Malam baru berlalu, ayam jantan sudah mulai berkokok membangunkan semua penghuni. Awal pagi sebegini sememangnya sangat bagus untuk saling menikmati keindahan awal waktu subuh.
Begitulah yang selalu dilakukan Zara, selepas mengerjakan solat subuh dia akan berzikir dan membaca al-quran sebagai pemula harinya.
Baginya, selalu mengingati tuhan sang pencipta adalah amalan yang tidak pernah ditinggalkan sejak di London lagi.
Malam tadi hujan turun mencurah-curah dengan sambungan kilat yang tidak henti-henti.
Kedinginan malam tadi masih terasa memaut segenap sendi tubuh kecil Zara. Sudah genap dua minggu Zara di rumah tetapi panggilan temuduga kerja masih belum dia dapati.
Tetapi, Zara masih menunggu dua syarikat besar yang dipohonnya itu. Dia nekad, jika kedua-dua permohonan kerja di syarikat itu ditolak, dia akan ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja yang lain.
Usai saja mengerjakan solat dia terus ke dapur untuk membantu ibunya.
"Masak apa tu bu?."
Sergah Zara dari belakang ibunya membuatkan puan Aini terkejut.
"Nasib baik tak terpelanting pisau ibu ni Zara. Ya allah..! Budak ni."
Zara hanya tersengih saja dengan omelan dari ibunya itu.
"Wah nasi goreng kesukaan Zara ni bu, laparnya Zara rasa."
Sambil memeluk erat pinggang ibunya yang sedang sibuk memotong sayur.
"Ya, ibu tahu. Dah tolong potong sayur ni, ibu nak goreng nasi ni nanti hangit pula."
Tanpa berkata apa-apa Zara menuruti saja perintah ibunya itu.
Selesai semua hidangan di atas meja, Zara memanggil ayah dan dua adiknya untuk menikmati sarapan sebelum mereka berangkat ke sekolah dan ayahnya ke kebun.
"Zara, mari duduk sekejap. Ayah nak cakap sikit."
Sambil encik Halim mencedok nasi goreng buatan isteri dan anak perempuannya itu.
Tetapi, mukanya sedikit risau dengan apa yang bakal diberitahunya ini.
"Ya ayah, kenapa yah?."
Jawab Zara sambil duduk berhadapan ayahnya.
"Semalam, pak cik Hashim kamu datang ke kebun ayah. Dia.."
Encik Halim terus hentikan niatnya memberitahu Zara, entah kenapa hatinya sedikit risau dengan penerimaan Zara nanti.
"Tak mengapalah.. Kamu makanlah dulu, nanti-nantilah ayah beritahu.."
Beritahu Encik Halim yang sedikit takut pula di situ.
"Kenapa ni ayah.., apa yang pak cik Hashim nak yah."
Pertanyaan Zara tak diendahkan pula oleh encik Halim. Malah, pada saat itu ayahnya sedikit diam dan tidak bergurau senda seperti selalu.
Zara yang sedikit pelik dengan perlakuan ayahnya pada pagi tersebut risau pula dengan ayahnya.
Usai sahaja sarapan, encik Halim terus ke kebun dan telah menjadi tanggungjawab Zara lah untuk menghantar dua adik lelakinya itu ke sekolah.
Dua adiknya bersekolah sama dengan Zara waktu dulu iaitu di sekolah Kota.
Jadi, Zara sangat teruja pula bila menghantar adiknya itu semata-mata untuk mengimbau kembali kenangannya dulu waktu di sekolah.
Betapa gembira hati Zara bila melihat banyak perubahan yang sudah berlaku di sekolah tersebut.
Sedang Zara asyik memerhati sekitar sekolah lamanya itu, kakinya tersandung pula oleh batu jalan sehingga dirinya hampir terjatuh.
Namun pada saat itu, badannya terus dirangkul erat oleh seseorang dari belakang bagi menghalang dirinya dari jatuh.
Terus Zara melepaskan pegangan tersebut dan menolak orang itu sekuat tenaganya membuatkan lelaki itu yang jatuh.
Gedebuk!.
"Aduh!. Zara ni aku la, Zamri."
Sambil dirinya mengadu kesakitan. Zara hanya melopong melihat sepupunya itu terduduk di atas jalan sambil terkejut dengan apa yang terjadi tadi.
"Ma..maaf Zam..tu la kau siapa suruh pegang aku."
"Tekejut aku tahu tak..!"
Sambil menolong Zamri untuk bangun dari situ.
"Aku tolong kau la tadi, nanti tak pasal-pasal muka kau tergesel atas jalan ni."
"Kau nak ke?"
"Aku tolong bukan nak berterima kasih pun. Aduhai cik Zara.."
Zara hanya tersengih saja dengan bebelan Zamri itu.
"Dah tu kau suka-suka nak pegang pinggang aku siapa suruh?."
"Aku dah la tak boleh orang pegang-pegang ni Zam."
"Geli tahu tak..!"
"Kalau suami aku tak apa la juga."
Zara membebel memarahi Zamri yang dari tadi bengang dengan Zara yang menolaknya sampai jatuh.
"Ha!. Kalau macam tu aku jadi suami kau la."
"Nak tak?."
Zamri tersengih lagi sambil melihat reaksi Zara. Namun di mata Zara, Zamri itu hanya dianggap seperti abangnya sendiri tidak lebih dari itu.
"Tak nak lah aku, kau jangan lebih-lebih eh Zam. Aku report kat ayah aku nanti padan muka kau."
Beritahu Zara yang sedikit terkejut bila Zamri berkata begitu.
"Eh, kau tak mengajar ke Zam?. Dah masuk waktu kelas dah ni kan."
Zara buat muka terkejut pula bila melihat Zamri yang masih kaku di depannnya itu.
"Alamak!. Waktu aku mengajar dah ni lah, kau la ni Zara."
"Dah lah aku gerak dulu."
Sambil membuat dirinya tergesa-gesa di situ. Sebenarnya Zamri tiada kelas pun waktu ini.
Namun, untuk menutup kesedihannya dari penolakkan Zara terhadapnya tadi, dia terus saja berlalu pergi.
Dia pergi dengan perasaan yang betul-betul hampa. Entah bagaimana lagi dia mahu mengungkapkan rasa di hatinya itu.
Sepatutnya dari dulu lagi dia meluahkan perasaan ini, tapi dia takut Zara akan menolaknya mentah-mentah seperti tadi.
Sudah enam tahun dia menanti cinta hatinya itu, tapi dia tetap takut mahu meluahkan.
"Duhai hati,
Janganlah bersedih,
Semalam itu pengalaman,
Hari ini telah pun kau genggam,
Moga esok ada harapan."
_Zamri
•••
Petang yang tenang ditemani pula dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa amat menenangkan Zara waktu ini.
Tangannya yang tidak henti dari tadi membelek majalah lama di tangan sambil kakinya yang pendek itu berhayun di pangkin buatan ayahnya itu.
Walaupun sudah banyak kali dia membaca majalah tersebut namun dia tidak mudah jemu. Malah, majalah itulah yang menghilangkan rasa bosannya saat itu.
Sedang asyik dia membelek-belek majalahnya itu, keluar pula satu notifikasi penting dari telefonnya.
Email dari salah satu syarikat yang dipohonnya itu sudah dibalas. Dan dia menatap telefonnya dan terus berdiri takut untuk membuka email tersebut.
Hatinya sedikit berdegup ketika ini. Adakah masih ada harapan dan peluang untuknya mendapatkan pekerjaan, lagipun dia merupakan lulusan luar negara.
"Alhamdulilah!. Ibu..ibu."
Jerit Zara dari luar rumah sambil melompat- lompat kegembiraan.
Ketika ini encik Halim masih belum pulang dari kebun. Jadi, orang pertama yang diberitahu Zara adalah ibunya.
"Ha!. Ada apa kamu ni Zara terjerit-jerit ni?. Ada ular ke kat bawah tu?."
Sahut ibunya yang kelam-kabut mendapatkan Zara yang terlompat-lompat kegembiraan.
"Tak la ibu, Zara dah dapat kerja dah bu. Syarikat tu dah luluskan permohonan Zara bu."
"Tengok ni bu..Ya Allah.."
"Zara dah dapat panggilan temuduga tu."
Teriak Zara dalam kegembiraan yang betul-betul dirasakan kini.
"Alhamdulilah, ya Allah anak aku!."
Cepat-cepat ibunya mendapatkan Zara dan memeluk erat anaknya itu.
"Dah..Jom naik, malam nanti kita beritahu ayah kamu."
"Syukurnya ibu rasa Zara, tapi tak lama lagi ibu sorang-sorang pula sekali lagi."
Beritahu Puan Aini yang sugul di situ. Belum puas dia melihat anaknya duduk di kampung ni, tapi sudah mahu pergi lagi meninggalkannya.
"Ibu..Janganlah macam ni, Zara akan selalu telefon ibu."
"Zara pergi kan untuk kerja bu, dan Zara janji akan ubah nasib keluarga kita ni."
"Ibu doakanlah Zara ni bu."
Beritahu Zara mencium pipi ibunya beberapa kali.
Puan Aini hanya mengangguk setuju dan merestuinya, dia tahu Zara takkan menghampakan dirinya.
Selesai sahaja makan malam keluarga encik Halim, seperti biasa mereka akan berkumpul di ruang tamu sambil melayan drama di tv.
Encik Halim seperti biasanya akan menggulung rokok daunnya di birai pintu sambil memerhati keletah anak-anaknya.
Pada ketika ini, hati encik halim sedikit gusar. Dia masih lagi memikirkan permintaan dan niat abangnya itu encik Hashim, yang sememangnya mahu menjadikan Zara sebagai menantunya.
Kelu lidah Encik Halim seketika bagaimana untuk mempersetujui permintaan itu.
Sememangnya hati anaknya itu tidak boleh dipaksa sebegitu rupa. Baginya, biarlah jodoh anaknya itu datang dengan pilihan hati anaknya sendiri.
Dia sebagai seorang ayah hanya perlu merestui bukan memaksa atau menjodohkannya dengan mana-mana lelaki.
Namun, Encik Halim terpaksa pula akur dengan permintaan abangnya itu disebabkan keluarga itulah yang banyak membantunya sedikit sebanyak ketika Zara di London dahulu.
Walaupun Zara mendapatkan biasiswa, encik Halim tetap menghulurkan wang setiap bulan kepada Zara untuk keperluan Zara di sana.
Baginya, di tempat orang itu sangat memerlukan banyak perbelanjaan. Jika tidak sempat menghulurkan wang itu, encik Hashim lah yang menawarkan diri membantunya.
Jadi, disebabkan terhutang budi lah, dia tidak mampu untuk menolak permintaan abangnya itu.
"Ayah!..ayah."
Panggil Zara sambil menepuk bahu ayahnya yang ketika ini sedang leka termenung.
Sememangnya Zara sangat risaukan keadaan ayahnya itu sejak dua tiga hari ini. Sepertinya ayahnya tampak agak muram dan tidak bersemangat seperti selalu.
"Ayah.. Cuba ayah beritahu Zara, kenapa dengan ayah ni?."
"Ayah ada masalah ke Yah?."
"Zara tengok ayah banyak sangat termenung dua tiga hari ni."
"Ayah ceritalah kat Zara ni, mana tahu Zara boleh bantu ayah."
Tanya Zara yang risau memikirkan ayahnya itu. Walaupun pada waktu itu, dia mahu memceritakan berita gembira mengenai panggilan temuduga kerjanya itu.
Tetapi, di sudut hatinya gelisah pula tentang ayahnya itu.
"Beritahu la Zara ni yah."
Pujuk Zara dengan nada yang manja. Sememangnya dia merupakan satu-satunya anak kesayangan ayahnya itu.
"Sebenarnya Zara, susah untuk ayah luahkan perkara ni nak."
"Sebenarnya Zara, pak cik Hashim kamu nak melamar kamu untuk Zamri nak."
"Zamri pun dah lama bersetuju cuma menunggu jawapan dari kamu sahaja."
Kata ayahnya dengan nada perlahan, tatapan matanya tak lekang memandang wajah gadis di depan matanya itu.
"Ayah tak mampu Zara nak menolak pun permintaan pak cik kamu tu."
"Sebenarnya, sebelum ini kita dah banyak sangat dah terhutang budi dengan dia."
"Ayah terpaksa akur dengan permintaannya Zara dan ayah tak ada pilihan dah sekarang ni."
"Sebelum kamu berangkat ke London lagi, pak cik Hashim lah yang mahu membantu ayah membiayai kamu sedikit sebanyak setiap bulan."
Bicara encik Halim saat ini sangat sendu. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi selain berterus terang saja dengan Zara.
Zara yang dari tadi hanya mendengar keluhan dari ayahnya itu terdiam sejenak.
Otaknya kini tidak mampu untuk berfikir dengan tenang apatah lagi memberikan jawapan pada ayahnya itu.
Dia berundur sedikit ke belakang dengan perasaan tidak percaya, kenapa dia perlu melalui semua ni dalam hidupnya.
Setitik demi setitik air matanya jatuh tanpa diseka. Tindakannya untuk memberitahu berita gembira tentang pekerjaannya itu sudah betul-betul tiada.
Dia terus bangun dan meluru masuk ke bilik tidur tanpa berkata apa-apa meninggalkan ayahnya di situ.
Adik beradiknya yang lain hanya memandang di antara satu sama lain seperti tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.
"Zara..Ayah tahu yang ayah tak sepatutnya buat macam ni."
"Tapi kalau Zara tak nak, ayah akan cuba bincang dengan Pak Cik Hashim kamu."
"Ayah minta maaf dengan Zara, ayah tahu ni semua salah ayah."
Beritahu Encik Halim yang bangun dari duduknya berbicara di luar pintu bilik anaknya itu.
Setelah itu, puan Aini mendekati suaminya dan menarik suaminya untuk berbincang berdua di bilik tidur.
"Abang..Kenapa boleh jadi sampai macam ni bang."
"Zam dan Zara dah macam abang dan adik dah."
"Bang Hashim dah fikir masak-masak ke pasal benda ni."
Beritahu Puan Aini yang sedikit risau dengan perkara tersebut. Setelah itu dia kembali memandang suaminya.
"Anak kita baru nak bergembira dengan permohonan kerja yang dia dapat hari ni."
"Tengok apa dah jadi bang, kesian dia Aini tengok."
Beritahu Puan Aini lagi mengenai perkara itu.
"Anak kita dah dapat kerja?. Betul ke ni Aini. Ya Allah syukur."
"Kalau abang tahu perkara ni abang takkan ceritakan semua ni Aini."
"Tapi lambat laun dia akan tahu juga."
"Nantilah abang bincang lagi masalah ni dengan bang Hashim tu Aini."
Beritahu Encik Halim yang buntu ketika ini. Perasaannya juga bercampur baur mahu gembira ataupun mahu bersedih.
Usai solat isya' Zara yang masih terduduk berzikir memohon petunjuk dari ilahi.
Begitu besar pengorbanan ayah dan ibunya waktu dia membuat keputusan hendak menyambung pengajiannya dulu di London.
Ayah dan ibulah orang yang banyak menyokong dan membantu Zara selama ini.
Bagaimana dia sendiri nak membalas jasa dan pengorbanan mereka?.
Adakah dengan menyetujui sahaja lamaran itu?. Lagipun saat ini hatinya sedikit pun tiada perasaan cinta atau kasih terhadap Zamri, sepupunya itu.
Bagaimana pula Zamri sendiri boleh menyetujui begitu sahaja permintaan ayahnya itu tanpa sedikit pun berbincang dengannya?.
Atau adakah ini semua adalah permintaan dari Zamri?.
"Ya allah, berilah petunjuk kepada ku."
Zara bercakap sendiri di dalam hatinya sambil menyeka setiap titis air mata yang jatuh membasahi pipi.
Kalau inilah jalan yang perlu ditempuhi untuk membahagiakan kedua ibubapanya, dia terpaksa akur dengan ketentuan ilahi.
Dia terus melentokkan badannya di tikar sejadah dan memikirkan nasibnya itu.
"Wahai tuhanku,
Hanya engkaulah yang maha tahu,
Telah banyak mana,
Tumpahnya air mata."
_Zara
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel