Bab 6

Romance Series 3382

Alarm handphone ku berdering nyaring menandakan waktu sudah pun pagi. Aku mencapai handphone ku lalu mematikan alarm. Pukul 9 pagi. Aku segera bangun untuk mandi. Hari ini aku akan mengambil kereta kesayanganku. Setelah hampir seminggu terlantar sakit akhirnya aku merasa sihat dan cergas.

Usai mandi , aku memakai seluar jeans panjang berwarna biru pudar ketat dan memakai baju offshoulder berwarna pink. Aku memakai makeup ringan. Setelah memakai lip tint aku segera mengeritingkan rambutku. Rambutku kini sudah mencecah paras pinggangku. Kemudian , aku mencapai beg sling ku lalu mengisi beberapa keping duit Usd 100 . Aku juga membawa kad kredit ku dan kad pengenalan diri.

Hari ini juga aku akan menghantar resume ku ke hospital swasta Gleneagles Kota Kinabalu untuk memohon pekerjaan. Tidak lupa juga hari ini aku akan membuat survey untuk membeli kondominium yang berdekatan dengan bakal tempat kerjaku kelak. Selesai mengelamun aku mematikan penghawa dingin dan suis-suis yang masih terpasang lalu segera turun ke bawah.

"You look so beautiful." Faeze yang tiba-tiba muncul mengejutkan aku.
"Hey budak nii , sakit jantung aku dibuatnya." Aku mengosok-gosok dadaku yang kekejutan.
"I tunggu you dari pukul 9 lagi." Dia menengok jam tangannya.
"Sorry lah i lambat bangun hari ini."Aku mencari alasan. Aku baru teringat , hari ini Faeze yang akan menemaniku ke bandar KK.
"Cepat lah." Dia mengekoriku dari belakang. Rumah agak sunyi . Anty Linda dan uncle Azhar menghadiri perjumpaan PIBG di sekolah Mimi . Mimi juga wajib datang ke sekolah.
"You nak makan breakfast ?" Faeze mencapai kunci kereta Proton X70 miliknya lalu menterbalikkan topinya. Aku agak tertarik melihat cara pemakaiannya. Kacak.
"Nope. Im not hungry."Aku segera memakai seliparku lalu menutup pintu banglo setinggi 4 kaki itu.

Bandar Sepanggar pada pagi itu sangat sesak degan kesesakan lalu lintas. Aku hanya termenung jauh menghayati lagu yang terpasang itu. Lagu kegemaran Elbert. Aku langsung tidak membuka cerita kepada sesiapa pun tentangnya kerana dia merupakan sejarah hitam dalam kehidupanku. Pendek kata , dia berjaya mengaut hampir 40% daripada asetku selama aku berada di New Zealand. Asetku itu digunakannya untuk mengahwini perempuan Negro pujaan hatinya.

"Bella ? " Faeze memegang tanganku lalu digengamnya jari jemariku. Aku agak terkejut .
"Kenapa?"Kataku cemas .
"I sayang kat you." Dia mengucup lembut tanganku.
"Faeze please." Aku cuba untuk melepaskan gengaman tangannya. Dia mengeratkan lagi gengaman itu.
"I akan tunggu you sampai bila-bila." Kata-kata Faeze itu ku biarkan berlalu begitu sahaja.

Setibanya di 1Borneo Hypermall , Faeze mendapat parkir di depan pintu masuk ke dalam mall , katanya supaya senang nak tolak troli terus dekat kereta. Aunty Linda menyuruhnya membeli barang-barang makan untuk bulan ini. Dia mematikan enjin lalu tersenyum manis. Aku lemah bila melihat senyuman itu. Tidakkkkk!

"Jom baby." Dia sengaja menyakitkan hatiku.
"Over." Aku menolak lembut bahunya.
"I wanna change my money first." Dia menganguk lalu menunjukkan aku arah ke tempat pertukaran duit.

Aku perasan ada mata-mata yang memandang kami . Faeze sememangnya menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana kerana kekacakannya. Dia juga memang seorang anak yang baik dan menjaga adab pergaulannya. Aku perasaan sekumpulan lelaki batak hot asyik memerhatikan aku dan Faeze apabila kami melintasi mereka. Faeze segera memeluk bahuku erat .
"Sayang dekat sikit."Dia sengaja membesarkan suaranya.
"Thanks." Aku berasa selamat dengan tindakannya.

Kami memasuki Pasar raya Bataras untuk membeli barangan makanan. Aku hanya mengekori Faeze yang mahir membeli barangan rumah. Aku tertarik degan perlakuannya. Nope! You cannot Bella. Aku cuba menahan diri.

Setelah hampir sejam berdiri membontoti Faeze , kami pun selesi berurusan di sana. Aku menunggunya di dalam kereta ketika dia membayar bil parkir. Aku memasang lagu dan mula menyanyi perlahan. Handphone ku berdering. Nombor yang tidak di ketahui. Aku hanya membiarkan panggilan itu.

"Sayang , i nak makan lah , lapar . Jam 3 dah ni." Faeze segera memulas penuh punat penghawa dingin itu . Dia kepanasan begitu juga aku.
"Makan di mana." Aku menjawab sambil bermain handphone.
"Tanjung lipat , nak?" Dia tersenyum manja.
"Whats that place ? Laut?" Aku kehairanan mendengar nama tempat itu.
"Ya sayang minah salleh oiiiiii. Gerai-gerai tepi pantai. Boleh tengok sunset sekali bersama you." Dia mula mengada.
"Yala." Aku malas nak bertekak dengan dia yang banyak mulut itu.

Aku terpegun akan keindahan Tanjung Lipat . Makanan dan minuman yang dijual di sana sungguh sedap. Dari pandangan aku , Tanjung Lipat juga terkenal dengan jualan jagung bakar,kacang bakar dan buah-buahan. Seronok. Aku dan Faeze memesan makanan laut sebagai santapan kami. Aku terpaksa membatalkan hasrat ku untuk meninjau rumah di KK , aku tidak mau Faeze tahu. Resume ku juga ku hantar secara online. Ohh tidak lupa juga , Faeze telah menganti skrin handphoneku. ?? keretaku juga telah selamat sampai ke rumah uncle Azhar , namun motorsikal ku telahpun aku jual kepada Chin Lee.

Kami mengahabiskan waktu petang kami bersantai melihat sunset . Dia banyak mengambil gambar kami berdua. Aku hanya membiarkannya mengambil seberapa banyak gamabrku sebagai kenangan kami berdua kelak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience