Bab 7

Romance Series 3382

Email yang baru sahaja aku terima itu sedikit sebanyak mengecewakan aku. Aku gagal untuk meraih tempat di hospital terkemuka itu. Mungkin sahaja kelayakan ku tidak berpatutan dengan keinginan mereka. Aku mengeluh kasar.

Aku membuka konputer riba Macbook ku lalu melayari internet. Tempoh hari aku sudah pun meninjau rumah idaman ku. The Bay Residence Likas. Simple cantik dan menarik. Kedudukannya bukanlah terletak di tengah bandar tetapi hanya mengambil masa beberapi minit sahaja untuk sampai ke bandar.

3 bilik tidur , 2 bilik mandi dan satu laundry room. Aku sudah berfikir masak-masak , aku akan membeli terus sebuah unit rumah itu. Berbanding aku membayar sewa sebanyak Rm4500 sebulan , lebih baik aku terus beli sahaja sebuah rumah itu. Kemudahan yang disediakan juga cukup menarik. Bandminton court , BBQ area dan function hall. Aku mengahabiskan sejumlah Rm1.39 juta untuk membeli rumah ini.

Sebelum menekan butang Proceed transaction , aku terpandang sebuah buku akaun milikku. Buku itu telah bertukar milik ke atas aku sewaktu aku berusia 18 tahun. Aku didatangi peguam ayah yang menyatakan bahawa dia akan menyebut harta peninggalan ayah dan mama kepadaku. Sejumlah wang Rm5.1 juta telah pun berjaya mereka perolehi hasil menjual aset iaitu satu-satunya syarikat perdagangan antarabangsa milik ayah. Aku cukup bersyukur atas pemberian ini. Namun, aku juga bersedih , ayah menyatakan hasratnya kepada uncle Azhar bahawa apabila aku dewasa kelak dia ingin aku menguruskan syarikatnya , tetapi aku lebih meminati Sains dan perubatan.

Aku menekan butang proceed transaction dan beberapa minit kemudian , email pembayaran telah pun aku terima. No regret . Inilah permulaan baru hidupku.Aku bakal membina semula empayarku. Apabila gagal menempatkan diri di Gleneagles, aku berhasrat untuk membuka klinik sendiri, di bandar KK. Aku juga sudah menghubungi pihak bank itu menanyakan hal tersebut. Aku terpaksa membuat loan untuk membuka klinik kerana mereka tidak mahu mengambil risiko apabila aku sanggup membayar full cash untuk harga sebuah lot bangunan dan alatan perubatan.

Handphone ku berdering menandakan aku menerima whatsapp message .

Faeze: Bella , lunch sekali jom . Dekat jam 12 tengahari I dtg jemput you.
Di akhir message nya dia meletakkan emoticon love.

Me: Alright. Tpi , I drive by myself lah , nak jalan-jalan.
Memandangkan hari ini semua orang tiada di rumah dan aku bosan , aku setuju dengan perlawaannya tetapi aku akan memandu sendiri.

Aku segera mencapai tuala ku yang ku sidai di pagar balkoni itu. Aku melirik jam dinding. Jam 11.45 pagi. Sempat lagi. Aku segera masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah siap mandi , aku melirik jam lagi. Jam 12 tengahari. Aku mencapai handphone lalu mengirim pesanan whatsapl kepada Faeze menyatakan aku akan tiba dalam 20 minit lagi.

Aku menguak pintu almari setinggi 2 kaki itu. Aku membelek-belek pakaianku. Aku mengambil seluar jeans separas pehaku dan baju t-shirt Mango. Aku memakai seluar sambil memerhatikan wajahku di cermin meja solek . Aku mencapai t-shirt dan menterbalikkannya, aku terpandang tattoo bunga ros yang melingkari dada ku sehingga lengan kirkiku. Memori lama terus menerus menerjah kotak fikiranku. Aku segera kembali ke dunia nyata.

Aku mencapai eyebrow pencil Maybeline . Kemudian , aku melentikkan bulu mataku dan meletak sedikit maskara. Akhir sekali, aku memakai liptint jenama faceshop . Aku segera melepaskan rambutku dan menyikatnya kemas . Rambutku separas pinggang itu ku biarkan terurai. Aku sudah mendapat akal fikran tentang aktiviti ku pada hari ini. Aku akan mengeritingkan rambut dan mewarnakannya.

Jam sudah menunujukkan pukul 12.10 tengahari. Aku mencapai sling beg ku dan meletak handphoneku ke dalam beg, aku mendapatkan kunci kereta ku lalu segera turun ke tingkat bawah. Aku menekan butang buka kunci lalu segera memasuki keretaku. Mercedes-Benz GLE Amg 2019 berwarna hitam ku yang baru sahaja berusia 6 bulan itu kelihatan sungguh menawan sekali . Lebih-lebih lagi pak mat , tukang kebun uncle Azhar menolong aku mencucinya. Aku menekan pedal minyak dan meninggalkan perkarangan rumah banglo yang tersergam indah itu.

Mujur sahaja jalan raya pada hari ini agak tenang. Ketika lampu isyarat bertukar merah aku mencapai handsfree ku lalu menghubungi Faeze. Dia segera mengangkat panggilanku.

"Sayang , you di mana ?" Aku kedengaran dia tertawa manja.
"Euw , gelilah . Hah , di mana jumpa?"Kataku membetulkan tali keledar yang agak mencengkap dada montok ku itu.
"I kat Suria Sabah now , Chicken rice shop ok. I wait you here." Dia menjawab riang.
"Okay be there in few minutes."Aku segera mematikan talian dan fokus sepenuhnya dengan pemanduanku.

Aku segera memakir keretaku tidak berapa jauh daripada pintu masuk ke Mall. Agak ramai yang mengunjungi Suria Sabah hari ini . Mujur sahaja aku dapat parkir , itu pun di tingkat 5 . Aku mencari kedai yang di maksudkan Faeze , mujur aku tidak sesat. Dari jauh aku terlihat dia yang berbaju kemeja dan bertali leher . Kemas , kacak seperti selalu. Dia bermain dengan handphonenya.

"Hai. Belum order lagi ?" Aku menyapanya sambil berdiri tercegat. Aku ingin mendapatkan buku order makanan apabila aku perhatikan dia belum memesan apa-apa.
Dia mengankat wajahnya dan tersenyum. Dia terpegun melihatku. Lama dan mukanya tiba-tiba menjadi merah. Aku perasaan kelakuannya pelik lalu melambaikan tanganku di hadapan mukanya.
"Sorry. Belum , i tunggu you." Dia meruap mukanya yang kacak. Lengan baju kemeja yang dilupat kemas membuatkan dia kelihatan sangat macho.

Usai memesan makanan kami masing-masing mendiamkan diri. Dia hanya memandangku . Aku hanya menbiarkan dia berbuat demikian.

" What?"Kataku apabila naik rimas dengan kelakuannya.
"Sejak bila buat benda tu." Dia menujuk lenganku dengan jari telunjuknya.
"Tak perasan kah? Hari tu nampak kot Bella pakai t-shirt lengan pendek." Aku menjawab acuh tak acuh.
"Tak ingat. Dah lama lah?" Dia menongkat dagunya.
"Buat kat new zealand , dah 2 tahun." Aku memerhatikan wajahnya. Baru aku sedar , baju t-shirt mango ku ini berbelah besar di bahagian dada , sebab itu lah dia terlihat tattoo di bahagian dada ku.
"Tu?" Dia menujuk ke bawah pakaianku. Aku hanya mendiamkan diri.
"You , tadi you masuk sini pun , ramai mata buaya darat yang duk perhatikan you. "Dia mula berceramah.
"Nasib baik I ada . Tapi you look so beautiful. Seksi." Katanya sebelum menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ehhh seram lah you puji I macam tu." Aku ketawa terbahak apabila melihat kelakuannya yang comel itu.

Faeze meminta diri setelah hampir sejam melepak denganku di kedai makan itu. Dia menyuruh aku berhati-hati ketika bersendirian. Dia juga menawarkan diri untuk menemaniku di sini namun aku tolak kerana aku tahu dia banyak kerja. Aku juga sudah terbiasa bersendirian. Aku berjalan-jalan santai smbil melihat kedai kedai yang ada di Suria Sabah itu. Menarik.

Aku menuju ke salon kecantikan untuk membuat rambutku. Usai menyatakan hasratku , aku mula dilayan bagai raja. Aku selesa dengan layanan mesra yang diberikan. Sedang asyik bermain handphone , scrolling instagram. Satu whatssap message masuk. Daripada Farouq. Sebaik message itu masuk, baru aku sedar akan kewujudannya. Sudah lama aku tidak menghubunginya begitu juga dia. Aku segera membuka message nya.

Farouq: You , flight I sampai KK pukul 6 petang ni. See you soon love! Boleh tak you fetch me up? Sorry lah , I busy memanjang beberpa bulan ni.

Aku kelu dan keliru . Perasaan tidak senang hati mula menerjahku. Aku teringat hasratnya yang ingin masuk meminangku. Dia stay mana kat Sabah ni , bukan dia ada family pun kat sini. Ahh , baru aku teringat, abang dia kan guru yang mengajar di KK. Aku memicit kepalaku. Parah. Aku segera membalas message nya.

Me: Glad to hear that. Be there , see you soon.

Aku segera mengunci handphone dan termenung jauh. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku hampir siap , tinggal menyuci rambut dan mengeringkannya. Aku terpaksa membatalkan hasratku untuk mengeritingkan rambut memadangkan proses itu akan memakan masa yang lama. Lagipun aku akan menjemput Fariuq di lapangan terbang. Aku terpaku melihat rambutku yang kini berwarna coklat gelap , lawa ,sesuai dengan kulitku.

Aku segera meninggalkan Suria Sabah Shopping mall. Jam menunjukkan pukul 5.50 petang. Aku tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Aku mengeluh panjang. Tidak apa lagi pun dia sampai KK pukul 6 petang. Nak ambil beg lagi ,apa semua juga memakan masa. So aku ada banyak masa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience