"Eh you nak cabar i ke Tania?, i dah cakap bagi i masa dulu nak bincang dengan papa i. Yang you suruh papa you call papa i dah kenapa?. You tak percayakan i ke, you ni dah memang melampau tahu tak..!"
Marah Zahir yang tiba-tiba masuk ke kondo milik Tania. Tania yang sedang duduk menonton tv terkejut dengan kehadiran lelaki itu yang marah-marah tidak seperti selalu.
"You nak i tunggu sampai bila?, sampai perut i ni membesar ke apa. You nak tunggu parents kita tahu ke perangai buruk you tu pada i. You sedar lah sikit, disebabkan you i terpaksa tanggung budak dalam perut ni. You nak lepas tangan?, macam tu.?"
Marah Tania pula membela dirinya itu.
"Siapa cakap i nak lepas tangan, kalau you ikut cakap i untuk gugurkan kandungan bodoh you tu."
"Kita tak akan serabut macam ni tahu tak, you fikir la sikit, hidup kita ni panjang lagi Tania. Serious la you nak bazirkan dengan berumah tangga macam ni. Kolotlah you ni..!"
Bantah Zahir lagi dengan keputusan melulu gadis itu.
"I tak kira, i nak kita kahwin je. You suka ke you tak suka ke itu you punya pasal lah biy. I nak you bertanggung jawab pasal ni, bukan susah pun nak cover benda ni."
"I tak nak gugurkan budak ni, lagipun dia tak bersalah pun you tahu tak."
Beritahu Tania selamba tanpa menghiraukan lelaki yang sudah berang dengannya itu.
"You mari sini..! I dah tak kira tau Tania, kita gugurkan saja budak ni. I tahu satu klinik yang kawan i selalu pergi untuk buang benda tu. Dah jom..!"
Tarik Zahir yang sudah seperti orang yang tak betul di situ.
"You tak faham ke hah..! I cakap i tak nak, i tak nak lah. You jangan berani eh nak paksa i macam ni."
"Oh..masa you dah buat i sampai macam ni, you tak nak kahwin dengan i. Banyak lah alasan you, nak enjoy lah nak itu la ini la."
"I tahu you sebenarnya tak nak kan kahwin dengan i. You sebenarnya anggap i apa hah biy?. I ni tak pernah penting ke pada you?."
Marah Tania lagi diperlakukan begitu oleh lelaki yang selalu bersamanya itu. Zahir yang tersenyum sinis itu memandang keji gadis di depannya itu.
"You dah tahu?, baguslah kalau you dah tahu. I memang tak nak kahwin dengan you."
"You tu sebenarnya perempuan pelepasan nafsu i je Tania. I tak pernah pun sukakan you, you tu perempuan murah tahu tak..!"
Bentak Zahir kepada gadis itu. Puas hatinya dapat melepaskan apa yang terbuku di hatinya saat ini.
"What..! You anggap i apa?, tempat pelepasan nafsu you."
"You memang kejam lah biy, you memang lelaki tak guna. I benci you tahu tak, you keluar dari sini sekarang, keluar..!"
Amuk Tania lagi dan menghalau lelaki itu keluar.
"I boleh keluar sendiri lah, Yes..! i memang kejam tahu tak. You tak ada apa yang nak dibanggakan pun Tania."
" You're nothing, macam pelacur-pelacur kat luar tu."
"Kalau i nak beristeri sekali pun i akan cari yang elok lah dari you ni."
Beritahu Zahir sempat menghina gadis itu dan berlalu pergi dengan gembira. Tania yang sudah menggila membaling semua barang yang ada dan menjerit sekuatnya di situ.
"You memang jantan tak guna Zahir, lelaki binatang. Okay..!"
"You mainkan i sekarang, you tunggulah nasib you. I akan pastikan you kahwin dengan i, you kena bertanggungjawab tahu tak..!"
Teriak Tania lagi di situ.
•••
"Ibu.., ibu okay tak ni bu?. Ibu tak sihat ke?"
Tanya Zaki adik lelaki kepada Zara yang tidak jemu menjaga keluarganya di kampung. Umurnya sekarang sudah mencecah 22 tahun dan masih menyambung pengajian di peringkat Ijazah.
Dia yang kini masih cuti semester hanya mahu berada di kampung menjaga ibu dan ayahnya itu. Sesekali dia akan berhubung dengan Zara untuk memberitahu perkembangan keluarga di kampung.
"Tak adalah Zaki, ibu demam sikit je ni. Kamu dah makan dah?"
Tanya puan Aini yang terbaring di katil dalam keadaan tidak sihat itu.
"Dah bu.., Zaki ada beli makanan kat luar tu untuk adik dan ayah. Ibu ada nak makan apa-apa ke bu, Zaki belikan untuk ibu. Ke ibu nak pergi klinik?, Zaki boleh bawakan bu.."
Puan Aini hanya menggeleng tidak mahu apa-apa. Sebenarnya dia masih terfikirkan kata-kata suaminya semalam di mana dia tidak mahu lagi mendengar nama Zara disebut-sebut lagi di rumah itu. Kalau ada yang membantah, dia halau keluar dari rumah itu.
"Sudahlah Aini, kau nak harapkan apa lagi dengan budak tak guna tu. Dah..! Tak payah tahu lah apa nak jadi dengan dia sekali pun."
"Bukan lagi urusan kita, dia dah pilih jalan hidup dia macam tu. Biarlah dia, yang kamu duk sebut-sebut nama dia ni dah kenapa.?"
"Kau nak jumpa dia?, pergilah dan jangan nak balik lagi ke sini. Faham tak..!"
Tengking encik Halim pada isterinya itu.
Perangai Encik Halim sudah berubah seratus peratus, dulu dia adalah seorang lelaki penyabar, baik hati dan ramah dengan semua orang.
Sejak dari kejadian yang berlaku kepada Zara dulu, dia sudah menjadi lelaki bengis dan kurang bercampur dengan orang kampung yang mengata keluarganya.
"Ibu..Ibu rindu kakak ke bu?Zaki tahu bu..! Zaki faham perasaan ibu."
" Tapi ayah tak pernah nak faham pun perasaan ibu. Zaki dah cuba bu, Zaki dah cakap dah dengan ayah. Ayah tak nak dengar apa-apa pun bu."
Beritahu Zaki memeluk ibunya yang terbaring menangis di situ.
"Tak apalah Zaki, ibu tak salahkan kamu pun. Ibu demam sikit je ni, nanti tolong tengokkan adik kamu tu ya."
"Kesian dia sorang-sorang belajar kat bilik tu, nanti dia dah nak SPM pula. Ibu tak nak disebabkan pergaduhan ini dia tak fokus pula."
Beritahu puan Aini memberi pesan pada anak lelakinya itu. Zaki hanya mengangguk faham apa yang diperkatakan ibunya itu lalu dia meminta diri untuk keluar dari bilik itu.
Pintu bilik Zaidi dibuka dari luar oleh Zaki tanpa mengetuk sedikit pun. Dia dengan perlahan membuka pintu dan melihat sendiri keadaan bilik tidur yang tidak terurus di situ. Semua sampah dan kain baju adiknya juga berselerak di situ.
Budak lelaki yang berumur 17 tahun itu masih menghadap meja belajarnya sambil menghisap sepuntung rokok di tangan. Buku di atas meja hanya dibelek-belek tanda tak ada minat untuk belajar.
Dari semalam fikirannya berserabut dengan pertengkaran ayah dan ibunya waktu dia di bilik sedang belajar. Terkadang dia lebih rela keluar merayau dari terus berada di rumah.
Zaki yang melihat keadaan adiknya itu terus meluru masuk dan mengambil puntungan rokok itu lalu dilemparkan ke luar tingkap.
"Abang buat apa ni bang, kacaulah tahu tak..Abang tak ada benda lain ke nak buat hah..!"
Marah Zaidi yang tiba-tiba diganggu abangnya itu.
"Kau buat apa ni dik, kau sedar tak apa yang kau buat ni dik. Kita kat rumah ni dah lah banyak masalah tahu tak. Ibu pun tengah sakit tau dik. Fikirlah sikit.!"
Marah Zaki berbisik tidak mahu didengarkan oleh ibunya itu.
"Abang jaga la diri abang sendiri, tak payahlah nak risaukan aku. Aku bukannya bodoh bang..! Aku tahu lah apa yang aku buat. Dah lah keluarlah bang..!"
Beritahu Zaidi lagi sambil menyuruh abangnya pergi dari situ.
"Kau kenapa sebenarnya ni dik?, umur kau tak cukup lagi untuk benda-benda tak berfaedah macam ni tahu tak. Ni..Rokok ni, siapa yang ajar kau hisap benda tak guna ni hah?"
Marah Zaki lagi tidak mahu masa depan adiknya terganggu dengan perkara tak elok.
"Kau peduli apa bang, ayah sendiri tak pernah nak halang aku buat apa-apa. Dah lah..Kau jangan sibuk boleh tak bang..!" Sambungnya lagi.
"Sebab abang pedulilah abang tanya kau dik, kenapa kau perlu pilih jalan yang macam ni. Kalau kau ada masalah abang ada tahu tak..!"
Pujuk Zaki lagi menenangkan adiknya itu.
"Dah la bang, aku serabut tahu tak ada kat rumah ni. Dulu, ayah dan ibu tak pernah pun bergaduh, tak pernah abaikan kita ni. Sekarang abang tengoklah apa yang dah jadi, porak peranda dah bang."
"Ni semua sebab kakak tahu tak, kalau dia pandai bawa diri dia dulu. Dia jaga maruah keluarga ni, semua takkan jadi macam ni la bang..!"
Marah Zaidi meluahkan semua yang terbuku di hatinya.
"Kau jangan nak salahkan orang lain kalau diri kau sendiri pun kau tak boleh jaga. Apa yang kakak dah buat hah?, itu semua fitnah tahu tak dik."
"Dia tak buat pun benda terkutuk tu, macam mana dia nak bela diri kalau semua orang tak percayakan dia. Kau faham tak..!"
Beritahu Zaki yang menerangkan semua yang berlaku pada kakaknya.
"Abang yang tak faham..! Abang tahu tak setiap hari ada je yang datang ganggu aku kat sekolah."
"Kata aku macam-macam, keluarga kita ada seorang pelacur murah. Semua tu aku tanggung sendiri tau bang, aku stress tahu tak bang diorang mengata aku, menghina keluarga kita ni..!"
"Lepas tu, aku balik rumah ayah dan ibu bergaduh lagi pasal kakak. Kau tahu tak apa yang aku rasa sekarang bang.? Kau tak tahu, sebab kau belajar kat luar sana bukan kat sini..!"
Tangisan yang ditahan Zaidi akhirnya keluar juga di situ. Matanya sudah merah dengan air mata.
Zaki yang mendengar sendiri luahan adiknya itu mendekat lalu memeluk erat adiknya di pangkuan. Dia juga menahan dirinya dari mengeluarkan sedikit pun air mata. Dia tidak mahu ternampak lemah di situ.
Dulu, dirinya juga diperlakukan begitu. Tapi, dia selalu berfikiran positif dan tidak menghiraukan kata-kata nista orang luar terhadap keluarganya itu. Dia percaya bahawa kakaknya adalah hanya mangsa keadaan sahaja.
"Abang faham dik, tapi kau tak boleh macam ni. Kalau kau asyik dengar tuduhan tak berasas diorang, kau hanya di tahap ni dik."
"Apa kata kau buat hal kau sahaja, biarlah diorang nak hina sekali pun. Nanti bila kau dah tak peduli, diorang pun akan letih juga bercakap pasal kita. Kau kena kuat dik..!"
Pujuk Zaki yang memberi nasihat dan semangat untuk adiknya terus bangkit.
"Pasal ibu dan ayah kau biarkan saja lah dik, itu hal mereka berdua. Kalau kau perlukan pertolongan abang, abang akan selalu ada untuk kau dik."
Kata Zaki lagi yang mengusap lembut rambut adiknya itu. Keadaan adiknya yang masih dibawah umur itu tak sepatutnya berada dalam keadaan tertekan begitu. Jadi, dia sendiri akan selalu memantau keadaan adiknya itu walaupun hatinya sendiri pun terluka.
Zaidi yang dipeluknya hanya mengangguk faham apa yang dipesan abangnya, dia cuma perlukan seseorang sekarang ini untuk meluahkan kata. Mungkin nasihat dari abangnya ini akan sedikit memberi semangat untuknya terus bangkit dari kejian dan makian orang terhadap keluarganya.
•••••
Zara yang masih duduk menghadap komputer menyiapkan semua kerja yang diarahkannya. Satu per satu dokumen berkenaan senarai harga dari pembekal yang bekerjasama dengan ZNE Holding baru-baru ini telah diperolehnya.
Sekarang dia perlu menyiapkan pula satu tender yang mana akan dihantar terlebih dahulu pada Encik Ziyad untuk memeriksa sebelum ia dihantar pada pembekal.
Hal ini kerana, tender ini memerlukan proses untuk meminta pembekal menyediakan barang atau perkhidmatan yang diperlukan oleh syarikat ini. Jadi, dia akan selalu sibuk untuk berurusan dengan pembekal untuk menyelesaikan semua itu.
Zara yang sudah menyiapkan semua kerjanya perlu mendapat persetujuan dari atasannya sebelum diserahkan kepada pembekal. Pintu bilik diketuk terlebih dahulu sebelum dirinya masuk apabila diarahkan.
"Yes..Cik Zara ada apa?, have a sit."
Beritahu Ziyad yang sibuk menyemak beberapa fail di tangan. Dia yang baru pulang dari restoran tadi bergegas balik ke office kerana banyak yang perlu diuruskan.
"Encik Ziyad, ni tender yang saya buat berkenaan projek di Langkawi tu. Ini dokumen senarai harga sebagai rujukan untuk encik Ziyad dari pembekal kita."
Beritahu Zara dengan terperinci kepada Ziyad di depannya.
"Hmm, okay nanti aku check. Oh ya, thank sebab handle kan meeting dengan pembekal kita hari tu."
"Sebenarnya aku pun belum jumpa lagi dengan mereka, tak sempat hari tu."
Beritahu Ziyad itu yang sedikit menggaru kepala kerana perlu uruskan perkara lain pula.
"Macam ni Zara, aku akan check dulu semua ni terlebih dahulu. Apa-apa yang perlu ditambah atau ditukar aku akan inform kau nanti."
"Lepastu nanti kau tolong lah handle kan perbincangan lebih lanjut dengan mereka tu."
"Aku takut tak sempat nak uruskan untuk projek yang satu lagi tu pula."
Beritahu Ziyad panjang lebar menerangkan pada Zara. Zara yang sudah memahami apa yang diminta lelaki itu hanya mengangguk laju. Lagi pun, pembekal yang akan bekerjasama dengannya nanti itu adalah kawannya juga.
"Okay encik, kalau tak ada apa-apa saya nak keluar dululah. Apa-apa nanti encik panggil saya lah, kalau sempat esok saya akan uruskan dengan pembekal kita."
Beritahu Zara lagi dan berbalik mahu berlalu pergi.
"Sekejap..!"
Tahan Ziyad yang bangun dari kerusinya menuju ke sofa.
"Tolong ambilkan ubat sakit kepala boleh tak kat pantry? Thanks."
Beritahu Ziyad seraya merebahkan badan di sofa itu. Kepalanya yang tiba-tiba sakit itu mengganggu kerjanya buat seketika.
Mungkin dia terlalu penat asyik bekerja tanpa ada ruang untuk dirinya berehat. Zara hanya mengangguk faham dengan permintaan lelaki itu.
Ubat di tangan sudah pun di ambil dan dia kembali masuk ke dalam bilik untuk menyerahkan ubat itu. Namun, Ziyad sudah melelapkan mata terlebih dahulu.
"Encik, ni ubatnya saya letak kat sini ya."
Zara yang berbalik mahu meninggalkan bilik itu dipegang pula oleh Ziyad. Tangannya dipegang lembut lalu ditarik untuk duduk di sebelahnya. Setelah itu, dia melentokkan kepalanya tidur di atas riba gadis itu.
"Boleh tak kau tolong picitkan kepala aku?"
Tangan Zara diangkat lalu diletakkan di kepalanya tanda minta dipicit seketika. Sakit kepalanya itu sudah berdenyut dari tadi tidak dapat ditahan lagi.
Zara yang sudah tidak keruan itu, asyik berdebar sahaja dari tadi. Tidak pernah lelaki ini mahu mendekati dirinya, untuk bermanja begitu pun tidak pernah sama sekali.
Tangannya memicit lembut kepala lelaki itu, wajah tampan itu ditatap lama tanpa memberikan apa-apa reaksi pun. Ziyad yang melelapkan mata sangat selesa saat ini, picitan itu membuatkan dia mahu saja terlena di situ.
Sudah lama dirinya tidak dibelai lembut oleh sesiapa, dahulu mamanya lah tempat dia merebahkan diri untuk bermanja dan bergurau senda. Kini semua itu tiada lagi, sudah menjadi satu memori di hati lelaki itu.
Namun, tidak disangka-sangka setitik air mata menitik pula pada wajah lelaki itu. Zara yang tersedar cepat-cepat menyeka air matanya itu dan berusaha untuk bangun dari sofa.
Ziyad yang juga tersedar pelik dengan gadis itu. Entah salah apa yang dibuat sehinggakan gadis itu menangis sendiri.
"Kau okay ke ni?, maaflah kalau aku susahkan kau."
Beritahu Ziyad dan membetulkan duduknya saat itu. Mungkin gadis itu tidak selesa dengan perlakuannya saat ini.
"Saya kena pergi encik, ada..ada..benda yang saya kena siapkan. Saya pergi dulu."
Beritahu Zara yang sudah gugup di situ, dadanya begitu sesak menahan diri dari terus berdebar bila berdua dengan lelaki di hadapannya itu.
Sepatutnya perasaan itu dia perlu buang jauh-jauh dari terus disakiti seperti sebelumnya. Dia tidak mahu ada cinta yang berputik dan mungkin nanti akan musnahkan dirinya oleh seorang lelaki yang bernama Ahmad Ziyad Zafran Bin Dato Mohd Zakri.
Biarlah cinta itu dipendam sahaja begitu, tempat seorang isteri sememangnya adalah bersama seorang suami. Tetapi, dia itu hanyalah satu boneka yang terhias cantik di atas perkahwinan paksa.
Dia tidak mahu lelaki itu berterusan mempermainkan perasaannya lagi, lebih baik dia diam sahaja dari terus berharap apa-apa.
•••
Pulang sahaja ke rumah setelah penat seharian berada di pejabat, Ziyad terus masuk ke bilik untuk membersihkan dirinya.
Hari ini kelibat gadis yang selalu menunggunya pulang dari pejabat tiada pula di ruang tamu. Makanan yang terhidang di meja juga tidak dijamahnya kerana tidak mempunyai selera untuk makan.
Pintu bilik dikuak dari luar, matanya tertumpu pada sesusuk tubuh yang terbaring tidur agak lena di tepi dinding. Ziyad menghampiri gadis itu lalu dibelai lembut pipi gadis cantik itu.
"Aku minta maaf Zara, mungkin selama ni kau terlalu menderita hidup seperti ini."
Kata Ziyad berbisik sambil membelai isterinya itu, satu kucupan singgah di pipi gadis yang masih lena itu.
Masih diingatnya tadi waktu dia terlentok di riba gadis itu, Zara tiba-tiba telah menangis tanpa sebab yang diketahuinya.
"Mungkin dia telah menyembunyikan perasaan nya pada aku." Fikir Ziyad lagi.
Melihat keadaan Zara yang seakan tersedar, Ziyad cepat-cepat bangun dan terus berlalu ke bilik air bagi membersihkan diri. Hampir sahaja perlakuannya diketahui gadis itu, dia tidak mahu Zara tidak selesa apabila berada bersamanya.
Azan subuh sudah berkumandang, Zara yang sudah bangun turun ke bawah untuk mandi dan segera kembali naik ke tingkat atas untuk mengambil sejadah yang tertinggal di atas.
Namun, dia terkejut seketika apabila seorang lelaki yang sudah siap dengan kopiah di kepala baru sahaja mahu menunaikan solat di situ.
"Kau dah solat?"
Pertanyaan itu mengejutkan Zara seketika di depan pintu. Dia menggeleng laju lalu mengambil sejadahnya dan mahu keluar kembali untuk turun.
"Kita solat sama nak?. Kalau kau tak keberatan lah, kalau tak nak tak apa aku tak paksa."
Beritahu Ziyad juga gugup di situ, baru kali ini dia berani mengajak gadis itu untuk solat bersamanya. Sebelum ini dia hanya solat sendirian sahaja dibilik tanpa menjadi imam untuk gadis yang juga isterinya itu.
Zara yang terkesima dengan ajakan lelaki itu kembali berpaling dan maju mendekati tanpa berkata apa-apa. Siapa yang tidak mahu mendapat pahala yang berganda bila solat berjemaah bersama. Sudah lama dia menginginkannya tapi, disebabkan takut untuk meminta dia diamkan saja.
Ziyad tersenyum dengan tatapan wajah gadis itu padanya. Setelah selesai mengerjakan solat, satu kucupan singgah pula pada dahi Zara yang mahu pergi dari situ.
Zara yang terkejut dengan perbuatan berani lelaki itu segera berpaling dan tersenyum malu. Dia terus bergegas turun ke bawah untuk menghidangkan sarapan pagi tanpa berpaling kembali ke arah lelaki itu.
"Masak apa?"
Tanya Ziyad yang baru turun ke bawah apabila dia terhidu masakan isterinya di dapur. Disebabkan semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan, perutnya berkeroncong minta makanan pula pagi ini.
"Wah, Mee goreng. Sendukkan sikit boleh, aku lapar lah."
Beritahu Ziyad seraya duduk di kerusi dan menghirup kopi di tangan. Dia yang makan agak berselera pula pagi ini mungkin agak teruja dengan masakan gadis itu yang sangat sedap di tekaknya.
"Saya pergi dulu awak, dah lewat ni. Assalamualaikum."
Beritahu Zara yang segera mencapai begnya dan mahu berlalu pergi. Namun, tangannya ditarik seperti selalu untuk tunggu di situ.
Ziyad berdiri seketika dan menghampiri gadis cantik itu. Baju kemeja putih bersama skirt panjang menampakkan lagi kecantikkan isterinya yang sebenar.
"Boleh tak kalau kau tak payah ikat rambut macam tu, nampak buruk tahu tak."
Beritahunya lagi seraya menarik ikatan rambut Zara yang diikat kemas di situ.
"Encik buat apa ni?, saya dah lewat ni tahu tak. Tengok, dah kacau balik dah rambut saya ni..!"
Marah Zara yang sesuka hati sahaja dibuat begitu oleh lelaki itu. Dia cepat-cepat membetulkan balik rambutnya kembali dan berlalu pergi dari situ dengan kesal.
Sebenarnya Ziyad tidak mahu gadis itu dipandang cantik oleh orang lain. Ikatan rambut Zara tadi yang agak menampakkan sisi lehernya boleh menghairahkan siapa sahaja yang melihat.
Begitu juga dengan dirinya tadi, nasib baik imannya masih kuat kalau tidak sudah dicium-cium gadis itu di situ. Setelah itu, dia tersenyum melihat kecomelan gadis itu yang marah bila dibuat begitu.
•••
"Aireen..! What a surprise, tiba-tiba je boleh sampai sini. Problem apa pula kali ni cik adik oii.."
Gurau Ziyad yang berdiri dan beralih arah ke sofa mengajak Aireen yang baru tiba di situ duduk. Setelah dihubungi pembantu nya tadi tentang kehadiran seorang gadis mahu bertemu dengannya, dia segera menyuruhnya masuk.
"Saje lah bang Yad, Aireen nak juga tengok office abang Yad ni. Besar juga kan, Aireen ingat kan abang Yad pekerja biasa je kat sini. Rupanya ketua bahagian?, Wau hebatlah bang Yad."
Beritahu Aireen yang teruja dengan bilik pejabat lelaki itu yang tampak agak luas.
"Hebat apanya macam ni, biasa je abang rasa. Tak ada yang menarik pun."
Balas Ziyad selamba sambil menyilangkan kakinya di situ.
"Berlagak eh, bang Yad..! Abang tahu tak Reen ponteng kerja hari ni. Malas lah nak masuk, Reen nak duduk tenangkan diri Reen dari muka-muka pekerja kat sana. Menyampah abang tahu tak."
Bebel Aireen lagi yang duduk bersandar malas di situ.
"Pulak dah, semalam abang dah nasihat dah. Pedulikanlah mulut-mulut jahat diorang tu, tak ada faedah pun."
Nasihat Ziyad lagi sambil tersenyum di situ memandang muka masam gadis itu.
"Abang Yad..! Kita keluar jalan-jalan nak tak hari ni, temankan Reen jom pusing-pusing KL ni. Bosanlah Reen rasa hari ni..!"
Beritahu Aireen memujuk seraya mendekati sepupunya itu.
"Hmm, jap abang fikir. Kerja abang dah setttle dah separuh tapi."
"Hmmm..! Okaylah. Tapi, dengan satu syarat dulu."
Beritahu Ziyad meminta sesuatu pula di situ.
"Okay, nak apa?. Pandai eh abang Yad, nak bersyarat-syarat pula dia."
Ziyad hanya tersenyum saja dengan bebelan gadis itu padanya.
"Picit bahu abang dulu selama setengah jam, pastu baru kita gerak. Kalau tak abang tak nak pergi..!"
Beritahu Ziyad lagi mengenakan gadis itu.
"What..! Okay fine abang Yad, suka kan kenakan Reen macam ni..!"
Ajuk Aireen seraya ke belakang sofa dan mengurut bahu lelaki itu yang dianggap sebagai abangnya itu. Disebabkan geram juga dengan perangai sepupunya, pipi Ziyad dicubit pula kali ini dan mereka sama-sama tergelak.
Pintu bilik diketuk dari luar dan mereka terdiam pula kali ini. Ziyad menyuruh gerangan di luar pintu untuk masuk dan sekali lagi mata Zara dan Ziyad bertatapan di situ.
Pandangan Zara sekali lagi melihat kemesraan suaminya itu dengan gadis semalam yang juga giat memicit bahu suaminya tanpa segan silu.
"Maaf ganggu encik Ziyad, saya cuma perlukan fail semalam untuk saya proceed dengan pembekal kita hari ni."
Beritahu Zara berdiri di depan sofa yang terkadang tidak selesa melihat kemesraan dua orang di depannya itu.
"Abang Yad, tu bukan gadis semalam ke?. Pekerja abang Yad ke?."
Bisik Aireen di telinga Ziyad dan Ziyad hanya tersenyum sahaja di situ.
"Oh ya Zara, fail tu ada atas meja. aku dah check semua dan everything is fine. Cuma, kalau boleh kau negotiate dengan mereka tentang cost dulu then, kau boleh proceed lah dengan pembekal kita hari ni."
Beritahu Ziyad lagi sambil menerangkan dengan lebih terperinci. Zara hanya mengangguk faham dan mengambil fail terus berlalu dari situ. Entah kenapa kali ini pintu bilik tertutup kuat pula tanpa dia perasan semua itu.
"Dia mengamuk ke bang Yad?. Kejap.!"
"Reen ingat abang Yad tak kenal dia semalam. Cuba abang terus terang je dengan Reen, dia siapa?."
Tanya Aireen minta kepastian dari sepupunya itu.
"Tu lah isteri abang kalau Reen nak tahu."
"Eh jap..Abang tak nak Reen terkam dia dulu, nanti ada masa yang sesuai abang perkenalkan Reen pada dia.
Cuma sekarang abang nak tengok, ada tak sekumit cinta dari dia untuk abang. Reen tengok sendiri kan tadi, dia cemburu."
Beritahu Ziyad tersenyum mengenangkan muka Zara yang agak masam di situ. Bagus juga kehadiran Reen tengahari itu, mudahlah dia cemburukan Zara.
"Tak baik tau bang Yad, kalau Reen kat tempat dia pun Reen cemburu. Dah la Reen picit abang depan dia, kalau dia serang Reen abang tanggung eh."
"Tapi kenapa abang ber 'Aku' 'kau' dengan dia?. Tu kan isteri abang.!"
Marah Reen di situ seperti pelik pula dengan sepupunya itu. Namun Ziyad hanya mendiamkan diri tidak mahu menjelaskan apa-apa.
"Dah lah, jom kita pergi. Hari ni bang Yad temankan adik abang ni jalan-jalan, kesian Reen stress kerja."
Aireen yang masih menanti jawapan itu terus mengikut saja apa yang diperkatakan lelaki itu. Mereka berdua keluar dari situ untuk pergi ke mana sahaja yang gadis itu mahu pergi hari ini.
Yang penting gadis itu tidak terlalu stress dan bergembira sahaja bila di Malaysia bersama denga dirinya.
Zara yang masih duduk bersandar di kerusi terkejut dengan apa yang dilihatnya. Sehinggakan di pejabat pun lelaki itu sanggup membawa gadis itu, kemesraan mereka itu seperti sudah lama terjalin.
Memang jelas kecemburuan di wajahnya kini, tapi dia menyibukkan dirinya saja tidak mahu berfikiran kotor tentang lelaki itu.
Dulu, lelaki itu juga sering berduaan juga dengan Tania, entah apa yang mereka lakukan juga dia tidak tahu. Tak mungkin perangai dia tu akan berubah sekelip mata.
Omel Zara di dalam hati memikirkan itu semua. Tiba-tiba sesusuk tubuh berdiri tepat di depan mejanya mengejutkannya dari lamunan panjang.
"Zara..! Are you okay?"
Tanya seorang lelaki yang menghampiri mejanya. Lelaki itu yang baru saja sampai ke ZNE Holding sememangnya perlu berurusan dengan Zara untuk berunding mengenai kos projek nanti.
Zara yang sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu tersentak seketika dan terus berdiri.
"Oh, Encik Jason you dah sampai rupanya. I'm sorry sangat-sangat tak perasan pula you dah ada kat sini.
Jomlah kita ke bilik meeting sana sebab sekarang baru pukul 3, tak ada orang guna bilik tu. So, boleh lah kita berbincang sedikit sebanyak."
Cadang Zara yang gembira dengan kehadiran Jason di situ sebagai tetamunya.
"Dah lama tau i tak jumpa you Zara, apa kata kita bincang kat luar nak. Lagi pun i belum makan lagi, you ni dah makan ke belum?"
"Jangan nak kerja banyak-banyak tau nanti jatuh sakit pula. Kesian kat badan you nanti letih."
Beritahu Jason menasihati gadis di depannya itu. Dulu, Zara juga seperti itu asyik fokus saja pada belajarnya.
Sampai makan pun dia boleh terlupa, jadi Jasonlah yang selalu membelikan makanan untuknya dulu kerana tidak mahu gadis itu mengabaikan dirinya sendiri.
"Hmm, okay lah boleh juga tu. Tapi, i tak rasa lapar sangatlah Jason."
"Zara temankan Encik Jason jelah sambil-sambil kita settle benda ni. Okay."
Jason hanya mengangguk gembira di situ. Sudah lama dia tidak keluar berdua dengan gadis itu.
Mereka berpisah pun sudah terlalu lama, kini dia kembali ke Malaysia semula dan tidak menyangka boleh bertemu semula dengan Zara buah hatinya itu.
Perbincangan mereka bermula seperti biasa, Jason yang juga merupakan pengurus dan juga ketua JSN Holding sangat professional bila berurusan melibatkan kerja.
Perbincangan mereka kali ini mendapatkan persepakatan yang jelas untuk mengurangkan sedikit kos untuk pembangunan itu. Jadi, Zara sangat gembira dengan keputusan yang tampak agak mudah dibuat oleh lelaki itu.
"Betul ni, you tak nak makan?"
"Nanti sakit i tak tau ya. You tak pernah berubah kan Zara, waktu makan pun you asyik nak mengelat."
"Jangan macam ni, makan lah sikit baru ada tenaga you nak kerja lepas ni."
Beritahu Jason menasihati Zara di situ.
"Kejap i oderkan, i tahu you suka apa. Kali ni you mesti makan, dah kurus sangat dah i tengok you tau tak."
Sambung Jason lagi sambil order makanan kesukaan Zara yang diketahuinya itu.
Zara sebenarnya tidak berselera langsung untuk makan tapi bila dia dipaksa begini oleh lelaki itu dia menuruti sahaja.
"Macam mana you sekarang?, you dah kahwin?."
Pertanyaan Jason itu membuatkan Zara yang menyedut minumannya itu hampir tersedak di situ.
"Sorry..Sorry..!"
"I salah tanya you ke Zara..? I'm sorry."
Beritahu Jason yang rasa sangat bersalah di situ. Namun, Zara hanya tersenyum saja sambil menunjukkan cincin yang utuh dipakainya itu.
"I dah kahwin dah lah Jason, You macam mana pula?. Since dah 3 tahun kita tak jumpa mesti you dah berpunya kan."
Tanya Zara seraya menolak hidangan yang seakan tidak habis hendak dimakannya itu.
Perasaan hampa yang dirasakan Jason kali betul-betul sudah membuatkan dia mendiamkan diri dari pertanyaan gadis itu. Setelah itu, dia terus bersuara.
"I belum jumpa pengganti you lah Zara. I macam ni lah, sorang-sorang tak ada pun peneman hidup."
Beritahu Jason dengan perasaan sedih di situ bila mengetahui Zara sudah pun berpunya.
Lelaki yang berbangsa cina itu tampaknya masih menyukai Zara, tatapan matanya susah untuk menipu yang sebenarnya dia betul-betul sakit kerana terlepas lagi untuk mendapatkan gadis itu.
"insya Allah ada lah tu jodoh you, i doakan you tau Jason. Moga-moga you akan dapat jodoh yang tepat untuk you nanti."
Jason di situ hanya mengangguk setuju dan dengan cepat tangannya membetulkan rambut Zara yang sedikit menutup muka gadis itu. Selalunya gadis itu akan mengikat rambutnya, tapi tidak pula seperti biasa.
Zara yang terkejut membiarkan saja perlakuan lelaki itu, lagipun dia juga sangat rimas dengan rambutnya yang tidak diikat seperti selalu. Semuanya disebabkan ulah Ziyad pagi tadi.
"Oh ya, sebenarnya Zara masih tertanya-tanya lagi tentang Jason ni, betul ke Jason dah muallaf?."
Tanya Zara yang sedikit perlahan menatap lelaki itu, dia sendiri juga masih mahu mengetahui status sebenar lelaki itu.
Jaso hanya tersenyum dang mengangguk saja pertanyaan dari gadis itu. Walaupun hatinya sedikit kecewa, mungkin dia dan Zara boleh menjadi kawan rapat seperti yang diharapkan gadis itu dulu.
"Alhamdulillah Jason, Zara bersyukur sangat. Tapi macam mana dengan keluarga, bukan dulu diorang tak suka."
Tanya Zara lagi minta kepastian lelaki itu.
"Sebenarnya i dah ceritakan semua dah pada mereka yang i sebenarnya tukar agama bukan sebab cinta i pada you dulu Zara, ni semua adalah sebab hati."
"Dan mereka faham semua tu, mereka ingat i main-main saja. Tapi mereka dah yakin dengan i dan merestui semua tu."
"I bersyukur sangat dapat restu dari mereka Zara, mereka tak benci i pun."
Cerita Jason panjang di situ.
"Baguslah macam tu Jason, yang penting you tak kecewakan mereka dengan keputusan you."
Jam sudah pun menunjukkan pukul 4.50 petang, perbincangan mereka sudah lama pun tamat dengan kata sepakat dan persetujuan.
Telefon Zara yang dipegang tiba-tiba saja berdering mengejutkan dia seketika, Mila yang berada di talian terus diangkatnya.
"Zara.."
"Kau boleh tak datang rumah aku, aku sakit perut sangat ni dah tak tahan."
"Dari semalam perut aku macam ni, aku dah la tak larat nak drive pergi klinik sendiri. Tolong aku Zara..!"
Beritahu Mila yang menahan sakit di talian meminta bantuan sahabatnya itu.
"Ya Allah Mila.."
"Okay-okay Mil, aku gerak sekarang. Lagi pun aku dah kat luar ni, aku pergi pick up kau sekarang tau kau tunggu sana.."
Beritahu Zara sudah tergesa-gesa di situ.
"I'm sorry Jason, I got to go."
"Kawan i tak sihat, kita jumpa lagi lah nanti, Assalamualaikum."
Beritahu Zara lagi dan terus berlalu pergi dari situ untuk ke rumah Mila. Dia juga sangat risau sekarang ni dengan keadaan Mila yang mana menahan sakit di situ. Tidak sanggup dia membiarkan sahabatnya begitu.
Mereka berdua yang baru keluar dari bilik doktor apabila diperiksa mendapati bahawa rupanya Mila keracunan makanan pula.
Patutlah dari semalam dia tidak tentu arah keluar masuk tandas dan hari ni dia lemah pula tidak berdaya.
"Ya allah Mil, nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku pada kau. Risau aku tahu tak kau macam ni."
"Ni, kau dah makan ke belum?"
Tanya Zara seraya membuka pintu kereta untuk sahabatnya itu. Mila hanya menggeleng laju, sejak dari semalam dia tidak lalu nak makan disebabkan sakit perut yang terlampau itu.
"Jomlah kita balik, nanti aku masakkan apa-apa kat kau."
"Macam mana lah boleh terkena keracunan makanan pula kau ni Mil, dah lah lain kali kau masak lah sendiri makan kat rumah."
"Masakan kat luar tu mana kita tahu kan macam mana. Kalau jadi apa-apa macam mana, kau dah la duduk sorang-sorang."
Bebel Zara yang masih dalam pemanduannya. Mereka berdua pulang ke rumah Mila, yang mana gadis itu hanya tertidur lesu di sofa.
Zara yang sudah siap memasak makanan untuk sahabatnya itu segera menghampiri dan mengejutkan Mila yang lena tertidur itu.
"Mila..Jomlah makan, aku dah siapkan dah makanan ni."
"Lagi pun, sekejap lagi aku dah nak kena balik ni. Suami aku nak balik pula sekejap lagi, aku belum prepare apa-apa lagi kat rumah tu."
Ajak Zara sambil memegang tangan Mila yang malas untuk bangun di situ. Dia lebih rela tidur daripada makan disebabkan semalam dia tidak dapat tidur dengan lena.
"Kau letak lah dulu Zara kat situ. Nanti aku makan, aku ngantuk sangat lah Zara."
Kata Mila kembali berbaring di sofa itu mahu tidur.
"Ye lah, aku balik dululah Mila dah pukul 8 lebih ni nanti lewat pula aku sampai rumah. Kau makan tau, lepas tu makan ubat tu. Assalamualaikum."
Beritahunya seraya terus pergi dari situ.
Zara berlalu pergi meninggalkan Mila yang sudah semakin membaik itu untuk pulang ke rumah.
Dia perlu segera pulang ke rumah untuk menyiapkan makan malam untuk suaminya pula. Walau apa pun yang berlaku, dia tidak pernah lupa untuk melaksanakan tanggung jawabnya itu.
Sebuah kereta sudah pun terparkir di depan rumahnya itu, Zara yang baru tiba agak pelik pula apabila lelaki itu sudah terlebih dahulu sampai di rumah waktu begini. Selalunya waktu-waktu begini Ziyad akan lewat pulang ke rumah.
Pintu dibuka dari luar untuk masuk ke dalam rumah. Gerangan lelaki itu juga tiada di ruang tamu itu, jadi dia bergegas masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaiannya dahulu sebelum turun untuk menyiapkan makan malam.
Pintu bilik dibuka perlahan dan gerangan lelaki yang dicarinya itu duduk berdiri di balkoni memandang ke luar.
"Assalamualaikum."
Sapa Zara dan terus masuk ke situ meletakkan barangnya dan mahu terus turun ke bawah, mungkin lelaki itu sudah kelaparan menunggu makanan dari tadi.
Salamnya juga tidak dibalas oleh lelaki itu seperti selalu, jadi dia cepat-cepat mahu turun ke bawah bagi menyiapkan makanan untuk suaminya.
"Kau pergi mana?. Kenapa baru sekarang kau nak balik."
Kata-kata Ziyad itu membuatkan Zara menghentikan langkahnya. Entah kenapa suara lelaki itu terdengar dingin sekali di telinganya.
"Saya..Saya dari rumah Mila tadi, dia sakit jadi saya hantar dia ke klinik dulu. Tu yang saya terbalik lewat tu."
"Maaf sebab tak sempat nak siapkan makanan untuk awak."
"Kejap..! saya pergi siapkan makanan dulu untuk awak."
Balas Zara seraya mahu segera turun ke bawah.
"Aku tanya kau sekali lagi, kau pergi mana hah.?"
"Kau jangan nak bagi alasan pada aku boleh tak, cuba kau beritahu aku..!"
"Kau keluar dengan jantan mana pula kali ni hah.? Kenapa kau diam?, Kau terkejut aku cakap macam tu..!"
Tengking Ziyad yang sudah tidak boleh bersabar lagi kali ini. Dia meluru mendekati gadis itu dan mencengkam kuat tangan Zara memandang wajahnya.
"Lepaslah awak, sakit tahu tak..!"
"Awak cakap apa ni encik Ziyad..!. Lelaki mana, pula?."
"Saya dari rumah Mila lah..!"
Marah Zara yang dituduh melulu lagi oleh lelaki itu. Entah kenapa tiba-tiba lelaki itu menyerangnya sampai begitu sekali.
"Pembohong..!"
"Eh kau ingat aku bodoh ke perempuan..!"
"Pandai kau kan sorok perbuatan terkutuk kau selama ni, kau guna alasan kawan kau tu untuk tutup perbuatan maksiat kau ni belakang aku kan."
"Kau memang bijaklah Izara Annisa.!"
"Aku nak tanya, sebelum ni dah berapa banyak jantan dah kau lacur hah?."
"Penat eh, baru balik dari hotel melayan jantan tu tadi.? Eh, Jawablah.! Kenapa kau diam."
Sambungnya lagi menengking dan menuduh Zara sebegitu rupa.
"Ppap"
Satu tamparan sudah singgah di muka lelaki itu.
"Awak jangan berani nak tuduh saya macam tu lah encik..!"
"Awak ada bukti ke nak tuduh saya buat perkara macam tu?. Jangan sampai saya hilang rasa hormat saya pada awak dengan tuduhan tak bermoral awak ni lah.!"
"Eh, selama saya jadi isteri awak saya tak pernah pun lah buat perkara terkutuk tu dalam hidup saya."
"Walaupun saya ni orang kampung, saya masih lagi jaga maruah saya lah encik. Awak tuduh saya macam awak tu bagus sangatlah..!
"Awak tu lagi teruk tahu tak, semua perempuan awak boleh layan kan?. Tapi sikit pun saya tak kisahlah semua tu, sebab saya sedar siapa saya pada awak..!"
Zara yang sudah bengang menolak sedikit tubuh lelaki itu dan segera saja mahu keluar namun lengannya pula ditarik kasar dari belakang.
"Kau nak sangat bukti..!
"Eh perempuan..!, ni apa?."
"Jantan mana ni? Bukan main mesra kau kan dengan jantan ni."
"Siapa jantan ni hah?, lelaki simpanan kau? Sugar daddy? Ke anak ikan kau?"
Kau nak bukti apa lagi ni cik Izara?."
"Berapa banyak kau dapat dari jantan tu.? Selama ni kurang ke duit yang aku bagi pada kau sampai kau nak melacur diri kau ni pulak.!"
"Aku tak sangka lah perangai kau ni macam ni, sama je macam dulu kan. Dengan mudahnya kau ikut jantan sesuka hati kau, sama je macam kau ikut Zahir malam tu kan."
Perempuan Hipokrit..!"
Ziyad menunjukkan gambar di mana waktu Zara duduk bersama dengan Jason di sebuah restoran. Sebenarnya mereka berdua sedang membincangkan hal berkenaan syarikat.
Tapi pada waktu itu, Jason bantu membetulkan sedikit rambutnya dan telah menimbulkan lagi syak wasangka lelaki itu padanya.
Semasa mereka berdua di restoran itu, Ziyad yang bersama Aireen yang juga mahu makan di tempat yang sama terlihat semua itu di depan mata.
Kemesraan Zara dan lelaki itu telah membuatkan Ziyad pula yang semakin panas hati. Terpancar pula kecemburuan di wajahnya waktu itu membuatkan moodnya tiba-tiba berubah.
Tatapan mata lelaki itu terhadap isterinya juga menjadikan Ziyad yang tenang itu tiba-tiba saja membara, kalau tidak disebabkan Aireen yang menghalang dirinya untuk menghampiri mereka, kedua-duanya mungkin sudah dikerjakannya di situ.
Bagi menenangkan hatinya itu dia dan Aireen berlalu pergi untuk ke restoran yang lain untuk makan.
"Lepaslah encik, Sakit tahu tak..!"
"Encik ni dah kenapa?. Ya, memang saya ada keluar dengan lelaki tu."
"Tapi itu semua adalah atas urusan kerja lah, tak lebih pun dari tu. Saya tak ada masa lah nak buat benda bukan-bukan macam encik."
"Kalau encik tak ada benda berfaedah nak buat dan nak tuduh saya benda yang bukan-bukan, apa kata encik pergi keluar dengan skandal encik tadi tu dan jangan nak kacau saya boleh tak..!"
"Apa kata kita buat je hal masing-masing. Itu lagi baik kan."
Bentak Zara sambil menarik kembali tangannya yang dipegang kemas lelaki itu. Rasa sakit pada tangannya itu membuatkan dia takut menghadapi lelaki itu.
Kali ini dia betul-betul masih boleh bertahan lagi dengan kejian yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Kenapa?, kau cemburu eh aku keluar dengan dia?."
"Oh, aku faham..!"
"Sebab tu lah kau sanggup cari jantan lain kat luar tu, sebab aku tak layan perempuan macam kau ni?"
"Kesian kau kan..!"
Tuduh Ziyad lagi dengan kata-kata angkuhnya di situ. Tapi Zara berpaling menatapnya dengan perasaan marah kali ini.
"Awak jangan nak perasan boleh tak encik?"
"Saya tak ada masa lah nak cemburukan awak apatah lagi nak patah hati kalau awak ada perempuan lain."
"Awak nak keluar dengan sesiapa pun tu bukan urusan saya lah encik Ziyad."
"Lagi pun kita kahwin sebab nak tutup aib keluarga kita je kan? Tak pernah ada pun apa-apa perasaan yang wujud di antara kita."
"Buat apa awak nak marah kalau saya keluar dengan sesiapa pun?"
"Sudahlah encik, saya dah penat tahu tak nak selalu gaduh macam ni dengan awak."
"Saya tahu..!"
"Apa pun yang keluar dari mulut perempuan macam saya ni, awak tak akan pernah percaya kan. Jadi, buat apa saya nak explain lagi."
Beritahu Zara meluahkan lagi seraya berlalu untuk turun.
Namun, Ziyad yang masih tidak berpuas hati dengan ucapan yang keluar dari mulut gadis itu mengejar dan menariknya untuk masuk kembali ke dalam bilik.
"Aku belum habis cakap lagi lah dengan kau..! Kau nak kemana?, nak lari mana!."
"Kalau kau ada kerja dengan lelaki tu sekali pun, kenapa perlu sampai keluar berdua macam tu.? Bukan main mesra pula tu kan. Eh, kau ingat aku percaya.?"
"Baguslah..!"
"Bagus perangai kau macam ni, kalau aku biarkan je kau ni. Esok-esok kau keluar pula dengan jantan lain kan. Aku kenal sangatlah perempuan murah macam kau ni, memang tak pernah cukup dengan satu jantan."
"Kau kena ingat tau, kau tu masih isteri aku. Kalau kau nak keluar dengan sesiapa pun kau perlukan keizinan dari aku."
"Lepas ni aku tak nak kau keluar dengan sesiapa pun tanpa keizinan aku, walaupun dengan kawan baik kau tu. Kau faham tak..!"
Tengking Ziyad lagi yang sudah mula baran dengan sikap gadis degil itu.
Memang sebenarnya dia sudah rasa cemburu bila Zara dengan mudah rapat dengan orang lain.
Dia bahkan tidak dapat menerima semua itu.
"Ppapp"
Satu tamparan singgah lagi pada wajah lelaki baran itu. Zara yang sudah terketar tidak dapat menahan lagi hinaan yang keluar dari mulut jahat lelaki itu.
"Awak jangan melampau boleh tak encik Ziyad?. Boleh tak awak berhenti dengan tuduhan bodoh awak ni.!"
"Saya tak pernah pun nak gadaikan maruah saya untuk tidur dengan mana-mana lelaki. Atau awak yang sebenarnya rasa tercabar bila lelaki tu cuba nak dekat dengan saya kan."
"Sebenarnya awak tu yang cemburu bukannya saya. Saya tak sangkalah masih wujud lagi lelaki yang ego macam awak ni, awak jangan ingat awak seorang suami awak berhak nak tentukan hidup saya.!"
"Awak silaplah encik.!"
"Itu hak saya untuk tentukan hidup saya sendiri. Dengan lelaki mana pun saya keluar, tak ada kena mengena pun dengan awak lah.!"
Marah Zara mengeluarkan semua yang terbuku di hatinya.
Dia berbalik mahu meninggalkan lelaki itu sendiri tetapi badannya pula diangkat secara paksa dan terus dilempar ke atas katil lelaki itu.
"Aku tercabar kau cakap?
Eh perempuan..! Kau silap lah.!"
"Cuba kau beritahu aku, buat apa aku nak tercabar dengan jantan tu sedangkan yang depan mata aku ni isteri aku yang sah."
"Kau nak bercakap pasal hak dengan aku? Eh..! Kau tahu ke hak aku yang sebenar pada kau ni. Kau sedar tak.?"
"Baik..! Aku sendiri yang akan tunjukkan hak aku sebagai suami kau. Kau nak tahu sangat kan hak aku..!"
Beritahu Ziyad yang sudah membuka baju yang dipakainya itu dan terus menerkam gadis di depannya yang sudah meronta mahu melepaskan diri.
"Lepaslah bodoh, kau buat apa ni. Lepaslah.."
Ciuman yang agak kasar telah dirasakan hinggap di bibirnya membuatkan dia meronta mahu melepaskan diri.
Kau nak buat apa ni hah, lepaslah..lepaslah encik Ziyad.!"
"Ya allah..Jangan lah encik, tolong lah lepaskan aku.!"
Zara yang terus dipegang kemas meronta lagi minta dilepaskan bila Ziyad sudah menggila mencumbui ke seluruh tubuhnya itu.
Setelah itu satu persatu pakaiannya juga mudah saja dikoyak dan dilemparkan meninggalkannya tanpa seurat benang pun.
"Tolonglah..Tolonglah jangan buat aku macam ni..Lepaskan aku.!"
Teriak Zara lagi menangis dengan rontaan demi rontaan yang dilakukannya. Tapi tetap juga sukar untuk menandingi tubuh sasa lelaki yang sedang ghairah dengan tubuhnya itu.
"Kau nak menangis kenapa, aku ni suami kau lah. Daripada kau serah diri kau pada jantan kat luar tu.."
"Apa kata kau layan elok-elok suami kau ni, aku tak nak berputih mata Zara."
"Aku yang ada hak atas diri kau..Bukan jantan tu.! Entah-entah kau ni dah tak suci dah pun kan.!"
Beritahu Ziyad yang sedikit berbisik di telinga gadis itu dalam keghairahannya sendiri.
Akhirnya gadis itu tewas..!
Tewas juga di tangan lelaki yang bergelar sebagai suami, lelaki itu telah meragut kehormatannya bagaikan dia adalah seorang pelacur murahan malam itu.
Tiada sedikit pun kelembutan yang diterima oleh dirinya bahkan, dengan kata-kata cinta pun tidak pernah didengar di telinga itu.
Ziyad yang tiba-tiba terdiam seketika memerhati gadis itu yang masih menangis menahan segala perbuatannya itu.
Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dirasakan kini. Betulkah apa yang sudah dilakukan olehnya pada Zara.
Perempuan ini betul-betul masih menjaga kehormatannya dan tanggapannya pada Zara betul-betul salah kali ini.
Tapi disebabkan egonya, tiba-tiba saja dia tersenyum menatap gadis itu. Perasaan gembira tentang perkara itu betul-betul memuaskan dirinya.
Buat apa dia peduli, lagipun Zara adalah isterinya yang sah. Disebabkan Zara sendiri yang menyatakan bahawa dia telah tercabar, dia meneruskan juga untuk berbuat begitu pada gadis itu.
Zara masih menangis teresak-esak apabila dirinya diperlakukan kejam sebegitu.
Tidak ada kah sekelumit kasih dari lelaki itu untuknya, mengapakah dirinya tidak layak dilayan sama seperti isteri-isteri lain diluar sana.
Sebuah perkahwinan yang terbina adalah sememangnya memerlukan belaian mesra, kasih sayang dan menyatukan dua hati.
Ia bukanlah sekadar tempat untuk melampiaskan nafsu semata-mata. Namun, dengan apa yang diterimanya kini adalah berbalik dari apa yang diinginkan.
"Bukan ini yang aku mahukan Ziyad, kalau aku memang dijodohkan hanya sebagai tempat kau memuaskan nafsu kau."
"Kau bukan lelaki itu Ziyad, aku benci kau..Aku benci kau..!"
Raung Zara di dalam hati menahan siksa perlakuan lelaki itu.
Walaupun Ziyad sudah sah menjadi suaminya, dia tidak selayaknya diperlakukan seperti itu.
Hanya lelaki yang tidak berperikemanusian sahaja yang sanggup berbuat begitu tanpa sedikit pun ada belas kasihan.
"Kau ditakdir dalam
keterpaksaan
Tika malam tanpa deraian hujan
Kau tiba dalam keterlanjuran
Ucapanku bagaikan satu penipuan
Hadirku hanyalah sebuah jawapan
Kau khianati dengan ketidakpercayaan
Aku redha dengan ketentuan
Mungkin tuhan akan memberi pembalasan.
Pergilah kau dengan senyuman
Biarkan daku sendiri menyusuri jalan
Pergimu adalah satu impian
Padaku itu adalah suatu kepastian"
Zara yang masih menangis menyelimuti seluruh tubuhnya itu. Dia yang masih tidak melelapkan mata membelakangi lelaki yang sudah lena disebelahnya.
Dengan perlahan dia terus turun dari katil itu dan mengambil pakaiannya yang sudah berterabur di lantai.
Dengan perlahan dia segera turun ke bawah dan dalam keadaan longlai dia masuk ke tandas menyucikan semua tubuhnya.
Perasaan jijiknya itu terus kembali menghantuinya di mana waktu dirinya cuba diperkosa Zahir kembali menghantui fikirannya.
"Kau lelaki binatang lah Ziyad..!"
"Aku benci kau Ziyad, aku jijik dengan kau.."
Dia meraung menangis seperti trauma dengan apa yang baru terjadi padanya.
Badannya yang masih sakit akibat dari perlakuan gelojoh itu membuatkan dirinya susah untuk berdiri dengan baik.
Rasa sakit itu betul-betul ditahannya kini. Cecair merah juga turun mengalir di pehanya membuatkan dirinya turut ketakutan di situ.
Dia bangun dengan kudrat yang ada dan memakai pakaian yang ditinggalkan di bilik bawah, kunci kereta dicapainya dan dia terus keluar dari rumah itu.
Dia yang masih dalam keadaan terketar-ketar di situ segera keluar dari rumah itu, tidak sanggup lagi dia memandang wajah lelaki durjana yang berbuat begitu padanya.
Lebih baik dia hilang saja dari pandangan lelaki itu untuk selamanya.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel