Zahir yang baru sampai di kediaman Dato Zakri menyusup masuk secara diam ke dalam rumah. Namun, suara Dato Zakri yang berada di sofa mengejutkannya.
"Dah berapa hari Hir tak balik?. Nak jadi macam Yad, tinggalkan rumah ni.?"
"Dato Zakri bangun dari tempat duduknya dan menghampiri Zahir yang terkedu di tempat nya.
"Dengar tak apa yang papa tanya ni Hir, kamu dari mana?."
"Dah nak pukul 2 pagi kamu tahu, biasanya kamu tak macam ni." Marah dato Zakri menarik anak lelakinya itu untuk menatapnya.
Namun, tatapannya di wajah Zahir mengejutkannya seketika.
"Kamu dah kenapa?, bergaduh?."
"Dah nak jadi samseng ke sekarang ni hah?."
Marah Dato Zakri dengan sangkaannya yang tersendiri.
"Kenapa ni bang?. Kenapa abang tak tidur lagi dah lewat ni."
Datin Noni yang tidak perasan akan kehadiran Zahir itu menghampiri suaminya.
"Awak tanya la anak awak ni!. Dah jadi samseng agaknya."
Beritahu Dato Zakri lagi dengan perasaan marah.
"Astaghfirullahalazim, Zahir!"
"Dah kenapa dengan muka kamu ni Hir, Ya Allah."
Datin Noni terkejut melihat keadaan muka anaknya itu yang lebam sana sini.
"Papa cakap Hir samseng, cuba papa tanya anak kesayangan papa tu!. Apa yang terjadi kat Hir ni pun semua berpunca daripada dia, sebenarnya si Yad tu cemburu dengan Hir pa.
Jawatan CEO yang papa kasi kat Hir ni, dia cakap milik dia papa tahu..Tahu tak pa!"
Zahir menipu dato Zakri kali ini, semua kesalahan dituju kepada Ziyad. Datin Noni menyangkal kata-kata anaknya itu, dia tidak percaya Ziyad sebegitu.
"Kamu jangan nak menuduh Hir, Yad takkan buat macam tu. Selama ni mama tengok Yad tak pernah ambil tahu pasal jawatan tu."
Beritahu datin Noni menyangkal kata Zahir. Dato Zakri menunduk kesal, pening fikirannya memikirkan hal anak-anaknya itu.
"Ni lah ibu, semua yang Hir cakap ibu tak percaya. Yang baik nya semua Ziyad kan bu, Hir ni anak kandung ibu tau. Si Yad tu pernah ke dia sayangkan ibu, mama dia sendiri pun ibu yang tolong jaga."
" Tapi, ada dia berterima kasih?. Tak bu..baguslah mama dia mati, padan muka dia.
"Pap..!!"
Satu tamparan singgah di muka Zahir yang sudah sakit itu. Kali ini datin Noni pula yang sudah hilang kesabarannya.
"Selama ni ibu tak pernah pilih kasih antara kamu berdua Hir. Kamu berdua tu semua anak ibu, Ibu sayang dua-dua anak ibu."
" Tapi sikap kamu terlalu kurang ajar dengan orang yang sudah meninggal. Yang kamu sebut tu mama kamu, tahu tak?. Ibu tak pernah ajar Hir kamu bercakap kurang ajar macam ni!.."
Marah datin Noni kepada Zahir.
"Dah lah ibu, ibu memang tak pernah sayangkan Hir. Hir benci ibu tahu tak.!"
Zahir yang baru pulang kerumah kembali semula keluar dengan perasaan benci. Dia benci dengan apa yang berlaku, dia bencikan perasaan sayang ibunya itu pada Ziyad melebihi dirinya.
"Dah lah Noni, mungkin betul apa yang Zahir cakap. Takkan mereka bergaduh tanpa sebab, sudahlah marilah kita naik. Biar si Hir tu tenangkan fikiran nya."
Beritahu dato Zakri memujuk isterinya itu.
"Semua disebabkan kau Yad, kenapa aku tak bunuh je kau."
Marah Zahir memacu kereta keluar dari kediaman dato Zakri dengan perasaan marah.
Setelah beberapa minit, satu panggilan pula muncul di telefonnya.
"Macam mana?, ada apa-apa info?" Dengan kasar Zahir menjawab panggilan dari budak suruhannya.
"Ada boss, dia bawa betina tu masuk ke satu rumah. Dah lama aku tunggu boss, tak keluar-keluar."
Zahir diam seketika seperti memikirkan sesuatu. Kemudian, dia tersenyum sendiri dengan apa yang difikirkannya.
"Bagus, kau telefon pejabat agama sekarang. Suruh mereka serbu segera rumah tu. Kau perhatikan dulu apa yang berlaku, pastu kau cau diri situ." Arah Zahir dengan gembira dan menutup talian.
"Aku tak dapat rasa Zara, kau nak bolot juga ke Yad. Kau terima la nasib kau, habislah malu muka papa..Hahahahahahah."
Zahir ketawa dengan gembira dan memacu keretanya ke hotel berdekatan.
•••
Ziyad yang sudah terlena di ruang tamu terkejut pula dengan loceng yang ditekan beberapa kali.
Setelah itu, dia terus bangun dari situ dan menuju ke pintu untuk melihat gerangan yang menggangu dirinya saat ini.
Ziyad sedikit pelik pula saat ini. Jam yang ditatapnya itu sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.
"Siapa pula datang pagi-pagi macam ni?."
Tanpa usul periksa, Ziyad terus membuka pintu dan terkejut dengan apa yang terlihat di depannya itu.
Beberapa pegawai lelaki dan perempuan sudah pun terpacak berdiri dihadapan pintu rumahnya.
"Kami dari Pejabat Agama dan kami menerima laporan yang encik bersedudukan dengan yang bukan muhrim. Boleh kami masuk?."
Beritahu pegawai yang bertugas yang datang bersama beberapa orang.
Ziyad yang terkejut itu tidak tahu berbuat apa-apa. Salahnya juga membawa Zara ke rumahnya sedangkan niatnya hanya mahu membantu.
Pada saat itu juga, dirinya juga tidak memakai baju yang boleh menimbulkan lagi syak wasangka pegawai di situ.
Setelah pegawai itu masuk dan memeriksa, dua pegawai wanita menemukan Zara yang masih terlena tidur dengan baju dress yang sedikit terbuka itu.
Setelah itu, mereka mengejutkan gadis itu yang masih mamai dengan kesan ubat yang masih tersisa. Zara membuka matanya yang masih lesu itu dan melihat di sekelilingnya dengan penuh tanda tanya.
Ruangan bilik itu tidak pernah pun dilihat oleh dirinya, malah keberadaan beberapa pegawai yang dilihat berada di sampingnya itu mengejutkan dirinya tiba-tiba.
Zara yang dibantu untuk keluar dari bilik itu saja mengikut tanpa mengingati apa yang sudah terjadi.
Setelah itu, dia terpandang pula wajah Ziyad yang tidak berbaju itu melihatnya dengan wajah yang gusar.
"Kenapa saya ada kat sini, ni bukan rumah saya encik."
"Kenapa encik pegang saya macam ni?. Saya nak balik lah encik."
Beritahu Zara seakan masih buntu melihat di sekelilingnya. Setelah itu pegawai perempuan itu menjelaskan kepada gadis di hadapannya tentang kesalahan apa yang sudah diperbuat.
"Saya tak salah puan, tiba-tiba sahaja saya sudah ada kat sini."
"Encik Ziyad, tolonglah..Kenapa buat saya macam ni.?"
"Kenapa saya ada kat rumah encik..! Tolonglah jelaskan Encik, kenapa saya ada kat sini."
Beritahu Zara menangis sambil matanya menatap Ziyad yang masih tidak berbaju itu.
"Encik, kenapa encik sanggup diam macam ni. Sampai hati encik perangkap saya, apa salah saya encik Ziyad."
Zara terus meluru ke arah Ziyad dan dipukulnya lelaki itu namun, dua pegawai perempuan yang bertugas cepat meleraikan semua itu.
"Tolong beri kerjasama cik.."
Kata pegawai perempuan itu sambil memegang lengan Zara yang menangis minta dilepaskan.
"Kami terpaksa menahan kamu berdua. Keadaan awak berdua yang secara sah berdua-duan dan berada dalam keadaan mencurigakan ini adalah salah di sisi agama."
"Sila beri kerjasama pada kami dan ikut kami untuk memberi penerangan di balai."
beritahu pegawai itu dengan tegas sambil membawa mereka berdua.
"Baik encik, tapi bagi saya masa untuk memakai baju dan kunci rumah ini dahulu."
Pegawai itu hanya mengangguk dan menunggu Ziyad di luar. Ziyad yang memandang wajah gadis itu rasa sangat bersalah, dia juga seakan menyesal dengan apa yang terjadi.
Entah siapa yang menganiayai mereka berdua kala ini. Rasanya dia sudah secara diam-diam membawa Zara ke rumahnya. Bagaimana pegawai agama boleh sampai ke sini.
Ziyad mempersiapkan diri dahulu dan memberi kerjasama untuk memudahkan urusan pegawai agama itu.
Mereka berdua tiba disana pukul 3 pagi dan ditahan untuk memberi keterangan kepada pegawai yang bertugas.
•••
Mila yang masih tertidur di sofa bangun dalam keadaan terkejut. Rupanya dia tertidur dengan tv yang terpasang di situ.
Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi, Mila yang sudah bangun tercari-cari pula gerangan Zara di biliknya.
"Zara.!"
"Kau dah balik ke? Sampai hati tak kejutkan aku!."
Lampu bilik dipasang dan ternyata kosong. Mila seakan pelik dengan ketiadaan Zara di biliknya pagi itu.
"Takkan tak balik lagi, takkan majlis tu tak habis lagi. Aku nak call pun kau tinggal telefon ni, takkan dah jadi apa-apa kat luar tu. Risaunya aku Zara."
Mila yang kerisauan itu mundar-mandir tidak keruan.
"Apa aku nak buat ni, aduhh! Kau pun satu Zara, kenapa la kau tinggalkan telefon ni. Aku nak keluar cari kau sorang-sorang pun aku takut juga ni."
Bebel Mila lagi.
"Zamri!.."
Mila mendapat idea untuk meminta bantuan Zamri. Dia sangat risaukan kawan baiknya itu, sejak keluar ke majlis itu Zara tidak balik-balik lagi.
Dia terus mencapai telefonnya dan mendail nombor Zamri untuk menemaninya mencari Zara.
"Angkatlah Zam..Kau tidur mati ke!!" Bebel Mila.
"Erm..Mil, kenapa ni. Kenapa call aku?, Baru pukul 3 la Mil..Esoklah kita bincang pasal nak surprise kan Zara."
Beritahu Zamri mamai sambil melihat jam di telefon.
"Weh Zam..Kau kena tolong aku ni, Zara..Dia tak balik lagi la, aduh..Macam mana aku nak explain ni."
Beritahu Mila dengan risaunya.
"Tak balik? Siapa Mil?..Zara?..Dia pergi mana Mila?, dah pukul 3 pagi kut."
Zamri bangun dari tidurnya apabila nama Zara disebut Mila.
"Susah aku nak explain sekarang, kau jemput aku dulu kita pergi cari dia. Nanti aku explain lah kat kau."
jawab Mila lagi.
"Ye kejap aku siap jap."
Terus Zamri mengambil anak kunci keretanya dan keluar dari hotel. Beberapa minit kemudian, kereta Zamri sampai di depan rumah Mila.
"Dah, jom-jom..nanti aku cerita."
beritahu Mila yang meluru masuk ke dalam kereta dan mereka menuju ke bangunan ZNE Holding.
Sampai sahaja depan bangunan itu, semua tempat sudah kosong. Hanya ada pengawal yang menjaga bangunan itu.
Apabila ditanya, majlis itu sudah tamat sebelum jam 12 lagi. Mila seakan bingung memikirkan semua ini.
"Cuba kau beritahu aku Mil, Zara ke mana sebenarnya ni. Tadi aku chat dia tak ada reply, ingatkan dia dah tidur. Cuba kau beritahu aku Mila?."
Zamri yang memandu seakan tertanya-tanya tentang kepergian Zara itu.
"Dia kerja la Zam malam ni, ada majlis sambut visitor Jepun. Malam ni pula malam perasmian, dia cakap mungkin tak lama pun majlis ni. Tapi sampai sekarang dia tak balik lagi."
Beritahu Mila dengan terperinci.
"Zara pergi dengan siapa?.
Satu pertanyaan itu mendiamkan Mila seketika. Dia seperti takut-takut untuk menjawab pertanyaan itu.
"Dengan boss dia..Boss Zara yang jemput Zara dengan kereta ke majlis tu."
Beritahu Mila tergagap-gagap.
"Lelaki?..ke perempuan boss dia tu?."
Tanya Zamri inginkan kepastian sambil fokus memacu keretanya.
"Le..lelaki, tapi Zara cakap dia jadi partner penting malam ni tu yang bossnya pickup tadi."
Jawab Mila tidak mahu Zara disalah ertikan. Zamri terdiam seketika.
"Kita nak cari mana lagi ni Mil?, Takkan tak balik-balik lagi, majlis dah tamat sebelum pukul 12. Ni dah pukul 3 lebih dah ni, ini yang aku tak suka ni. Kalau jadi apa-apa pada Zara macam mana?."
"Takkan majlis tak boleh buat pagi. Yang company tu pun satu hal, tak tahu ke waktu malam macam ni bahaya. Kau dah cuba call Zara tak?"
Bebel Zamri yang seakan bengang seketika atas kehilangan Zara.
"Zara tertinggal phone dia la Zam, ni ada dengan aku."
Beritahu Mila gugup, muka Zamri merah padam seperti menahan marah kala itu.
Setelah itu, satu tumbukan keras dilepaskan Zamri pada stereng kereta mengejutkan Mila seketika.
"Kau boleh sabar tak Zam?, kalau kau macam ni sekalipun takkan jumpa Zara tahu tak." Marah Mila pula tidak puas hati dengan ekspresi Zamri itu.
•••
Di pejabat Jabatan Agama Islam waktu ini, Zara dan Ziyad sedang memberi penerangan kepada pihak berkenaan yang menyiasat selain mereka berdua juga diberi beberapa nasihat dan saranan tentang apa yang perlu dilakukan.
"Encik dan Cik, untuk pengetahuan awak berdua sebenarnya apa yang dilakukan oleh kamu ini adalah diharamkan dari sudut syara'."
"Apabila seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang ajnabi jauh pula dari pandangan mata manusia atau orang-orang sekitarnya maka hukum berdua-duaan seperti ini adalah diharamkan dan tidak betul."
Beritahu pegawai penguatkuasaan yang bertugas juga merupakan ustaz di situ memberi nasihat kepada Ziyad dan Zara dengan tegas.
"Awak berdua perlu ditahan di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat ini."
"Jadi, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali." Setelah itu, pegawai itu memandang serius muka mereka berdua yang masing-masing sedang asyik dengan lamunan masing-masing.
"Baiklah.. Beginilah encik dan cik, saya sarankan awak berdua untuk membuat satu ikatan yang sah iaitu berkahwin atau menyelesaikan perkara ini dengan baik. Sebenarnya apa yang saya cadangkan ini untuk mengelakkan daripada kesalahpahaman orang luar dan aib atau pun untuk menjaga maruah antara keluarga awak berdua."
"Jika terjalinnya satu ikatan yang sah antara awak berdua, awak berdua tidak perlu lagi nak dibicarakan di Mahkamah mengikut bon jaminan yang diberikan pihak kami. Ini cuma saranan saya sebagai pemberi nasihat di sini, itu semua adalah hak masing-masing."
Beritahu pegawai itu lagi memberi saranan dan cara yang betul untuk kebaikan kedua-dua pihak.
Zara yang seakan menahan sakit di hatinya menangis dengan sendirinya. Dari tadi dia tidak dapat menahan diri dari mengeluarkan air matanya. Sesekali air matanya diseka dan menunduk menahan malu ketika berhadapan dengan pegawai yang bertugas.
"Selain daripada itu, apa yang kami perlu buat sekarang ni encik?."
Ziyad cepat-cepat bertanya apabila melihat gadis di sebelahnya itu sudah menangis.
"Buat masa sekarang keluarga atau wakil dari pihak awak berdua perlu datang untuk menjamin."
"Awak berdua akan dilepaskan dengan bon jaminan untuk hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan perkara ini mengikut perintah mahkamah." Terang pegawai itu lagi.
"Kalau macam tu kami minta izin untuk menghubungi keluarga atau wakil dulu encik."
Ziyad meminta izin pegawai yang bertugas dan terus diberi izin dengan anggukkan.
Setelah itu, mereka berdua keluar untuk menelefon keluarga masing-masing.
Ziyad sedang cuba menghubungi Siti pembantu pribadinya untuk proses jaminan manakala Zara menggunakan telefon pejabat untuk menghubungi telefon nya yang tertinggal.
Mana tahu Mila yang risau dengan keadaannya kini memegang telefon bimbitnya.
"Hello Siti, I'm sorry for disturbing you pagi-pagi macam ni. I'm so sorry, you boleh datang tolong i tak sekarang?. Later I'll WhatsApp you the details and location here. Thank Siti."
Ziyad yang memerhati keadaan Zara dari jauh tidak sampai hati melihat keadaan gadis itu. Jika dia tahu perkara ini akan terjadi, dia tidak akan membawa gadis itu pulang ke rumahnya.
"I'm so sorry Zara." Setelah itu Ziyad duduk di kerusi menunggu kehadiran Siti untuk diikat jamin.
•••
Dato Zakri yang masih belum melelapkan mata dari tadi akibat dari pertengkaran yang berlaku dengan Zahir itu duduk bertafakur di atas sejadah.
Setelah apa yang berlaku tadi, dia banyak memohon dan meminta kepada tuhan agar dibukakan pintu hati kedua anaknya itu.
Tidak sanggup dia melihat perangai kedua anaknya itu yang seakan orang asing dan bergaduh sesama sendiri.
Dia masih memikirkan apa yang diperkatakan Zahir tentang kecemburuan Ziyad terhadap adiknya itu.
Memanglah jawatan itu akan diserahkan kepada Ziyad, namun ahli lembaga pengarah menolak disebabkan Ziyad tidak professional ketika itu.
Banyak kali projek terbengkalai disebabkan Ziyad yang banyak mengambil cuti bagi menjaga mamanya yang sakit.
Namun, dato Zakri tidak pernah menyalahkan anaknya itu, tetapi dia tidak dapat menolak persetujuan ahli lembaga pengarah yang lain.
Jadi, terpaksalah dato Zakri menggantikan Zahir dengan jawatan itu sedangkan dia tahu Zahir tidak minat bekerja di pejabat.
Lamunan dato Zakri terhenti apabila satu notifikasi muncul di telefonnya. Dia bangun dan mencapai telefon di atas meja dan membuka pesanan video dari nombor yang tidak dikenalinya itu.
Video yang dihantar adalah video penangkapan Ziyad oleh beberapa orang pegawai bersama seorang perempuan di sebuah rumah. Video itu diambil dari jarak jauh dan wajah gadis yang ditangkap adalah tidak jelas.
Dato Zakri ingatkan itu adalah Tania, tetapi nampak seperti orang lain. Dato Zakri bersandar di kerusi menenangkan diri, sesekali dadanya diurut. Tekanan demi tekanan dirasakan kini, ujian apa lagi yang menimpa keluarganya.
Dia terus menghubungi PA Ziyad untuk mengetahui segalanya. Dia tahu Ziyad tidak akan meminta pertolongannya untuk diikat jamin disebabkan hubungan mereka yang kurang baik.
"Hello Siti.!.. Anything happened to Ziyad? Tell me everything, You tahu dengan siapa?".
Ucap Dato Zakri dengan kuat mengejutkan Datin Noni yang tidur. Setelah itu, dato Zakri bersandar menahan tangis dengan apa yang berlaku.
"Abang..Kenapa ni bang, ada masalah apa lagi ni bang?."
Tanya datin Noni yang kerisauan lalu duduk di samping suaminya.
"Apa salah abang Noni?."
"Tak cukup ke apa yang abang beri pada keluarga ini, sanggup Ziyad menconteng arang ke muka ini Noni."
"Benci sangat ke Yad pada abang sampai sanggup dia malukan abang macam ni."
"Abang memang papa yang tak berguna lah Noni, abang dah tak tahu nak urus macam mana perihal anak-anak ni."
Luah dato Zakri memegang kepalanya yang seakan pening memikirkan semua ini.
"Noni tak faham abang, apa yang Yad dah buat sampai abang menangis macam ni?."
Tanya datin Noni minta kepastian dari suaminya itu. Setelah itu, video di telefon diserahkan kepada datin Noni dan dia sangat terkejut dengan apa yang berlaku.
"Astaghfirullahalazim, Ya Allah Yad."
Datin Noni beristighfar sendiri. Dia tidak menyangka dengan apa yang dilihatnya itu.
"Macam mana kita nak jawab dengan keluarga Tania?, Abang tahu tak lama lagi video ni akan tersebar dan mereka pun akan tahu juga Noni."
Luah dato Zakri lagi sambil mengesat air matanya.
"Mungkin Yad dianiaya bang, tak mungkin dia macam ni. Esok abang suruh la dia datang, kita bincang dulu."
"Jangan tuduh macam ni abang, tak baik. Yad kan anak kita, Noni tak nak abang bermasam muka lagi dengannya macam ni."
Beritahu datin Noni memberi nasihat.
Dato Zakri hanya mengangguk setuju setelah mendengar nasihat isterinya itu dan menunggu hari esok untuk mendapatkan kepastian.
Sebenarnya hati nya sangat geram dengan perlakuan Ziyad itu. Kalau boleh pagi itu juga dia pergi mendapatkan Ziyad di sana.
Berapa jauh jarak kutempuh Menangis luka sedihku bersimpuh Tidak ada janji tidak ada mimpi Semua hilang ditelan benci Unna Alia_
Share this novel