Bab 10

Romance Series 3382

Aku membakar sekeping roti menggunakan pemanggang roti kemudian aku menyapu Nutella di atas permukaan roti yang sedikit hangus itu. Wap panas daripada teh hijau itu kelihatan berkepul-kepul meninggalkan cawan. Aku meneguk perlahan teh hijau itu. Roti panggang berinti Nutella ku gigit sedikit demi sedikit.

Seminggu selepas kejadian aku menyelamatkan mangsa serangan sakit jantung itu , aku mulai viral dengan panggilan ''Doktor bebeh" . Bebeh means perempuan cantik seksi dan hot in kefahaman Sabahan . Lucu , namun itu lah gelaranku sekarang. Follower ku di Fac dan Instagram semakin melambung tinggi.

Sedang asyik menikmati roti panggang itu , loceng rumah ku berbunyi. Aku membuang lebihan roti yang sudah tidak dapat ku muatkan ke dalam perut . Aku mencuci tangan dan mengelapnya di kain lap tangan. Loceng dibunyikan tanpa henti. Aku berlari anak mendapatkan pintu. Siapa gerangannya orang yang tidak mempunyai kesabaran itu.

Aku membuka luas pintu rumah ku. Aku terlihat wajah yang amat aku kenali. Aku terdiam seribu bahasa. Aku melangkah ke belakang beberapa langkah. Aku menjadi trauma melihat Faeze. Dia kelihatan kusut dan sedikit selekeh dengan jambang yang tidak dicukur.

"Sayang buka pintu , abang rindukan sayang." Kedua belah tangannya memegang pagar yang dikunci rapi.
"Kenapa you datang ?" Aku menjauhkan diri daripada pintu.
"Please , we need to talk. Please." Tiba-tiba air matanya jatuh membasahi pipinya.

Aku kaget melihat air mata jantannya yang jatuh membasahi pipinya. Aku harus mendengar dahulu pejelasannya sebelum menyalahkannya 100% atas kejadian yang menimpa kami. Aku memang bersalah dalam hal yang berlaku itu. Aku menekan butang kata laluan satu persatu pada kunci digital yang terlekat pada tepi soket lampu di dalam rumah ku , lalu pagar itu terbuka.

Dia meluru mendapatkan aku lalu didakapnya erat. Aku hanya berdiam diri. Aku membalas pelukannya. Lama dalam pelukannya, akhirnya dia melepaskan pelukan itu. Aku segera menutup dan mengunci pintu rumah. Dia duduk di sofa dan meruap mukanya berkali-kali. Mukanya penuh dengan masalah.

"Are you okay?" Aku duduk di sebelahnya.
"I need you."Air matanya jatuh membasahi pipi.
"Keadaan berantakan di rumah , i serabut." Dia mengharu kasar kepalanya.
"What happened?" Dia mula menggengam erat tanganku.
"Mama nak jodohkan I dengan pilihan hatinya. Dia kecewa you pergi begitu sahaja. I akan bernikah lagi 2 bulan. I tak nak orang lain selain you." Aku merasa sedikit pedih apabila dia meluahkan semuanya. Ya , aku mengaku .. aku jatuh hati padanya.
"I tahu i salah. Takapa lah , you try lah accept pilihan mama , siapa tahu dialah jodoh you?" Aku menarik lembut tangannya lalu membelai wajahnya yang kini ditumbuhi jambang.

Dia menikmati usapan lembutku. Dia memegang tanganku dan meletakkannya di dadanya. Dadanya berdegup kencang. Dia mendekati wajahnya ke wajahku. Dia mendekati bibirku ke bibirnya, lembut. Aku membalas ciuman lalu dia memeluk erat tubuhku. Agak lama kami bercumbu. Aku segera melepaskan cumbuaan kerana nafsu mula mengusaiku.

"Faeze , i nak minta maaf dengan you. I bukannya tak nak kahwin dengan you tapi .. pilihan mama merupakan sesuatu yang baik."Aku menitiskan air mataku. Tiada lagi alasan aku menganggapnya abang sendiri kerana aku tewas , ya aku sayangkan dia lebih dari perasaan sayang terhadap saudara.

"I tahu." Dia menyeka air mataku.
"I rasa bersalah dengan you. I tak nak kecewakan you. I nak you pun turut bahagia. I nak bahagiakan you tapi i tahu you tak dapat terima I dalam hati you. I tak nak paksa you sayang I sepenuh hati you." Dia mengusap lembut kepalaku.
" I sayangkan you Faeze but not as a lover." Aku mengungkap ayat itu secara terpaksa kerana aku tidak mahu dia menaruh harapan.
"I sayang you sampai bila-bila Bella , ingat tu sampai bila-bila." Dia memeluk ku erat.

Selepas Faeze meminta diri , aku terkulai lemah di dalam bilikku. Aku menangis sepuas hatiku. Apalah nasib. Mungkin aku ditakdirkan menjadi andartu kot. Aku terasa ingin melepaskan geram , ya! Minuman keras.. Aku harus melupakan semua ini. Aku melirik jam dinding , jam 1 pagi.

Ketika mengambil keputusan untuk mengunjungi tempat lahanat itu , aku teringat pesan Faeze yang menyuruh aku menjaga diri baik-baik. Aku cukup faham maksudnya. Aku membatalkan niat lalu segera membaringkan tubuhku ke tilam . Aku membelek gallery di handphone ku. Aku memerhatikan gambarku dengan Faeze. Air mataku pantas mengalir.

Aku menangis sepuas hatiku sehingga aku terlelap....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience