Bab 13

Romance Series 3382

Pagi itu aku agak malas untuk pergi ke klinik . Aku merenung lama Whatsapp message daripada Faeze. Aku meraup wajahku berkali-kali. Aku mematikan penghawa dingin lalu cuba untuk menutup mata kembali.

'kringgggggg' handphone ku berbunyi nyaring memecahkan kesunyian kondomium yang dihuni berseorangan itu.

Aku mencapai malas handphoneku lalu mendekatkannya ke telinga.

"Good morning doctor . Lab department. Mengenai sample yang doktor hantarkan kemarin." Mataku membuntang terkejut. Aku mengetuk kepalaku berkali-kali , aku benar-benar terlupa akan hal itu.
"Yaaa , what's the result ?" Aku kini duduk menegak dan menumpukan sepenuh perhatian.
"Okay doc , negative for bacterial or viral infection . Tapi cardiac muscle enzyme ada beberapa bacaan tidak stabil yaa doktor." Suara nyaring Mei Ling sedikit membingitkan aku.
"Alright , thanks." Aku mematikan talian.

Aku segera mendail nombor handphone Ameer. Tidak berapa lama kemudian, dia menjawab panggilan itu.

"Hai Ameer , Qis telefon sebab mahu beritahu Ameer tentang keputusan darah pakcik."
" Ya?" Suaranya agak mendatar.
"Pak cik okay , mungkin demam biasa sahaja. Tak perlu risau dan berikan pakcik makan ubatan yang saya beri tepat pada masa yaa and ubat untuk sakit jantung ambil seperti biasa dan biarkan pak cik cukup rehat,ya." aku membebel panjang lebar.
"Baik lah terima kasih." Dia segera mematikan talian. Ada sedikit kekesalan timbul di hatiku apabila dia berperangai sebegitu. Errr geram!

Aku kembali menghidupkan penghawa dingin . Aku mula bergolek ke kiri ke kanan tilam ku yang luas itu. Aku sangat malas untuk bekerja hari ini. Aku mencapai remote speaker ku lalu memasang lagu.

Pretty girl by Maggie Lindemann berkumandang menghibur jiwaku.

Aku mengamati message daripada Faeze. Aku mengeluh berat dan mencebik bibir .

Faeze : Salam Bella syg. Abg nak sampaikan berita gembira. Mimi bakal menyambung pelajarannya ke peringkat Universiti. Mama sruh abg jemput Bella datang kenduri kecil-kecilan petang nii. Jgn kata tidak ya syg . Abg dan yg lain rindukan Bella. Tak sabar nak peluk Bella.

Aku bukannya kera sumbang tapi aku malas mahu berkumpul semula lebih-lebih lagi mereka telah mengetahui perangaiku yang sebenar. Lebih lagi apabila aku terpaksa berjumpa dengan isteri Faeze. Aku mengeluh berat. Aku mendail klinik untuk memaklumkan bahawa aku akan bercuti sehingga lusa .. dengan alasan aku akan menghadiri kenduri itu... boleh sahaja aku bercuti kerana aku bos namun aku tidak mahu memberi contoh tidak baik kepada pekerjaku.

Merasa diriku agak melekit dan selekeh aku segera mencapai tuala dan mandi membersihkan diri. Kepalaku ligat memikirkan alasan untuk tidak menghadiri kenduri pada petang itu. Aku meletakkan conditioner di rambutku lalu mengurut lembut rambutku yang agak lebat itu. Aku membuang masa membersihkan diri.

Usai mandi aku memerhatikan diriku di cermin meja solek. Tanpaku sedar, mukaku kelihatan sedikit cekung dan badanku semakin mengecil. Mungkin penat bekerja ataupun banyak memakan hati. Ahhh mengarut . Aku harus segera melupakan Faeze. Aku tersenyum manis apabila mengenangkan encik Cinderella .

Aku menggelar Ameer encik Cinderella kerana bagiku dia kelihatan seperti Cinderlla . Dia menjaga ayahnya siang dan malam dan hanya terperuk di rumah . Mujur sahaja ada bibik , kalau tidak sudah tentu dialah yang akan menguruskan hal-hal rumah itu. Ayah tirinya,pada pandanganku agak tegas dan kuat mengawal Ameer.

Lamunan ku terhenti apabila handphoneku berdering . Aku segera mencapainya lalu tersenyum manis apabila mengetahui siapa yang menghububgiku.

"Yes ?" Tanganku pantas menyapu krim muka di wajah halusku.
"Mama ajak doktor datang rumah . Katanya ada sedikit jamuan . Abang orang datang nak celebrate hari jadi anaknya." suara yang mendatar itu sahaja sudah mampu membuatku tersenyum manis..
" Oh so sweet .. pukul berapa ya?" aku segera menampar nampar mulut celupar ku.
" Lepas maghrib. " jawpan yang ringkas dan dingin.
"Okay , tak janji yaa orang ,Qis banyak kes harini." Aku menyakatnya dan tersenyum nakal.
"Nanti karang orang beritahu mama." sekali lagi jawapan yang agak dingin.
" Yalahh ." kataku . Tutttt .. talian diputuskan.

'Haha , jual mahal yaaa Ameer , just wait and see !' aku bermonolog lalu tergelak. Seronok menyakat dia.

Tepat pukul empat petang aku mula bersiap sedia untuk menghadiri majlis hari jadi anak saudara Ameer. Sambutan hari jadi yaaa .. aku membuka almariku yang sebesar alam. Aku membelek satu persatu bajuku. Aku terpandang baju blouse nude pink yang aku beli di butik muslimah tempoh hari. Cuttingnya simple mengikut body shape seperti baju kurung moden pendek namun bercorak kosong. Kain sutera itu sangat halus dan lembut. Lengan baju itu tidak panjang sehingga ke pergelangan tanganku. Aku memasangkan baju itu dengan skirt hitam pendek separas lutut yang agak kembung . Padan dan sopan! Aku sangat menitik beratkan fesyen. Aku sukkan fesyen.

Aku segera beralih ke meja solek dan memakai makeup simple seperti biasa lalu mengeritingkan rambutku menggunakan alat pengeriting rambut. Lagu temberang oleh Ayda Jebat meceriakan lagi rumahku yang sunyi itu. Aku tersenyum nakal mendengar lagu ini , kepalaku melayang mengingati Ameer . Aku tertarik dengan perwatakannya.

Aku memasukkan baju blouse itu ke dalam skirt . Tuck in... aku bangga dengan potongan badanku yang seksi. Pingganku yamg ramping dan punggung yang lebar membuatku kelihatan seksi memakai skirt. Aku mengambil sling bag Gucci ku yang berwarna hitam lalu meletakkan kad pengenalan , lesen memandu dan beberapa keping not Rm50 ke dalam beg itu.

Aku mematikan lagu dan menuju ke rak kasutku. Aku mengambil sandal hitamku setinggi 4 inci. Aku mula berangan menjadi model dan bercat walk di dalam rumah. Handphone ku yang berdering membantutkan niatku.

Faeze ... ya Allah aku terlupa tentang kenduri itu.

" Bella? Datang jam berapa ? Mahu abang jemput tak?" suara lembut Faeze membuat jantungku berdegup.
"Sorry .. Bella ada hal . Patient banyak." Aku segera berdiam diri .
"I knew it.. apa ni Bella ? You dont even have time for yourself! Apa lagi untuk family sendiri." Dia mula naik angin di hujung talian. Aku mula merasakan darahku meninggi.
" Oh i thought you tak anggap i ne keluarga." tajam sindiran ku.
"What? No , Bella.."
"Sorry ada patient ni , bye." aku segera mematikan panggilannga , sebal ! Aku menghembus nafas berkali-kali mengawal kemarahan.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang .. aku mengambil keputusan untuk segera bertolak , aku rimas jika harus tersekat lagi di dalam kesesakan lalu lintas. Aku cuba untuk mengingati kembali jalan ke rumah Ameer . Mujur ingatan ku bagus kalau tidak aku pasti akan sesat di Pekan Putatan yang cukup besar itu.

Sesampainya di sana , suasana cukup meriah sekali. Aku memakirkan kereta ku di luar rumah banglo itu. Aku tiba-tiba menjadi segan . Lebih-lebih lagi apabila terdapat 2 ,3 pasang mata sedang memerhatikan aku. Aku membetulkan rambutku lalu segera turun. Dari kejauhan aku terlihat Ameer yang menuju ke keretaku. Aku segera turun lalu mendapatkan Ameer.

" Jom." katanya mendatar.
Aku hanya mengekori langkahnya. Aku berjalan bersebelahan dengannya. Aku merasa kurang selesa apabila diperhatikan . Mungkin mereka semua adalah keluarga Ameer. Aku hanya tersenyum manis , mujur sahaja mereka membalas senyumanku.

"Amboi dik , inikah Doktor Qis?" seorang lelaki bermata sepet dan berjambang menegurku dan Ameer , langkah kami terhenti.
"Ya bang." Ameer tersenyum. Aku terkejut melihat senyuman Ameer. Senyuman itu membuat jantungku berdegup.
"Wah , lawa yaa orangnya. " lelaki yang digelarnya abang itu tersenyum melihatku.
"Saya Qismina .." aku segera mengenalkan diri apabila keadaan mula menjadi kekok.
"Nama yang cantik seperti orangnyaa. Jemputlah masuk , Meer bawa dia ke dalam." Ameer hanya menganguk tanda faham.

Aku merasa agak kembang kembung apabila dipuji sebegitu lebih-lebih lagi apabila aku terlihat senyuman manis Ameer buat pertama kali. Aku hanya mengekorinya dari belakang . Mata-mata para tetamu atau mungkin keluarganya ralit memandangku. Waduh , aku menjadi segan .

"Doctor , mahu makan terus kah?" Ameer mengejutkan aku apabila fikiranku mula melayang sambil mengekori langkahnya yang tiba-tiba berhenti itu. Aku hilang kawalan lalu terlanggar belakangnya.
"Omg , sorry ... no, tidak apa . I'll eat after the party." Aku merasakan mukaku merah padam dek kerana kejadian yang awkward itu..

"Erm , jemput la duduk , nanti saya panggilkan mama ." Ameer segera berlalu tanpa memandangku. Mungkin dia juga segan akan kejadian sebentar tadi.

Aku disapa mesra oleh tetamu yang turut hadir . Mereka rata-rata merupakan keluarga Ameer sendiri. Aku khusyuk mendengar mak cik bawang membawang tentang jiran tetangga mereka , lucu. Ini lah apa yang terjadi apabila mak cik bawang sekalian bergabung. Ameer berbangsa Bugis asli. Keluarganya semua kelihatan warak.

"Nak , Ameer kamu yang akan menjadi imam pada maghrib ini." Mak cik yanti yang sebaya ibu Ameer tidak jemu-jemu mengusikku. Katanya aku dan Ameer bagaikan pinang dibelah dua.

Aku hanya bergeleng kepala dan tersenyum manis. Bahagia......hahaha. Mataku terpandang sekujur tubuh sasa berkulit hitam manis yang memakai baju melayu berwarna hitam dan berkain pelikat biru tua. Di kepalanya terdapat songkok yang tersemat kemas. Jantungku berdegup kencang melihatnya. Ameer ..

Kaum lelaki akan mendirikan solat maghrib di ruang tamu utama rumah ini. Rumah yang besar dan mewah itu kelihatan sangat bersinar diterangi lampu chandelier yang mewah. Sebaik masuk waktu solat maghrib, suara merdu Ameer mula kedengaran menghiasi rumah mewah itu. Ya Allah , hatiku merasa tenang dan tenteram mendengar alunan azan yang dilaungkan itu.

Parti sambutan hari lahir anak saudara Ameer pada malam itu sungguh meriah. Aku merasa seronok apabila berada dekat dengan Ameer dan keluarganya. Ini merupakan pengelaman pertamaku dijemput menghadiri majlis yang diadakan oleh keluarga pesakitku. Aku sungguh terharu dan bersyukur kerana dapat mengenali keluarga ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience