LSH BAB 17

Romance Completed 14934

"Apa yang dah jadi ni Kri? Aku tak sangka Ziyad berperangai macam tu. Semalam ada orang hantar ni."

"Video apa ni Kri?. Aku tak nak anak aku dengan orang macam ni, macam mana dia nak bimbing Tania kalau perangai dia macam ni Kri."

Dato Azman sekeluarga yang baru sampai ke kediaman Dato Zakri marah-marah dengan apa yang dibuat Ziyad itu.

"Sabar dulu bang Man, kita belum tahu kebenarannya lagi. Tak elok lah kalau bang Man datang tuduh-tuduh Ziyad macam ni."

Bela datin Noni memenangkan anak tirinya itu.

"Nak sabar apanya Noni, tengok si Tania anak kami ni. Yang kena tangkap tu tunang dia tau bukan boyfriend saja, ni kami pun nak letak mana muka kami ni. Semua dah kecoh disebabkan si Ziyad punya perangai."

Balas datin Roziah pula, mama kepada Tania.

Dato Zakri yang terdiam dari tadi hanya menunduk, buntu fikirannya saat ini mahu menjawab semua pertanyaan keluarga di pihak Tania. Perkara itu juga memalukan dirinya yang sangat akrab dengan dato Azman sahabat baiknya itu.

"Aku minta maaf lah Man, aku sendiri tak tahu apa yang Ziyad dah buat sekarang ni. Macam-macam perangai dan masalah yang diorang buat. Sakit kepala aku tahu tak Man."

Dato Zakri meluahkan rasa bersalahnya dengan kejadian itu. Mungkin keluarga Tania sudah tidak mahu lagi berbesan dengannya.

"Macam mana ni uncle.., Malu la Tania macam ni. Sampai hati Ziyad duakan Tania, Tania tak pernah buat dia sampai macam tu. Tania sayang Ziyad sangat-sangat uncle."

Tania pura-pura menangis dengan kejadian yang berlaku. Dia membuatkan dirinya pula yang dianiaya oleh Ziyad.

Datin Noni yang memerhati tingkah Tania itu sedikit menyampah dengan perbuatan gadis itu yang melebih-lebih. Dato Zakri yang mendengar luahan gadis malang itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.

"Sudahlah Tania, lain yang papa harapkan dari Ziyad lain pula yang jadi. Tak sangka papa harapkan orang yang salah, dasar lelaki tak guna."

Dato Azman marah besar lagi kali ini, tak sanggup dia jadikan Ziyad sebagai menantunya jika itu yang Ziyad perbuat.

"Betul tu Tania, tak usahlah kau nak merayu apa-apa pun. Mama tak sanggup terima si Ziyad yang buat anak Mama macam ni. Minta jauh lah dari bala macam ni."

Sambung datin Roziah dengan sombongnya itu.

"Tania sayangkan Yad mama, papa. Tania tak sanggup kalau Yad tinggalkan Tania. Tania sanggup terima baik buruk Yad Mama, papa. Tania sanggup..!"

Rayu Tania dengan gaya yang sedih itu.

"Kau tengok ni Kri, anak aku sanggup lagi terima semua ini. Walaupun anak kau dah duakan dia tapi sebabkan sayang dia nak terima lagi jantan macam tu."

Beritahu Dato Azman yang berang itu.

"Wahh..ada pesta apa pula sekarang ni. Sambut menantu baru ke Papa?"

Satu suara mengejutkan mereka di ruang tamu yang riuh itu, siapa lagi kalau bukan Zahir yang menyampuk.

"Zahir..!"

Datin Noni memberi isyarat kepada Zahir supaya tidak menyampuk dalam perbualan itu.

"Kenapa?.. What's the problem, anything happens?. Kenapa semua orang macam berkabung ni?."

Zahir masuk ke rumah dan terus duduk di sofa menyaksikan pertengkaran yang berlaku. Dia sangat seronok sekarang, melihat muka-muka di hadapannya ini marah dengan kejadian yang berlaku.

"Kau tak tahu lagi ke Zahir?, Ni tengok apa yang abang kau dah buat pada kami..Pada Tania ni?."

Datin Roziah bangun dan mendekati Zahir di sofa seraya bertanya kepada lelaki itu.

"Apa yang Yad dah buat ni aunty?, I tak dapat any news pun."

Zahir berpura-pura lagi, namun pandangan Tania yang seakan marah itu membuatkan Zahir tersenyum sinis.

"Ni..Kau tengok video ni, semalam ada yang hantar pada kami. Apa semua ni?,apa lagi yang nak dinafikan sekarang."

Datin Roziah menunjukkan lagi video itu kepada Zahir.

"Omg aunty, that's Ziyad?. What a surprise to see that..! Kesian you Tania, ada lagi tunang yang sanggup duakan you macam ni. I tak sangka Ziyad sanggup buat macam tu kat you. I'm sorry to say that."

Zahir mengucapkan kata-kata sedih kepada Tania namun, perbuatannya itu sudah lama diketahui gadis itu.

"Hir tak sangka Pa.., anak kesayangan papa tu boleh malukan papa macam ni sekali. Wahh..Macam mana nak jawab dengan ahli Lembaga Pengarah nanti, mungkin video tu pun dah tersebar."

"Tapi kan Pa, Hir sebagai CEO Syarikat ni pun malu tau bila tengok video macam ni. Yad ni memang tak tahu nak jaga air muka papa ke, itu ke anak yang papa banggakan sangat tu?. Kalau bukan disebabkan Papa, Hir dah lama pecat dia dari ZNE Holding tu."

Zahir seakan memerli dan menyakitkan lagi hati dato Zakri yang sudah panas dengan kejadian tu.

"Sudahlah Zahir, jangan nak tambahkan lagi masalah papa. Kamu tak patut cakap sebegitu dalam keadaan yang macam ni."

Datin Noni yang tidak suka dengan cara Zahir yang selalu mengapi-apikan lagi bara yang sudah tenang itu.

"Betul kata Hir tu Noni, abang malu sekarang ni. Salah abang tak pernah mengajar Ziyad itu dengan baik. Perangai dia sekarang dah semakin menjadi-jadi.!"

Dato Zakri bersuara seakan menyimpan kemarahannya di hati. Zahir yang mendengar senyum gembira dengan kata-kata papanya itu.

"Aku betul-betul minta maaf Man, aku janji walau macam mana pun, Yad tetap akan kahwin dengan Tania." Dato Zakri merayu lagi kali ini.

"Sudahlah Kri.. Kami pun dah tak heran dah nak bermenantukan si Yad tu. Kalau tak kahwin pun tak apa, kami tak nak pisang berbuah dua kali. Nasib baik Tania tak kahwin lagi dengan Ziyad tu, kalau tak kami tak tahu lah macam mana emosi nya anak kami ni."

Kata dato Azman lagi yang dari tadi beremosi.

"Tapi Kri, aku fikir betul apa yang Hir cakap tu. Macam mana kau nak hadap lembaga pengarah nanti."

"Malu kamu tahu tak, aku tak nak anak aku jadi penyelesaiannya untuk menutup malu kau."

Sambung dato Azman lagi sambil menggeleng.

"Tapi pa..Tania su.."

"Sudah Tania, mari kita balik.. Dah tak ada benda lagi nak bincang, kesudian kamu tu takkan membanggakan papa dan mama. Dah jom balik. Ni ambil balik cincin ni Kri, aku pergi dulu.."

Dato Azman berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan keluarga itu.

"Man..Man..Tunggu Man.." Panggil Dato Zakri tapi tidak dipedulikan lagi.

"Sudahlah abang, tak perlulah abang nak merayu macam tu sekali. Biarlah mereka tidak mahu berbesan pun, takkan merugikan apa-apa pun bang. Yang penting abang kena bincang perkara ni elok-elok bukan dengan emosi."

Kata datin Noni menasihati suaminya yang kelihatan sugul itu.

"Persahabatan kami macam mana Noni?, abang dan Man tu dah lama bersahabat baik. Kami ni dah macam adik beradik, dah banyak juga pertolongan si Man tu pada abang dulu. Tak sangka sampai boleh jadi macam ni..!"

"Sekarang abang dah hampakan dia macam tu sahaja. Ni semua sebab budak tak guna tu, nanti suruh si bibik telefon dia. Cakap abang nak jumpa disini."

Setelah itu dato Zakri berlalu pergi meninggalkan ruang tamu itu. Hatinya sungguh pedih, keinginannya untuk berbesan dengan sahabatnya itu sudah menjadi yang sebaliknya.

••••

"Kenapa ni Zara, apa yang Zam dah buat?. Beritahu aku sekarang Zara..!"

"Mila yang kerisauan dengan keadaan Zara yang menangis teruk setelah keluar bersama Zamri tadi agak pelik.

"Aku benci dia Mil, sampai hati dia tuduh aku macam tu sekali."

"Dia tak nak pun percaya dengan aku ni, tapi dia lebih percayakan cakap orang lain dari tunang dia sendiri."

"Aku benci lah dia Mila..Aku benci lelaki tu.!"

"Dia tuduh apa lagi Zara?, Cerita kat aku Zara."

Mila meminta kepastian dari gadis itu seraya memandang wajahnya.

"Sanggup Mil, dia tuduh aku tidur dengan lelaki tu dan dia anggap aku ni tak ubah macam pelacur."

"Dia tabur duit atas aku untuk bayar aku bersama dengan dia macam perempuan murah kau tahu tak.!"

Zara teresak lagi menangis sambil bercerita kejadian yang berlaku tadi.

"What?"

"Ya Allah Zara, aku tak sangka Zamri kurang ajar macam tu. Bodohnya Zam tu.!"

"Biar aku call dia..Dia memang nak makan maki aku kali ni, jantan tak guna..!"

Marah Mila yang menjadi pendengar setia itu dengan apa yang terjadi pada sahabatnya itu.

Namun, Zara cepat-cepat menghalang tindakan Mila itu. Dia sudah tidak mahu lagi berurusan dengan lelaki seperti Zamri. Zamri lelaki yang dipercayai itu juga sanggup mahu berbuat begitu padanya.

"Sudahlah Zara, kali ni kau kena kuat. Kalau kau lemah macam ni dah tak ada guna dah, kau kena bangkit dari semua ni Zara."

"Aku ada Zara, aku akan ada dengan kau. Aku janji."

Pujuk Mila memeluk erat tubuh gadis di depannya itu. Walau apa pun badai yang melanda sahabatnya itu, dia akan selalu ada disisi.

"Terima kasih, Mila..Terima kasih..!"

Ucap Zara menyambut pelukan itu.

"Ketika ku tahu rasa penghinaan ini
Seringkali hatiku ingin menangis
Tetapi aku yang memilih untuk terus diam
Walaupun rasanya seakan menyakitkan

Ku harap kau yang merasakan kepedihan
Walaupun kubicarakan kesedihan
Kau yang menolak dengan kekejaman
Karena kau belum tahu adanya pembalasan"

_Zara

Zamri mengemaskan semua barangnya untuk pulang terus ke kampung dengan perasaan hampa. Hadiah yang dibawa untuk gadis itu semuanya dibuang terus ke dalam tong sampah.

Setelah keputusan untuk putus tali pertunangan yang dibuat Zara, dia terima semua itu dengan hati yang terbuka. Kesakitan yang diterima disebabkan perlakuan curang Zara itu tidak dapat diterimanya lagi.

"Mungkin tuhan nak tunjuk perangai sebenar kau Zara, baguslah yang penting aku dah tahu kau bukan perempuan suci yang aku harapkan dulu."

Zamri berbicara sambil memasukkan semua pakaian di dalam begnya.

Dia mengambil keputusan untuk bertolak ke kampung malam ini juga. Dia tidak mahu lagi berada di bandar yang penuh dengan penipuan itu.

Lebih baik dia pergi saja daripada hancurnya lagi hatinya yang masih memikirkan perbuatan tunangannya itu.

"Aku harap kau bahagia Zara dengan jalan yang kau pilih. Aku bukan sesiapa nak halang kau, kau hiduplah dengan dunia kotor kau tu."

Zamri bercakap sendiri sambil membaling semua barang yang ada.

"Ketika dirimu menyiat hati ini
Aku datang meragui semuanya
Hingga hati terasa perih dan terluka
Menerima akan sebuah satu kenyataan

Apa yang harus ku lakukan?
Haruskah kau saja yang berduka?
Demi maruah ku sanggup pergi
Agar terhindar dari peritnya luka ini

Aku hanya mampu terdiam
Tak ada lagi kata mampu terucap
Tangisan yang keluar kutahan jua
Mungkin ini tangisan dalam diam
Sanggupkah aku menerima?
Kuat kah aku begini?"

                                          _Zamri

•••

Dua kali tamparan sudah hinggap di wajah tampan milik Ziyad yang baru saja sampai di Kediaman Dato Zakri itu.

Bibik yang gelisah semalam menghubungi Ziyad untuk datang ke kediaman itu. Dia menghubungi Ziyad dalam keadaan takut. Dia tahu Dato Zakri sedang marah besar pada Ziyad dan dia tidak mahu terjadi apa-apa pada anak majikannya itu.

"Puas hati Yad malukan papa macam ni?, Apa papa dah buat pada Yad."

"Ni..tengok ni Yad, video apa ni.?"

"Eh, kalau video ni jatuh ke tangan setiap ahli lembaga pengarah macam mana hah..!"

Dato Zakri yang hilang sabar itu terus mencengkam kolar baju Ziyad dengan kasar.

"Sikit pun Yad tak nak jaga air muka papa kan, benci sangat ke Yad dengan papa. Ni..! Ambil pisau ni, bunuh je papa ni Yad. Ambillah..!"

Amuk Dato Zakri pada Ziyad sambil mengeluarkan sebilah pisau.

"Apa lagi ni pa?. Apa yang Yad dah buat?"

Marah Ziyad dan dengan cepat mengambil pisau di tangan dato Zakri dan diletakkan jauh dari tempat itu.

"Jangan nak berdalih lah Yad, Siapa perempuan tu hah?.

"Simpanan kau, ke pelacur?."

"Kenapa dia boleh ada kat sana?. Rumah tu.. Rumah siapa pula?."

Soalan dari mulut dato Zakri keluar bertubi-tubi sehinggakan Ziyad mundar mandir memikirkan jawapan dari soalan itu dan terus terduduk diamkan diri.

"Papa tak kira, kali ni Yad perlu selesaikanlah masalah ni. Papa nak Yad bersiap sedia dengan perkahwinan Yad dan Tania, papa akan uruskan walau macam mana keadaan sekali pun.

Bersihkan nama Yad dan jangan pernah nak malukan papa lagi. Kalau Lembaga Pengarah tahu masalah ini Yad dah kena gantung kerja. Yad tahu kan?."

"Kali ni hanya Tania yang boleh tolong Yad selesaikan masalah ni."

Sambung dato Zakri lagi. Ziyad yang terkejut dengan arahan yang diberikan dato Zakri itu terus terbangun dari sofa.

"Yad takkan kahwin dengan perempuan tu lah pa dan Yad takkan ikut apa yang papa minta. Boleh tak papa jangan nak paksa Yad.!"

Ucap Ziyad marah dengan keputusan yang dibuat oleh papanya itu.

"Jadi betullah tu perempuan tu perempuan simpanan kamu, disebabkan ulah kamu ni lah keluarga Tania datang menghina kita macam-macam tahu tak.!"

"Dia dah nak batalkan majlis perkahwinan kamu tahu tak Yad, sekarang apa yang kamu nak buat lagi.!"

"Nak kahwin dengan perempuan tu pulak, kau jangan nak buat keputusan bodoh lah Yad. Perempuan murah macam tu ke kamu nak jadikan bini, papa takkan setuju.

"Sanggup Yad nak musnahkan harapan papa Yad. Yad nak tengok papa mati menderita dulu ke baru Yad puas hati..!"

Balas dato Zakri yang sudah hilang sabar itu.

"Dah jodoh Yad dengan Tania tak ada, nak buat macam mana. Yad tak nak rosakkan hidup Yad sebab nak ikut kemahuan papa."

"Kalau itu jalan yang ada Yad lagi rela kahwin dengan perempuan tu daripada kahwin dengan pilihan papa."

Ziyad terus bangun dari sofa dan mahu saja meninggalkan kediaman itu tetapi dihalang oleh dato Zakri.

"Ingat benda ni Yad, kalau kau pilih perempuan tu kau jangan datang lagi tunjuk muka kamu kat sini, kamu buat lah apa-apa papa dah tak kisah."

"Atau kau ikut lah kata papa untuk kahwin dengan Tania cepat-cepat sebelum semua terbongkar oleh pihak luar.

Kalau kau masih hormatkan papa, tolonglah selesaikan semua ni.!"

Tengking dato Zakri yang sedang marah itu.

"Yad pelik lah dengan papa, semua yang berlaku papa hanya salahkan Yad."

"Kenapa papa selalu nak atur hidup Yad?. Yad bukan budak kecil tau pa. Kalau mama ada, mama bukan ego macam papalah."

Ziyad yang bengang dengan tengkingan itu memarahi dato Zakri kembali.

"Ppapp"

Satu lagi tamparan keras hinggap di wajah itu buat kali kedua.

"Kau jangan kurang ajar boleh tak Ziyad. Selama ni papa masih sabar dan tahan dengan perangai kau tau. Jangan sampai aku..."

"Abang..!"

Datin Noni yang tidak mahu suaminya menghabiskan ayat itu segera menghampiri.

"Jangan macam ni abang, sudahlah tu.! Dalam keadaan tegang macam ni abang sepatutnya kawal marah abang."

"Ni bukan jalan penyelesaiannya bang." Setelah itu dia memandang Ziyad pula.

"Yad, sudahlah tu Yad. Janganlah bergaduh macam ni Yad"

Pinta datin Noni merayu.

"Sudah apa lagi Noni, anak yang macam ni memang suka malukan keluarga, malukan orang tua. Dia mana peduli, keluarga ni hanya di bawah tapak kaki dia je dia buat..!"

Sambung Dato Zakri lagi dengan marah. Ziyad memandang serius wajah dato Zakri yang berkata begitu padanya.

"Malu papa je ke yang Yad kena jaga sekarang?. Eh, kenapa semua tu penting sangat buat papa. Harta, pangkat, darjat semua papa nak atur. "

"Dulu papa pernah tak nak kisah pasal Yad, nak peduli pasal hidup Yad?. Yad sorang-sorang je pa hadap masalah hidup Yad."

"Papa asyik fikir pasal kerja, pasal orang lain. Hati anak papa ni, pernah tak papa selami.? Ada tak papa tanya apa yang Yad mahu."

"Semua keputusan papa nak buat dan sikit pun papa tak nak tanya Yad..!"

"Sakit Yad, duka Yad. Yad yang hadap sorang-sorang. Yad bukan patung yang papa boleh suruh, boleh atur."

"Yad pun ada perasaan macam orang lain. Semua yang berlaku papa salahkan Yad semata-mata, Yad kecewa dengan papa tahu tak..!"

Ziyad meluahkan segala yang terbuku di hatinya kala ini. Air matanya yang mahu keluar ditahan rapi, dia tidak mahu papanya lihat dirinya yang lemah.

"Kau yang tak membuka ruang untuk kita Yad, bukan papa. Papa dah cuba, tapi Yad yang selalu mengelak. Sekarang Yad nak salah kan papa?."

Beritahu dato Zakri yang sugul setelah mendengar luahan Ziyad.

"Bila?, baru sekarang ke pa?. Eh, hati Yad ni dah kosong lah pada papa."

Mata Ziyad kian memerah menahan air mata dari keluar.

"Yad yang selalu hadirkan benci Yad tu pada papa sampai apa yang papa cuba buat, Yad sikit pun tak nak turut."

Tengking dato Zakri yang sudah memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sakit. Lalu dia cepat-cepat duduk di sofa menenangkan diri sendiri.

"Abang..!" Datin Noni menghampiri suaminya dengan cemas.

Ziyad yang terpandang perubahan yang berlaku pada papanya agak tidak sedap hati. Walau benci macam mana pun dia pada papanya. Dia tidak sanggup melukai orang tua itu.

"Papa bagi masa Yad buat keputusan sampai malam ni. Kalau tak kau ikutlah dengan keputusan papa kalau kau tak nak derhaka."

Dato Zakri bangun dari sofa dan berlalu pergi ke biliknya dengan sakit yang menyucuk di dada.

Ziyad sangat tertekan kala ini, dia buntu memikirkan semua ini. Macam mana dia harus berkahwin dengan tunangannya itu sedangkan dia tak mahu.

Kalaulah dia tidak masuk campur dengan membantu Zara kala itu, semua ini pasti tidak akan terjadi padanya. Tapi kalau dia tidak berbuat begitu, nasib gadis itu pasti sudah sia-sia diperlakukan kejam oleh adiknya itu.

"Aku minta maaf Zara, aku dah tak ada cara lain dah nak fikir kali ni. Ni je peluang yang aku ada untuk elak dari perkahwinan tu."

Dia segera memecut kereta Honda miliknya untuk pergi ke rumah Zara.

Sebenarnya memang niatnya untuk menghantar cardigan yang dipakai milik gadis itu. Perasaannya bercampur baur kali ini, macam mana dia mahu memujuk gadis itu berkahwin dengannya.

Mahu ke gadis itu menerimanya sedangkan semalam sudah macam-macam penghinaan dihamburkan pada gadis itu.

•••••

"Zara..Aku kena pergi kerja dah ni. Boss aku baru call kata ada meeting penting pula petang nanti."

Beritahu Mila yang berada di depan pintu bilik Zara yang masih berselimut itu. Mila yang sudah mengambil cuti dua hari perlu masuk kerja pula hari ini disebabkan banyak perkara yang perlu diuruskan. Jika tidak dia masih lagi bercuti menemani kawannya itu.

Zara yang masih tidak mahu keluar dari bilik itu, tidak mahu lagi ke mana-mana. Jika dia berada di tempat kerjanya, pasti akan bertemu dengan muka-muka keji yang menganiaya dirinya itu.

Mila hanya mengangguk faham dengan apa yang dilihatnya itu, dia tahu pasti Zara perlukan masa.

Baru sahaja pintu pagar dibuka untuk berangkat ke tempat kerja, satu kereta berhenti tepat di belakang kereta Mila. Mila yang terkejut itu keluar dan melihat gerangan orang yang tiba.

"Mak cik..Pak cik, macam mana makcik dan pakcik boleh ada kat sini? Datang dengan siapa?. Mila tercari-cari di sekitar tapi hanya wajah tua milik Encik Halim dan Puan Aini di depannya.

"Kami datang dengan bas semalam, tadi kereta sewa hantar sini bila mak cik bagi alamat ni. Zamri yang beri pada kami alamat kamu Mila."

Beritahu Puan Aini lagi.

"Mila..Makcik nak jumpa Zara, Zara mana nak."

Tanya puan Aini yang sedikit gelisah itu. Wajah encik Halim pula muram dan tampak tidak ceria di situ.

"Ada..Zara ada kat dalam dia tak sihat dari semalam lagi, demamnya tak kebah tu yang dia tak pergi kerja hari ini. Jemputlah masuk makcik..pakcik."

Ajak Mila yang serba salah itu menjemput mereka masuk ke rumahnya.

Mereka berdua hanya menurut sahaja, yang penting mereka boleh bertemu dengan anak gadis mereka itu.

Mila yang sudah tidak sedap hati menunjukkan bilik Zara kepada kedua orang tuanya itu. Dia tidak tahu apa lagi dugaan yang akan diterima Zara kali ini.

Baru sahaja pintu bilik dibuka dan Zara yang masih berselimut menutup seluruh tubuhnya itu terkejut apabila melihat gerangan yang masuk ke biliknya.

"Anak tak kenang budi..Mari sini!"

Teriak Encik Halim lalu mendekati Zara dengan cepat sambil menarik rambut anak gadisnya itu untuk bangun dari katilnya.

"Abang..Cukup abang, kan abang dah janji kita nak bincang elok-elok. Bukan macam ni Abang..!"

Teriak puan Aini apabila melihat Zara diperlakukan seperti itu.

Zara yang menangis tidak dapat berbuat apa-apa. Dia ditarik kasar oleh ayahnya sendiri keluar dari bilik tidurnya tadi.

"Ayah..Sakit ayah, maafkan Zara ayah. Zara tak salah ayah, diorang yang aniaya Zara. Zara tak buat apa-apa ayah."

Zara yang masih ditarik itu merayu memohon kepada ayahnya itu.

"Tak salah?Tak salah apa lagi hah?. Kau duduk berdua di rumah jantan kalau tak buat apa-apa, kau buat apa kat sana?. Tengok wayang?."

"Kau cakap dengan aku sekarang jantan mana..Jantan mana?, Bawa aku pergi rumah dia."

"Aku tak sangka kau hidup macam ni selama ni, atau masa kat London dulu pun kau dah jadi perempuan macam tu hah?."

Encik Halim marah besar kali ini, amukan dari suaranya kini bergema di seluruh ruang tamu rumah itu.

"Ayah..!"

Zara menangis lagi apabila dia dituduh sebegitu sekali oleh ayahnya sendiri.

Mila yang terkejut dengan perlakuan encik Halim terus pergi mendapatkan Zara. Dia takut terjadi perkara yang lebih buruk pula pada sahabatnya.

"Pakcik..Zara tak salah, sampai hati pakcik tuduh dia sampai macam tu sekali. Ini anak pakcik, pak cik dah besarkan dia dengan sempurna. Pak cik dah ajar dia dengan semua ilmu agama, Zara takkan buat perkara macam tu lah pakcik."

"Pakcik tahu tak terlukanya hati seorang anak bila keluarga dia sendiri tak percaya dengan dia. Mana lagi tempat selamat dia nak mengadu, kalau semua yang keluar dari mulut dia tak ada yang percaya."

Mila yang sudah menahan perasaan dan sebak tidak tahan lagi Zara diperlakukan seperti itu. Jadi, kali ini dia berani menyangkal semua yang diperkatakan oleh ayah Zara itu.

"Apa.! Terluka?."

"Habis tu hati aku ni tak terluka?. Anak yang aku tantang bagai minyak yang penuh ni yang menconteng arang ke muka aku."

"Satu kampung dah tahu semua lah, mereka dah mengata aku macam-macam. Aku tak pandai jaga anak, apa lagi yang diorang tak kata?."

"Ni muka ni, nak letak kat mana?."

Marah Encik Hali  lagi seraya menatap kedua-duanya.

"Abang..Sudahlah tu bang, Zara takkan hampakan kita macam tu. Abang sendiri tahu kan anak kita macam mana, sanggup abang tuduh dia macam tu."

"Kenapa?, Sebab apa yang Zamri cerita kelmarin tu abang dah percaya bulat-bulat?."

"Biarlah orang mengata sekali pun, Aini tahu anak Aini macam mana. Aini kecewa dengan sikap abang ni."

Sambung puan Aini lagi yang menangis memeluk anaknya itu yang dituduh berbuat perkara begitu.

"Diam..Sekarang ni aku nak tahu, jantan yang mana. Sebelum aku yang mati, baik aku cincang budak tu dulu."

"Mari sini Zara, kita pergi. Bawa aku ke rumah jantan tu, sekarang..!"

Marah encik Halim lagi yang berdiri di pintu memandang ke luar rumah.

Hatinya begitu sakit bila difikirkan kembali bagaimana abangnya sendiri menghina keluarganya dan menghina anak gadisnya yang tidak pandai menjaga maruah.

Tangisan yang terpendam di dada ditahannya sejak kemarin dengan penghinaan seperti itu. Dia bagaikan tidak boleh menerima kenyataan dengan apa yang berlaku.

Hati tua itu sangat kejam hinggakan tidak sanggup menerima ketentuan tuhan. Egonya sebagai seorang ayah masih utuh sehingga sedikit pun kata percaya itu tidak keluar dari mulutnya kini.

Oh mentari,
Temanilah jiwaku yang meratapi
Kuatkan hatiku hingga ajal mendekati

Oh tuhanku,
Kuberikan roh dan jasadku padamu,
Ragutlah, ambillah, tidak sanggup lagi aku
Sungguh tidak kuat untuk di tangis dan merayu
Rasa sakit ini menghiris kalbu dan sanubariku.

Melangkah pergi lah dengan hidupmu, anakku
Bangkitlah menyusuri hidupmu tanpaku,
Tuhan menetapkan segalanya untukmu
Carilah kebahagiaanmu tanpaku disisimu.

_Encik Halim

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience