Bab 4

Romance Series 3382

Aku disambut hiba oleh Pak cik Azhar dan mak cik Linda. Mereka segera mendapatkan ku lalu memelukku. Tangisan demi tangisan akhirnya aku tewas. Pak cik Azhar sangat menyerupai wajah ayah. Aku sayu .

"Bella , pak cik minta maaf membiarkan kamu selama ini." Katanya sebaik sahaja aku menyambut tangannya untuk bersalaman.
"Uncle , tak baik tau cakap macam tu. Tu semua pilihan Bella bukan salah uncle." Aku menyeka air mataku yang mengalir laju. Mak cik Linda memeluk ku kembali. Aku terbiasa dengan gelaran Bella sejak dari kecil lagi.
"Pak cik dan mak cik bangga dengan pencapaian kamu!" mereka tersenyum manis lalu membawa aku memasuki rumah mereka.

Sebaik tiba di dalam rumah , Mimi , anak bongsu mereka memeluk erat tubuhku. Mimi kini sudah menghampiri tinggi ku. Dia tersenyum gembira melihat anty kesayangannya sudah pun berada di depannya. Mimi kini berusia 17 tahun.
"Aunty , you look so beautiful ."kata Mimi kagum.
"Mimi awl betul mau bodek anty ahh." loghat Sabahku akhirnya ... setelah sekian lama , aku rasa janggal . Haha.
"Tidak bah aunty , serious lawa . Selama ni saya tengok gambar aunty seja , selain VC , sekali depan-depan lawa bah. Cubalah aunty jadi model."Dia segera mengangkat beg ku lalu menunjukkan aku bilik ku.
"Mana abang Faeze ? " aku bersahaja menanyakan Mimi , padahal aku tahu bahawa Faeze bekerja .
" Dia kerja . Awal dia jalan hari ni , busy katanya." Mimi bernada sarkastik.
"Padahal dia malu lah tu aunty mau balik sini." kata Mimi lalu tertawa.
"Memandai kau ahh Mimi."kataku lalu tertawa.

Faeze lah satu-satunya kawan serta anak saudara ku yang setia bersamaku ketika kami tinggal di RAY. Kami seolah-seolah adik beradik . Dia berumur 29 pada tahun ini , manakala aku berumur 25 tahun. Aku juga kagum dengannya, dia berjaya juga mencapai cita-citanya yang ingin menjadi seorang engineer yang berjaya. Faeze sungguh rapat denganku. Dia selalu berhubung dengan ku melalui Viber ,Whatsapp dan sebagainya. Dia lah orang pertama yang mengetahui bahawa aku akan balik ke tanah airku.

Selesai mandi dan mengenakan pakaian , aku bercadang untuk segera turun ke bawah untuk menolong mak cik Linda memasak di dapur. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Aku sempat memerhatikan pakaian ku di hadapan cermin meja solek . Tak sesuai , ini bukan negara orang putih. Ini Malaysia , aku harus menghormati mereka sekeluarga. Singlet hitam ku dan seluar kain ku separas peha ku tanggalkan dan mengambil tshirt dan seluar kain panjang. Setelah yakin aku berpakaian sopan , aku meninggalkan bilik lalu menuju ke tingkat bawah.

Sedang asyik melihat handphone sambil menuruni anak tangga , aku terlanggar seseorang yang berbadan sasa dan jauh lebih tinggi daripada aku. Aku jatuh terduduk di anak tangga . Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Handphone ku jatuh terhempas di tangga. Aku mengerang kesakitan lalu pantas mengosok-gosok punggung ku yang sakit. Aku naik angin lalu memandang tajam ke arah jejaka yang tidak bertanggungjawab itu. Sebelum amarah ku meletup aku sempat mengambil handphone ku . Skrin handphone ku pecah namun masih hidup.

" Apasal kau.." Aku segera bangun namun kata-kataku terhenti. Faeze! Aku geram yang teramat. Kekacakan wajahnya membuatkan aku menjadi segan secara tiba-tiba.
"Apasal apa ? Cik Bella , mata tu lain kali ke depan bukan melekat di handphone tu."Dia menjelirkan lidahnya tanda mengolok aku.
"Kurang asam gaya kau ! Kalau ya pn saya salah hulurkanlah bantuan bukan tengok jaaa!" loghat Sabah ku semakin pekat.
"Faeze , kenapa bising-bising tu? yang si Bella boleh-boleh terduduk comel di tangga tu kenapa ?" aunty Linda mula membebel.
"Tanyalah dia mama , bukan Faeze yang buat. Mungkin dia letak mata dia d punggung kot sebab tu dia tak nampak faeze."Dia ketawa terbahak-bahak lalu mendapatkan aunty Linda untuk bersalaman. Loghat semenanjungnya agak pekat, mungkin sebab sudah lama dia menetap di sana setelah menghabiskan pelajarannya di KL.
"Kalau ya pn Bella salah , tolong la Bella bangun , ni tidak dia buat tidak tau seja."kataku geram , aku masih lagi mengosok-gosok punggungku yang terasa amat sakit.
"Kau ni Faeze tidak sah kalau tidak menyakat orang."Aunty Linda mencubit lengan Faeze . Dia mengusap pantas lengannya yang dicubit.
"Bella okay tak? Mari aunty tolong . Kita tengok kalau sakit kita pegi hospital yaa." Katanya lalu memapahku turun ke ruangan bawah.
"Buat apa nak ke hospital mama ? Dia kan doktor , biarlah dia rawat duka lara dia sendiri." Seluru Faeze lalu tertawa dan mengekori kami.
"Hey , ganti rugi my handphone , pecah skrin!" Aku menjerit geram.
"Kata doktor banyak duit takkan skrin pecah nak minta ganti kot" Dia senang hati menyakat aku. Jauh di sudut hatinya , aku tahu dia mempunyai perasaan lebih daripada sayang akan saudara kepadaku. Sudah berkali-kali dia menyatakan perihal perasaannya itu namun ku tolak.


***
Selesai makan malam , aku menolong bibik mengangkat pinggan mangkuk , namun bibik menolak sekeras-kerasnya pertolonganku. Katanya tidak baik membiarkan tetamu melakukan pekerjaan di rumah.

Aku pun akur . Tambahan pula , punggungku masih lagi terasa sakit. Aku berjalan perlahan menuju ke kolam renang yang terletak di tepi ruang istirehat yang berhias cantik itu. Aku memilih untuk duduk di kerusi rehat bersebelahan kolam renang. Aku membuat streching untuk backpain yang masih aku ingat. Aku juga kurang pasti kerana aku merupakan doktor bedah.

Setelah berpuas hati , aku duduk termenung menghadap kolam renang. Sunyi. Aunty dan uncle keluar ke bandar untuk menjemput Mimi yang pulang dari pusat tuisyen. Telefon ky berdering. Farouq. Aku membiarkan sahaja. Sekali lagi berdering. Aku berasa kasihan dengannya lalu mengangkat panggilan video daripadanya.

"Baby , i miss you so much!" Katanya sebaik sahaja skrin handphone ku memaparkan wajahnya. Wajahnya kini makin serabut dengan kehadiran jambang.
"Hai. How are you?" aku tersenyum paksa.
"Im fine . Its just i miss you. Been busy lately .. and Prof tak approve lagi surat i. Good news is , thet gave me cuti selama dua minggu. I akan balik Malaysia dalam 2 bulan lagi. So i plan nak masuk meminang." katanya panjang lebar dan teruja..

Jantung dan darah ku bagai kan berhenti berdegup. Apakah semua ini? Aku kelu.

"Babe ? You okay?" Dia mungkin berfikiran aku teruja sepertinya.
" Yes im okay. You i nak masuk tidur dah ni , letih sangat."kata ku memberi alasan.
"Yela , take care. i love you." Dia tersenyum manis.
"Okay." jawabku ringkas sebelum mematikan talian.

Aku mengeluh panjang . Apa sebenarnya masalah aku? Farouq dah cukup baik mahu menerima segala kekurangan aku tapi aku? Hmm , seperti ada sesuatu yang menghalang aku untuk menerima cintanya sepenuh hatiku.

Dalam lamunan ku aku sedar ada sekujur tubuh sasa yang segera beredar sebaik aku menamatkan sesi panggilan video ku bersama Farouq. Kenapa Faeze berlalu pergi begitu sahaja ? Aku serabut dan penat.

Aku menghidupkan penghawa dingin dan kipas dalam masa yang sama . Panas betul Malaysia. Mungkin aku sudah terbaisa dengan suhu sejuk di kuar negara. Aku menukar kembali pakaian ku. Huh , lega! Aku termenung melihat cermin di dalam tandas itu. Wajah ku sebiji wajah mama . Mama berbangsa German dan kacukan Cina. Ayah pula , Kadazan asli . Kulit ku yang putih itu membuatkan aku di sangka minah salleh seperti mama. Mataku yang berwarna hazel membuatkan ramai yang mengatakan aku lawa. Hidung mancung juga mirip mama.

Aku kembali menatap cermin. Farouq seringkali memuji potongan badanku yang seksi . Malahan bukan sahaja Farouq , lelaki yang pernah aku kenali juga menyatakan hal yang sama. Mungkin hanya kata-kata daripada nafsu mereka. Aku selalunya pergi ke gym untuk membentuk badan yang aku miliki sekarang. Punggungku agak besar dan terbentuk lawa,solid. Bahagian dadaku tidak lah sebesar mana pun namun bagiku cukup seksi.

Aku menghentikan lamunan ku lalu segera menyuci muka dan memberus gigi sebelum tidur. Malam itu aku terlelap dengan seribu satu persoalan tentang hubunganku degan Farouq. Aku terlelap dalam kebingungan . Aku perlu tidur yang cukup untuk menempuh hari esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience