Zara mahu berangkat pulang ke rumah dari ZNE Holding. Pintu lift telah terbuka, dia perlu turun ke tingkat bawah dan mengambil 'grab' untuk pulang.
Disebabkan interviewnya habis awal hari ini, dia tidak mahu ke mana-mana selain pulang ke rumah. Lagipula, Mila sedang bekerja dan Zara tidak mahu menyusahkan kawannya itu.
Sedang Zara termenung mengingat nasibnya tadi ketika di interview, ada mata tengah memerhati dirinya kala ini di dalam lif.
Mata itu sedang memerhati dirinya dari atas sampai bawah.
"Excuse me, awak turun sini ke?"
Zahir membuka bicara apabila melihat gadis cantik di sebelahnya sedang termenung. Mata Zahir asyik memerhati tubuh milik gadis itu dan dia tersenyum sendiri.
Zara yang tersedar dari lamunannya itu terus memberi sedikit senyuman dan keluar dari lift itu. Dia yang sudah menempah grab itu masih menunggu di sekitar kawasan bangunan tersebut.
Sambil Zara leka dengan telefon nya satu motosikal memecut dan meragut beg sandangnya kala itu. Perkara itu telah menyebabkan Zara jatuh dan terluka.
"Hoii.."
Satu teriakan dari seorang lelaki bergema di kawasan itu. Dia yang melihat kejadian itu bergegas menghampiri Zara yang mengadu kesakitan.
Rentapan kasar dari peragut itu membuatkan kaki nya luka dan terseliuh. Zara tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa.
"Hey..are you okay?. Boleh bangun tak ni?."
Ziyad menghampiri Zara dengan cemas. Tanpa membuang masa dia terus mengangkat Zara masuk ke keretanya. Zara tidak menolak apa yang dilakukan lelaki itu kala ini.
Kakinya berdenyut menahan kesakitan, tangannya juga sedikit luka disebabkan terseret di jalan.
Ziyad yang kala itu mahu keluar untuk bersarapan terlihat pula kejadian di depan matanya itu.
Dia bergegas untuk mengejar peragut namun, peragut itu terlalu laju dengan motosikalnya.
Kejadian tadi juga telah menghampakan Zahir yang juga mahu membantu Zara.
Disebabkan Ziyad sudah dahulu menghampiri Zara, dia seperti marah dengan kejadian itu.
"Shit."
Zahir menyumpah sambil menendang kereta miliknya itu. Telefon di tangannya sedang mencari nombor untuk dihubungi.
"Korang memang buat kerja tak cekap ke?..Aku suruh korang tunggu aku keluar dulu ambil kereta..Bodoh!!"
Jeritnya sambil masuk ke dalam kereta.
Kejadian ragut itu sebenarnya sudah dirancang Zahir. Dia menyuruh anak buahnya untuk meragut Zara dan dialah yang akan menjadi 'hero' selamatkan Zara.
Jadi, lebih mudah baginya mendekati gadis yang dia mahu. Namun, kejadian tadi telah memberi peluang pula kepada Ziyad dan ini telah menghampakan dirinya.
•••
"Kau memang dari dulu jenis 'clumsy' ke?. Takkan diri sendiri pun tak boleh jaga."
Ziyad membebel di dalam kereta sambil memacu keretanya menuju ke klinik berdekatan. Zara yang dari tadi membelek lukanya di siku dan kaki tersentak dengan ucapan Ziyad tadi.
Dia juga tidak mahu perkara ini terjadi namun, nasib malang yang menimpanya ini merumitkan keadaannya saat ini.
"Encik Ziyad tak perlulah hantar saya ke klinik..saya nak balik rumah saya.. Tak pun encik berhenti kat tepi sana, saya naik teksi."
Beritahu Zara gugup ketika bercakap dengan bosnya itu.
"Kau jangan nak mengada, luka kau tu kena rawat..lagipun kalau aku tinggalkan kau tepi jalan tu, kau ada duit ke nak bayar?..Beg kau kan kena ragut tadi.."
Ziyad membalas permintaan Zara dengan selamba. Zara hanya mendiamkan diri, sudah tidak tahu apa yang perlu diucapkannya.
"Buka laci depan kau tu, sapu luka dengan tisu tu."
Arah Ziyad bila melihat darah di luka gadis itu.
Baru saja laci dibuka oleh Zara, sapu tangan miliknya ada di laci kereta lelaki itu.
Jadi, lelaki yang ditolong semalam itu rupanya adalah lelaki ini.
Dia meletakkan kembali sapu tangan itu apabila satu soalan keluar dari mulut lelaki itu.
"Itu kau punya ke? Yang kau termenung tu kenapa?."
Tanya Ziyad bila melihat Zara membelek-belek sapu tangan itu.
Zara yang terkejut itu cepat-cepat menggelengkan kepalanya tidak mahu mengaku.
Biarkan saja sapu tangan itu di situ, dia tidak mahu ada kaitan dengan kejadian yang berlaku pada lelaki di sebelahnya itu.
Sampai sahaja di depan klinik berdekatan, Ziyad membantu Zara untuk turun dari kereta miliknya.
Pergerakkan Zara waktu ini sangat terbatas, kakinya sangat sakit saat ini dan menyukarkannya.
Ziyad yang memerhati tingkah Zara itu terus mengangkat Zara masuk ke dalam klinik.
"Encik..tak apa saya boleh jalan sendiri lah." Zara meronta mahu dilepaskan dari angkatan itu.
"Kau nak aku campak kau dalam longkang ni ke atau kau diam je."
Ziyad masuk dan meletakkan Zara di kerusi. Zara sudah tidak keruan saja dari tadi, jantungnya terus saja berdegup kencang.
Entah kenapa bila berdekatan dengan lelaki ini, dia tiba-tiba menjadi tidak keruan.
Selesai sahaja rawatan, Zara dihantar pulang ke rumah.
"Betul ke kat sini, mana satu rumah kau?" Tanya Ziyad lagi.
Pertanyaannya itu sepertinya tidak diendahkan pun oleh gadis itu.
"Terima kasih encik Ziyad tolong saya tadi. Saya boleh jalan, tak jauh pun dari sini."
Sambil turun dengan perlahan dari kereta itu.
"Okay no problem, see you tomorrow."
Ziyad terus memacu keretanya dan pergi dari situ malas mahu memikirkan apa-apa.
Dia perlu ke pejabat segera untuk menyelesaikan pekerjaannya yang lain pula. Perutnya juga sedikit berkeroncong disebabkan belum menjamah apa-apa makanan pun dari tadi.
Dia mengambil keputusan untuk memesan saja makanan ke pejabatnya disebabkan lepas ini dia mempunyai mesyuarat yang perlu dihadirinya.
Zara merehatkan dirinya di atas sofa sambil mengerutkan wajahnya yang menahan sakit di kaki itu. Kejadian yang tidak diduga menimpanya tadi itu bagaikan mimpi saja.
Namun, tidak disangkanya pula lelaki yang telah dilanggarnya dulu di lapangan terbang sudi untuk membantunya.
Fikiran dia masih buntu dengan kejadian yang menimpa lelaki itu malam tadi. Bukankah lelaki itu sepatutnya ada di Hospital lagi sekarang, cepat betul dia sembuh dari lukanya itu.
Zara terus tersenyum kembali bila mengingat sapu tangannya masih utuh disimpan oleh lelaki itu, perasaan berdebarnya tiba-tiba saja datang tanpa diduga.
Dia terus bangun dari sofa itu dan menyedarkan dirinya sendiri, rasa sakit di kaki itu juga tiba-tiba pula terasa perit.
"Ya Allah Zara..Kau fikir apa ni. No Zara.."
Sambil menggelengkan kepalanya seperti orang tak betul.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang, Mila yang baru pulang memanggil-manggil pula gerangan Zara yang tidak dilihat di ruang tamu. Dia terasa pelik pula rumahnya itu seperti tiada penghuni. Jadi, dia terus menuju ke bilik Zara.
"Zara..oii, kau dah kenapa ni?."
"Dengan kaki kau berbalut macam ni..Kau okay tak ni?"
Mila yang melihat Zara yang masih tertidur di katil terus menghampiri.
"Patutlah aku panggil kau tak jawab, kau tidur masa ni?."
"Ish..Dah nak maghrib la mak cik oii."
"Ni aku tanya kau ni, kau dah kenapa?."
Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Mila yang membebel dari tadi namun, Zara yang memerhati keletah Mila itu hanya tersenyum.
"Aku okay la Mil, tadi masa aku nak balik tu tiba-tiba je ada orang ragut tadi."
Selamba saja perkataan 'ragut' keluar dari mulut Zara waktu itu.
"What?"
"Ragut?"
"Kau biar betul..habis tu macam mana?"
"Dah dapat siapa yang ragut kau tu? Jahanam betul, biar aku lempang dia tu. Dia kat balai mana sekarang beritahu aku, bahaya betul lah macam ni."
"Tengok kau sampai dah berbalut-balut macam ni. Aku minta maaf tau Zara, tak sempat nak tolong hantar kau balik."
Mila membebel sambil memaki-maki peragut itu tapi di sudut hatinya dia merasa bersalah pula pada gadis itu.
"Aku belum habis cerita la Mil. Kenapa kau nak minta maaf pula, bukan salah kau pun lah."
"Kau sabar jap, biar aku cerita dulu."
Sambil Zara menenangkan kawannya itu yang duduk di sisinya.
"Macam ni, tadi lepas interview aku tunggu la 'grab' sampai. Lepas tu, tiba-tiba pula ada dua lelaki ngan motor ragut aku."
*Aku sendiri tak sempat nak buat apa-apa sebab kaki aku dah terseliuh. Tu jadi macam ni."
Zara seperti menahan saja rasa sedihnya itu bila bercerita.
"Jadi, bos tempat kerja yang aku interview pagi tadi yang tolong aku pergi klinik dan hantar aku balik."
Sambung Zara lagi.
"Biar betul Zara, baik betul dia tu."
"Ha!., Macam mana dengan iv pagi tadi?. Dapat tak?."
Tanya Mila menanti lagi jawapan dari sahabatnya itu.
"Aku..aku sebenarnya Mil.."
Zara diam sejenak dengan muka sedih yang dibuat-buat. Waktu inilah dia mahu kenakan si Mila tu.
"Tak apalah Zara, kalau tak ada rezeki kat sana nanti aku cuba tolong carikan kerja kat kau. Dah la tak mau sedih-sedih macam ni."
"Nanti tua kerepot muka kau tak cantik pula."
Mila mahu memeluk kawannya itu tapi dengan cepat Zara mencubit pinggang gadis itu.
"Adehh.."
Raung Mila yang tergelak dengan perlakuan gadis itu.
"Eh..eh..aku tak habis lagi la..aku sebenarnya dah dapat lah kerja tu..yeay."
Zara berteriak gembira sambil mencubit pipi Mila yang tercengang dari tadi.
"Kau ni.."
Mila menghempuk Zara dengan bantal di sebelahnya.
"Nah ambik kau..haa.. kenakan aku lagi!"
Mila membalas usikan rakannya itu.
"Aduh..aduh, alaa sorry la Mila.."
"Bila lagi aku nak kenakan kau ni Mila..hehehe"
"Aku lapar la..Dari pagi tadi lagi aku tak makan tau. Kau tak kesian ke kat kawan baik kau ni."
Beritahu Zara manja memeluk erat gadis di depannya itu.
"Ish, takkan kau tak makan lagi."
"Kau ni kalau tengahari tadi call aku, boleh aku balik lunch dengan kau tahu tak."
Mila membebel lagi sambil mencubit pipi Zara yang manja dengannua itu.
"Ha.. Tengok sekarang kan dah kebulur."
"Zara, kau kalau jadi apa-apa call je aku boleh tak Zara. Aku kan kawan kau."
"Dah lah, kejap aku tolong oderkan kat 'foodpanda'."
Bebel Mila lagi sambil melihat telefonnya mencari-cari kedai makanan.
"Aku tak nak lah kacau kau Mila..Takut kau tengah busy ke masa tu."
"Aku selalu susahkan kau, aku tahu kau sayangkan aku ni. Tapi, aku tak nak lah susahkan hati kawan baik aku ni selalu.
Beritahu Zara serba salah di situ.
"Tak adanya..Aku kalau ada emergency ke apa, aku balik je terus."
"Esok dah start kerja kan, kaki kau macam mana pula?"
"Boleh jalan tak?."
Tanya Mila minta kepastian sambil memerhati kaki yang berbalut itu.
"Esok okay sikit kut Mil, dah kurang dah sikit rasa sakit ni."
Jawab Zara sambil memegang kakinya itu.
"Hmm..Baguslah tu, dahlah aku nak pergi solat jap.."
"Kejap lagi makanan sampai tau. Esok lunch, kita pergi buat report kat balai..Kau belum pergi kan?"
"Yup, belum.." Jawab Zara memerhati Mila yang memikirkan sesuatu.
"Okay, nanti lusa kita pergi buat ic & kad bank baru."
Beritahu Mila lagi. Mila sangat menyayangi Zara seperti adik nya sendiri. Walaupun dia sudah mempunyai adik, tetapi dia tidak pernah akrab pun dengan mereka.
"Thanks Mil, kaulah sahabat aku dunia akhirat tau."
Zara memeluk erat kawannya itu. Sungguh besar jasa Mila kepada dirinya. Dia tidak tahu mahu membalas apa pada Mila, sememangnya hati kawan baiknya itu sangat mulia.
•••
Jam 10 pagi, Zara sudah terpacak di depan bangunan ZNE Holdings setelah dihantar Mila.
Kakinya yang terseliuh semalam sudah sedikit membaik. Zara yang perlu bergegas mahu masuk ke pejabat itu terlanggar pula seorang lelaki.
"Auch.."
Satu perkataan keluar dari mulut lelaki itu. Bajunya jadi basah pula tersimbah air yang dibawanya akibat pelanggaran tadi.
Dia memandang wajah Zara tanpa berkedip pun atas apa yang berlaku, gadis itu betul-betul menggetarkan dirinya.
"Ya allah.. clumsy nya aku..Asyik terlanggar orang je aku ni."
Jerit Zara dalam hati.
"I'm so sorry encik, saya tergesa-gesa tadi..Tak perasan boleh terlanggar encik. See, dah habis basah baju encik."
Zara memohon maaf tanpa melihat wajah lelaki yang dilanggarnya.
"It's okay..No problem."
Lelaki itu melihat Zara sambil tersenyum manis. Zara yang dari tadi gelisah menatap lelaki di depannya itu.
Dia pelik, kenapa lelaki itu tidak marah atau memakinya kala itu sedangkan baju kerjanya sudah basah tersimbah air kopi.
"Encik, saya minta maaf sangat-sangat. Encik cakap je saya kena ganti berapa baju encik."
Zara serba salah lagi.
"I don't need any compensation, can we just exchange it with a phone number?."
Jawab lelaki itu selamba sambil tak lekang memerhati tubuh Zara. Zara yang teragak-agak dengan sikap lelaki yang tak dikenalnya itu pelik dengan apa yang didengarnya.
"Dah kenapa dengan dia ni?..Gila ke minta nombor aku tiba-tiba."
Getus Zara dalam hati tanda tidak setuju pula dengan apa yang diminta lelaki itu. Dia tidak biasa memberikan nombor miliknya kepada sesiapa yang tidak dikenalnya.
"Oh, I'm sorry for not introducing myself first. I'm Zahir, CEO of this company and..you?"
Zahir memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya. Zara yang terkejut dengan apa yang didengarnya terus menyambut tangan lelaki itu, dia sedikit berdebar pula bila lelaki itu memperkenalkan dirinya.
"Saya Zara and I'm new here. Saya memang tak tahu saya boleh terlanggar tuan..Saya memang clumsy sikit tapi saya janji saya ganti baju tuan atau tuan salin baju mana-mana yang tuan ada, saya tolong basuhkan."
Zara gugup pula seketika.
"Eh..no no no..tak apa la, i ada lagi baju lain kat office i."
"Btw, don't call me tuan okay. Just Zahir or baby ke sayang ke."
Zahir cuba memikat Zara dengan ayat menggodanya kala itu. Zara yang terkedu mendengarnya hanya tersenyum tanpa memberikan apa-apa reaksi.
"Tahu la boss besar, dah gila ke apa..Gatal."
Zara mengomel dalam hati dengan apa yang didengarnya.
"How about your number cik Zara.? Alaa just nak berkawan dengan pekerja i kat sini."
"Takkan tak boleh kan, lagi pun kalau ada apa-apa masalah i boleh contact you."
Beritahu Zahir menunggu Zara memberikan nombornya juga. Zara yang sudah lambat masuk ke pejabat itu terus saja memberikan kadnya pada lelaki itu.
"Oh, ni kad saya encik Zahir. Saya dah kena pergi dah ni, saya minta diri dulu."
Zara menghulurkan kad miliknya dan bergegas untuk masuk pejabat.
"Thanks sayang."
Zahir gembira seperti memenangi loteri pula kala itu. Dia melonjak gembira dengan apa yang diperolehnya sekarang. Sejak bertentang mata di lift dengan Zara sebelum ini, gadis itu telah membuatkan dirinya meronta mahukan gadis itu.
Zara yang baru tiba di mejanya belum sempat pun untuk duduk tapi sudah dipanggil masuk ke bilik Ziyad oleh pembantunya. Zara mengeluh seketika, entah apa lagi yang akan dihadapinya kala ini.
Zara mengetuk bilik Ziyad dan masuk apabila disuruh. Dia berdiri berhadapan dengan lelaki itu yang sudah bersama fail di tangan.
Ziyad yang sedang menulis di failnya berhenti pula seketika bila gadis itu muncul di depannya. Dia menyilang kedua belah tangannya memerhati tingkah gadis itu yang masih kaku memandangnya.
"Bagus kan pekerja sekarang?, Baru masuk kerja hari ni dah mula datang lambat."
"You should be here before 10. Now it's 10.15 right?."
Ziyad yang tegas itu berbicara seperti memarahi Zara kala ini.
"I'm sorry encik Ziyad. Tadi i terlanggar CEO dekat pintu masuk, habis baju dia basah kena air kopi. I tak sengaja lambat tadi."
Zara mempertahankan dirinya kali ini dengan menceritakan apa yang terjadi.
"So, you dah jumpa lah CEO syarikat ni?. Baguslah, tak perlulah i nak kenalkan dia kat you."
Beritahu Ziyad lagi memerhati kaki gadis itu yang sudah tidak berbalut.
"Ya encik Ziyad, ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?"
Tanya Zara yang mahu segera keluar dari bilik itu. Dia pelik dengan perubahan sikap bosnya itu, semalam sikap bosnya tidaklah segarang itu.
"Wait, i belum habis lagi. Kaki you macam mana? Dah okay dah?"
Tanya Ziyad pinta kepastian. Sebenarnya dia sangat terpegun dengan kecantikkan gadis di depannya kala ini. Sesiapa yang melihat pasti sudah cair dengan perwatakkan gadis yang sederhana ini.
Patutlah tadi dia melihat Zahir tidak berkedip memandang gadis itu.
Dengan gayanya yang tanpa 'make up' yang agak tebal.
"Tidak seperti gadis moden yang lain, dia tampak ayu sangat." Getusnya dalam hati.
"Alhamdulillah dah okay sikit encik. Thanks to you encik sebab dah tolong saya semalam."
Beritahu Zara kepada bosnya itu. Ziyad hanya mengangguk dengan kata-kata gadis itu.
"You're managing in operation right?. So, it's under my control."
"Take this file, you pergi dengan assistant i. She'll show you everything about the task."
Beritahu Ziyad apa yang perlu dilakukan Zara. Zara hanya mengangguk dengan arahan yang diberitahu itu.
"Okay Cik Zara, you may leave!. I hope you enjoy working at this company."
Ziyad terus saja membelek fail di atas meja selepas memberikan tugas itu pada gadis itu. Dia sememangnya mahu mengingatkan Zara tentang perangai sebenar Zahir.
Dia tidak mahu gadis itu termakan pula pujuk rayu lelaki itu. Sikap adik tirinya yang suka 'main perempuan' merisaukan dirinya tentang Zara. Tapi, dia tiada hak pula untuk berbuat demikian.
Dia juga perasan dengan sikapnya tadi, agak kasar pula dengan gadis itu. Tetapi, selepas melihat kejadian antara Zara dan Zahir pagi tadi. Hatinya menjadi dingin, entah kenapa renungan Zahir terhadap Zara merisaukan dirinya waktu ini.
Sebelum menuju ke pejabat tadi dengan tidak sengaja dia melihat kejadian tadi, tetapi dia hanya berlalu pergi. Dia pergi dengan perasaan yang tidak tahu diungkapkan olehnya.
Telefon di atas meja tiba-tiba berdering, Ziyad yang sibuk dengan kerjanya waktu ini hanya memandang sekilas telefon di sisi meja.
Keluar nama pemanggil 'Dato Zakri', namun dirinya tidak mahu untuk mengangkat panggilan itu.
Entah kenapa papanya menelefon dirinya kala ini. Biasanya jarang dato Zakri mahu berhubung dengan dirinya. Telefon yang berdering itu asyik mengganggunya sahaja. Ziyad terus menjawab panggilan itu acuh tak acuh.
"Nak apa?. Yad tengah busy ni, kalau tak penting 'whatsapp' je boleh tak?"
Beritahu Ziyad tanpa mendengar dahulu apa yang mahu diberitahu papanya itu.
"Yad sihat tak? Dah lama Yad tak balik rumah. Yad tinggal kat mana sekarang ni? Rumah Erman ke?."
Tanya dato Zakri bertalu-talu seperti merindui gerangan anaknya itu.
"Papa tak payah lah nak ambil tahu pasal Yad. Kalau tak ada apa-apa lagi Yad nak letak call. Assalamualaikum."
Ziyad yang mahu meletak telefon terhenti pula seketika apabila disuruh papanya.
"Sekejap Yad, hujung minggu ni kamu free tak?"
"Kalau boleh papa nak kamu balik sebab ada benda yang perlu kita bincang."
"Berkaitan dengan Tania, tunangan kamu."
Beritahu dato Zakri berhati-hati tidak mahu anak lelakinya itu marah.
"Okaylah, Yad balik.!"
"Lagipun dah lama Yad nak settlekan masalah tunang tu. Nanti kita settle benda tu sama-sama."
Ziyad menutup telefonya, berkali-kali mukanya diraup tanda dia serabut memikirkan masalah antara dia dan Tania. Terkadang perkara yang berkaitan dengan gadis itu sangat merisaukan dirinya, perlukah dia berkahwin dengan gadis itu.
Gadis seperti itu tidak patut pun dianggap sebagai tunang. Kalau bukan disebabkan permintaan arwah mamanya, dia tidak mahu dijodohkan dengan gadis itu.
Pelbagai rancangan yang ada di benaknya sekarang, tetapi dia tidak tahu adakah rancangannya itu berhasil. Dia sendiri tidak sabar untuk menguruskan semua itu.
Zara kala ini sedang menyesuaikan dirinya di ZNE Holdings. Semua task yang diberikan Ziyad sudah difahami dan di uruskannya. Banyak perkara yang diketahuinya hari ini disebabkan assistant bosnya banyak memberikan info-info penting kepadanya.
Task yang diberikan juga tidaklah begitu berat tapi agak mencabar. Zara sangat seronok dengan aktivitinya hari ini, sebagai pembantu operasi di ZNE Holdings dia perlu cekap dalam semua tugasan.
Zara sedang asyik meneliti fail-fail yang baru diletakkan di mejanya. Semua fail tersebut perlu diuruskannya dahulu sebelum diserahkan kepada Ziyad.
Jadi, dia tidak membuang masa selain menyiapkannya. Sedang Zara sibuk menyiapkan kerjanya, seorang gadis yang amat dikenalnya berdiri tepat di sisi mejanya.
"What are you doing here!?"
"OMG Ziyad.!. You just wait, dasar perempuan tak tahu malu."
Teriak Tania di ruangan pejabat mengganggu yang lain dengan suara lantangnya itu. Dia terus menuju ke bilik Ziyad meninggalkan Zara yang kebingungan dengan situasi tersebut.
Zara sedikit pelik kenapa Tania masih tidak puas hati akan dirinya. Permasalahan antara mereka sudah terjadi lama namun, Tania masih memarahi dirinya.
Zara sudah tidak sedap hati dengan perkara ini, dia baru sahaja mendapatkan pekerjaan ini. Tidak mungkin akan terus dipecat disebabkan ulah Tania itu.
Ziyad yang penat baru sahaja merehatkan dirinya di sofa dan pada masa yang sama Tania meluru masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu.
"Sayang.!"
"You memang sengaja ke nak kecewakan i.!"
"Kita dah bincang kan tentang ni, kenapa you ambil juga perempuan tu kerja kat sini.."
"You jangan salahkan i kalau i selalu kacau you kat sini, you dah mungkir janji lah Yad."
Tania meluru masuk menghempaskan begnya di atas meja sofa bersebelahan Ziyad yang berbaring menenangkan fikirannya itu.
Ziyad memejamkan matanya tidak mempedulikan gadis itu. Dia penat untuk bertengkar dengan sesiapa masa ini, kepalanya juga sedikit pening kala ini.
Tania yang melihat Ziyad yang tidak mempedulikan dirinya kala itu kesal dengan sikap acuh tak acuh tunangannya itu. Dia memanggil-manggil Ziyad sambil menggoncang tubuh lelaki itu namun, tidak juga dipedulikan sama sekali.
Tania yang geram dengan sikap lelaki itu terus mendekatkan dirinya di samping lelaki itu dan terus melepaskan satu ciuman tepat di bibir lelaki itu.
Perkara itu telah mengejutkan Ziyad dari rehatnya dan menolak keras gadis itu ke belakang. Ziyad menyapu-nyapu bibirnya yang basah dicium gadis itu dengan kasar. Dia betul-betul jijik dengan tindakan Tania kala ini.
"You memang tak tahu malu ke Tania?. What are you doing, this is not funny at all. You better leave or I will call security. Now!"
Ziyad berang seketika dengan kejadian tadi, tidak patut gadis itu berbuat demikian padanya.
"Sampai hati you sayang.!"
"Kita kan dah tunang, nak kahwin dah pun. Kenapa you buat i macam ni hah!."
Tania menangis bila diherdik begitu oleh Ziyad atas kelakuannya tadi.
"Siapa yang nak kahwin dengan you?."
"You uba bagitahu i patut ke i kahwin dengan you ni, dengan perangai you yang macam ni."
"I tahu la you dah lama di London tu, takkan la benda macam ni pun you tak boleh nak jaga."
"Entah-entah dah berapa jantan dah belakang i yang you buat macam ni kan?"
Ziyad menghamburkan marahnya kala ini. Dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap selamba gadis itu.
"No sayang, I setia dengan you sorang je tau. I love you so much Yad. Takkan i nak buat benda macam tu belakang you."
Tania mempertahankan dirinya kala itu setelah dituduh sedemikian. Dia memang suka bersosial, tetapi perasaan cintanya itu hanyalah pada Ziyad.
Ziyad adalah lelaki idamannya walaupun sudah banyak lelaki yang keluar dengannya tetapi dia tetap mahukan lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami.
"You buat apa kat sini? Bukan kita dah sepakat nak jumpa kat luar? You ni lupa ke atau you sengaja buat-buat lupa ni hah?."
Marah Ziyad lagi malas mahu berurusan dengan gadis itu.
"You yang janji ngan i untuk gagalkan iv perempuan tu kan? Mana janji you Yad?."
"You tu yang lupa, You yang tak tepati janji and you jangan nak salahkan i kalau i selalu datang sini."
Marah Tania kembali dengan perlakuan lelaki itu.
"Eh, itu masalah antara you berdua. I tak janji, i dah kata i cuba tapi she's good in reality."
"Lebih hebat dari you, so buat apa i nak lepaskan gadis bijak macam tu."
Beritahu Ziyad mempertahankan keputusannya itu, dia sendiri tidak sangka Tania masih lagi mengingat tentang perkara itu.
"Sampai hati you sayang, i minta tolong sikit je tau. You tak pernah nak appreciate i, i yang beria-ria dengan you tapi you sikit pun tak sayang i."
Tania mengambil beg tangannya dan meluru keluar sambil menangis dengan perasaan hampa. Dia tidak menyangka ziyad sudah banyak berubah dan tidak menyayangi dirinya lagi.
Dia yang baru keluar dari pejabat terpandang pula wajah gadis yang dibencinya itu.
"Kau jangan nak bersenang dululah Zara, dasar betina jalang. Kau tunggu pembalasan aku."
Marah Tania dalam hati seraya keluar dari bangunan ZNE Holdings.
Zara terus pulang ke rumah selepas habis hari pertamanya bekerja. Dia merebahkan badannya di sofa dan mengeluh seketika.
Dia teringat kejadian di mana Tania yang tidak puas hati dengan keberadaannya di ZNE holdings itu tadi. Sedang dia mengelamun dengan nasib dirinya itu, satu notifikasi keluar dari telefon miliknya.
"Assalamualaikum buah hatiku, kau sihat tak?, dah makan?."
"Rindunya aku pada kau ni, kalaulah aku diberikan sayap dah lama aku terpacak di depan rumah kau."
Zara tersenyum sendiri melihat notifikasi itu. Tunangannya itu selalu menggembirakannya dengan kata-kata manis, ada saja ayat bunga yang dihantar padanya.
"Waalaikumsalam, aku sihat je ni Zam. Baru balik kerja penat sikit, aku dah makan dah tadi."
"Kalau lah aku yang boleh terbang, aku nak balik la sekejap jumpa family rindu sangat."
Balas Zara tersenyum teringatkan ibu dan ayahnya.
"Nak jumpa family je ke? Tak sudikah singgah sekejap dalam hati aku ni."
Balas Zamri bergurau. Zara hanya memandang sahaja mesej itu, tanda malas untuk membalasnya.
Dia tahu kalau dibalas Zamri akan memberikan ayat berbunga yang lain pula. Perasaan Zara pada Zamri masih lagi tipis jadi, dia tidak mahu memaksa dirinya lagi kala ini.
Beberapa minit kemudian satu notifikasi lagi masuk.
"Aku lupa nak beritahu, minggu depan aku ada surprised untuk kau. Kau tunggu je benda tu sampai tau. Love you sayang."
Zara hanya memandang pelik, entah apa lagi yang mahu diberikan tunangannya itu. Dia membiarkan sahaja mesej itu dan masuk ke biliknya untuk membersihkan diri.
Selepas ini dia mahu memasakkan sesuatu untuk di makan bersama Mila. Sementara masih banyak barang di dalam peti sejuk itu lebih baik dia masak, takutnya nanti expired dan membazir pula.
Jadi dia mahu merajinkan dirinya itu memasak apa yang patut. Terkadang Zara tidak merasa selesa pula jika tidak berbuat apa-apa di rumah Mila itu.
Walaupun Mila selalu melarangnya membersihkan rumah, Zara tetap berbuat demikian. Jadi disebabkan itu, Mila menyuruh bibiknya datang setiap minggu membersihkan rumahnya itu.
Dia tidak mahu menyusahkan Zara dan mahu Zara selesa tinggal bersamanya.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel