Jam menunjukkan pukul 11 malam, gerangan sang suami masih belum muncul lagi di hadapannya, Zara yang terduduk di sofa memandang jam di dinding sesekali melihat makanan di atas meja yang tak terusik.
Entah ke mana suaminya menghilang, waktu begini pun masih belum pulang dari meeting. Disebabkan Ziyad yang memberitahunya petang tadi ada meeting bersama ahli lembaga pengarah di luar, jadi dia tahu suaminya ke mana.
Dia yang menyandar lesu di sofa masih teringatkan perlakuan gadis kekwat itu, rasa sakit hatinya masih disimpan di dalam hati. Sedang dia terduduk di sofa dengan sendirinya dia sudah terlena di situ.
Hampir pukul 1 pagi Ziyad baru tiba di rumah, dia yang melihat isterinya yang sudah tertidur lena di sofa mendekati. Baru saja mahu mengangkat tubuh si isteri naik ke atas, dia terlupa yang bajunya kotor tertumpah air.
"Abang..Pukul berapa ni? Abang baru balik..?"
Zara yang terjaga dari tidurnya terus bangun dari baring, dia yang melihat suaminya berdiri membuka baju dan terus naik ke atas memelikkan dirinya itu.
"Abang.."
Dia yang mengikuti suaminya dari belakang melihat suaminya menuju ke bilik mandi bersama bajunya tadi. Baju yang dipakainya disental dengan air tanda ia susah untuk ditanggalkan.
"Abang buat apa ni dah lewat dah...Letaklah baju tu kat bakul nanti Zara basuh baju abang."
Beritahu Zara yang memerhati tingkah suaminya di situ.
"Tak abang kena sental ni dulu, takut nanti tak tanggal kesan ni, sayang pergi tidur dulu ya."
Beritahu Ziyad di situ. Zara yang melihat terus mengambil baju di tangan suaminya itu dan melihat kesan kotor yang masih melekat, bau yang kuat juga turut menyengat hidungnya saat ini.
"Kesan apa ni bang?, kenapa bau macam ni.?"
Tanya Zara yang memandang suaminya yang masih membeku di situ.
"Tak.. Tadi tu Elena tak sengaja pula tertumpahkan air kat baju abang, dia tak sedar masa tu. Tu yang jadi macam ni kat baju abang, susah nak tanggal."
Beritahu Ziyad lagi di situ. Zara yang mendengar sudah melepaskan baju di tangannya dan membasuh tangannya tanda dia jijik. Dia yang memandang marah pada suaminya itu keluar dari bilik air itu.
Ziyad yang memerhati sudah memegang kepalanya tanda sudah bersalah di situ.
"Sayang..,sayang dengar dulu apa abang nak cakap ni sayang. Benda ni betul-betul tak disengajakan pun sayang.. Sumpah..!"
Beritahu Ziyad memegang tangan isterinya di situ mahu menjelaskan semua yang berlaku.
"Tak payah peganglah..Cuba abang jujur sekarang dengan Zara abang pergi mana sebenarnya ni.."
"Abang cakap kat Zara abang pergi meeting kan tadi atau sebenarnya abang ni pergi dating dengan perempuan tu..? Lagipun meeting apa yang lama sangat ni."
Tanya Zara yang seakan marah disitu, matanya yang hampir berkaca-kaca ditahannya.
"Ya Allah sayang, sampai hati sayang tuduh abang macam tu sayang..! Memang abang ada meeting tadi dan meeting tu pun dibuat di restoran bukannya club tau sayang.!"
Cerita Ziyad lagi. Pandangan matanya masih tetap memandang muka isteri yang muram di situ.
"Kalau bukan kat club, yang air tumpah kat baju abang tu air apa?. Air oren ke abang?."
"Abang jangan ingat Zara tak boleh beza semua tu, abang sedar tak sekarang ni yang abang dah makin rapat dengan benda-benda haram tu."
Beritahu Zara yang malas memandang muka suaminya itu.
"Ya Allah percaya lah sayang..Abang tak minum pun air-air tu semua dan abang boleh bezakan semua tu sayang, cuma tadi kat restoran memang Elena tak sengaja tertumpahkan minuman tu pada baju abang."
Cerita Ziyad lagi menarik isterinya kembali memandangnya.
"Dah la abang, abang buang je lah baju abang tu Zara tak nak pegang pun. Tak pun kalau abang sayang sangat baju tu, abang suruh lah cik Elena pujaan hati abang tu basuh."
Marah Zara lalu bergerak ke katil untuk tidur. Malas dia mahu melihat suaminya sekarang. Ziyad yang sudah tidak tahu mahu berkata apa-apa lagi terdiam di situ, biarlah isterinya itu menenangkan diri dulu.
Pagi itu Zara yang sudah menyiapkan sarapan pagi mahu terus bergerak ke pejabat, perasaan marahnya pada Ziyad masih sama macam semalam. Disebabkan gadis kekwat tu lah dia bermasam muka dengan suaminya.
Namun, belum sempat Zara mahu keluar dari pintu Ziyad sudah menarik tangannya di situ.
"Sayang marahkan abang lagi ke sayang.. Janganlah macam ni sayang, takkan sikit pun sayang tak percayakan abang, kalau hal kerja macam ni memang abang ambil serious tau sayang."
"Semalam pun memang kami meeting di restoran dan air macam tu memang diorang serve kat situ dah, abang tak pernah lagi sentuh benda-benda macam tu tau sayang."
Cerita Ziyad lagi menatap gadis itu. Zara yang berbalik hanya membetulkan tali leher suaminya yang agak sedikit senget di situ.
"Tengok sayang diam lagi macam ni, sayang tahu tak abang tak boleh tengok sayang macam ni. Pandang abang sayang, janganlah macam ni."
Zara yang hanya melihat sekilas saja suaminya di situ kembali menarik nafas.
"Zara tahu tu semua ada kaitan dengan kerja, Zara faham sangat semua tu abang. Tapi, kalau melibatkan perempuan tu dah bukan kerja tau bang, dia tu memang sengaja."
"Kalau Zara sendiri boleh jaga batas Zara kenapa tak abang?. Tengoklah semalam, dia dah tahu dah Zara ni isteri abang tapi dia suka-suka je pegang abang depan Zara. Elok ke tu perangai dia.? Tapi sikit pun abang tak jaga hati Zara."
Zara terus mencium tangan suaminya dan berlalu dari situ untuk ke office. Biar Ziyad sendiri fikir apakah perbuatan dia tu elok atau tak.
Di ZNE Holding sekarang ini Zara yang baru sampai di sana terus duduk seraya membuka komputer di depannya. Dalam fikirannya masih lagi mengingatkan apa yang berlaku semalam, kata-katanya tadi pun mungkin sudah menggoreskan hati suaminya.
Sejak gadis kekwat itu muncul, suaminya sangat rapat melayan gadis itu. Sedang Zara masih termenung di situ, Cik Elena yang baru masuk ke dalam biliknya dipandang begitu saja. Dia yang berjalan kekwat di depan Zara sepertinya sedang mentertawakan gadis itu kini.
Zara yang malas melayan hanya meneruskan saja kerjanya, dia tidak mahu mencampur adukkan hal kerja dengan masalahnya.
Waktu lunch hari ni Ziyad yang datang menemui isterinya itu mengajak Zara makan bersamanya hari ini. Riak wajah yang sama juga tetap dilihat oleh lelaki itu lagi.
"Sayang marah abang lagi ke ni?, Ok lah macam ni. Lepas ni Abang janji yang abang akan jaga batas abang bila dengan dia. Semalam abang sendiri tak perasan yang dia pegang lengan abang sayang."
"Dahlah tak nak la macam ni, asyik merajuk je sayang ni. Nanti tak cantik macam mana.?"
Pujuk Ziyad sambil mencuit dagu isterinya di depan.
"Janji dengan Zara jangan nak rapat dengan dia sangat. Zara dah tak marahkan abang dah, cuma abang jaga la batas abang. Kalau Zara rapat dengan orang lain, abang marah pula."
Beritahu Zara lagi kepada suaminya itu.
"Ye lah sayang..Memanglah abang marah kalau ada yang nak rampas sayang dari abang, mana boleh macam tu."
Beritahu Ziyad lagi menyuapkan sedikit makanan ke mulut isterinya itu. Setelah selesai makan tengahari mereka berjalan keluar bersama berpegangan tangan keluar dari restoran itu.
Namun, dalam kemesraan yang dirasai pasangan itu muncul pula perasaan cemburu oleh orang ketiga yang melihat kemesraan rumah tangga mereka. Dia melangkah pergi sambil tersenyum sinis di situ memandang mereka berdua.
____________
Di ZNE Holding sekarang ini, Zara yang sudah menyiapkan semua dokumen perolehan yang disuruh Cik Elena semalam sudah pun disiapkan. Jadi, sekali lagi Zara perlu bertentang mata dengannya untuk memberikan fail itu untuk diluluskan.
"Cik Elena ni fail semalam, semuanya dah settle. Saya dah bincang dengan pembekal dan mereka pun dah kurangkan harga untuk projek kita tu. So, you may see it."
Gadis yang masih membatu di kerusi itu mendengar acuh tak acuh saja sambil leka mewarnai kukunya. Zara yang melihat menjeling sedikit dan mahu segera keluar dari situ.
"Betul ke you ni isteri Yad yang sah cik Zara? I tengok you pun dah macam perempuan kampung tau. Layak ke you nak bergandingan dengan dia, dia tu CEO syarikat ni tau cik Zara. Kalau i tengok pun i malulah."
"Lagipun i rasa Yad tu lebih sesuai dengan i dan kami pun rapat lah cik Zara, kalau you nak tahu i ni ex girlfriend dia tau."
"uupss"
Zara yang sudah menghembuskan nafasnya kembali berbalik memandang perempuan tak malu itu. Ada saja rancangan gadis itu nak rosakkan hubungan keluarganya, tapi kali ni memang dia tidak akan terpedaya.
"I tak ada masa nak layan soalan tak berapa nak cerdik you ni cik Elena, i tengok you ni dah untung tau dapat jawatan dah tinggi. Tapi satu je, tak pernah nak professional."
"I ni tak tahu lah you datang dari dunia mana, tapi hormatlah sikit bila nak bercakap dengan orang. Manusia sepatutnya beradab bukan biadab. I still hormat you sebagai ketua jabatan ni so, jangan sampai i hilang rasa hormat tu kat you.. Excuse me..!"
Gadis itu yang mendengar hanya tersenyum sinis meniup kukunya itu. Dia hanya mencebik bila Zara berkata begitu padanya.
Waktu pulang dari office, Zara ada singgah di sebuah mall untuk mencari beberapa helai baju kemeja untuk dihadiahkan kepada suaminya. Dia tergerak hati untuk membeli bila dia teringat semalam waktu dia menyuruh suaminya membuang baju yang terkena air arak akibat dari perbuatan gadis kekwat itu.
Sedang dia memilih baju-baju yang berjenama di situ seorang lelaki datang menghampirinya menatap lama wajahnya.
"Zara..."
Namun pandangan mata Zara yang tidak suka akan lelaki itu masuk ke dalam untuk memilih baju-baju yang lain. Zamri terus datang menghampiri tanda dia mahu berbual di situ.
"Kau buat apa kat sini Zam? Tak habis lagi ke nak kacau hidup aku, hidup keluarga aku. Boleh tak kau pergi jauh dari sini..!"
Marah Zara bila lelaki itu masih lagi mengikutinya.
"Zara..Aku tahu aku ada banyak salah dengan kau, aku datang sini bukan sengaja ikut kau. Aku nampak kau kat sini tadi bila aku lalu, jadi aku datang cuma nak minta maaf tu je."
"Lagipun aku dah minta maaf dengan keluarga kau Zara, alang-alang aku dah jumpa kau kat sini, kau maafkanlah aku juga. Takkan lah sikit pun kau tak boleh maafkan aku, kita dulu pun dah berkawan rapat kan Zara."
Beritahu Zamri merayu di situ. Zara yang sudah membayar dua helai baju yang dibeli terus keluar dari situ namun Zamri masih lagi mengikutinya.
"Dah la Zam ikut aku macam ni, ok macam ni lah..Aku maafkan kau. Tapi, aku tak suka dengan cara kau ikut aku macam ni, kalau boleh jangan rapat sangat dengan aku."
"Lagipun kau buat apa kat bandar ni sorang-sorang."
Tanya Zara yang sudah pelik dengan keberadaan Zamri di Kuala Lumpur.
"Aku..Aku ada kursus kat KL ni Zara, esok lusa aku baliklah. Lagipun semua guru wajib hadiri kursus ni, sekarang ni pun aku saja pusing-pusing dalam mall. Tak sangka boleh jumpa kau. Terima kasih Zara maafkan aku..Jadi, kita kawan macam biasa lah kan?"
Tanya Zamri yang tersenyum di situ. Zara yang mendengar hanya mengangguk setuju sahaja, malas mahu berkata apa-apa lagi.
"Yad mana Zara?.Takkan waktu-waktu macam ni, kau shopping sorang-sorang."
Tanya Zamri lagi berjalan bersama gadis itu keluar dari mall.
"Kat office lagi..Malam nanti baru dia balik, ok lah Zam aku gerak dulu. Dah lewat dah ni, Assalamualaikum."
Beritahu Zara dan berlalu dari situ. Namun, dalam perbualan mereka berdua itu, ada mata yang memerhati dari jauh bersama telefon di tangan. Dia tersenyum puas di situ dan menyedut air oren dengan gembira.
•••
Di rumah sekarang ini Zara yang sudah memasak seperti biasa duduk di sofa sambil bermain telefon di tangan.
Kali ini suaminya pulang awal tidak seperti selalu, ziyad yang baru masuk ke rumah duduk bersebelahan isterinya itu melepaskan lelah dan menyandar lesu.
"Awal abang balik hari ni, rindu Zara eh..Kenapa ni abang?, letih je Zara tengok.."
Tanya Zara seraya membuka tie yang dipakai suaminya di sebelah, Ziyad yang memandang lama gadis di sebelahnya terus merebahkan diri di riba gadis itu.
"Kenapa ni encik Ziyad manja semacam je ni, any problems ke sayang.."
Tanya Zara lagi berbisik sambi mencubit hidung suaminya yang sudah tergelak dengan perlakuan gadis itu.
"Ada problem yang memang abang tak suka..Arghhh...Malasnya sayang..., kalau difikir-fikir lagi jadi serabut lah abang dibuatnya."
Ziyad yang sudah bangun kembali memandang sayang muka gadis itu di situ.
"Sayang..Sayang tahu tak yang Abang ada kursus lusa ni. Dah la seminggu abang kena ada kat Melaka, abang macam risau pula nak tinggal sayang sorang-sorang macam ni."
Beritahu Ziyad menceritakan masalahnya pada si isteri.
"Lah..Kursus ke yang abang risaukan ni.., memang sekarang musim orang attend kursus eh abang?"
"Abang...Abang kan CEO syarikat, mestilah kena pergi..Kursus ni dah memang wajib tau bang untuk tingkatkan kredibiliti seorang usahawan macam abang ni."
Beritahu Zara tersenyum memandang suaminya disebelah. Namun, reaksi Ziyad tidak pula begitu ceria di situ. Dia memegang erat tangan isterinya ketika ini dan diciumnya beberapa kali.
"Janganlah macam ni abang, takkan abang nak hampakan harapan papa nak tengok anak dia hande syarikat dia dengan baik, tak baik tau abang tak amanah macam ni."
Beritahu Zara lagi memujuk.
"Tapi abang betul-betul risaukan sayang lah, kalau abang rindu sayang macam mana.? Siapa nak jadi bantal peluk abang untuk seminggu tu?."
Tanya Ziyad tersengih kepada isterinya dengan manja.
"Amboi abang..Gatal eh nak bantal peluk bagai, nanti kita call lah apa yang susahnya."
"Dah sekarang ni Zara tak nak abang fikir panjang-panjang lagi macam ni. Abang pergi je okay..Zara tak apa-apa lah abang kat sini, Zara akan setia je tunggu abang kat sini."
"Tak pun kalau Zara bosan, Zara tidur rumah Mila pun okay..Dah la tak nak la buat muka macam ni, seminggu je pun sayangku..."
Beritahu Zara yang memeluk suaminya itu. Ziyad yang disebelah mengangguk sahaja tanda setuju dengan apa yang diberitahu isterinya.
"Oh ya bang, Zara lupa..Ni baju yang Zara belikan tadi, tengoklah sesuai tak dengan citarasa abang ni."
"Lagipun Zara nak minta maaf dengan abang sebab suruh abang buang baju semalam tu. Ni Zara ganti balik dengan jenama yang sama, risau juga Zara kalau baju semalam tu baju kesukaan abang."
Beritahu Zara lagi panjang lebar. Ziyad yang tersenyum mengambil baju itu dan mencium dahi isterinya tanda dia sangat kasih pada keikhlasan gadis itu.
"Terima kasih sayang..Abang appreciate sangat dengan semua yang sayang beri ni, thanks sebab belanja abang semua ni.."
"Tapi kan sayang..Kalau... abang nak lepas rindu awal-awal boleh tak?, Yelah seminggu kot nak berpisah, abang dah la tak boleh kalau tak jumpa sayang. Boleh kan..."
Beritahu Ziyad yang sudah tersenyum gatal di situ, Zara yang mengundur ke belakang sedikit dengan kata-kata suaminya itu menjauh dan terus berlari naik ke atas.
"No..!"
Laung Zara yang berlari pergi dari situ, ada saja rancangan suaminya itu untuk terus mengenakannya saat itu, Ziyad yang melihat pun sudah tergelak sendiri melihat telatah isterinya itu berlari ketakutan.
•••
Sudah Lima hari Ziyad di Melaka menghadiri kursus dan dalam lima hari itulah Ziyad tak lepas dari menghubungi dirinya itu. Sesekali mesti dia akan bertanya khabar tentang keadaan isterinya di rumah dan Zara sendiri pun tak pernah bosan melayan keletah suaminya itu.
Mereka yang masih lagi bergayut di telefon waktu itu masing-masing melayan perasaan masing-masing, namun suara gadis yang tidak senang dengan keadaan itu menghampiri Zara di mejanya.
"You buat apa ni Zara?"
Tanya cik Elena yang memandang tajam mukanya tanda tidak puas hati disitu. Zara yang masih di telefon meminta izin suaminya untuk meletak panggilan dahulu dan bangun memandang gadis kekwat di depannya.
"Yes cik Elena..Ada masalah apa lagi ya?"
Tanya Zara pelik dan bangun dari duduknya tadi.
"Ada masalah you cakap..You tahu tak you kat mana sekarang ni? Ni office tahu tak bukan bilik tidur yang you nak manja-manja macam tu."
Tegur cik Elena yang sudah melampau disitu, nasib baik staff lain dah keluar pergi lunch jadi hanya dia dan gadis itu sahaja di situ sekarang.
"Apa maksud you ni cik Elena?, apa yang salah?. Lagi pun waktu sekarang kan masih lunch hour takkan i nak make a call pun salah."
"Lagipun i used my own time not office time cik Elena..!"
Gadis itu yang mendengar hanya mencebik disitu, dia yang memegang fail di tangan terus melemparkan fail itu di atas meja Zara.
"Whatever..But i still tak suka cara you tu, if you wanna make a call personally, just do it at the toilet or somewhere else. Not here..!"
"Take that file and make 3 copies of that and letak atas meja i after lunch. Make it on time..! Lagipun you tak ada kerja kan nak buat sekarang, daripada you membazir masa macam ni kan elok buat kerja bermanfaat."
Perli gadis itu dan terus keluar dari office untuk keluar lunch. Zara yang sudah geram dengannya terus mengambil fail tersebut dan membuat apa yang disuruh, ada saja yang tak kena kalau melibatkan dirinya di mata gadis itu.
Namun, dalam kelekaan dia membuat kerja, kepala dia tiba-tiba saja terasa pening. Panas membahang juga turut dirasakan dan matanya turut dipejam-pejam menahan sakit yang mencengkam kepalanya saat ini.
Siap sahaja dia membuat salinan fail tersebut dia terus masuk ke bilik untuk meletakkan fail di atas meja tetapi, pandangan matanya tertumpu pada gambar suaminya yang mesra bergambar bersama Elena di situ. Gambar tersebut hanya ditatap sepi dan dia berlalu pergi.
Zara yang hendak pulang ke rumah baru teringat untuk membeli ubat di farmasi, jadi dia singgah sebentar di sebuah farmasi dan terserempak pula dengan Zahir yang juga baru masuk ke situ.
Dia yang tersenyum lebar pada kakak iparnya menghampiri dan menegur gadis itu di situ.
"Kak Zara beli apa? Abang Yad sakit ke?"
Tanya Zahir yang sudah menghampiri.
"Hir..Tak ada lah akak nak beli ubat sikit, sakit kepala sangat hari ni tu yang datang sini. Abang Yad outstation lagi, lusa baru dia balik..Hir nak beli apa ni?."
Tanya Zara kembali memandang lelaki itu.
"Tania call Hir tadi kak, ubat vitamin dia dah nak habis tu yang Hir singgah sini kejap. Alang-alang kedai Hir pun dekat area sini je kak, nanti kalau free singgahlah dengan abang Yad."
Cerita Zahir lagi, mereka berdua yang baru keluar dari farmasi itu berjalan bersama.
"Ooh..Hir dah ada kedai sendiri sekarang? Biar betul ni.. Business apa Hir?. Patutlah Tania kerap je pergi rumah Mila sekarang ni, rupanya suami dia sibuk memanjang ye..! "
Beritahu Zara lagi mengusik lelaki itu seraya membuka pintu kereta. Tapi, rasa sakit kepalanya masih lagi berdenyut di situ.
"Business kecil je kak Zara, Photography & Printing. Hir nak kerja ikut minat Hir je sekarang ni, dulu tak boleh sebab papa suruh handle company dia."
"Tu lah.. Kadang Hir kesian juga tinggal Tania lama-lama dalam keadaan dia mengandung pula, lagipun kedai Hir tu baru lagi kak. Hir tak sempat nak hired pekerja lagi, jadi Hir urus lah sendiri dulu."
Cerita Zahir panjang lebar disitu. Zara yang mendengar mengangguk faham situasi lelaki itu.
"Oklah kak Hir nak gerak dah ni, nanti lewat pula sampai rumah...Assalamualaikum."
Beritahu Zahir seraya mahu berlalu pergi dari situ. Zara yang sudah memegang pintu dengan kemas terjatuh memegang kepalanya pula di sisi keretanya, Zahir yang mendengar bunyi di belakangnya kembali berpaling memandang.
"Ya Allah kak Zara..Akak ok tak ni?, boleh balik tak?. Hir hantar balik nak tak kak?"
Beritahu Zahir yang sudah risau dengan keadaan kakak iparnya. Dia membantu gadis itu untuk bangun dari situ, namun Zara mengelak sedikit dari terus dipegang oleh lelaki itu.
"Akak ok Hir, boleh drive lagi ni..Ntahlah tiba-tiba rasa kepala akak ni pening pula, akak balik dulu lah ya."
Tapi tanpa dapat ditahannya juga dia tiba-tiba saja termuntah dan mengenai habis baju yang dipakai Zahir. Dia yang terkejut di situ cepat-cepat mengambil tisu di dalam kereta dan mengesat-ngesat muntah di baju lelaki itu.
"Akak betul-betul minta maaf Hir akak memang tak sengaja, habis dah kena baju Hir ni.."
Beritahu Zara yang risau di situ.
"Tengok..Dalam keadaan macam ni ke akak nak drive? Bahaya tau kak.."
"Ok lah kalau akak masih tak percayakan Hir, akak call grab dulu. Akak balik dengan grab biar Hir drive kereta akak ni. Tak boleh lah macam ni kak, kalau jadi apa-apa macam mana, dah la abang Yad tak ada."
Beritahu Zahir lagi, dia tahu yang kakak iparnya mesti masih ragukan dirinya. Jadi untuk kebaikan gadis itu dia membuat keputusan itu.
Zara yang mendengar hanya mengangguk mahu dan mereka menunggu grab tiba selepas itu barulah mereka bertolak.
Zara yang sudah terlena letih di situ dikejutkan Zahir untuk keluar dari grab, dan Zahir menyuruh grab tersebut menunggu dirinya pula.
Mereka yang jalan beriringan masuk ke dalam dan Zahir meminta diri untuk pulang bila sudah melihat keadaan Zara yang sudah selamat sampai di rumah.
"Terima kasih Hir tolong akak..Tapi Hir salin baju dululah, pakai baju abang Yad dulu. Nanti bau pula dalam grab nanti, mesti tak selesa."
Zahir yang mengangguk terus masuk ke dalam tandas setelah diberi pakaian lain untuk menukar pakaian itu. Setelah beberapa minit dia kembali keluar dengan memakai baju lain dan terus meminta diri untuk pergi kerana grab pun sudah menunggu lama di luar.
Namun dalam keadaan mereka berdua di situ, masih ada yang sedang memperhatikan mereka dari jauh dengan senyuman yang mekar di wajah. Sesekali dia akan tergelak dengan sendiri dengan apa yang akan diperolehnya nanti. Dia berlalu dari situ dengan senyuman yang puas.
•••
"Sayang...Abang rindu sangat dengan sayang tau, abang bertolak lewat sikit sayang dan sampai kat sana maybe lewat juga. It's not a long journey, but I still miss you so much. Tunggu abang tau sayang.."
Satu notifikasi muncul membuatkan Zara tersenyum gembira, kerinduannya pada si suami juga terpancar di wajahnya sekarang.
"Amboi Zara macam nak berlubang je telefon tu ditatap lama-lama, rindu buah hati ke tu."
Seloroh Siti yang melihat gadis itu tersenyum sendiri.
"Mestilah kak Siti..Dah nak seminggu tau Zara tunggu suami Zara, rindu tu hanya tuhan.. je yang tahu macam mana."
Beritahu Zara dan tersengih memandang kak Siti, kak Siti yang menggeleng tersenyum saja dengan kata-kata gadis itu, mereka berdua tu macam pengantin baru pula bagi kak Siti yang memerhati.
Zara yang masih tersenyum terfikirkan sesuatu pula, disebabkan hari ini Ziyad akan pulang ke rumah. Jadi, Zara bercadang untuk ke market membeli sesuatu untuk dimasaknya nanti.
Bila dia sudah sampai di sana lepas waktu balik dari office, dia membeli lebih sikit barangan dapur untuk memasak lebih dari biasanya, dia tahu suaminya terlalu sukakan masakan yang dimasak olehnya itu.
Jam menunjukkan pukul 6.15 petang, Ziyad yang sudah sampai di airport tersenyum gembira dan mahu segera sampai ke rumah saat ini. Kerinduannya pada si isteri bagaikan sudah lama dia tidak bertemu, setiap hari wajah isterinya saja yang ada difikirannya.
Namun kali ini telefonnya berdering pula, panggilan masuk oleh sekretari nya membuatkan Ziyad menyandar lesu di situ. Dia diberitahu untuk segera ke office disebabkan ada beberapa dokumen yang urgent perlu ditandatangani dulu.
Dia menyuruh drivernya yang datang menjemputnya tadi untuk terus ke ZNE Holding untuk menyelesaikan semua itu dulu baru lah dia senang untuk pulang ke rumah. Sejak dia memegang jawatan tinggi di sini, banyak pula benda yang perlu diuruskannya.
Sampai sahaja di sana, dia yang tergesa-gesa ke pejabatnya terus menandatangani beberapa dokumen urgent itu dan sekretarisnya yang masih belum pulang menyerahkan beberapa sampul surat untuk dilihat. Setelah itu, barulah dia pulang meninggalkan Ziyad di situ.
Sampul surat satu persatu dilihatnya namun, satu sampul surat yang berwarna koko cair menjadi perhatiannya pula. Dengan hanya ditulis namanya menggunakan pen, dia tanpa ragu-ragu membuka sampul itu dan melihat segala isinya.
Berderau darah Ziyad di situ apabila melihat gambar-gambar Zara yang dilihat bersama Zahir dan ada lagi beberapa keping gambar yang lain yang menunjukkan mereka berdua ada di rumahnya.
Satu persatu gambar itu ditelitinya namun, bila tiba gambar yang terakhir tangannya terus digenggam kemas mengepal penumbuk. Dia terduduk sendiri di situ terketar-ketar menahan marah, bila gambar itu menunjukkan isterinya dilihat tidur bersama Zahir disitu.
Air matanya sudah mengalir tidak tertahan, bukti sudah pun ada di tangannya kini. Sekarang cuma menunggu Zara untuk mengakui semua itu, giginya dikacip menahan amarah yang kian menguasai diri.
Semua barang di atas meja habis dibuang dan disepahkan nya, dia mengamuk teruk di dalam pejabat dan menahan tangisan yang amat dalam. Beberapa kali tangannya menumbuk- numbuk meja sehingga darah yang keluar juga tidak dirasai, sakit hatinya tidak pernah sesakit ini. Rasanya Zara sudah melampau kali ini.
Sanggup Zara mencurangi dirinya tika dia tiada di sisi, dia sangat kecewa sekali dengan gadis itu. Kepercayaannya kepada Zara sudah runtuh kali ini, patutlah sejak dari dulu lagi dia sendiri tidak mahu untuk melepaskan adik tirinya itu.
Namun, sikap isterinya yang tidak mahu mendengar itu kali ini dirasakan seperti dia sudah sengaja berbuat begitu. Adakah isterinya terlalu terdesak mahu dihargai kerana melepaskan lelaki itu, dan sekarang ini pun sanggup dia menyundal di belakangnya pula.
Dia terus keluar dari situ dengan beberapa keping gambar itu dan diletakkan di dalam beg. Pintu bilik dihempas kuat kali ini dan dia menuju ke bawah untuk pulang ke rumah. Mukanya yang sangat garang tidak seperti tadi telah menakutkan driver nya juga disitu.
Zara yang sudah menyiapkan semuanya di atas meja dengan beberapa lauk hidangan kesukaan suaminya itu tampak gembira di situ.
Sekarang ini hanya menunggu suaminya untuk pulang, dia yang melihat jam di dinding mahu naik dulu ke atas untuk mandi.
Selesai sudah dia mandi dan keluar dari bilik air, Ziyad yang baru masuk ke dalam bilik menghempaskan begnya dan terus membuka bajunya untuk mandi.
Gadis yang memandang gembira mukanya itu hanya dibiarkan sahaja di situ, sekarang ini pun bila melihat gadis itu nafasnya dirasakan turun naik menahan apa yang terbuku.
"Abang..Terkejut Zara abang dah balik, rindunya Zara kat abang ni..Seminggu pun dah rasa macam setahun tau abang tak ada kat sisi, kenapa ni abang masam je Zara tengok ni. Ada masalah kat sana eh?."
Beritahu Zara yang memeluk lelaki itu dari belakang bila Ziyad sudah pun masuk ke dalam bilik air mencuci muka. Pegangan itu dirasakan sangat jijik olehnya lalu dengan cepat dia melepaskan pegangan kemas gadis itu.
Zara yang sedikit terkejut dengan perlakuan kasar suaminya itu sangat tidak sedap hati pula kali ini, adakah dirinya ada berbuat salah pada suaminya itu.
Dia yang ditolak keluar dari bilik air terkedu pula dengan sikap suaminya itu, manjanya tiba-tiba saja hilang sedangkan pagi tadi pun suaminya mengatakan rindu padanya.
Zara memakai pakaiannya dan mengemaskan barang milik suaminya yang ada di dalam beg, satu persatu barang dikeluarkan dan bila tiba dia membuka zip di depan Zara terketar-ketar mengeluarkan gambarnya yang dilihat bersama Zahir.
Pintu bilik air dibuka dan Ziyad yang sudah siap memakai pakaian turun ke bawah tersenyum sinis memandang muka gadis itu yang terkejut di situ. Zara mengambil semua gambar-gambar itu dan mengejar suaminya di bawah yang berdegus duduk di sofa.
"Abang...Mana abang dapat semua gambar ni abang...Ni..Ni bukan apa yang abang fikirkan pun abang.."
Duduk Zara yang memandang takut suaminya di situ. Tergugup gugup dia mahu bercakap dengan suaminya itu.
"Why?. Are you shocked cik Zara?, explained lah beritahu aku. Jelaskanlah pada aku Zara, aku nak dengar sendiri dari mulut kau."
Terkejut Zara mendengar bila panggilan manja suaminya itu sudah bertukar dengan tiba-tiba, tiada lagi panggilan sayang didengarnya kini.
"Sini..Datang dekat lagi.."
"Dekat lagi aku tak dengar, cakaplah.. perempuan mana ni dalam gambar."
"Beritahulah...Kita nak bincang kan, cakaplah.."
" Eh Cakaplah..!"
Bergema suara Ziyad di ruang tamu itu memandang tajam muka gadis di depannya itu. Zara yang sudah terkejut terdiam terus di situ mengalirkan air mata.
"Hey..Kau diam kenapa? Kau dah buta ke bisu?"
"Ni..Ni..!"
"Air mata ni buat apa hah..? Dah seronok kau menyundal kau nak menangis pula..! Tengok lah gambar tu puas-puas..! Beritahu aku, takkan kau tak boleh jelaskan kot..!
Bangun Ziyad dari situ sambil mengambil gambar itu dan ditolak ke muka Zara untuk melihat, Zara yang menggeleng-geleng tidak tahu masih menangis di situ.
"Aku kecewa dengan kau tahu tak Zara, aku percaya gila dekat kau. Tapi sanggup kau main belakang aku macam ni, dengan darah daging aku sendiri pula tu."
"Tapi betul lah apa yang aku rasa selama ni, dia tu bukan darah daging aku pun tapi binatang..!"
Ucap Ziyad menahan marah, kalau Zahir sudah di depannya sudah lama dia makan penumbuk nya itu. Zara yang masih menangis di situ terus menghampiri suaminya itu.
"Abang dengar dulu apa yang Zara nak cakap ni abang, ni bukan apa yang abang fikirkan pun abang."
"Memang Zara yang ada dalam gambar ni tapi kalau gambar yang ni memang bukan Zara abang, Zara tak pernah duakan abang macam ni. Ni gambar fitnah tau abang..!"
Namun pandangan tajam dari Ziyad padanya membuatkan gadis itu mengundur sedikit di situ.
"Gambar apa? Gambar fitnah kau cakap..!"
"Hei...Hei..!"
"Aku belum buta lagilah nak beza semua ni Zara, kau tahu tak aku penat sekarang ni nak dengar kata-kata bohong dari mulut kau ni lah.!"
"Baguslah kalau kau dah mengaku dalam gambar tu kau, kau bawa balik jantan tu masuk dalam rumah aku. Kau tidur dengan dia lepas tu kau nak nafikan tu bukan kau, eh..bagus betul permainan kau ni kan!"
Beritahu Ziyad memandang marah muka Zara di situ. Dia yang duduk menyandar penat di sofa duduk dengan perasaan yang kecewa, mukanya sudah merah menahan marah.
Zara yang menggeleng terus datang memegang lengan suaminya namun rentapan tangan Ziyad telah mengejutkannya di situ.
"Bukan macam tu abang..Hari tu Zara tak sihat abang, Zara terserempak dengan Hir kat farmasi tapi bila Zara nak balik Zara termuntah pada baju dia..Dia yang tolong hantarkan kereta Zara, Zara naik grab abang masa tu."
"Zara tak pernah pun tidur dengan dia apatah lagi nak duakan abang macam ni, Zara sumpah abang Zara tak buat benda-benda tu semua abang.."
"Zara sumpah abang.!"
Cerita Zara lagi di situ, namun Ziyad yang mendengar mengepalkan tangannya seperti mahu memukul saja muka gadis itu.
"Kau jangan nak main sumpah dengan aku lah betina!"
"Hey..kalau dia hantar kau balik rumah, yang kau bagi dia masuk rumah aku kenapa. Alasan nak tukar baju pula!Eh..Masa tu macam-macam boleh jadi lah!"
"Oh..Aku tahu..! Kau dah bersedap dengan dia dulu, pastu kau bagi dia baju aku nak tutup maksiat kau ni.
"Kenapa diam? Dah buntu? Kalau benda tu tak pernah jadi antara kau dan dia, gambar macam ni takkan adalah bodoh.."
"Dah terang-terang tu gambar kau dengan dia kau nak nafi apa lagi!. Tolonglah jangan nak hipokrit Zara, aku benci tahu tak!"
"Kenapa geleng lagi ni, aku tanya ni Izara..Mengakulah.!"
"Wahh..Hebat ya kau sekarang, depan-depan aku kau jaga semuanya tapi belakang aku kau menyundal pula macam ni.!"
Perli Ziyad disitu dengan mimik muka yang sengaja dibuat.
"Eh aku bersyukurlah tuhan nak tunjuk perangai haram kau ni, daripada aku terus kemaruk gilakan kau.!"
"So, ni lah keputusan terbaik kau untuk lepaskan jantan tu dari penjara dulu..Aku faham.."
"Eh..Kau nak tahu tak separuh mati aku sayangkan kau Zara tapi ni yang aku dapat sebab cintakan kau, aku ingat aku lah lelaki yang bertuah tu sebab dapatkan kau. Tapi rupanya jantan tu lagi bertuah!"
Beritahu Ziyad lagi meluahkan, air mata jantannya sudah keluar membuatkan matanya menjadi merah dari tadi.
Zara yang juga kecewa dengan apa yang didengar keluar dari mulut suaminya sendiri, menggeleng menafikan semua itu.
"Ya Allah abang..Zara dah mengaku tu bukan Zara abang, macam mana Zara nak explain lagi. Abang sikit pun tak nak dengar apa yang Zara beritahu."
"Kenapa abang susah sangat nak percayakan Zara abang? Tolonglah abang jangan macam ni, ni semua fitnah abang!"
"Tolonglah mengucap abang, mungkin ada orang dengki nak kenakan kita abang, sanggup abang tuduh Zara sampai macam tu!"
Beritahu Zara yang memegang kaki lelaki itu minta simpati.
"Mana janji abang untuk percayakan Zara, sampai hati abang buat Zara macam ni. Kesiankan Zara abang, Zara cintakan abang dan tak mungkin Zara nak duakan abang macam ni."
Ziyad yang tersenyum sinis menarik kakinya dari dipegang.
"Janji aku dah tak ada bila kau sendiri yang buat aku macam ni..! Bukti dah ada depan mata kau, buat apa kau nak nafikan lagi. Kalau bincang di mahkamah pun dia boleh tahu lah kau ni bersalah."
"Kau cakap apa?, ada yang nak khianat..Kalau ada pun si Zahir tulah kan, dia memang dah syok gila dengan kau sampai kau sanggup serah badan kau dekat dia!"
"Perempuan apa macam ni hah.! Kau tak jijik ke dengan diri kau!"
"Dah lah sekarang ni aku tak nak dengar apa-apa dari betina pembohong macam kau ni. Dah tak guna kau nak merayu pada aku lagi, kau pergilah dengan jantan tu.."
"Lagipun dia lagi hebat dari aku kan, boleh puaskan kau lebih daripada aku..Pergilah!"
Ziyad mengambil kunci kereta dan terus keluar dari situ tidak mahu melihat muka gadis pembohong itu, kali ini memang hatinya betul-betul terluka dengan perlakuan gadis itu.
Dia yang berhenti di tepi jalan menumbuk-numbuk stereng kereta dalam kekecewaannya, dia menangis mengenangkan apa yang dilihat dengan matanya itu.
"Aku cintakan kau, aku sayang gila dengan kau Zara. Sanggup kau buat aku sampai macam ni!"
"Okaylah kalau itu yang kau nak, aku pun boleh buat benda yang sama lah sundal.!"
Ziyad yang marah terus menekan minyak keretanya dengan laju dan terus berlalu dari situ. Kali ini dia tahu arah tujuannya itu mahu ke mana dan dia sudah tidak mahu berfikir panjang lagi.
••••
Kereta Ziyad tepat berhenti di sebuah rumah yang sudah lama tidak dikunjunginya dulu, dia membuka pintu kereta dan terus menekan tombol loceng disitu.
"Yad..What are you doing here? Are you okay Yad..Hey..! What's wrong with you?"
Tanya Elena di situ, bila melihat Ziyad dengan muka yang masih merah menangis. Pintu dibuka luas untuk memudahkan lelaki itu masuk disitu.
"I nak tumpang tidur sini Elena, I need a rest right now. I tak tahu nak buat apa sekarang ni, i betul-betul buntu."
Cerita Ziyad meraup mukanya yang sudah merah dengan air mata.
"Why Yad..I tak faham you cakap apa ni? Buntu?. You ada masalah ke?."
Tanya Elena lagi bingung melihat lelaki itu.
"I tak tahu apa kurangnya i pada dia sampai dia sanggup curang belakang i, i ni suami dia tahu tak sikit pun dia tak appreciate i ni."
"Apa you rasa bila dapat gambar bini sendiri tidur dengan jantan lain, kalau you di tempat i apa yang you rasa."
Elena yang terkejut dengan apa yang dikata Ziyad terus menghampirinya.
"I dah agak dah Yad, bini you tu memang tak sesuai pun untuk you. I rasa memang dia tu jenis lupa diri lah, dah lah kampung. Berani pula dia curang belakang you kan."
"Sakit..Sakit..Come on lah Yad, why don't you find another woman that can always setia dengan you, tak payah lah you nak makan hati macam ni kan."
Beritahu Elena duduk menyilangkan kaki memandang Ziyad yang memejamkan mata di sofanya.
Dia yang menghampiri lelaki itu terus memeluk erat Ziyad di sebelah namun, Ziyad disitu hanya membiarkan saja.
"I still love you sayang, 3 years since you tinggalkan i sebab you bertunang dengan perempuan lain, i tak pernah ada lelaki lain selain you. I love you so much."
Beritahu Elena lagi dan merebahkan Ziyad di ribanya, dia membelai lembut wajah lelaki itu sehinggalah Ziyad lena tertidur di ribanya. Pipi lelaki itu dikucup sayang tanda dia betul-betul masih cintakan lelaki itu.
Zara yang masih menangis melihat ke luar balkoni menunggu suaminya untuk balik, tapi dia seperti hampa di situ. Jam sudah hampir menunjukkan pukul 3 pagi, Kepalanya yang tiba-tiba pening telah membuatkan dia merebahkan dirinya di katil seorang diri.
Air matanya yang masih membasahi pipi dibiarkan saja disitu sambil memikirkan kejadian tadi, baru saja dia ingin mengecapi bahagia dalam perkawinannya tapi sekarang semuanya hancur disebabkan fitnah yang entah dari mana.
Kenapa dugaan macam ni boleh terjadi pada dirinya, adakah Ziyad bukanlah lelaki tepat untuknya mendapat bahagia?.
Tapi kenapa..!"
Dia menangis hampa di atas katil dan setelah itu dia terlena dengan sendirinya.
Share this novel