LSH BAB 11

Romance Completed 14934

Ziyad yang baru habis dari meeting masuk ke ruangannya sambil menghempaskan fail di tangan.

Dia memang betul-betul puas hati kali ini, gadis itu betul-betul sudah dipermalukan di hadapan semua staff yang ada.

"Kau belum kenal aku siapa lagi Zara. Tu baru sikit, sesuailah apa yang aku buat tu. Itu hadiah aku pada perempuan macam kau."

Sakit hatinya sedikit terbalas dengan keputusan yang dilakukan di bilik meeting tadi.

Kecemburuan Ziyad tentang kejadian di bilik meeting antara Zara dan Zahir masih wujud di fikirannya.

Malah, mereka berdua sempat bergandingan untuk pulang bersama waktu itu.

"Kau memang perempuan licik lah.! Entah apa lah si Zahir tu beri pada kau, mudah je untuk kau keluar dengan dia."

"Aku nak tengok sejauh mana hubungan korang tu berakhir."

Ziyad bercakap sendiri dengan nada yang hanya didengar di telinga nya sahaja.

"Hai sayang."

Satu suara datang dari arah belakang Ziyad kala ini, tidak lain tidak bukan tunangannya Tania.

Ziyad menghela nafas panjang tanda serabut dengan kehadiran gadis itu yang tidak habis-habis mahu mengacau hidupya.

Ziyad terus bergerak ke arah sofanya dan duduk apabila tangan Tania mahu melingkari tubuhnya dari arah belakang.

"You buat apa kat sini lagi Tania, You tak ada kerja ke?. You asyik datang sini je ganggu i."

Beritahu Ziyad melepaskan keluhan dari hatinya itu.

"You tak suka ke i datang sini sayang, kita kan nanti akan jadi suami isteri yang sah. Tak salah kan i datang sebab nanti hari-hari you akan tengok muka i."

Beritahu Tania dengan gembira dan terus duduk di atas pangkuan Ziyad yang duduk di sofa itu. Niatnya kali ini memang mahu menggoda lelaki idaman di hadapannya itu.

Ziyad tidak dapat mengelak lagi dari perlakuan Tania itu, gadis itu sangat cepat pergerakannya yang terus duduk di riba Ziyad untuk menggoda.

Tangan Tania mula bermain di leher Ziyad sambil membuka butang atas baju. Tali leher Ziyad pula sudah dilonggarkan untuk memudahkan butang itu dibuka.

Ziyad yang dari tadi hanya merasakan sentuhan hangat dari gadis di depannya itu.

Tatapannya pula tidak lepas dari memerhati tingkah Tania yang sedikit menggoda dirinya kali ini.

"Sayang.., Jom kita pergi makan nak.? Dah masuk pukul 10 dah ni, i bosan la sayang makan kat rumah. You temankan i boleh tak sayang."

Tania mendekatkan mukanya di wajah Ziyad yang hanya membiarkan saja perlakuan gadis itu. Kali ini Ziyad hampir saja untuk tergoda dengan rayuan gadis itu.

Sedikit sahaja lagi bibir mereka akan bertemu namun kuakkan pintu dari luar mengejutkan Ziyad seketika.

Dia terus membetulkan duduknya tetapi Tania pula sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya.

Zara yang sudah terpancul di depan pintu tadi hanya menundukkan pandangannya ke lantai bila melihat adegan panas tadi.

Dia tidak menyangka boleh melihat adegan sebegitu di pejabat sedangkan pejabat adalah tempat untuk bekerja. Dia juga tidak menyangka lelaki yang perilakunya sangat baik sebelum ini hanya bertopeng sahaja.

Ada juga sedikit perasaan kecewa di hatinya kala ini namun, masalah yang berlaku tadi perlu diluahkan dan perlu diberikan penjelasan.

"How dare you enter without knocking first. shameless!."

Marah Tania bila melihat wajah yang disebalik pintu itu adalah musuhnya. Dia juga terkilan saat ini, disebabkan perempuan itu niatnya untuk menggoda Ziyad terhenti dengan sia-sia.

Tania yang sedikit bengang dengan perlakuan Zara itu mahu bangun dari pangkuan Ziyad namun terus ditarik kembali oleh lelaki itu mendekat padanya.

Tania yang sudah terkejut dengan perlakuan Ziyad itu terus terkaku dengan pelukan dari lelaki itu. Perkara itu juga sedikit meredakan kemarahannya.

"Maaf, saya perlu berbincang dengan encik Ziyad."

"Can you lend me your time, Encik Ziyad?"

Beritahu Zara secara berhati-hati, mahu sahaja dia menghamburkan kemarahannya yang ditahan tadi. Namun, dia sedikit sedar dan menahan dirinya dari berbuat sedemikian.

"Oh I'm sorry Cik Zara maybe next time kut, we can talk tomorrow or later?. Sebab, I'm quite busy with my girl right now."

"You nampak sendiri kan and i tak suka ada pekerja yang biadab macam you ni, main masuk je dalam bilik i."

"You sedar tak yang you tu siapa?."

Sambung Ziyad lagi memandang sinis gadis itu.

Dakapan Ziyad terhadap Tania sedikit kuat kali ini, tatapan mata mereka berdua juga sangat hangat saat itu.

Entah apa yang difikirkan dirinya kala ini, wajah Tania terus dibelai lembut dan dia terus memaksakan dirinya rapat ke wajah Tania.

Zara yang cepat-cepat memalingkan wajahnya terus mengelak dari terus melihat semua itu, dia tidak sanggup lagi melihat adegan sedemikian.

"Saya minta diri dulu."

Dia terus bergegas keluar dari bilik itu, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata telah wujud padanya waktu ini.

Dia mengambil begnya lalu keluar dari bangun ZNE Holding. Dia seperti gadis yang sangat kecewa saat ini, perasaannya juga sedikit hampa dan bercelaru dengan apa yang dilihatnya tadi.

"Ya tuhan, kuatkanlah hati aku ini."

"Aku bukan sesiapa pun pada dia, kenapa aku rasa kecewa ni Ya Allah."

"Ya Allah Zara..Sedarlah diri kau ni, kau dah bertunang dah pun."

Bicaranya di dalam hati.

Perasaannya kini juga telah bercampur baur. Perasaan marah, sedih, kecewa dan segalanya telah pun terbuku di hati itu. Mungkinkan selama ini dia ada menyimpan satu perasaan terhadap lelaki itu?

"Aku yang terdiam di dalam kesunyian ini
Tidak mampu lagi meluahkan isi hati
Terbatas untukku berbicara mampu kutangisi
Aku bingung dengan apa yang terjadi
Bingung dengan hati yang kian sakit saat ini"

"Ku tahan rasa sakit atas apa yang terjadi
Kata yang menusuk telah kau sakiti
Rapuh aku di kedalaman rasa sendiri
Sulit di mengerti akan sebuah hati yang mencintai"

_Zara

Ziyad yang tersedar dengan apa yang dilakukannya tadi terus bangun membetulkan pakaiannya.

Hampir sahaja bibirnya mahu bertemu dengan bibir Tania tetapi setelah Zara keluar dia segera menolak Tania untuk bangun.

"Ya tuhan, apa yang aku dah buat ni."

Bicaranya di dalam hati, dia terus keluar dari bilik sambil matanya melilau mencari kelibat Zara.

Namun, pandangan matanya di meja Zara saat itu 'kosong' tiada penghuni yang duduk di situ.

Dia kembali masuk ke dalam bilik dengan perasaan hampa. Dia meraup wajahnya beberapa kali sambil menyandar di sofa.

"Kenapa ni sayang, i tengok you macam serabut je dari tadi. Kita balik apartment i nak tak sayang?, I boleh tenangkan you."

Beritahu Tania dengan manja sambil membelai dada lelaki itu.

"You balik dulu boleh tak Tania, i ada banyak masalah nak fikir dekat pejabat ni. Please balik!."

Halau Ziyad sambil membuka pintu biliknya menyuruh Tania segera keluar.

"Sayang!, Tadi you tak macam ni pun dengan i, i tak faham la sayang dengan sikap you. Sekejap you okay sekejap you baran, i bukan anak patung tau."

Tania sedikit merajuk dengan perlakuan lelaki itu, air matanya tumpah menandakan hatinya disakiti oleh lelaki yang dicintainya.

"I'm sorry Tania, i memang betul-betul ada kerja banyak sekarang ni. Okay i promise if i have time, kita keluar sama-sama okay."

Ziyad memujuk gadis itu tanda malas untuk lebih lama membuang masa.

"Promise"

Tania menunjukkan jari kelingkingnya untuk berjabat bersama dengan Ziyad. Ziyad hanya mengikuti sahaja kemahuan gadis itu asalkan Tania cepat untuk beredar dari situ.

Setelah itu satu kucupan tepat melekat di pipi Ziyad dan Tania terus berlalu pergi meninggalkan pejabat itu.

Ziyad melepaskan keluhannya seketika dan duduk memikirkan apa yang dilakukan tadi. Adakah apa yang dibuat semata-mata untuk membuatkan gadis itu cemburu?.

Tetapi, betulkah tindakannya itu sedangkan dia sendiri tidak mengetahui perasaan Zara terhadap dirinya. Dia merasakan bahawa dirinya telah membuat perkara yang bodoh saat itu.

"Hati ini bergetar tatkala matamu menatapku.
Pandanganku terhalang dengan indahnya ciptaan
Sekujur tubuhku lemas seketika
Kini ku mulai tersedar kau telah pergi
Apakan daya diri ini menghalangimu?
Bukan sesiapa tetapi yang sudi mencintaimu."
_Ziyad

Ziyad mengemas barang di mejanya dan menekan butang telefon di atas mejanya.

"Siti, where's Zara? Suruh dia masuk."

Ziyad menyuruh pembantunya memanggil Zara untuk membincangkan permasalahan itu.

"I'm sorry encik Ziyad, i think cik Zara dah balik. Tadi i tengok dia bergegas keluar dari pejabat."

Beritahu Siti dengan jelas apa yang dilihatnya.

"Okay."

Telefon di matikan dan dia menyandar lesu seketika. Setelah itu, dia menekan lagi butang sambungan telefon tersebut.

"Siti, cancel all my meetings today, i kerja separuh hari je hari ini."

Panggilan tersebut hanya diiyakan oleh Siti tanda faham dengan arahan bossnya itu.

Ziyad terus keluar dari bangunan ZNE Holding untuk pulang ke rumah. Dia cukup penat hari ni, kalau boleh dia mahu bersendirian sahaja tanpa perlu berbuat apa-apa.

Namun, satu panggilan muncul di layar telefon miliknya tertera nama pemanggil yang amat dikenalnya itu.

"Hello Man, what's up bro. Lama aku tak dengar khabar kau."

Sapa Ziyad dengan nada gembira apabila panggilan itu adalah dari kawan baiknya sendiri Erman.

"Bro..Aku dah sampai Malaysia la bro, kalau aku tak call kau aku rasa entah bila la aku nak dapat panggilan dari kau."

Tegur Erman kepada sahabat nya itu. Beberapa tahun yang lalu Erman mendapat tawaran bekerja di Brisbane, Australia sebagai engineer di sana.

Sesekali bila dia mendapat cuti, pasti dia akan pulang ke Malaysia bertemu keluarga.

Pertemuan terakhir mereka berdua dahulu adalah selepas dua hari mereka menjemput Tania di lapangan terbang. Itu pun hanya beberapa kali mereka keluar bersama kerana Ziyad juga sedikit sibuk di pejabatnya.

"Ye lah, aku minta maaf la Man, aku busy sangat la Man lately ni. Kau kat mana ni?, dah sampai rumah ke.?"

Tanya Ziyad meminta kepastian dari kawannya itu.

Aku ada kat rumah mama aku sekarang, tengah rehat-rehat sekejap. Aku sampai Malaysia malam tadi bro, lupa nak update yang aku nak balik."

Beritahu Erman dengan jelas keadaannya sekarang.

Oh, okay bro kalau macam tu. Aku ingatkan kau baru sampai boleh aku tolong pick up. Aku free sekarang, kerja separuh hari je hari ni."

Beritahu Ziyad selamba sambil melepaskan lelah.

"Malam ni lepak luar jom Yad, aku belanja. Aku cuti 2 minggu je bro, kau luanglah sikit masa untuk member kau ni."

Beritahu Erman mengajak sambil memujuk. Dia tahu, kalau tak dipujuk mana kan mahu keluar berfoya sahabatnya itu.

"Ye lah bro, malam nanti aku pickup kau. Aku gerak dulu. Okay, Bye."

Ziyad meletakkan telefon miliknya dan berlalu pergi dengan kereta Honda miliknya.

•••

Senja kian berlabuh, usai solat maghrib tadi Zara menuju ke ruang tamu untuk berehat seketika sambil menonton tv.

Dia termenung seketika sambil mata tertumpu di hadapan tv yang terbuka.

"Betulkah apa yang aku lihat tu?."

Zara kembali mengingat adegan yang berlaku antara Ziyad dan Tania pagi tadi.

Entah kenapa hatinya sedikit pedih, dia memegang dadanya yang seakan tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

"Oh tuhan, kenapa ni Zara."

Zara terus berbaring di sofa sambil mahu melelapkan matanya tanda tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.

"Zara.!"

"Hei Zara bangunlah, kenapa kau tidur kat sini ni ni.p"

Mila yang baru sahaja pulang dari kerja terkejut dengan sekujur tubuh yang lentok tidur di sofa itu.

"Eh Mil, aku tertidur pula kat sini, pukul berapa sekarang ni?. Kau baru balik Mila?"

Zara bangun tercari-cari jam di dinding tapi pandangannya yang kabur baru lepas bangun itu menyukarkan dirinya untuk melihat dengan jelas.

"Dah pukul 10 lebih dah ni, aku terpaksa OT pula malam-malam ni. Yelah, bos aku tu, selagi tak buat meeting tak boleh. Lagipun esok dia outstation tu yang kalut tu."

Mila tersandar lemah di sofa tanda letih untuk bergerak sekarang ni.

"Kau dah makan ke Mila?Aku tak masak apa-apa pun tadi."

Tanya Zara yang seakan serba salah itu.

"Eh, tak apa la Zara, kau bukan orang gaji aku. Aku dah kenyanglah, bos belanja makan tadi kat ofis. Yang kau tanya aku ni, kau dah makan belum?"

Tanya Mila lagi mahukan kepastian.

"Aku dah kenyang la Mila, rasa tak nak makan apa-apa. Tak apalah, aku nak solat isya' jap nak sambung tidur, goodnight."

Zara bangun dari sofa namun tangannya ditarik untuk duduk kembali di sofa itu.

"Ni ada barang yang tersangkut di pintu pagar, aku buka tadi ada nama kau. Cuba tengok ni."

Mila menghulurkan barangan yang diambilnya di luar tadi untuk diberi kepada Zara.

"Apa pula ni Mil, siapa yang bagi ni?."

Zara tertanya-tanya sambil membuka barang yang diperolehnya itu. Setelah dibuka, mereka saling berpandangan sesama sendiri dengan muka yang pelik.

"Baju?" Mereka berdua membuat muka pelik seakan tertanya-tanya dari siapakah baju yang dihantar ini.

"Kau ada pesan baju online ke Zara, wahh cantiknya macam dress untuk ke majlis je ni."

Mila membuka pakaian yang terbungkus kemas dalam plastik seraya terpegun dengan kecantikkan baju tersebut.

Zara berfikiran sejenak, sepertinya dia sudah mengetahui siapa si pemberinya.

"Dah la Mila simpan balik la baju tu, aku tak nak la dengan dress bagai. Macam-macam la perangai lelaki tu."

Zara berdengus dan duduk di sofa tanda penat mahu berfikir.

"Ni kenapa pula ni, siapa yang kasi ni?. Kau jangan cakap kau ada scandal dengan mana-mana lelaki ya, tunang kau nak campak mana oii."

Sebelum Mila meroyan dengan perangai tak seberapa elok dia tu Zara dengan pantas menekup mulut kawannya tanda bising dengan bebelan si Mila.

"Aduh..aduh, Sorry la Zara, aku gurau je lah. Tu la tak nak story kat aku lagi, kan dah meroyan."

Mila tersengih di atas lantai melarikan diri dari Zara yang menekup mulutnya tadi.

"Kau ni Mila, kan dah kena. Nanti jiran-jiran kat sebelah dengar macam mana dah pukul berapa ni tau."

Bebel Zara lagi.

"Yelah, ha siapa si pemberi ni?, Secret admirer ke cik Zara oii."

Mila bangun dari duduknya dan berpindah duduk bersebelahan Zara yang dari tadi kelihatan moody.

"Kau tahu tak Mil, lusa aku ada majlis perasmian syarikat dengan pelawat dari Jepun. So, 3 hari jugaklah aku busy kena handle semua ni."

"Yang baju ni pula, aku kena pakai malam majlis tu nanti. Ceo syarikat tu nak aku jadi pasangan dia malam tu untuk sambut pelawat tu."

Zara menceritakan semuanya kepada Mila, diantara mereka memang sedikit pun tiada rahsia.

"Seriously Zara?, Ceo?. Biar betul, takkan dia tak ada partner lain. Dia pilih rawak ke? Atau kau dah kenal dia?."

Soalan demi soalan keluar dari mulut Mila kala ini. Dia juga seakan pelik, namun dia hanya berfikir mungkin urusan pekerjaan yang sangat penting.

Jadi, sememangnya Zara akan jadi orang penting lah malam tu nanti.

"Aku nak jawab yang mana ni?, Banyak sangat kau tanya. Ye lah Mil, aku ni yang dia pilih kau tahu. Sebenarnya aku dah kenal dah Ceo tu, kitorang jumpa masa di lif dulu."

Terang Zara dengan terperinci.

"Dah simpanlah Zara baju ni, nanti kau nak pakai apa pula nanti. Kau jadi orang penting tau malam tu, bukan mudah Ceo tu nak pilih orang yang tepat nak bertemu orang luar."

"Kau dikira beruntung la Zara, cukup tahun naik pangkat."

Gurau Mila dengan nada gembira dengan kemajuan dari Zara itu.

"Satu je aku nak pesan Zara, kau jaga diri kau elok-elok. Dunia sekarang ni bukan macam dulu banyak dugaan dan cabaran tau, kau pun dah tunang orang kena jaga batas juga tau."

Pesan Mila mengingatkan kawan baiknya itu. Zara hanya mengangguk faham dengan apa yang diperkatakan kawannya itu.

Kalau tiada Mila, mana lagi tempat untuk dia mengadu dan meluahkan isi hati. Mereka saling berpelukan tanda memahami isi hati masing-masing.

Zara menyimpan elok baju yang diperolehnya di dalam almari dan bersiap untuk tidur. Esok banyak perkara yang perlu diuruskannya untuk bersiap sedia menyambut tetamu nanti.

Satu notifikasi mengganggu dirinya yang hampir terlelap. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, dia membuka peti mesej tersebut tanpa melihat si penghantar.

"Jangan lupa pakai baju yang i hantar, esok malam i jemput you okay. Goodnight sayang."

Zara yang mengantuk itu membiarkan sahaja mesej itu dan terus lena dibuai mimpi.

•••

"Kau ni Man, tak ada tempat lain ke nak lepak?. Sini juga kau suruh aku bawa."

Ziyad membetulkan duduknya dimeja pelayan barista di depannya.

"Alah..dah lama aku tak datang sini, dulu kau yang ajak aku kan?. Bukan selalu pun kita lepak sini tengok awek gelek-gelek."

Beritahu Erman gembira dengan kisah lama Ziyad yang dahulu juga sering ke kelab malam.

"Aku dah lama tak datang la Man, malas aku nak ingat benda lepas."

Sudah lama Ziyad tidak menjejakkan kakinya di tempat sebegini.

Dahulu di sinilah tempat dia melepaskan stress dan menghilangkan amarahnya tatkala dia mempunyai masalah.

Kini, dia sedar baginya tempat sebegini hanya sia-sia sahaja, tiada faedah yang diperolehnya.

Sejak kematian mamanya, Ziyad tidak pernah lagi datang ke tempat begini, usai sahaja pulang bekerja dia akan terus pulang ke rumah.

"Aku balik sekejap je Yad, jom la enjoy dulu teman aku."

Erman menarik tangan Ziyad untuk menari dengan gadis-gadis di pentas tari namun, Ziyad menolak ajakan itu.

"Kau pergi la Man, aku duduk kat sofa sana. Penatlah."

Ziyad memberi alasan untuk mengelak dari ajakan itu. Erman hanya mengangguk setuju dan terus dengan dunianya.

Ziyad menghampiri sofa yang paling hujung untuk mengelak dari sesakkan pengunjung kelab malam tersebut.

Terkadang dia sedikit rimas tetapi dia tidak mahu menghampakan kawannya itu yang mahu berseronok.

Ziyad duduk memerhati tingkah manusia yang lalu lalang di depannya sambil minum air cola yang dipesannya tadi.

Sesekali dia akan melihat jam di tangan takut lewat pula untuk sampai ke rumah nanti.

Sedang dia minum seketika, orang yang amat dikenalnya muncul bersama lelaki yang paling dibencinya kala ini.

Mereka berpaut seperti pasangan paling romantis di kelab malam itu sambil tangan Zahir meliar memegang tubuh tunangannya Tania.

Mereka berdua duduk bertentangan dengan tempat duduk Ziyad dimana pasangan itu tidak perasan dengan keberadaan Ziyad waktu itu.

Setelah beberapa minit, mereka berdua berlalu ke pentas tarian untuk menari bersama. Sepasang kekasih itu kelihatannya sedang mabuk sambil menari seperti pasangan yang tidak waras.

Ciuman Zahir di leher Tania sesekali tidak lepas, tangannya pula bebas bergerak meraba seluruh tubuh gadis itu.

Ziyad mengeluarkan telefon miliknya dan merakam semua perbuatan mereka berdua. Tidak hanya itu, malah mereka turut berciuman seperti pasangan kekasih yang sudah lama terjalin.

Mahu sahaja Ziyad menghampiri dan menumbuk kedua-duanya. Namun, dia tahu tidak ada apa yang akan diperolehnya nanti.

Semua itu hanya sia-sia, biarlah video ini yang menjadi bukti kecurangan Tania terhadap dirinya itu.

Ziyad menghampiri Erman yang duduk bersama gadis-gadis cantik sambil minum minuman keras itu. Erman juga sedang mabuk kala itu jadi sulit untuk Ziyad memberitahu kawannya itu.

"Man, jomlah balik dah lewat ni esok aku kerja lah. Nanti kita datanglah lagi."

Ziyad menarik tangan kawannya itu mengajak untuk pulang namun ditolak kawannya itu.

"Kau balik lah dulu Yad, gadis-gadis cantik ni tak bagi aku balik malam ini. Diorang ajak aku menginap sini la Yad, aku on je. Kan sayangku."

Beritahu Erman yang dalam keadaan mabuk tidak mampu mengawal dirinya sendiri.

"Suka hati kau lah Man, aku gerak dulu."

Beritahu Ziyad tergesa-gesa keluar dari kelab itu takut terserempak dengan tunangannya itu.

"Aku dah agak semua perempuan tak boleh pakai. Jijik aku dengan kau Tania, perempuan murah macam kau takkan ada tempat di hati aku."

Ludah Ziyad seraya keluar dari kelab dan menuju ke keretanya untuk pulang.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan badannya juga sedikit letih. Bagus juga dia keluar hari ini, yang penting dia tahu akan perbuatan gadis itu dibelakangnya.

Ziyad terus memacu kereta Honda miliknya meninggalkan kawasan kelab malam itu. Hatinya perit bercampur luka, dia tersenyum sinis sambil mengutuk Tania di dalam hati.

"Perempuan macam ini kah yang mahu dijadikan menantu oleh dato' Zakri?. Wahh, papa memang hebat, perempuan sebaik dan sesuci Tania ni juga dia berkenan untuk aku. Menarik Papa!."

"Kenapa tak dijodohkan dengan anak kesayangan kau tu?. Kenapa aku?. Semua yang buruk aku, yang baik si bangsat tu."

"Bagus, papa memang adil pa, Yad bangga dengan papa."

Ziyad menyindir dato' Zakri pula di dalam kereta seperti melepaskan luka yang terpendam.

Dia juga selalu merasakan sedikit terpinggir bila bersama dato' Zakri, susah untuk Ziyad membuat keputusan sendiri.

Dulu waktu keluarga Tania berkunjung ke rumah, dia terpaksa menuruti sahaja apa yang dibincangkan dato' Zakri dan papa Tania.

Sedikit pun dato' Zakri tidak bertanyakan persetujuan dari Ziyad. Jadi, disebabkan itulah Ziyad merasakan dirinya selalu terpinggir.

Sesudah sampai di rumahnya, Ziyad mengatur langkah untuk membersihkan diri. Usai solat isya' dia terus merebahkan badan di katil empuknya.

"Esok hari yang sangat sibuk, kan elok kalau aku tak pergi je malam perasmian tu. Ahhh!."

Ziyad serabut memikirkan itu semua. Lebih-lebih lagi dia perlu menghadap muka adik tirinya. Disebabkan dia juga sangat penting malam itu untuk beramah mesra dengan tetamu, dia terpaksa mengikuti juga majlis itu.

Terkadang ku salahkan duri
Yang menikam di kakiku..
Padahal aku sendiri yang memijak nya..

Terkadang aku tahu
Setiap api itu akan membakar kulitku
Tetapi, mengapa masih ku genggam?

Oh Tuhan,
Mengapa aku mengikuti semua itu
Baikkah aku dengan satu persetujuan
atau
Buruk kah aku bila dengan satu rontaan
Perlukah begitu"

_Ziyad

Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience