik motor ke klinik. Tubuh tua yang masih terketar-ketar tetap gagah membawa motornya tanpa mengadu yang dirinya juga sakit.

Selesai saja Zara dirawat lukanya itu dia kembali keluar mencari ayahnya, namun tubuh tua itu sedang memeluk tubuh menyandar di kerusi.

Zara yang mendekati terus meletakkan tangan di dahi ayahnya yang masih juga pucat seperti tadi.

"Ayah..Kita masuk dalam check ayah nak, Zara tengok ayah pun macam tak sihat ni. Jom ayah...!"

Ajak Zara namun encik Halim yang membuka mata terus bangun melihat keadaan anaknya dulu.

"Macam mana..Luka dalam tak..!"

Tanya encik Halim pula tanpa mempedulikan permintaan anaknya disisi. Zara yang menggeleng masih menanti jawapan dari ayahnya itu.

"Dah..Jom balik, Aku tak apa-apa. Tak usahlah kamu nak risaukan aku ni, orang tua macam aku ni pun dah tak lama dah..Marilah.."

Ajak ayahnya menuju ke motornya di luar. Namun, Zara masih termenung di tempatnya.

"Marilah Zara..Kamu buat apa lagi tu.."

Laung encik Halim memanggil anak gadisnya tapi Zara hanya berlalu pergi dengan berjalan untuk pulang ke rumah yang sepertinya agak sedikit jauh dari rumah.

"Astaghfirullahalazim.."

Encik Halim yang melihat juga terkejarkan anaknya itu.

"Kenapa lagi ni Zara..Kamu nak ke mana..!"

Panggil encik Halim menarik tangan anaknya.

"Nak balik..Dah lah ayah pun tak nak dengarkan Zara. Sebab Zara dah lukakan hati ayah dulu sampai ayah sanggup nak putus asa dengan hidup ayah. Ayah nak biarkan demam ayah tu tambah teruk, ayah nak risaukan lagi hati Zara ni."

"Kenapa Ayah..! Benci sangat ke ayah nak tengok anak ayah ni..! Zara pergi ayah..Zara takkan pernah dah susahkan ayah lagi dan ayah tak perlu nak siksa hidup ayah sampai macam ni.."

Beritahu Zara yang menangis teresak-esak di depan ayahnya.

"Kamu cakap apa ni..Bila yang ayah bencikan kamu Zara, tak pernah sedikit pun ayah ni nak bencikan anak sendiri apatah lagi nak susahkan hidup anak ayah."

"Cuma ayah masih terasa dengan apa yang berlaku, semua orang kat sini menghina kamu mengutuk kamu depan ayah."

"Hati ayah mana yang tak terluka bila dengar anak sendiri dibuat begitu, sampai satu saat ayah sendiri tak boleh nak terima semua ini Zara."

Tangisan seorang lelaki yang sudah lama ditahan kini menangis sendiri meluahkan pada anak gadisnya. Setiap saat dia mahu melihat anaknya itu, tetapi hati batu itulah yang menjadikan dia seperti itu.

Pelukan kemas diberikan pada tubuh tua itu, air mata ayahnya diseka tanda dirinya tidak mahu melihat lagi tangisan yang keluar dari sang ayah.

"Maafkan Zara ayah..Semua salah Zara, Zara dah malukan ayah sampai macam tu sekali yah. Maafkan Zara ayah.."

Peluk Zara lagi memohon maaf pada ayahnya itu. Encik Halim yang melihat anaknya itu hanya mengangguk sahaja sambil mengusap kepala anak gadisnya itu.

"Kita masuk balik ayah, Zara dah tak sanggup nak tengok ayah sakit lagi macam ni. Tolonglah ayah..!"

Pujuk Zara lagi dan ayahnya mengikut sahaja permintaan anaknya itu disitu.

Setelah selesai semua itu mereka berlalu untuk pulang ke rumah. Zara yang membonceng motor memeluk erat encik Halim dari belakang, kasih sayangnya pada sang ayah akan tetap utuh begitu walaupun diri nya sudah pun besar panjang.

Mereka berdua sampai di rumah dengan ditatap oleh ibu dan adik-adiknya yang lain. Ziyad yang juga sudah bangun dari tadi menunggu Zara di depan pintu menanti isterinya disitu. Namun, bila dilihat tampalan luka di dahi gadis itu dia cepat-cepat turun ke bawah mendapatkan Zara.

"Sayang kenapa ni..Ya Allah, kan abang dah pesan semalam jangan pergi sorang-sorang. Tengok dah luka macam ni, kenapa ni.."

Ziyad yang melihat risau dengan keadaan gadis itu. Tapi, pandangan mata encik Halim yang seperti tidak suka dengan keberadaan lelaki itu disitu membuatkan Ziyad terkedu dan memandang isterinya kembali.

"Tak adalah..Kena parang ayah tadi masa.."

Belum sempat Zara menghabiskan ayatnya Ziyad sudah mendapatkan encik Halim dan melutut pada lelaki tua itu.

"Ayah..Kalau ayah benci sangat dengan Zara ayah janganlah buat sampai macam tu ayah. Ayah pukul lah Yad..Paranglah Yad yah bukan isteri Yad. Yad yang bersalah, semuanya berpunca dari Yad ayah."

Encik Halim yang terkejut dengan perlakuan menantunya sudah mahu tergelak disitu tetapi dia memberi isyarat kepada Zara untuk berpura-pura.

"Kenapa?. Kamu nak aku parangkan kamu macam dia?, berani kamu buat masalah dalam keluarga aku ya..!"

Usik encik Halim tersenyum memandang Zara, Zara yang tak dapat menahan gelak mengekek di belakang suaminya itu. Ziyad yang memandang terus pelik dengan apa yang berlaku, sepertinya dia masih keliru di situ.

"Sudah..Pergi masuk..! Nanti lepas ni aku parangkan kamu, aku nak naik mandi dulu."

Encik Halim terus naik ke atas dan berlalu meninggalkan Ziyad dengan kekeliruan di wajah lelaki itu.

"Kenapa sayang gelak sayang..Betul Ke ayah parangkan sayang sampai terluka macam ni?."

Tanya Ziyad lagi menghampiri gadis itu sambil menguakkan rambut gadis itu ke belakang.

"Tu lah abang..Zara tak habis cakap pun lagi abang dah pergi merayu kat ayah, siap abang ayah nak parangkan abang pula lepasni..Zara tak tahu.."

Zara terus meninggalkan suaminya dengan senyuman yang menggelikan hatinya dan berlari terus masuk ke dalam meninggalkan suaminya terpinga-pinga.

••••

Waktu petang yang ditemani dengan angin yang meredupkan suasana di luar rumah itu menyegarkan tubuh Ziyad tika ini. Dia sangat suka melihat keindahan sawah yang terbentang luas di depannya itu, sangat damai sahaja waktu itu.

Setelah itu dia terpandangkan encik Halim yang duduk mengasah parangnya di pangkin bersama beberapa biji durian di samping. Dia yang mengambil nafasnya yang panjang segera menghampiri lelaki tua itu untuk membuka bicara untuk bersembang.

"Ayah..tajam parang tu Yah, pandai ayah asah pisau tu. Berkilat macam baru."

Beritahu Ziyad yang duduk memandang encik Halim membuka bicaranya.

"Tajam kan..Kamu ambil lah nafas kamu banyak-banyak dulu, lepasni giliran kamu lah pula. Parang ni dah lama dah aku guna, tapi belum ada yang merasa lagi ni. Zara tadi pun dah kena dah tadi."

Usik encik Halim memandang tajam pada menantunya itu. Dia tahu lelaki muda itu sudah tidak boleh duduk diam dengan sergahannya itu. Ziyad menelan air liur yang seakan terlekat di kerongkongnya saat ini, betulkah apa yang didengarnya ini.

"Aku nak tanya kamu ni dulu..Betul ke kamu sayangkan anak aku tu, betul ke kamu tak main-mainkan anak gadis aku tu!"

Tanya encik Halim tegas dan Ziyad mengangguk laju mengiyakan semuanya. Dia takut saat ini bila melihat encik Halim dah mengacukan parang itu padanya.

"Betul yah betul..Yad tak tipu Yad, Yad sayangkan isteri Yad. Yad akan jaga isteri Yad ayah sampai hujung nyawa Yad ni. Percayalah ayah."

Encik Halim tersenyum sendiri mendengar pengakuan lelaki itu, dia tahu lelaki jujur seperti itu tidak akan menghampakan dirinya saat ini.

"Baguslah Yad..Ayah percaya dengan Yad, cuma ayah nak pesan tolonglah jaga anak gadis ayah satu-satunya itu. Terasa sudah lama sangat ayah dah berpisah dengan dia, lepas dia habis belajar pun ayah terasa jauh sangat dari dia."

"Mungkin sekarang dia sudah besar panjang tapi hati ayah selalu risaukan dia, sekarang giliran kamulah yang jaga dia Yad..Ayah serahkan dia pada kamu sepenuhnya, janji dengan ayah Yad."

Pesan encik Halim panjang lebar pada menantunya itu. Ziyad mengangguk gembira bila mertuanya itu boleh menerimanya dengan baik, dia terasa sangat terlepas dari beban yang ditanggung kini.

"Mari makan durian ni, kamu makan tak durian?. Takutnya orang bandar macam kamu ni durian pun tak kenal."

Tanya Encik Halim sambil membuka durian di depan menantunya itu.

"Makan yah..Durian ni dulu pun kegemaran mama Yad yah, selalu kalau Yad outstation kat luar Yad singgah beli kat tepi jalan tu bawa balik ke mama. Tapi tu dulu, sekarang dah tak Yah, mama dah tak ada."

Encik Halim yang sedang makan terkedu pula bila mendengar cerita dari menantunya itu, rupanya lelaki di hadapannya kini kurang mendapat kasih sayang.

"Makanlah Yad, insyallah kalau kamu selalu doakan dia roh dia akan tenang kat sana nanti, doa anak yang soleh ni selalunya termakbul kamu tahu. Dah lah makanlah tak usah kamu nak sedih, kalau rindu ke apa baliklah kampung jenguk kami ni."

Pesan encik Halim lagi sambil menyuruh Ziyad merasa durian dari kebunnya itu.

Sedang mereka seronok berbual di pangkin itu, suara orang yang memanggilnya pula didengar jelas di situ.

"Halim..Lim.."

Encik Halim yang turun dari pangkin itu segera menghampiri gerangan yang memanggilnya.

"Ya bang Hashim..Kenapa bang jerit-jerit ni bang."

Tanya encik Halim lagi menghampiri abangnya itu, Ziyad yang mengikuti juga datang menghampiri.

"Kamu tanya aku lagi kenapa?, bila nak habis bayar hutang kau ni hah..! Baiki rumah ni boleh pula..Bila nak bayar hutang mengelat kamu ya..!"

Marah abangnya memandang sinis muka adiknya sendiri di situ.

"Aku baiki sikit je rumah ni bang, haritu aku dah bayar dah separuh, abang tunggulah bulan depan. Lagipun aku nak jual juga kambing-kambing aku tu nanti. Abang sabarlah dulu."

Beritahu encik Halim meminta tangguh dahulu, dia yang masih merancang menjual harta bendanya itu memerlukan masa juga untuk mencari pembeli.

"Kenapa Yah..Pak cik Hashim, kenapa pak cik.."

Tanya Zara yang baru keluar dari rumah bila mendengar pekikan dari luar itu. Zaki yang disebelah turut turun bersama kakaknya.

"Baguslah kamu dah balik, kenapa tak tolong bayarkan hutang ayah kamu ni. Bukan laki kamu tu orang bandar, mesti dah banyak dah dia laburkan untuk tubuh kamu tu kan..!"

Tengking encik Hashim yang sudah melampau menghina Zara di situ. Encik Halim yang mendengar sudah beristighfar banyak kali, sampai hati abangnya sanggup menghina anak gadisnya itu begitu.

"Pak cik!"

"Pak cik jaga sikit mulut pak cik tu, yang pak cik hina tu isteri saya yang sah. Tak ada istilah perempuan murah seperti yang pak cik maksudkan tu."

"Berapa sangat hutang ayah saya ni pak cik, sampai sanggup pak cik nak hina kami sampai macam ni. Pak cik tak takut dosa ke!"

Marah Ziyad yang sudah geram dengan lelaki tua itu. Berani dia menghina Zara di depannya begitu, kalau tak disebabkan lelaki itu sudah tua memang dia dah makan penumbuknya.

"Abang.." Pujuk Zara menenangkan suaminya yang tampak agak baran mempertahankan dirinya.

"Ohh..Ni lah jantan bandar tu, baguslah kau dah ada kat sini. Pandai kau cari jantan kan Zara, helok betul untuk perempuan macam kau."

"Eh budak, tak banyak kamu kata, lebih kurang 20 ribu lagi kamu tahu! Aku tak kira cepat atau lambat dia kena bayar juga hutang-hutang aku!"

Marah lelaki tua itu memandang sinis Ziyad di depannya.

"Tak apa pak cik, macam ni lah biar saya yang bayar. Esok pak cik tunggu je kat rumah pak cik tu.."

"Saya sendiri yng akan pergi bayar cash pada pakcik. Tak payah risau lagi lah pakcik, pakcik baliklah jangan nak datang lagi kat sini dan hina lagi keluarga kami ni."

Beritahu Ziyad memeluk tubuh tua mertuanya dan meninggalkan lelaki tua itu untuk naik ke atas bersama isteri dan yang lain. Jika masih dilayan terlalu lama, makin menjadi-jadi pula lelaki tua itu menghina mereka.

Encik Halim yang masih membisu terus duduk di kerusi memikirkan semua ini, entah kenapa hubungan keluarga mereka sudah jadi retak sampai begini.

Keegoan abangnya itu yang seperti memutuskan pertalian keluarga dengannya membuatkan Encik Halim sebak. Dia hanya mempunyai seorang abang, tapi sudah pun membenci dirinya.

"Ayah..Boleh Zara tahu tak hutang apa yah, ayah berhutang apa yah dengan pakcik Halim.."

Pujuk Zara meminta kepastian, namun ayahnya masih menunduk mendiamkan diri.

"Hutang kakak.."

Beritahu Zaki namun pandangan tajam ayahnya menakutkan Zaki di situ.

"Hutang kakak?, maksud Zaki..! Kakak tak faham ki."

Tanya Zara menghampiri adiknya lagi.

"Pak cik minta balik duit yang dia kasi kat akak masa belajar di London dulu kak. Dia cakap kalau kakak tak boleh nak kasi apa yang dia nak, kenapa dia perlu bazirkan duit dia untuk akak."

Cerita Zaki lagi yang sudah tidak tahan menyimpan rahsia dari kakaknya.

"Astaghfirullahalazim ayah...Kenapa ayah simpan semuanya macam ni, kenapa ayah tak beritahu Zara ayah..Tu hutang Zara kenapa ayah nak bayar semua tu, kenapa ayah..!"

Beritahu Zara duduk menangis di riba lelaki itu.

"Tu memang dah tanggungjawab ayah Zara, hantar kamu belajar, bagi duit makan tu semua ayah yang perlu tanggung. Ayah sendiri tak sangka pakcik kamu gunakan peluang tu buat macam tu. Tu semua salah ayah Zara, sebab kebodohan ayahlah semua jadi macam ni."

Zara yang sudah menangis tidak dapat berhenti lagi, tubuh tua itu dipeluk erat mengenangkan pengorbanan sang ayah untuknya.

Ziyad yang duduk menghampiri memegang erat tangan tua itu.

"Sekarang Zara dah jadi tanggung jawab Yad ayah, biarlah Yad yang tanggung semua tu. Tak perlulah ayah nak bergadai apa-apa lagi, ayah simpanlan semua tu untuk ayah. Yad dah janji pada ayah tadi, tak mungkin Yad mahu mungkir janji Yad."

Encik Halim yang mendengar mengusap kedua-dua kepala anak dan menantunya itu. Dia begitu bersyukur masih wujud lelaki yang bertanggungjawab untuk anaknya ini, semoga ikatan yang terbina akan kekal selamanya.

•••

"Assalamualaikum..Pak cik..Pak cik Hashim..!"

Panggil Zara di luar rumah, Ziyad yang belum keluar dari kereta kerana menerima panggilan dari pejabatnya masih bercakap di telefon.

Gerangan lelaki yang keluar dari rumah mengejutkan Zara di situ, lelaki yang amat dibencinya dulu memandang lama wajahnya seperti sedang bermimpi.

"Zara..! Ayah tak ada..Dia baru je keluar tadi pergi tengok kebun, naiklah dulu Zara."

Sapa Zamri yang masih merindui gerangan gadis yang masih cantik di hadapannya. Dia masih lagi rasa menyesal sebab membuat keputusan terburu-buru tidak percayakan gadis itu dulu, kalau tak Zara mesti sudah menjadi isterinya.

"Tak apa lah Zam, aku cuma nak bagi duit ni. Kau serah lah duit ni kat ayah kau, aku dah nak balik."

Beritahu Zara lagi dan mahu berlalu pergi, namun tangan Zamri memaut gadis itu untuk dipeluk ke dalam pangkuannya. Zara yang terkejut tangannya ditarik meronta-ronta minta untuk dilepaskan.

"Apa kau ni Zamri, lepaslah..Zam..Kau buat apa ni..!" Ronta Zara bila sudah dipeluk begitu.

"Zara aku nak kau balik pada aku Zara, aku cintakan kau Zara. Aku terima semua yang berlaku pada kau Zara, tolonglah Zara terima aku balik. Aku sayangkan kau sangat-sangat."

Namun, satu penumbuk pula tiba-tiba singgah di muka lelaki itu membuatkan dia terjatuh di tanah. Muka garang Ziyad sudah membuatkan orang yang melihat pun takut padanya.

"Berani kau sentuh isteri aku..! Kau jangan nak cari pasal dengan aku, aku tumbuk kau lagi kau nak..!"

Tengking Ziyad marah disitu.

"Sayang tak apa-apa sayang.."

Ziyad yang memeriksa keadaan isterinya begitu takut bila lelaki itu sudah melampaui batasnya. Zara dipeluk erat tanda dia tidak mahu apa-apa terjadi lagi pada gadis itu.

"Eh sebab kau lah aku tak dapat dia, sebab kau lah punca aku tak jadi kahwin dengan dia.! Zara tu hak aku, dan selamanya dia akan jadi milik aku lah..!"

Marah Zamri bila melihat kemesraan yang berlaku di depan matanya itu. Dia seperti tidak dapat menerima semua yang dilihat.

"Ni isteri aku..! Kau jangan berani nak usik dia, sekali lagi aku nampak perangai kotor kau ni, siap kau aku kerjakan..!"

"Jom sayang kita balik..Pedulikan budak tak betul ni, jom sayang."

Ajak Ziyad berlalu pergi dengan keretanya dari situ. Dia tak sangka lelaki itu berani menyentuh isterinya begitu sekali dan sangat melampau bila difikirkannya.

"Abang tak sangka betul mamat tu cuba nak peluk sayang..Kalau ikut marah abang ni, abang dah terajang dia tadi tau."

Bebel Ziyad masih marah dengan kejadian tadi.

"Dah la abang..Biarlah dia tu, Zara pun tak faham dengan perangai dia. Dia nak apa lagi dari Zara ni pun Zara tak faham, dulu sebab mulut dia lah keluarga Zara jadi mangsa. Zara memang tak suka dengan perangai dia tu."

Sambung Zara malas melayan bekas tunangannya itu.

"Betul sayang tak pernah sukakan dia?, sikit pun tak..?"

Tanya Ziyad minta kepastian dari gadis di sebelahnya.

"Apa abang ni..Dah lah Zara tak nak cerita pasal dia, meluat dah Zara."

Cerita Zara lagi. Ziyad yang memandu tersenyum gembira bila mendengar pengakuan isterinya. Mereka menuju je rumah selepas pulang dari bandar tadi mengambil duit.

Mereka berdua pulang dengan banyak barang dapur yang baru dibeli. Kali ini Zara tidak mahu menggunakan wang suaminya, dia mahu membeli sendiri tanpa meminta sedikitpun wang Ziyad.

Walaupun Ziyad berkeras mahu membayar, dia tetap menolak tidak mahu. Sudah banyak dia terhutang budi pada lelaki itu, dia terasa seperti mengambil kesempatan pula pada kebaikan suaminya itu. Jadi, dia tidak mahu.

"Ya Allah banyak nya..! Beli apa ni Zara banyak sangat..! Yad..Kamu tak pantau ya isteri kamu ni berbelanja, bukan sikit ni."

Tanya Puan Aini seraya beristighfar melihat barang dapur yang banyak sudah dibeli.

"Tak apalah ibu..Sesekali anak ibu tu nak juga beli untuk keluarga dia bu, lagipun semua tu Zara nak bayar sendiri. Yad nak bayar dia tak nak pula."

Omel Ziyad seraya meletakkan barang-barang masuk ke pintu dapur.

"Tak apalah bu..Bukan selalu Zara nak beli semua ni kat ibu, nanti ibu dan ayah tak payah pergi beli dah. Semua dah ada ni..!"

Puan Aini hanya mengangguk gembira bila anaknya itu berbuat begitu, moga suatu saat rezeki anaknya itu akan melimpah ruah pintanya.

"Nanti kita masak sama-sama bu..Zara nak salin baju dulu tau."

Setelah itu, Zara naik ke atas untuk menukar pakaian. Ziyad yang masih di luar duduk di pangkin melihat suasana di kampung itu, namun matanya memerhati susuk tubuh yang duduk di tepi sawah dengan buku di tangan. Dia bangun lalu menghampiri gerangan budak muda itu.

"Zaidi..Buat apa kat situ? Boleh abang duduk?"

Tanya Ziyad mendekati, Zaidi hanya mengangguk dan terus menyambung melukis sesuatu dibuku.

"Wah..Cantiknya lukisan Zaidi ni, so professional. Lukisan macam hidup pula dengan shading yang menimbulkan kesan di lukisan tu. Pandainya Zaidi ni."

Tegur Ziyad bila dia sendiri yang terpesona dengan lukisan adik iparnya itu. Dari semalam budak muda itu tidak bercakap apa-apa pun, dia seperti lelaki yang misteri. Fikir Ziyad di dalam hati.

"Kenapa abang dan kakak balik sini..Tak malu ke orang kampung mengata macam-macam. Kat sini dah tak macam dulu, orang dah banyak pandang rendah pada keluarga kami ni."

Beritahu Zaidi sambil menyambung melukis lukisannya itu.

"Kanapa nak fikirkan apa orang cakap Zaidi, mereka tu cemburu dengan dengan keluarga Zaidi. Tu yang mereka mengata tu, kalau abang kat tempat Zaidi abang buat tak tahu je Di."

Beritahu Ziyad meluahkan bila Zaidi berkata begitu.

"Abang tak duduk kat tempat Di dan abang tak rasa apa yang Di rasa, orang caci akak Di kata akak macam-macam. Di yang jadi tempias hinaan tu bang, tapi Di dah tak kisah malas Di nak fikir dah."

Luah Zaidi lagi, air mata yang dia tahan tumpah juga di pipi tapi dia memandang ke tempat lain tidak mahu ditunjuk pun kesedihan itu.

Ziyad yang melihat tidak tahu mahu memujuk lelaki itu, dia termenung sahaja memandang sawah dan menunggu Zaidi di sebelahnya menggambar suasana.

Dia sangat kesian dengan keluarga ini, disebabkan ulah dia yang dulu semua telah terkena tempias. Namun, dia sudah bertekad untuk menjaga isteri dan keluarga ini seperti dia menjaga keluarganya sendiri.

"Untuk abang.!"

Zaidi menyerahkan kertas lukisan yang menggambarkan dirinya saat ini duduk di petak sawah mengambil angin nampak seperti betul pula, adik iparnya betul-betul mempunyai bakat tersendiri. Dia tersenyum gembira dan mahu menyimpan lukisan itu untuk tatapannya nanti.

"Abang..Zaidi..Jom makan, ayah pun dah balik ni.."

Laung Zara dari dapur memanggil mereka di situ. Mereka berdua berlari masuk ke dalam seperti bertanding pula. Zara yang memerhati menggeleng kan kepala dengan perangai mereka berdua tu.

Mereka berdua yang terpaksa pulang juga hari ini ke Kuala Lumpur membuatkan adik-adiknya yang lain mengesat air mata. Sungguh cepat mereka berdua mahu pergi, baru sahaja beberapa hari mereka melepaskan rindu. Tapi apakan daya, mereka berdua perlu bekerja dan berjanji bila ada cuti. Mereka akan balik lagi ke kampung.

Perjalanan yang mengambil masa 6 jam untuk sampai ke rumah mereka membuatkan mereka bergerak awal sedikit dari kampung.

Pagi tadi Siti ada menelefon Ziyad yang mengatakan ahli lembaga pengarah sudah sebulat suara mahu menjadikannya CEO di syarikat ZNE Holding, sudah hampir 2 bulan tiada pengganti CEO syarikat itu setelah Zahir ditangkap. Disebabkan itulah di perlu kembali untuk menyelesaikan semua itu.

••••

Di ZNE Holding sekarang ini telah heboh dengan berita perkenalan CEO baru di bilik meeting pagi ini. Ziyad yang dipilih perlu hadiri juga walaupun sebenarnya dia tidak mahu akan jawatan besar itu.

"Doakan abang sayang.."

Ziyad meninggalkan isterinya di samping dan mencium pipi Zara seraya berlalu masuk ke dalam. Staff yang memerhati terkejut sendiri dengan perlakuan CEO barunya itu seperti ada sesuatu pula diantara mereka.

Zara yang memandang terus tersenyum dan berlalu pergi dari situ.

"Amboi Cik Zara..Happy nampak?. Untunglah dah jadi isteri boss, melepaslah kami ni..!"

Ucap salah seorang staff kepada Zara yang duduk di mejanya. Siti yang juga baru tahu akan perkara itu memandang tajam muka gadis itu.

"Sampai hati tak bagitahu kak Siti..Jadi, selama ni korang pura-pura lah macam bos dan pekerja ya. Kenapalah kak Siti tak pernah perasan dengan korang berdua ni. Haihh..!"

Zara mengangguk dan tersenyum sendiri, dia tak sangka boleh jadi seheboh ini pula.

Ziyad yang baru keluar dari bilik meeting tadi terus menemui isterinya dan manarik Zara untuk masuk ke dalam bilik.

"Abang rasa tak tenang la sayang, kenapa papa suruh ahli lembaga pilih abang. Yang abang tak faham hampir semua dah bersetuju, esok abang dah kena tukar semua ni. Bilik abang bukan kat sini dah sayang, tingkat atas tu."

Beritahu Ziyad yang memeluk sedikit isterinya itu dan memandang langsung pada isterinya.

"Abang bukan tak tenang kat sini, tapi kat sini."

Tunjuk Zara dari mulut ke dada suaminya itu.

"Apa kata kita balik jumpa papa abang. Kita betulkan semua ni abang, Zara dah tak sanggup nak tengok abang dan papa bergaduh macam ni."

"Sebagai anak lelaki, abang dah tak boleh nak bermasam muka lagi. Abang kena jaga dah hati papa dan ibu, walau buruk macam mana pun perangai dia.. Abang tak boleh berdendam dah, Zara tak nak abang menyesal pula nanti."

Ziyad yang mendengar kata-kata dari isterinya itu terus memeluk erat minta kekuatan. Betul apa yang diberitahunya itu, hatinya sangat tidak tenang kala ini.

Mereka berdua yang sudah sampai di kediaman mewah itu segera menekan loceng untuk bertemu muka dangan dato Zakri.

Pintu dibuka bibik yang keluar dan terus tersenyum dengan kehadiran Ziyad di situ, wajahnya menunjukkan yang dia cukup ceria kala ini.

"Yad..Lama Yad tak datang Yad, bibik lama tak tengok Yad. Ni isteri Yad ke?, cantiknya puan. Jemput masuk cik puan."

Sapa bibik di situ membuka pintu untuk mereka. Zara yang masuk terus bersalaman dengan bibik itu, sama juga dengan Ziyad. Hormatnya dia pada bibik Aminah itu sama sahaja hormatnya pada mamanya, bibik itu terlalu berjasa dalam keluarga itu.

"Papa mana Bik.."

Tanya Ziyad seraya duduk di sofa namun, kehadiran datin Noni yang juga tersenyum menyambut baik mereka berdua tidak mengeruhkan keadaan di situ lagi.

"Papa ada kat atas Yad, dua tiga hari ni pun dia dalam bilik bacaan tidak mahu diganggu."

Beritahu datin Noni yang duduk juga di sofa itu.

"Yad nak naik jumpa papa sekejap bu.."

Pinta Ziyad dan meninggalkan isterinya berbual di bawah dengan ibunya itu.

Pintu bilik dikuak perlahan dan dia mengintai sedikit ke dalam melihat gerangan papanya. Dato Zakri yang masih menyandar tidur di kerusi bersama buku di tangan tidak terjaga pun, Ziyad yang masuk menghampiri papanya dan dia terpandang pula gambar dirinya dan mamanya di atas meja.

Air Matanya seakan menitik namun, dia cepat-cepat menyeka di situ. Tangan tua yang masih memeluk buku di tangan dicapainya sehingga dato Zakri terjaga dengan sendiri.

"Yad minta ampun dengan papa, hati Yad tak pernah tenang pun pa. Semua kata-kata kasar yang Yad hamburkan pada papa masih Yad ingat pa.."

"Yad tak pernah bermaksud nak lukakan hati papa dengan kata-kata Yad tu. Yad terlalu mengikut perasaan Yad pa, Ampunkan Yad pa.".

Beritahu Ziyad menangis mencium tangan papanya itu. Dato Zakri yang terkejut dengan kehadiran anak lelakinya itu seperti bermimpi saja, dia mengusap kepala anaknya tanda dia tidak marah akan anaknya itu.

"Dah Yad..Papa tak pernah ambil hati pun dengan Yad, papa tahu semuanya salah papa. Papa dah terima semua tu Yad. Yang penting pada papa Yad dah maafkan papa, papa tak minta apa-apa lagi Yad."

Anak lelakinya itu dipeluk erat dalam dakapannya. Sudah lama dia mahukan pelukan erat begini untuk anaknya tapi Ziyad selalu mengelak bertemunya.

"Kita turun makan Yad..Papa rasa lapar pula, tadi papa tak lalu nak makan. Yad dah makan?."

Tanya dato Zakri dan hanya digeleng Ziyad. Mereka berdua turun ke bawah dan dato Zakri pertama kalinya menemui menantunya itu dan dipeluk erat.

"Maafkan papa Zara, dulu papa malu nak anggap kamu menantu papa. Papa sedar papa dah silap menilai kamu Zara, sekarang ni papa dah ada menantu dah. Tunggu nak dapat cucu je ni, kan ibu."

Beritahu dato Zakri gembira memandang isterinya di sebelah. Semoga hubungan kekeluargaan ini akan kekal sampai bila-bila. Datin Noni tersenyum gembira melihat suaminya sudah bersemangat kembali tidak seperti dulu.

"Apa kata tidur kat sini malam ni..Lagipun rumah ni terlalu besar, sunyi pula kami ni. Oh ya Yad..Malam ni ada 'live' bola, kita tengok sama-sama kat sini nak."

Ajak dato Zakri mengajak anak lelakinya itu, Ziyad yang melihat si isteri yang sudah mengangguk, terus setuju sahaja dengan permintaan papanya itu.

Malam itu mereka yang sama-sama menonton perlawanan bola sedang asyik sekali. Kegembiraan yang ditunjukkan mereka berdua telah membuat Zara bahagia tika ini duduk bersama keluarga yang tiada huru hara dan ketidaksepahaman.

Zara yang bangun dari sofa mahu menuju ke dapur seketika bila melihat air di jug sudah mahu habis.

"Sayang nak pergi mana ni..Bosan eh. Janganlah tinggal abang.."

Bisik Ziyad sambil sengaja mencium sedikit pipi isterinya itu. Zara yang sudah malu di situ sengaja mencubit perut Ziyad yang sudah gatal.

"Zara nak ambil air..Dah habis dah tu dalam jug, tunggu sekejap ya sayangku.."

Bangun Zara dan berlalu dari situ, Ziyad memang selalu tidak boleh berenggang dengan dirinya itu. Ada saja alasannya mahu bertepek dengan dirinya.

Zara yang sibuk membancuh air di dapur didatangi pula datin Noni yang juga mahu mengambil air. Dia mengambil peluang ini untuk bercakap sendiri dengan Zara tentang anaknya Zahir.

Kalau boleh, Zaralah yang akan menjadi jalan terakhir untuk dia membebaskan Zahir dari penjara. Kalau tidak, hukuman penjara yang lama akan dikenakan pula pada anak lelakinya itu.

"Zara..Boleh ibu cakap dengan Zara sikit..Kalau boleh ibu nak minta tolong Zara."

Tanya datin Noni menghampiri Zara yang memegang jug ditangan.

"Kenapa bu..Nak minta tolong apa bu?, cakap je Zara tak kisah."

Mereka berdua duduk di meja dapur dan berbual berdua.

"Tolong selamatkan Hir Zara..Ibu dah tak ada sesiapa dah nak minta tolong, Zara lah jalan terakhir untuk ibu minta tolong."

Beritahu datin Noni menangis sendiri, anak lelakinya mungkin terlalu jahat kepada gadis itu. Tapi, dia sudah menerima jalan buntu bila terfikirkan Zahir di penjara. Kali ini biarlah dia malukan diri meminta pertolongan gadis itu.

"Kenapa ibu menangis macam ni bu..Janganlah menangis bu, Zara akan cuba cakap dengan abang tentang ni. Zara janji bu.."

Beritahu Zara tidak mahu melihat wanita berumur itu menangis begitu.

"Sayang..Lamanya buat air, bola nak habis dah tu. Bola pun dah kalah teruk dah malam ni, Memang team ni dah tiada harapan pun."

Cerita Ziyad masuk ke dapur mencari Zara dan memeluk erat isterinya disisi. Datin Noni sudah mengesat air matanya tidak mahu menunjukkan kesedihannya itu, dia pun meminta diri untuk naik ke atas.

"Dah habis eh bola, simpanlah air ni kita minum esok. Jom naik..!"

Ajak Zara menarik tangan suaminya dan mahu masuk tidur. Ziyad yang sudah tersenyum menggatal mengikut sahaja isteri di sebelah.

"Sayang cakap apa ngan ibu?, sedih je abang tengok muka ibu tu."

Mereka berjalan masuk ke dalam bilik dengan pegangan tangan yang tak dilepas pun.

Zara yang sudah membuka selimut untuk tidur masih berfikir panjang mengenai permintaan ibunya itu.

"Sayang...Abang tanya pun sayang macam tak dengar je ni, fikir apa lagi isteri abang ni."

Tanya Ziyad mencubit hidung Zara yang memandang lampu di atas.

"Kalau Zara tanya abang, abang marah tak?"

Tanya Zara berpaling melihat Ziyad di sebelah.

"Satu soalan bayaran dia 1 kiss, dua soalan 4 kiss. Ha..pilih cepat."

Beritahu Ziyad mengangkat keningnya mengusik gadis itu.

"Ishh Zara serius ni abang main-main pula dah lah, tak nak tanya lah macam tu nak tidur."

Zara merajuk pula kali ini, namun rangkulan Ziyad di pinggangnya merapatkan mereka berdua saat ini.

"Tanyalah sayang..Abang gurau je lah, tanyalah banyak mana pun yang sayang nak. Buat apa abang nak marah, sayang tak buat salah pun."

Beritahu Ziyad melagakan hidungnya dengan Zara di situ.

"Pasal Zahir.!"

Ziyad yang pelik terus bangun dari tidurnya itu.

"Kenapa dengan dia?, dah keluar?. Dia buat apa lagi kali ni.."

Tanya Ziyad lagi dan Zara juga turut bangun.

"Abang tak terlintas nak maafkan dia?"

Zara yang bertanya juga sedikit gugup tapi dia memberanikan dirinya pula..

"Nope..Tak payahlah sayang nak fikirkan dia tu, biarlah dia kat situ. Abang nak biar dia fikir sendiri perbuatan dia pada sayang tu betul ke tak. Bukan main redah je nak buat orang macam tu."

"Dah lah sayang..Kita tidur je lah, rasa badmood pula bila fikirkan budak tu."

Mereka berdua terus tidur berpelukan di situ, perbincangan mereka itu tidak membuahkan apa-apa berita gembira pun kali ini. Sepertinya Ziyad tidak mahu mendengar apa-apa tentang adik tirinya itu.

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience