Majlis pertunangan antara Zara dan Zamri telah pun dibuat secara sederhana di rumah Zara. Sebelum Zara akan bertolak ke Kuala Lumpur, encik Halim dan abangnya sudah sepakat untuk melaksanakan majlis itu dahulu.
Hanya tetamu terdekat dan sanak saudara sahaja yang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis malam itu.
Malam yang tenang ditemani pula dengan suluhan bulan mengambang memecah kesunyian Zara malam itu.
Zara yang tampak sungguh cantik dengan baju kurung modennya melihat ke luar jendela sambil menenangkan hatinya yang lara.
"Betulkah apa yang aku buat ni, ya Allah."
"Betul ke dengan keputusan aku ni, tapi aku dah tak ada pilihan dah."
Jerit Zara di dalam hati. Matanya dari tadi tidak lepas memandang bulan yang tidak bergerak menyuluh dirinya.
"Ha, buat apa tu?."
Sergah Mila dari belakangnya memeranjatkan Zara yang sedang muram menunggu masa untuk cincin disarungkan.
"Eh kau ni Mil, terkejut aku."
Sambil tangannya menepuk bahu Mila yang tergelak dengan perlakuannya.
"Kau ok tak ni Zara?"
"Aku tengok muka kau dah macam orang nak terima hukuman gantung dah."
"Malam ni kan malam bahagia kau, senyumlah sikit Zara."
Gurau Mila sambil mencuit pinggang Zara. Mila yang memerhati Zara dari tadi seperti mengetahui punca kemuraman itu.
Dia tahu, pasti Zara tidak mahu majlis ini berlangsung, dia sudah dapat mengagak dan tahu apa yang ada dalam fikiran gadis itu.
"Aku faham lah Zara, dalam keadaan keterpaksaan macam ni kau masih lagi nak buat-buat tenang kan?."
"Kau memang baik lah Zara.!"
"Kalau aku di tempat kau, aku rasa aku dah lari dah dari semua masalah ini."
"Apa kata kalau aku bawa kau lari. Nak tak.?"
"Kita terus ke KL, aku tolong kau."
Kata Mila sambil menepuk belakang kawannya itu berbisik. Tapi, Zara sudah memandang sahabatnya itu seperti tidak percaya.
"Kau cakap apa ni Mil, takkan aku nak kecewakan keluarga aku."
"Semua dah diatur dah. Majlis ni, makanan kat luar tu."
"Kalau aku buat macam tu, malu la keluarga aku nanti. Kesian diorang tu Mila."
Beritahu Zara memandang sedih sahabatnya itu.
Mila yang duduk do samping gadis itu hanya mengangguk saja apa yang diperkatakan padanya. Betullah apa yang diberitahu Zara, kesian pula pada orang tuanya.
Mila yang sanggup mengambil cuti kerja untuk pulang ke kampung semata-mata mahu membantu Zara di majlis itu.
Dia sudah mengetahui semua permasalahan Zara ini dan berjanji akan selalu bersama Zara.
Mila yang bekerja sebagai manager syarikat Setiawan di Kuala Lumpur juga tahu yang Zara akan ke Kuala Lumpur nanti, untuk ditemuduga.
Oleh sebab itulah dia berani mengambil cuti semata-mata untuk membantu kawan baiknya itu. Mereka sudah berkawan baik sejak di sekolah lagi.
Tapi, disebabkan Mila terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur, mereka akhirnya terpisah.
Hanya dengan panggilan video dan pesanan ringkas di 'Whatsaap' lah menghalang keterpisahan mereka berdua itu.
"Zara..,rombongan dah sampai tu. Jom keluar nak."
Pinta ibunya yang terus membantu membetulkan baju anaknya itu.
Jam menunjukkan pukul 9.15 malam, cincin disarungkan oleh bakal ibu mertua Zara iaitu mak ciknya sendiri dan disaksikan oleh sanak saudara.
Majlis tersebut usai jam 11 malam di mana sebelum tetamu pulang, mereka dijemput untuk menjamu hidangan terlebih dahulu.
Zara yang tampak sungguh letih melayan tetamu yang mahu bergambar sebagai kenang-kenangan dari tadi merebahkan dirinya di atas katil. Dia betul-betul tidak menyangka yang dirinya sudah menjadi tunangan orang.
Mata Zara memandang tepat ke kipas yang berpusing di siling. Fikirannya kosong, hatinya sedikit pedih tetapi apakan daya. Semuanya telah tersurat.
Setelah selesai dengan majlis pertunangannya dua hari yang lepas, Zara sudah pun bersiap sedia untuk berangkat ke Kuala Lumpur bersama Mila.
Oleh disebabkan cuti Mila dah berakhir dan meminta diri untuk pulang, Zara meminta izin kedua orang tuanya untuk dia berangkat bersama Mila.
Lagi pula, temuduga kerjanya adalah lusa. Jadi tidak salah jika dia menumpang kawannya itu biat sementata waktu.
Zara tidak mahu meminta pertolongan dari Zamri, walaupun Zamri sudah menawarkan diri untuk menghantar dirinya ke Kuala Lumpur.
Tetapi tawaran itu tetap ditolak dengan baik oleh Zara. Dia rela menyusahkan kawan baiknya itu semata-mata tidak mahu berdua-duaan bersama Zamri sepanjang perjalanannya ke Kuala Lumpur.
Zamri yang sudah mendekat datang kepada gadis itu terus membisikkan sesuatu.
"Hati-hati tau buah hatiku."
Sambil membantu Zara mengangkat beg masuk ke kereta.
Matanya tidak lepas dari memandang Zara, walaupun tawarannya untuk menghantar Zara ditolak, Zamri tetap datang untuk melihat tunagannya itu.
"Ya, terima kasih Zam"
"Aku pergi dulu."
Jawab Zara teragak-agak. Sejak menjadi tunangan Zamri, Zara sedikit kekok untuk bergurau seperti dahulu. Hatinya menolak untuk berbuat begitu dan dirinya juga begitu pelik memikirkannya.
"Ibu, ayah.. zara pergi dulu ya. Doakan Zara tau".
Zara bersalam sambil mencium pipi kedua orang tuanya.
Zamri yang dari tadi memerhati Zara membisikkan sesuatu lagi di telinga Zara sebelum gadis itu masuk ke dalam kereta.
"Buah hatiku.., tunggu aku nanti tau, jangan nakal-nakal pula. Oh ya, jangan lupa 'Whatsaap' aku tau."
Bisiknya dengan menggoda sambil memberikan senyuman manis kepada Zara di samping.
Zara hanya mengangguk perlahan terasa serba salah pula di situ dan terus saja memasuki kereta.
Mereka berdua terus meninggalkan kampung itu dengan ditemani pula dengan alunan lagu di corong radio.
Zara yang dari tadi menenangkan hatinya sendiri, sambil melihat-lihat pula pemandangan di sawah.
Setitik air mata jatuh jua dari pipinya mengenang nasibnya kala ini.
•••
"Sayang!"
"You pergi mana?. Lama tau i tunggu you kat ofis ni."
Rengek Tania dengan manja mendapatkan Ziyad yang baru mahu masuk ke dalam pejabatnya.
Pinggang Ziyad terus saja dirangkulnya tanpa segan silu diperhatikan semua orang di dalam pejabat. Namun, perkara itu hanya dibiarkan saja oleh Ziyad yang tampak malas untuk melayan.
"Jom la sayang kita pergi makan, i belum breakfast lagi ni tau. Lama i tak jumpa you. You asyik mengelak je tau kalau i ajak keluar."
Rengeknya lagi.
Ziyad tidak mempedulikan keletah Tania itu sibuk dari tadi menghadap komputer sambil membelek fail-fail yang berselerakan di atas meja.
"I busy tau sekarang ni Tania. Kejap lagi i ada meeting pula dengan klien kat luar. You pergi makan dulu ok."
"Nanti i ada masa, i ikut you pergi mana-mana saja yang you nak."
Sambil mencuit hidung tunangannya itu dan bergegas keluar dari bilik itu.
Ziyad memang sengaja mahu mengelak dari gadis itu, lebih baik dia pergi uruskan kerjanya dari mengurus gadis itu.
Kadang-kadang kepulangan gadis itu merimaskan dirinya pula kali ini, dulu hidupnya tenang saja tanpa gangguan.
Baginya, Tania tidak layak pun untuk dirinya. Kalau bukan disebabkan mamanya yang mahu melihat dia dan anak kawannya itu bersatu, Zidak sendiri tidak mahu pertunangan itu terjadi.
Sejak Tania pulang dari London, gadis itu sedikit pun tidak meluangkan masa untuk melawat mamanya apatah lagi bertanya khabar kesihatan mamanya itu.
Macam mana dia mahu menerima gadis itu sedangkan cara gadis itu pun sudah tidak seperti tunangannya.
Perkara itu juga membuatkan Ziyad semakin hari mahu saja menjauhkan diri dari gadis itu, kalau boleh batalkan saja status tunang tu pun dia sanggup.
Jika Tania hanya menginginkan dirinya sahaja, gadis itu sebetulnya tidak pernah ada dalam hatinya.
Dia mahukan seseorang setia dan mempunyai hati nurani seperti mamanya sebagai teman hidup. Tetapi Tania jauh sekali seperti yang dia harapkan.
Ziyad yang menyandang jawatan sebagai Pengurus Bahagian Operasi di Syarikat ZNE Holding itu lebih banyak menguruskan syarikat itu berbanding adik tirinya itu.
Ziyad tidak pernah cemburu atau terguris dengan jawatan CEO yang disandang Zahir, malah dia lega kerana tidak perlu banyak berdepan dengan ahli lembaga pengarah kelak.
Ziyad yang lupa untuk mengetuk pintu terus meluru masuk ke ruang pejabat Zahir. Namun, langkah kakinya terhenti di balik pintu selepas menyaksikan adegan panas Zahir waktu itu.
Zahir dan pembantunya yang asyik bercumbuan dan bermesra di ruangan itu pula terus tersentak dengan kuakkan pintu bilik.
Mereka terus membetulkan baju masing-masing seperti tiada apa-apa pula yang terjadi.
Genggaman dari tangannya kini masih utuh digenngam seperti mahu saja dia menumbuk muka lelaki yang tiba-tiba saja masuk ke biliknya itu.
Nasib baik lah bukan papanya, kalau tidak reputasinya mungkin sudah hancur begitu saja.
Ziyad yang tidak mahu mempedulikan apa yang berlaku terus melangkah masuk dengan selamba.
Dia terus meletakkan fail kerja yang perlu ditandatangani segera oleh Zahir itu sambil memandang dengan muka yang sangat dia benci kala ini.
Tapi tiba-tiba saja dia terus ditarik oleh lelaki itu dan membuatnya terkejut dengan perlakuan lelaki itu.
Kolar bajunya dipegang kemas menyebabkan dirinya terus kaku dengan perlakuan adik tirinya yang sedikit berani itu.
"Kau memang tak ada adab ke yad hah?."
"Suka-suka kau je masuk bilik aku macam tu, kau tahu aku siapa?."
"Kau jangan sampai aku ambil tindakan atas kau ni."
"Kau masuk bilik aku, tak ketuk pintu. Kau sedar sikit diri kau tu."
"Kau cuma bawahan aku tau yad."
Ziyad yang tiba-tiba bengang dengan perlakuan kasar Zahir itu terus menepis cengkaman kasar tersebut.
Waktu ini dia masih lagi boleh bersabar, kalau tindakan adik tirinya itu melebihi batas. Tahulah nasib dia pula.
"Aku nak cepat. Aku tak ada masa lah nak layan kerenah kau ni hir."
"Apa kata kau tandatangan cepat fail tu, aku ada hal lah lepas ni."
lSambil tangannya membetulkan kolar bajunya yang terusik tadi.
"Okay..okay!"
"No problem Yad..Tapi, kalau aku dapat tahu perkara yang kau nampak tadi jatuh ke telinga papa. Nahas kau Yad, kau belum kenal aku siapa."
Fail yang sudah ditandatangani olehnya itu terus dicampak tepat jatuh ke kaki Ziyad.
Ziyad yang hanya tersenyum sinis dengan ugutan lelaki itu terus saja mengambil fail itu lalu memandang tepat pada wajah di depannya itu.
"Don't you worry men. Kalau kau nak bermesra, berasmara atas jalan raya sekali pun.
"It's not my problem at all lah. Aku tak nak kisah lah sampah macam kau ni."
"Hey..!"
"Kalau papa tahu pun lagi bagus, ye lah..Dia boleh tengok sikit perangai bagus anak kesayangan dia ni."
"Daripada di selalu nampak salah aku je selama ni, kan lagi elok kau tunjung belang kau depan dia."
"Sampah.!
Balas Ziyad dengan selamba dan terus keluar dari ruangan CEO tersebut.
Bagi Ziyad hal yang berkaitan dengan Zahir tiada kaitan dalam hidupnya. Mereka sebenarnya orang asing yang disatukan dalam keluarga yang salah.
Darah yang mengalir di tubuh masing-masing semestinya berbeza. Walaupun Zahir juga anak kandung dato' Zakri, tetapi bagi Ziyad adiknya itu bukanlah sesiapa tetapi orang asing di hidupnya.
Perasaan itu timbul bila keputusan papanya untuk berkahwin semasa mamanya terlantar sakit telah membuat dia benci akan semua itu.
Semua perkara yang berkaitan dengan papanya akan selalu salah di matanya sampai bila-bila.
"Aku sampah Yad.. Berani kau Yad cakap aku macam tu, sampai masanya kau tunggulah nasib kau."
"Aku benci lah dengan kau dan sampai bila-bila pun, aku tak pernah ada abang macam kau lah."
"Luka yang aku pendam akan aku simpan sampai kau mati, aku rela lah tak ada pertalian dengan kau."
"Kau bukan sesiapa pun pada aku, Kau tu sampah lah.!"
Zahir menggenggam erat jari jemarinya yang seakan menahan luka dan bara di hatinya itu.
Sampai saat ini dia masih lagi mengingat peristiwa dulu yang mana dia sedikit pun tidak dipedulikan oleh lelaki itu apatah lagi ingin disayangi.
Zaman remajanya hanya ditemani dengan pertengkaran dan pergaduhan sahaja, lelaki itu sedikit pun tidak memandangnya dengan kasih sayang seorang abang.
Malah hari demi hari hanya perkataan benci yang diterimanya ketika dia cuba untuk berbaik dengan abang tirinya itu.
Namun hanya hinaan dan kata makian yang diterima olehnya dan ibunya, disebabkan itulah wujud perasaan benci dan dendam terhadap lelaki itu sampai bila-bila.
"Diriku yang kau lukai
Tak mungkin menerimamu kembali
Biarkanlah ku jalani hidup ini
Tanpa sedikit pun kasih darimu
Ku kan meniti hari ini dengan bunga yang mekar tumbuh
Tapi bukan denganmu bicaramu
Orang yang melukaiku"
_Zahir
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel